#1 Semalam aku turun ke Plaza Low Yat untuk menuntut iPhone idaman aku. Aku duduk bersama Kent (dari Forum Lowyat) hampir 30 minit membelek & memuaskan hati sendiri.
#2 Ia sangat mengasyikkan & telefon bimbit terbaik sejak Alexander Graham Bell. Gandakan fakta #2 ini dengan 10,000.
#3 Ada orang risau tentang texting dengan iPhone. Aku adalah pengguna Nokia sejak aku kenal telefon bimbit. Melompat dari keypad konvensional ke QWERTY maya tidak sesusah aku sangka. Aku taip lebih laju selepas 24 jam berlatih.
#4 Ramai juga bangkitkan tentang harga & mengambil jalan mudah untuk settle dengan mana-mana telefon touch screen (LG, Samsung, Nokia) yang lebih murah. Ini tips penting, kalau mahukan telefon mirip iPhone, beli iPhone.
#5 Touch screen adalah touch screen — sama je kan? Nope. Aku sudah cuba pelbagai jenis telefon jenis sama dari pelbagai jenama, semuanya jauh dari menghampiri apa yang Apple cipta dalam iPhone.
#6 Aku tidaklah galakkan semua orang untuk beli iPhone. Sesetengah orang anggap ini pembaziran tahap dewa. Tapi anggap sahajalah aku lelaki tipikal yang merokok (aku tak) & duit merokok itu aku salurkan untuk gadget agung ini.
#7 Satu-satunya masalah adalah, oleh kerana terlalu banyak perkara awesome boleh buat dengan iPhone, maka bateri’nya mengalir seperti air. Tapi Kent bawa External Battery Pack sebagai hadiah percuma. Selesai.
Comments
57 Comments so far. Leave a comment below.iphone 3g kini berada dalam wishlist, tapi aku pandang lebih pada gaya la
kalau dulu tipikal org pandang kereta apa, untuk tunjuk status seseorang, sekarang kita ubah, pakai iphone untuk menampakkan anda macam anak orang kaya, lain daripada yang lain dan istimewa
aku lebih idamkan OMNIA… PDA fon yg bateri nye tahan paling lama.. bg aku, features omnia adalah gabungan Iphone + blackberry… tak lama lagi kuar OMNIA version baru.. bateri tahan lebih lama, bentuk makin menarik.. tp syg die pakai symbian.. agak ragu2 plak aku..
btw, tahniah sbb berjaya capai target ko.. aku neh tak tau bile bleh beli omnia idaman hatiku..
memang jadi idaman, sayangnya perkara yang lain lebih menjadi idaman = Kawin! hehe.. Tak la.. gurau jer..
ko tak gtau pon harga dia mael..
bleh jugak buat bajet nanti…
tahniah mael.memang meleleh aku tgk iphone tu.
wahahah..saya punye ad skali tak..?
weheheheh :)
*ku nanti kepulanganmu!*
;p
Welcome to the club Mail :D. Saya dah setahun pakai iPhone dan bagi saya memang handphone terbaik pernah saya pakai. Kalau iPhone saya skrg rosak ker, hilang ker, saya tetap akan beli iPhone jugak. Sumpah, tak akan cari yg lain lagi lepas ni :D.
Kalau mau software2 iphone yg menarik, boleh email saya.
nak tahu,iphone boleh ke nak trading forex.
tq
Maaf mail. iPhone is overrated. Ape yang die best pn is coverage.
Banyak product/accessories/apps yg built on iphone platform. Yes, sbb die dpt sapot. Kenapa die dapat sapot? Sbb die trendsetter (dan die apple)
Bagi aku, untuk normal user (okok, average user) yang simply texting,calling,3g-ing,gaming, its okay to get an iphone. its like sony ericson. for these group of ppl, its better to get a sony. sony has the most user friendliness interface. it even beats nokia. (iphone xbertanding la. klu die bertanding sure die menang)
Bagi mereka yang suke mod,install bagai2, yang betul2 utilize phone itu, senang cite hardcore/geek/nerd, iphone is too much money for too little features.
kseimpulan, bagi perempuan sile pakai iphone, anda akan nampak lebih seksi. bg exectice/corp stuff, sila pakai iphone, anda akan nampak lebih bold. bagi nerd, sile abaikan iphone (atau tggu 3.0).
ps-don’t flame me on 3.0 stuff.
