Seluruh media menulis konsert Beyonce yang di’jadualkan berlangsung Ahad ini di’tunda ke satu tarikh baru yang masih belum di’ketahui.
Pada aku, adalah lebih selamat untuk menganggap konsert Beyonce ini telah di’batalkan terus kerana sebab sebenar konsert ini di’tunda masih menjadi tanda tanya.
Bagi polis moral di’Malaysia, ini bagaikan kemenangan buat mereka walaupun wartawan industri hiburan luar negara banyak mengecam tindakan mereka yang keterlaluan.
Aku bukanlah menggalakkan konsert ini supaya di’teruskan, tetapi polis moral di’Malaysia seperti bertalam dua muka berhubung sebarang konsert di’Malaysia.
Oleh kerana kurang bunyi keluar dari mereka jika konsert melibatkan band rock, maka aku letakkan 5 pengganti buat persembahan Beyonce di’Malaysia.
Jika aku letakkan pengganti yang seangkatan atau satu genre dengan Beyonce, maka setiap satu akan menambah satu point kepada Malaysia untuk terus di’label negara konservatif di’mata dunia.
Lagipun band rock semuanya tidak seksi & tidak pakai swimsuit atas pentas. Polis moral tidak boleh bertoleransi dengan itu semua. Ayuh!