000WebHost, hosting percuma tanpa syarat
- 28
- Add a Comment

Bila pertama kali aku menerima link untuk 000WebHost ini, aku kata’kan pada diri sendiri,”yeah, satu lagi hosting percuma bla bla bla…”. Aku tidak keberatan untuk menjenguk apa yang mereka tawar’kan secara percuma di’sana. Aku telah melihat pelbagai jenis hosting percuma yang menawarkan pelbagai fungsi yang kadang-kadang tidak aku pernah temui.
Di 000WebHost, mereka akan memberikan kalian 250MB kapasiti ruang & 100GB bandwidth yang pada aku cukup besar untuk host sebuah blog. Aku daftar dengan pantas & paling mengujakan aku, mereka tidak menggunakan verified email seperti kebanyakan hosting percuma lain untuk mengaktifkan akaun. Mereka akan menghantar SMS ringkas ke telefon bimbit kita dan kita perlu memasukkan code yang di’beri untuk mula menggunakan cPanel yang diberikan.Yep! Mereka bukan sahaja memberikan kapasiti ruang & bandwidth yang besar,tetapi turut menyediakan cPanel versi terkini.
Pergi’lah ke’sana dan daftar dengan 000WebHost untuk hosting percuma. Mereka berjanji yang perkhidmatan mereka akan berjalan sekurang-kurangnya sehingga 2012 & mereka tidak akan kehabisan bandwidth. Server mereka juga boleh aku kategorikan sebagai laju & sungguh seronok di’gunakan. Juga, di’bawah satu akaun, kalian boleh setup berapa banyak akaun secondary yang kalian mahu. Tiada syarat, tiada kekangan. Bebas merdeka seperti di’Tanah Malaya.
Tiada pautan affiliate di’sini, aku sarankan hosting percuma yang ini kerana aku suka. Aku boleh dapat USD5.00 untuk setiap pendaftaran yang aktif melalui pautan affiliate aku, tetapi demi menyakinkan kalian yang hosting percuma ini benar-benar boleh di’percayai & entri ini di’tulis bukan untuk meraih duit mudah, aku tidak meletakkan sebarang pautan affiliate. Jujur ‘kan aku? Ha ha.
The best part is, all legal adult content allowed! Sekarang, dengan hosting percuma, siapa mahu setup MyKakis seterusnya?

28 Comments
mixterr
August 29th, 2007
at 1:18pm
aper PHP and mySQL support fuyooo!! thanks mail.. tapi btol ke laju beb.. aku pernah gak pakai yg freenyer tapi mmg slow la nak bukak wordpress nyer admin slow gile beb.. ko dah try ker??
Mohd Ismail
August 29th, 2007
at 1:33pm
aku try guna beberapa keping static page & dummy script… dia run lebih laju berbanding hosting yg aku beli skang… try la.. tak rugi apa2 pun :)
mixterr
August 29th, 2007
at 2:15pm
okies thanks nanti aku cuba..
sankai
August 29th, 2007
at 2:20pm
aku pernah terlibat ngan free hosting nie..
memula bagi free..sampai satu tahap..ada satu polisi mengarut plak…satu demi satu polisi mengarut utk sebuah free hosting diperkenalkan…dan kahirnya, aku cabut..
so kesimpulannya, aku sudah fobia dengan free hosting nie…
Fahmishah
August 29th, 2007
at 2:37pm
wow..mmg best..laju pon sempoi…tp…ada dijamin ke?hihihi x kot
affuan
August 29th, 2007
at 2:56pm
Hehe. Ni berita gembira ke berita menakutkan bagi aku? Hehe..
muhdzahari
August 29th, 2007
at 3:57pm
yer? nak try ar.. mane la tau leh bertukar blog dari blogger ke wordpress ke..
musnazdotnet
August 29th, 2007
at 4:20pm
uih, ganaz gak nih! dah lah hari ni hari berduka cita buat warga scukz…. muncul pulak menatang nih! hmmm… best gak layan nih! tq tq
Noorizam Shah
August 29th, 2007
at 4:20pm
memula di kasi free hosting.. bila kita dah seronok dengannya.. akhirnya.. ANDA DIMINTA BAYAR, jika tidak file anda dihapuskan tanpa syarat. hehehe
tapi tak tau la hosting nih. :D
Rjuna
August 29th, 2007
at 4:36pm
Mykakis hahaha,
Wah buat ruangan streaming n donlod mp3 besh nih, affiliate pon ada
Mohd Ismail
August 29th, 2007
at 5:13pm
ha ha…nasihat aku, jangan gunakan free hosting ni utk buat perkara2 serius macam nak generate duit adsense ke atau apa… jadikan test ground je… tak la rugi mana…. untuk yang nak berjinak2 pun boleh juga cuba… :)
Qaiyum
August 29th, 2007
at 5:55pm
Tula.. Takkan Dia Sesuka Hati Nak Bagi Free. Tak Logikla. Lainla Kalau Company Tu Memang Dermawan. Suka Buat Kerja Kebajikan. Huhu..
Mohd Ismail
August 29th, 2007
at 6:00pm
hosting free macam ni elok buat mereka yang nak bereksperimentasi… :) kalo bereksperimentasi di’hosting sendiri, kene pulak tersalah buat… boleh sakit…
*errmm.. apa kata implementkan pengetahuan SEO menggunakan free hosting begini… seperti apa yang aku buat.. seronok wo!