wah….mail beli dah iphone…
ingat nk tg tomok belikan bila menang OIM
wah mael nampak ko menambahkan koleksi gajet ngko, aku hari tu dah cuba main2 ngan iphone ni dkt low yat…tp tu lah…rasa2nya belum memerlukan lagi
aku tak rasa pun nak beli iphone,huhuhuhu….
kalau sape nak omnia, aku nasihatkan jangan, battery tak tahan lansung
berape ko dpt mael?
aku teringin gak tp sayang kalau aku beli maka aku makan loti looo…
klau beli iphone, kena guna semua function2 yg ada..klau x rugi ja..application pon byk yg best2..jailbreak sudah? hehe
Tahniah mael…
lama gak la aku follow blog ko nie…
Tak silap aku, ko ada entry yg iphone idaman ko…
Akhirnya tercapai juga impian ko ye…
apa2 pun bgtau la harga? he he…
@Rjuna heh.. aku lgsung pun xnampak mcm anak org kaya.. =) bergaya ada.. ha ha
@mrkay aku ade main Omnia itu hari.. member seofis pakai =) agak sedap la.. kalo letak ranking touchscreen, mmg top 5 omnia ni..
@menteil harga dia 2.3k.. singtel set.. officially unlock =) baik ko beli sebelum kawin.. nnt da kawin, bini bising.. haha
@alang yeah.. baru 2 hari pakai, rasa xmo da pakai henset lain =) ha ha.. apps dia mmg menarik tertarik.. contact alang atau layan appulo.us =p
@haritz hehe.. dahulukan duit makan.. simpan sikit2 dulu pun xpe.. mana tahu leh rembat yg 3.0 terus =)
@d2z semestinya sudah.. =) mcm2 da aku boleh buat ngan iphone ni..
hihi, kalo ko duk kat negara sejuk susah!! sebab tiap kali nak tekan, kena cabut glove.. haha, leceh.. tapi ok jer kalo glove ko ader lubang kat jari..
kak jie kedekut taik idung masin …guna je tepon cap ayam tu..
tapi kalau dpt sentuh…nk gak menerai
Tanak beli. iPhone adalah status kemewahan. Hua3.
Owh.. Betapa bestnya bila dpt pakai dan komen snediri. Ini yg paling best.. Huhhuhuuh
cepat-cepat beli iphone, sebelum kehabisan
tahniah anda berjaya akhirnya
tapi ada yg bagi review tak memberangsangkan sgt ttg iphone ni…
erm… masing2 punya citarasa kan…
@rizuan ade ofismate aku beli iphone.. lepas tu komplen mcm2.. basic’nya, iphone ada sedikit learning curve sebelum betul2 enjoy pakai.. kalo fikir pakai iphone semata nk bergaya dgn touchscreen, mmg silap =)
@mk he he.. kalo nk mewah, aku tgu angkat experia =) hehe..iphone ni cukup practical & enjoyable buat aku..
@samanosuke_04 untung kita duk kat malaysia kan? he he
mael, #6 membuatkan ramai perokok tersipu2.. hahaha.. anyway tahniah. Seronok jadi orang yg rezeki murah ni ye mael? Jaga elok2 mael.. jangan jatuh dan apa lagi tertinggal mana2.. uhuh!! mintak dijauhkan..
Lepas baca entri ko ni buat aku percaya, kenapa aku juga perlukan Iphone ni.. tapi mungkin nanti.. kahwin no 1 dalam hidup.. hahahaha!!
ko bila nak kahwin mael? calon dah ade..
bila plak nk buat comp. bg iphone lak..hehe
aku ada byk bnda dlm wishlist yg tak terbeli lg..
mac, ipod, iphone.. dan pelbagai i lg..
bila lah nk ada rezeki……..
“Tapi anggap sahajalah aku lelaki tipikal yang merokok (aku tak) & duit merokok itu aku salurkan untuk gadget agung ini”.
aku pulak salurkan untuk duit nak kawen nanti, hahaha..
