2007 January
Friday, January 26th, 2007
at 2:20am

_sejak beberapa hari tidur aku serba tak menjadi.maksud aku,tidak mampu lena pada masa-masa yang sepatutnya.aku lebih senang tidur ketika orang lain seronok bermain & berlari sehingga senja.dan mata aku yang sepasang ini akan segar bugar waktu-waktu seperti sekarang ini,jam 2.13pagi.
tadi aku cuba untuk tidur lebih awal kerana esok pagi-pagi aku sudah ada kuliah.aku pejamkan mata.aku cuba untuk kosongkan fikiran.aku cuba untuk tidur tanpa membawa hal-hal dunia yang terjadi pada aku.tak lama.10 minit kemudian,seperti sebuah wayang gambar,satu per satu kembali muncul dalam otak jahat aku.
aku bangun,tulis entry ini,dan aku akan cuba lagi.untuk tidur senormal manusia lainnya.bersama senyuman di malam yang dingin.
“Tuhan sahaja yang tahu bilakah semua ini akan berakhir…”
Thursday, January 25th, 2007
at 1:20pm

_di pantai sana.batu.air laut.aku & dia.membekukan waktu-waktu yang tak mungkin…sesekali..berulang.dan,di hujung daratan ini,aku kembali temui diri aku untuk seketika.
Monday, January 22nd, 2007
at 1:40am
Dia : BUZZ!!!
Dia : bizi ye?
Aku : eh..tak la…
Dia : tak tegur pun…
Aku : kita tunggu kamu…
Dia : kita tunggu kamu…
_pagi tadi,aku sudah mula berlari.aku sudah tunaikan keinginan aku yang pertama untuk tahun baru.berlari.aku tenang menghirup udara pagi.melihat daun-daun yang masih basah dek hujan.aku puas.walaupun kaki aku mengalami kesakitan yang agak tenat.sampai sekarang.setahun wei aku tak berlari.terkejut urat-urat aku semua.
_petang tadi,aku kembali ulang apa yang selalu aku buat dulu-dulu dengan dia.walaupun dengan kaki yang sakit,aku gagahkan jua berjalan berbatu-batu mengharung kedai-kedai kegemaran dia dan berakhir dengan semangkuk tomyam panas di penghujung senja.aku sedar.aku sekarang ni seolah-olah hidup dalam satu loop yang aku sendiri tak tahu bila mahu berhenti.dan,sebetulnya,hati aku mahu semuanya seperti ini,biarkan berulang seribu kali,aku bahagia di salah satu titiknya.
_malam ini,aku mahu mimpi lagi.supaya esok aku bangun tenang dan mampu tersenyum.
kepada semua.selamat memulakan isnin pertama di tahun baru.kerja rajin-rajin.belajar sungguh-sungguh.lepak dengan penuh etika.naik lrt dengan sopan.bawak kereta dengan cermat.tunggang motor pelan-pelan.kalau ada girlfren/boyfren,jaga baik-baik.sentiasa ingat orang yang tersayang.ingat.
Saturday, January 20th, 2007
at 3:46pm

Bosan sial Sabtu macam ni.Hujan membantutkan aku untuk buat semua plan aku hari ini.Patutnya hari ni aku dah mula berlari.Berlari bersama kasut baru aku yang super ringan untuk membawa badan aku yang dah super berat ni.Aku perlu berlari.Perlu mula berlari.Kalau aku tak bermula sekarang,takut-takut esok aku dah tak mampu.
Aku kembali rindukan pantai.Aku berkira-kira dalam minggu depan aku harus ke pantai.Ada hutang perlu aku lunaskan di sana.
_aku rindu dia.
Saturday, January 20th, 2007
at 1:36am
One night
I saw a perfect moon
With someone I love
Near beside me
She asked me that night
“Do u see the moon out there?
It’s so blue and rounded.
It’s so perfect.
I wonder who lives there..”
Now I can’t see the moon
As perfect as it was
Cause I see it all alone
With no one beside me.