1,873 rakyat Malaysia muflis kerana kad kredit

Berita Harian hari ini menulis tentang laporan penggunaan kad kredit rakyat Malaysia yang di’bentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Mr.Pak Lah. Entah kenapa, artikel Berita Harian ini seolah-olah mahu mewujudkan rasa senang hati rakyat Malaysia tentang status penggunaan kad kredit di’Malaysia.

Artikel ini menekankan peratusan Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) yang turun ke 2.3% berbanding 16.8% 10 tahun lalu (1998). Penurunan peratusan ini tidak membawa makna apa-apa jika jumlah penggunaan kad kredit meningkat berkali ganda berbanding 10 tahun dulu. Sekarang ini, kedai peralatan elektrik di’Malaysia pun memiliki rangkaian perkhidmatan kad kredit sendiri.

Kenyataan dalam artikel itu juga menyebut yang 2.3% itu merangkumi hutang tertunggak sebanyak hanya RM500juta yang tidak di’bayar dalam tempoh lebih 3 bulan. RM500juta? Dan, kau masih berbangga dengan penurunan peratusan yang karut itu.

Mari kita lihat angka sebenar di’sebalik semua itu. Kata’kan seorang memiliki hutang sebanyak RM10,000. Kalau aku’lah, setiap malam aku tidak akan tidur lena. Kita ada 50,000 orang yang sedang kusut memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan hutang RM10,000 sambil terngiang-ngiang kadar interest yang meningkat setiap bulan.

Katakan pula 25% dari 50,000 orang ini — 12,500 orang, ini memiliki keluarga setiap seorang. Ini bermakna di’Malaysia ketika ini ada 12,500 buah keluarga yang sedang bergelumang dengan hutang & tidak mampu menaikkan taraf hidup hanya kerana terpesona dengan keindahan janji-janji & faedah karut sebuah kad kredit.

Dan, hutang semasa kad kredit rakyat Malaysia berjumlah RM23.3 billion. Pheww! Aku sangat recommend‘kan artikel ini untuk bacaan semua — How to Get Out of Credit Card Debt & Stay Out.

Untuk 1,873 orang itu (dan sedang meningkat, aku pasti), nasihat-nasihat’kan mereka yang belum terjebak dengan kad kredit. Malam tadi Manchester United menang, tahniah.

22 Comments

sapa wartawan yang tulis artikel tu?

makan semut hapa masa tulis artikel tu?…. dia tak ingat ke 10 tahun lepas (1997/1998) ekonomi tengah gawat… memang la peratusan tu tinggi…

time tu, ramai yang pilih, duit yang ada baik bagi makan kat family daripada bayar hutang….

skarang, ekonomi tengah okay sedikit… ramai la bayar…

oitttt tu gambar saper plak tuh. hehe :)

kesilapan rakyat datangnye dari pemimpin nye jugak..

p/s: aku lebih kusut dengan hutang masa belajar aku dulu..

seronok masa bebelanja, pening masa membayar….biasa ler tuh

maybe dulu tak der debit card

corak amerika…kita di ajar berhutang dan riba…masuk U saja dah berhutang (pinjaman)…apa boleh buat ikut saja la..

aku budget mmg penulis artikel style dah patut bersara.. hehe =)

hehe.. debit card aku pakai.. tp balance akaun duk bayar yuran bulan2.. haha.. cis betul

nasihat utk bakal graduan, usaha2lah carik biasiswa.. ptptn lepas belajar sebulan dah tentu 200+ (engineering).. huhu.. keje belum tentu..

setiap individu perlukan 1 kad kredit utk masa yg betul² kecemasan!
hehe…

tu la…..kad kredit tu, tiket ke arah kebinasaan….(untuk sesetengah golongan sahaja) :)

kalau dulu sgelintir orang ada kad kredit untuk tujuan berlagak (kononnya), sekarang, aku tersenyum bila orang berlagak ada kad kredit. hutang keliling pinggang. aku pun boleh berlagak ngan kad debit aku. hahaha~

aku sudah berkira-kira untuk pakai kredit kad. Hehe..

aku sampai sekarang tak pernah pakai kad kredit. aku lebih suka pakai kad debit.

tak pecaya?
kalau tak pecaya, tanya mak aku laaa.

Aku pernah ada kad kredit . untuk buat isi minyak . tapi itu time cuti lah . Haha .

ko banyak cash rohaizad.. he he =) paypal ko pun dah cukup nak shopping2 dlm talian..

kawan aku ramai mcm ko.. mak ayah bg kad kredit utk isi minyak masa kat kampus.. bertuah badan he he =)

sebenarnya perkara ini sudah byk kali dibincangkan. mengikut kategori menusia itu sendiri.

biasanya ia berlaku kepada orang yang memerlukan kewangan tapi tidak tahu menguruskannya.

aku pernah bekerja sebagai eksekutif kad kredit dan pinjaman peribadi di salah salah sebuah bank aisng. ternyata mereka yang memohon kad kredit merupakan mereka yang terdesak dengan masalah kewangan.

bagi aku mereka sebenarnya menambah masalah kewangan mereka apabila mereka tidak mampu menguruskan kewangan mereka sendiri.

nota : aku dah tutup semua kad kredit aku, menyusahkan! skang ni hanya bergantung pada kad debit, at least utk online transaction.

APahal pun memang tinggi woo angka tu.. Aku ada baca NST memang kadar hutang kredit kat M’sia ni tinggi…
So apa jawapannya?? Kita pklah sendiri

wah komen aku sblm ni tak kuar..

Tapi kad kredit aku ada limit . bukan boleh main isi saja . Haha. Susah jadi anak orang Bank . Semua dia akan check kalau guna . Haha.=)

Leave a Comment