Waah memang teruja aku nak beli i phone nih kalo beli china punya rege 180 agak2 bole gune ker yek?
aku lebih suka blackberry. bye2 iphone.
aku suka point nombor 4..hehe
hmmm banyak sangat ke phone abg Mail dah try.
iPhone tak sebest yang disangka.
tak percaya korang cubalah.
memangla kalau tengok dia boleh buat bermacam macam kerja.
tapi untuk saya (personal opinion ye)
saya lebih suka WindowsMobile. sebab Garmin n Mapking
tak banyak songeh nak run,
korang dah try GPS dgn iPhone…?
huhuhuhuhuhu
at the end of the day,
korang akan cari juga phone yang ada qwerty atau keypad.
saya pakai genap 2 bulan,
jual balik. nasib baik demand tinggi kat lowyat.net.
iphone ni seronok kejap je.
lepas tu lama lama bosan.sebab asik nak kena sapu bersihkan skrin sajeeeee
hhuhuhuhuhuhuhu
iphone ?
overpriced n overrated.
aku plak dalam dilema nak beli iphone atau blackberry curve… hohoho… cuba bagi pendapat sket ismail.
@hazim cukup utk aku kata hp lain tidak ade komuniti sokongan sekuat iphone..
aku ada rakan kerja yg pakai iphone tp rasa bosan sbb dia tatau nk buat apa.. jual then bila aku tunjuk apa aku leh buat dgn iphone, dia rasa mcm nk beli balik.. hint: jailbreak & apps store
GPS on mobile phone tidak akan sama dgn GPS stand-alone unit =) mmg GPS dlm iphone tidak sehebat mana.. tp berapa kerap kita pakai GPS di tempat sendiri?
@melayuboleh aku takut ko rasa mmbazir je nnt :) mmber aku pernah beli masa kuar 1st gen dulu
@blogstarz depends.. aku rasa elok ko test drive dulu dua2.. amik masa utk buat task yg hari2 pakai.. sms, call, web browsing, email.. =) pilih yg mana selesa..
aku tak kaya, camna nak pakai iphone.. wakakak
aku tunggu hp sony w700i tu rosak. puas dah aku campak2 ke lantai atau tak sengaja jatuh dalam air. Tapi tak rosak-rosak gak..
Jadi, aku takde reason nak beli iphone selagi hp sony aku tu tak rosak. Adeh..camana nih..
aku pun minat gila iphone ni….memang tgh kumpul duit dan kkumpul ilmuu….tapi aku tunggu iphone yg ada 5 mp camera…huhu
kalau beli under maxis ok ke?
niat di hati nak smbar….
tapi belom jadik keperluan sgt tuk aku
masih setia dgn w810 aku
huhuhh….
Aku tunggu Mail buat contest untuk give away iPhone yang baru dia beli tu ;)
rasa2nya full support untuk 3rd party GPS software akan wujud lepas keluar software iPhone OS 3.0 nanti, sebab SDK untuk OS sedia ada skrg still belum bagi akses penuh kepada hardware dalam iPhone. lagipun berkaitan isu pelesenan apa2 ntah. tapi rasa macam isu sementara je.
agak agree dgn point #5. rasa lain sangat. tapi kepada yang berkuku panjang, rasa2nya jauh2kanlah diri anda darinya sebab iPhone ni memerlukan anda menggunakan jari.
iPhone overrated? rasanya tak lah untuk situasi di malaysia. at least itulah situasinya berdasarkan persekitaran disekeliling aq, maxis roadshow excluded).
mmm, iPhone ni adalah smartphone yang sangat dependable. kebanyakan flaws dia pun adalah disebabkan software limitation je, yang mana upgrade nya pun tak lama lagi. walaupun ada flaw dlm kurangnya beberapa software features, ia tidak berkompromi dalam kestabilan. kalau nak yang lebih stabil dari iPhone, maka sila silakanlah guna BlackBerry (BB Bold recommended, tp BB Storm terkecuali kot sebab dia ni bodoh sket) yang mana software supportnya lebih baik sket (je) berbanding non-smartphones (tapi email features BB tersangatlah superb, tidak dapat disangkal lagi).
tak dilupakan, games dlm iPhone ni menarik2 gak. tak boleh nak mulakan, kalau tak memang tak boleh stop. mmm…pandai betul diorang reka benda2 yang melalaikan ni, bahaya gak.
salam bro, tolong tengok2 kan skit ni ha…problem la..tq
baru 7 sebab je mail..mana lagi 9993 hehe
iphone best. cm xbrape sk touch screen utk taip msg…function mmg the top la…hai..mcm la sy dpt beli. DSLR pun xtersampai lg huhu
student pakai iPhone? patut ke? ttba je timbul soal ni..sbb iPhone tu pun bkn beli gn duit sendiri.. (err…jgn slh paham hehe)
hmm. iphone yer…kalau beli iphone mahu tak mkn 2 3 hr ni..huhuhu
time iPhone blom jual kat msia, suke la jugak gadget tu… tpi bile dh jual, dh x suke lak… pelik r… haha!