Mohd Ismail
August 29th, 2007
at 6:09pm
hiks..apa kes sebenarnya suckz dua hari ni?
beckzaidan
August 29th, 2007
at 6:41pm
wei wei, apa sebut mykakis ni, aku search mykakis, masuk website ni plak. apa la woi woi.
Kalau takde content seperti mykakis, jgn tulis mykakis wei, boleh mengganggu perjalanan search engine aku…
ahahahaha!!!
hanep
August 29th, 2007
at 6:58pm
hm.. jap ak check..
komen ak:
1. cara dia amik untung >mlalui domain
2. cube pk leklok,snang2 ke guna server nak bg free? xsilap ak, nak sewa lokasi co-location pon kena bayar,,apatah lagi nak bli server, online server, maintenancem dan sebagainya?
3.xpon diorang bwat 1 server, share with paid or other hosting provider, so lelama, ble client da ramai, file da beso, akan jadi lambat.
check IP address lokasi die.
for me, baik ak amik paid hosting..
http://www.sealserver.com
amik yang 50MB pon sudah klu nak wat blog..RM20 je..instant account activation plak tue..
nak bli domain, (.com,.net,.org,.info) RM35 je.,
berbaloi la sbb nnti dapat faedah dari adsense blipat ganda lagi..
better paid than free..
remember the rule..
you searching for money,
and there;s no way you can find it without taking the risk
mohdismail
August 29th, 2007
at 7:07pm
first, selamat datang Hanep ke Mohd Ismail dot Com!
mereka tidak mengambil sebarang untung dr domain kerna ko boleh beli domain di’tempat lain, dan pointkan pd server mereka…
————————————————–
Read this only if you are using full domain hosting:
Point your domain to these nameservers
ns3.000webhost.com - 75.127.68.67
ns4.000webhost.com - 75.127.68.68
————————————————–
ya.. seperti aku kata’kan, aku tdak menggalakkan free hosting sebegini di’gunakan untuk tujuan serius seperti menulis blog yang menjana duit, adsense contohnya… jadikan ia suatu tempat utk bereksperimentasi… bahan eksperimen mungkin akan hilang, tp ilmu yg di’jana boleh di’aplikasikan lagi…
:)
aku setuju dgn rule itu.. kerna itulah aku masih hidup! ha ha
Aviator
August 29th, 2007
at 11:34pm
Takda benda yang percuma di dunia ni.
Siapa nak bereksperimen ni sebenarnya? Kita ke diorang?
Kalau nak bereskperimen, kenapa tak install server di komputer sendiri? Point kan domain name tu kepada server sendiri. Habis cerita.
mohdismail
August 29th, 2007
at 11:46pm
tak semua… tak semua org mampu pasang pc 24 jam untuk run server sendiri… kalau aku’lah, ada baiknya bereksperimentasi dengan hosting percuma begini.. bermain dengan koneksi yang sebenar itu lebih seronok… :)
*dan, aku menulis entri hosting percuma ni bukan nak perangkap org sign up under aku, then aku generate duit mudah2.. tiada siapa yg akan rugi.. :)
peace!
edt83
August 30th, 2007
at 12:35am
hahaha…beck …bukan ko da tau ke url mykakis tu…kunun2 search..:P
ikram_zidane
August 30th, 2007
at 12:41am
aku tak pernah guna hosting ni, so tak tahu la betul2 bagus ke tak,
tapi ade lagi hosting free yg bagus mcm xmgfree. Tapi syarat dia, understandably ketat gile. But communications and support, plus the whole atmosphere is just great.
tak baik letak non-muslim content kat website..
Wizurai
August 30th, 2007
at 12:45am
memandangkan aku dah ada hosting berbayar, malas pulak nak try yg ni… dulu masa belum ada hosting sendiri rajin jugak aku test² benda camni…
bukan setakat myKakis je boleh buat tu, pornotube dan segala bentuk prono scene pun boleh bro…
musnazdotnet
August 30th, 2007
at 10:31am
maintainance kata khai…. - upgrade kot! hu hu
catz
August 30th, 2007
at 1:18pm
erm,aku tgh fikir site apa yg ingin diexperimentasikan di hosting free ini. Namapun experiment jadi ia perlukan less commitment. Lgpun aku suke cpanel baru :)
amirez
August 30th, 2007
at 3:18pm
bagus jugak webhost ni. tp bak kata mael…elok gak utk wat eksperimen je. kang jd pape..naye lak. nak test theme baru utk blog pun ok gak selain guna wamp.
malique
August 30th, 2007
at 4:25pm
tanpa syarat???
Berbaloi!
zaki blogjer
August 31st, 2007
at 6:53am
Baru je register, mmg efficient. Sebaik saja register dia sms activation code, dan siap.
Malique, dia ckp mmg free smpi 2012, tp tak tau la plak. Nk kata berbaloi, mungkin la kan, sbb benda free. Dia punya speed bleh tahan
muhdzahari
September 1st, 2007
at 5:00am
tadi ada terjumpa freeweb7.com. dia tawarkan 7GB disc space.. tapi tak tau terjamin ke tak..