2007 January
Wednesday, January 31st, 2007
at 2:25pm
Sendiri.
Aku ketawa.
Mengenangkan janji itu.
…
Suatu hari.Dulu
Dalam rintik hujan.Di luar.
Aku berjanji kepada kau.
Apa pun terjadi antara kita.
Sayang ini.Tak akan mungkin berubah.
Hujan di luar lalu berhenti.
…
Mengenangkan janji itu.
Aku ketawa.
Sendiri.
0934 - bilik kuliah
Tuesday, January 30th, 2007
at 12:29am
Satu minggu.Dari 15 jam kuliah kami di sini.4 jam daripadanya adalah kuliah seorang lecturer yang cara pengajarannya buat kami hampir-hampir tidak faham.Kami.Ya.Majoriti dari kami sebenarnya.
Dan,kebanyakkan waktu di habiskan dengan bermain.Main.
Hari ini.
“okey semua.saya assume kamu semua dah faham chapter ni”.terkesima aku.
“let move on to the next chapter.”terkesima.terkesima aku.
Seraya dengan itu,Acab,coursemate aku yang masuk sedikit lambat berbanding pelajar lain.Mengajuk intonasi percakapan Nanu Baharudin kepada Que Haidar di dalam warung laksa istimewa Rubiah dalam filem Cinta.Ya.Acab juga tonton filem Cinta.
“Next chapter!Next chapter!Bilanya nak next lecturer?!”
Ironinya.Lecturer di hadapan tidak berlalu seperti Que Haidar.
Dia tidak mendengar pastinya.
Ha ha.
Monday, January 29th, 2007
at 1:46am
Cikgu Rosli,guru sambilan yang gemar membuang masa dengan aktiviti tak berfaedah bersama anak muridnya.Bertanya kepada budak gemuk yang duduk di baris kedua.Dari belakang.
“Apa cita-cita kamu?”
“Saya nak jadi pilot cikgu”
“Ha ha haa”,pecah ketawa Cikgu Rosli.”Kapal terbang boleh condong ke depan kalau kamu yang jadi pilot”
“Ha ha haaa”,seisi kelas berderai.
Budak gemuk itu lalu duduk.Hiba.Pilu.Sedih teramat sangat.Cita-citanya diperlekehkan.
Dalam hatinya,”Iya juga,aku ni berat,betul kata Cikgu Rosli”
Lantas budak gemuk itu menukar cita-citanya,berkali-kali.
Bermula dengan bomba,polis,ahli muzik,tentera,tukang masak,penyanyi rap,pakar bedah,doktor sehinggalah kutu lepak.Semua itu pernah dicita-citakannya.
Hari ini.
Budak gemuk itu tinggal kurang 500 hari sebelum tamat belajar cara-cara untuk menjadi seorang Jurutera Kimia.
Dan,dia masih keliru,apa yang dia mahu jadi sebenarnya.
Ini semua salah Cikgu Rosli,guru sambilan yang gemar membuang masa dengan aktiviti tak berfaedah bersama anak muridnya.
Saturday, January 27th, 2007
at 3:08am



Friday, January 26th, 2007
at 4:11pm

Semua sudah maklum.Akhbar-akhbar arus perdana juga sudah bertubi-tubi melaporkan tentang 2 orang blogger Malaysia yang dikenakan tindakan saman oleh NSTP.Saman ini ekoran penulisan Ahirudin Attan & Jeff Ooi yang dikatakan berunsur fitnah ke atas orang-orang besar NSTP.
Aku sebagai salah seorang blogger di Malaysia terasa terkejut dengan tindakan NSTP ini.Jika dilihatkan perangkaan rakyat Malaysia membaca maklumat di internet,bilangannya jauh lebih sedikit berbanding jumlah jualan akhbar-akhbar NSTP setiap hari.Jadinya,mengapa NSTP perlu gusar dengan keadaan sebegini?Tindakan memfailkan saman ke atas kedua-dua individu terbabit pada aku bukan tindakan yang bijak,selepas ini,pembaca-pembaca akhbar mereka pastinya akan cuba mencari blog Ahirudin & Jeff dan kemudiannya menjumpai blog-blog politik lainnya yang menyokong pergerakan Ahirudin & Jeff.Saat inilah di mana tindakan NSTP memakan diri sendiri.Daripada orang awam tak tahu menahu tentang apa yang terjadi antara mereka,kini orang awam semakin berminat dengan wadah media baru di Malaysia,blog.
Percayalah,menjelang Pilihanraya Umum tahun ini,blog-blog sebegini akan menjadi medium menyampaikan propaganda pembangkang.Orang-orang lama kerajaan yang punya blog juga nampaknya menyatakan pendirian menyokong Ahirudin & Jeff,contohnya,Marina Mahathir.Kita tunggu ya apa kata Dr.M?Aku sangat berminat.