Friday, January 19th, 2007
at 1:19am

Re-code!
Hari ini aku set balik layout blog aku.Lama-lama jadi janggal rasanya dengan format widescreen macam tu.Post gambar pun kena 600X600.Haih.Besar sangat.Aku adjust balik supaya semuanya mengikut kehendak hati aku.Daaa.Lebih kurang dengan default layout untuk Blogspot kan?
Undian Bijak!
Jenuh sudah aku mencari plugin untuk buat poll ni.Entah apa sebab aku tiba-tiba nak letak ruang main undi-undi kat sini.Mungkin sengaja mahu banyakkan aktiviti buang masa kalian di sini.So,undi cepat,jangan risau,undi anda tetap rahsia.
Compang-Camping
Aku bertanya,”pesa,kalau sehelai kain,kita letak tengah padang kena hujan kena panas silih berganti,kain tu jadi apa?” Dia jawab,”jadi compang-camping“.Aku bertanya lagi,”kalau manusia di letakkan di tengah-tengah manusia lainnya,dilanda duka dan suka silih berganti,manusia tu jadi apa?” Dia,”…”
Thursday, January 18th, 2007
at 5:28pm

Berjalan-jalan ke blog info Chot,terbaca satu entry menarik yang memberi link kepada sebuah laman foto yang menempatkan potret-potret terbaik dari seluruh dunia(mungkin…).Cubalah ke sana,banyak keping gambar boleh di tatap puas-puas,dan aku teringin nak ambil foto seperti itu.
Thursday, January 18th, 2007
at 12:55am

Monday, January 15th, 2007
at 10:58pm

Monday, January 15th, 2007
at 12:38am

Hujung minggu aku berakhir penuh tragik.Bosan.Aku sendiri tak tahu apa yang tidak kena pada diri aku.Apa yang aku fikirkan akhir-akhir ini memang perlahan-lahan makan diri aku balik.Aku terlalu pentingkan diri atau keadaan yang tidak pernah menyebelahi aku.Bukan aku tak cuba untuk hirup udara segar di luar sana.Perhatikan burung-burung terbang di atas sana sebagai petunjuk bumi Tuhan ini sangat luas.
“Jika kau rasa kehidupan kau berakhir di sini,di bahagian lain bumi ini kau masih boleh hidup.Ada sesuatu mungkin yang tunggu kau di sana.Yang lebih perlukan kau di sana.”
Tolonglah aku Tuhan.Bawakan aku ke sana.Ke bahagian di mana aku diperlukan di masa susah & senang.Ke bahagian di mana aku mampu tersenyum kerana aku bahagia.Tolonglah aku Tuhan.
_sakit kepala.aku tak mampu tidur.esok sudah mula kuliah.ah…