pakai nokia 5800 xpress music..ok ajek..best..compare harga dia ngan iphone, jauh beza, hampir separuh..senang nak download game n app software dr internet..
tahniah bro kerana berjaya dapatkan iphone tu.
aku pun memang dah mengidam lama giler nak dapatkan iphone.
tapi rezeki belum ada lagi nak budget utk beli iphone.
cukuplah dengan hp sekarang ni yang takde camera n mp3.. hahaha..
aku tgk member aku yang pakai iphone (2g), pergh, mengancam giler grafik dia.
pastu siap boleh tukar2 theme lak, macam blog pulak.. haha..
games pun banyak boleh masuk..
apa yang tak best ttg iphone ni bagi aku;
- bateri tak tahan lama
- cerewet kalau nak masukkan lagu/software/games, sbb kena guna itunes.
- loudspeaker yang tak kuat langsung.. :(
p/s: hari tu blog ni guna theme Thesis kan, skrg ni theme lain pulak.. :D
dulu aku minat sekarang tak tahu asal xminat..lg satu browse web yg ade flash.. iphone support bro.. aku suggest blackberry laa leh main facebook dengan cool!!
iphone?…erm nk bli psp pown xdapt..ni kan iphone..waaaaa,,,kne tgu soploh tau g ar nie…
iphone…aku chenta padamu!!~
skrg ni pun APPLE Malaysia dah jual IPhone dan boleh didapati di kedai2 MAC yang terdekat. So tak payah nak terikat dengan MAXIS lagi..mana2 telco pun dah boleh pakai. :).
aku baru jer menjengah kedai maxis tadi
ternampak iphone yg menjadi sebutan ramai.
aku try main2 skit,memang terasa best
capaian cepat dan selesa.
aku pakai sony ericson p1i skrg,terus terasa nak beli iphone nie
tapi bila tengok harga dan plan yg ditawarkan,memang kena kuar banyak duit.
mail,cuba hang terangkan segala kebaikan yg hang dah capai melalui iphone hang tu?
sekadar untuk berkongsi pendapat dan idea
hahaha..nmpk cm anak org kaye ke pakai iphone?stakat beli dkt lowyat xde warranty bahaya…nak beli maxis bayar bulan2 lagi le xberbaloi…tp kalu beli cash..lagi superb..biasa la skarang kan…poyo je lebih…semua mau hebat…tp pakai ex5 juga…hehehe…sendri perli org,,,peringatan buat diri sendiri juga…tp lagi poyo student beli pakai ptptn..pastu bising sbb makan maggi hari2…ada hati mau perli lagi…hahaha…
em…2 minggu lepas boypren aku blikan i-phone,,sebenarnyer aku tak minat sbb aku minat nok 5800,skrin touch gak…tapi dah orang belikan aku timer jer,,,,(ceh!!!)bile aku gune i-phone ni memng best..skrin besar ,jelas….gambar clear,,ade wifi siap….free2 jer aku surf internet,,jimat2…..tapi betollah bateri cepat kong,,huhu,,,
lepas seminggu boypren aku nak bli untuk diri sendiri,,,,tapi stok tak de dah kat kedai yang die beli aritu…ceh!!kompunan dio….tak nak pg kedai len sebb harge kdai lain lagi up dari kdai yang die beli…harge boley kotimm,,,,,,
cunnn!!!
yup…tadi aku g survey kat lowyat,,,tgok i phone and sony aino,satio,
mantap giler….satio punyer rege dah same ngan apple i-phone..3k..(em,,aku tk de wit bnyak tu pun),,,pastu suvey sekali i-phone china,,,t32 yang korang nak sngt tu,,ade wifi,mms,gprs,tv,fm ,java,2.0mp(tapi kat casing tulis 8.0mp..sah,kene tipu…)huhu…cine tu bgi aku 500,,,kotim lagi dpt 480,,,ok la tu,,,tgok kat 1st floor die nak 799,2nd floor nak 699….T32,aku g kdai cine 3rd floor dapt 480…murah giler……tapi kedai die tersorok ckit,,tak ramai yang ade kat situ,,,klaw korang nak rase gune i-phone leh la g kat low yat,,,,sebb kat petama kompllek rate harge die 799,,,,,,
iPhone tu ori ke??
satu bper and kat ner??
hi………aku skang gune iphone 2g…
harga iphone 3g 8gb or 16 secondhand brape erk?
aku nak trade in iphone nie….