Thursday, July 24th, 2008
at 3:15pm
Hari ini, hampir genap 3 minggu mahasiswa baru masuk ke universiti-universiti yang bertebaran di’bumi Malaysia ini. Ketika ini, aku pasti yang kebanyakan mereka telah sedia maklum dengan jadual pembelajaran yang perlu mereka ikuti.
Di’sini, aku suka untuk highlightkan beberapa perkara yang boleh mahasiswa atau mahasiswi universiti lakukan selain belajar dan menghabiskan duit pinjaman PTPTN.
Apa yang aku senaraikan adalah berdasarkan pengalaman aku selama 4 tahun sebagai seorang mahasiswa & aku mahu kau gunakan ____ (isi jumlah tahun pengajian anda) tahun yang ada ini sebaik mungkin untuk pembangunan diri.
- Teroka Minat & Kecenderungan Diri
- Belajar Untuk Bercakap (Dengan Baik)
- Mulakan Perniagaan (Real Business)
- Bercinta (simpan komen anda)
- Penuhkan Resume
Aku akan huraikan satu-satu kenapa kau perlu lakukan semua di’atas seawal usia kau di’universiti di’entri akan datang. Jika aku mahu muatkan di’dalam satu entri, boleh jadi artikel untuk Maskulin.
Jadi, setakat ini, ada sesiapa yang di’universiti telah memulakan mana-mana satu dari senarai di’atas?
Tuesday, July 22nd, 2008
at 10:46pm
Malam kelmarin, aku sempat tonton filem bertajuk ‘Eternal Sunshine of the Spotless Mind‘ yang hero’nya adalah Jim Carrey & heroin’nya adalah Kate Winslet (Titanic!).
Filem ini lahir pada tahun 2004 dan aku hanya menontonnya 4 tahun kemudian dengan tambahan beberapa hari selepas aku selesai muat turun kerana filem ini sangat slow & komplikated. Tajuknya sendiri aku susah mahu faham pada mulanya.
Aku bukan mahu review filem (tunggu aku tonton The Dark Knight untuk itu), cuma aku tertarik dengan idea atau teknologi pemetaan memori yang menjadi tulang belakang filem ini — kemampuan Dr. Howard Mierzwiak & pasukan perubatan khas beliau untuk memadam memori seseorang jika di’minta.
Bukan semua’nya. Pemadaman memori dalam filem ini akan berlaku ke atas memori terhadap satu-satu individu yang kita kehendaki. Katakan Saiful Bukhari mahu melupakan Anwar Ibrahim, beliau boleh berjumpa dengan Dr. Howard Mierzwiak dan meminta semua memori bersama Anwar Ibrahim di’padamkan. Bagi aku itu kool!
Dalam hidup semua orang, aku pasti akan ada seorang (at least) yang kau mahu lupakan terus dari hidup kau & kau sentiasa berdoa supaya dahulu kau tidak berjumpa dengan orang itu. Jika benar wujud teknologi ini & di’beri peluang untuk aku cuba, aku akan cuba.
Siapa sudah tonton The Dark Knight? Aku baru sahaja habiskan Batman Begins. Merancang ke panggung seminggu lagi untuk Heath Ledger.
Saturday, July 19th, 2008
at 12:31pm
Maxis Communication Berhad (Maxis) hari ini mengumumkan yang mereka akan berusaha untuk menjadi syarikat yang bertanggungjawab membawa iPhone versi 3G ke Malaysia. Berita baik untuk mereka yang mengidamkan iPhone tetapi terpaksa membeli versi unlocked sebelum ini.
Maxis juga merancang untuk menjual iPhone dengan harga yang cukup kompetitif — bawah RM1,000.
Akan aku beli? Ya! atau mungkin tidak. Jika iPhone yang Maxis bawa ini benar bawah RM1,000 dan kontrak serta yuran bulanan yang tidak membebankan, ada kemungkinan besar aku akan rembat satu. Sekarang ini, jika mahu membeli iPhone versi 3G yang tanpa warranty (setelah di’unlocked), aku kena lubangkan poket sekurang-kurangnya RM3,000+.
Maxis, bawa iPhone masuk ke’sini & biar orang Malaysia juga kelihatan kool. Dan, jangan cekik pengguna dengan caj data plan yang tidak munasabah nanti. Berikan kami subsidi untuk kelihatan kool.
Jika iPhone masuk dengan rasmi, kau mahu beli satu? Hadiah untuk aku mungkin? Ha ha!
Friday, July 18th, 2008
at 8:49pm
Alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat dan segala urusan mahsul pemindahan data untuk Mohd Ismail dot Net telah selesai. Domain yang pada mula’nya seakan-akan agak sukar untuk host lama tukar DNS’nya, hari ini aku rasa semua boleh layari blog ini dengan URL biasa.
Theme baru (lagi!). Kali ini aku menggunakan theme yang agak penuh tetapi ringkas hadiah dari Chris Pirillo. Di’atas sana ada update terbaru aku di’Twitter dan kalian boleh follow aku di twitter.com/mohdismail. Kita berada di zaman web 2.0, yeah! (uwekk..).
Hosting kali ini di’bekalkan oleh Fivio. Lebih cepat loading ‘kan? Terima kasih kepada mereka di’sana yang bertungkus-lumus membuat pemindahan data, terutamanya Saudara Fadhlullah. Jika anda masih mencari hosting untuk blog, aku sarankan Fivio (milik Bumiputera).
Masalah spam telah selesai dengan hosting baru, maka anda boleh komen dengan riang ria tanpa apa-apa tapisan. Theme ini juga sebenarnya memerlukan PHP5 untuk run dengan elok molek. Wordpress theme sekarang ini pun sudah advance.
Esok hari Sabtu, selamat berhujung minggu kawan-kawan. Siapa pakai 3G untuk melayari internet, angkat tangan!
Wednesday, July 16th, 2008
at 5:44pm
Hari ini, kerajaan negeri Kedah menamakan semula Langkawi sebagai Langkawi Permata Kedah sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah. Apa perlunya & signifikan dengan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah?
Aku sukakan Pulau Langkawi walaupun seumur hidup aku baru dua kali aku ke’sana. Jika di’beri pilihan untuk hidup di kepulauan, aku akan pilih Pulau Langkawi. Penukaran nama Pulau Langkawi kepada nama yang lebih panjang tidak akan membawa apa-apa faedah.
Aku membantah penamaan ini bukan kerana kerajaan sekarang adalah pembangkang, tetapi kerana nama Langkawi itu sendiri.
Selepas ini, Le Tour de Langkawi akan di’panggil Le Tour de Langkawi Permata Kedah. Ironman Langkawi akan menjadi Ironman Langkawi Permata Kedah. Sangat tidak kool!
Walaupun aku bukan anak kelahiran Kedah, penamaan semula Langkawi dari pandangan aku adalah karut. Jangan harap aku akan gunakan nama Langkawi Permata Kedah. Langkawi tetap Langkawi.