Mohd Ismail (dot) Net

Bukan Stereotipikal

Advertisement

Archive for January, 2007

Hari Ahad & Inspirasi

By Mohd Ismail on January 14, 2007

Hari Ahad memang seronok.Sejak berkurun lamanya tersemat dalam fikiran aku yang hari Ahad adalah hari paling indah untuk dinikmati.Selalunya pada hari Ahad,aku akan bangun dengan mood yang jauh berbeza dengan hari-hari biasa.

Selalunya,malam sebelum aku tidur aku akan set kepala yang esok hari Ahad,hari yang bebas dari segala masalah dunia,hari untuk aku buat apa yang sepatutnya aku buat jauh dari kebiasaan.

Aku sampai hari ini tak dapat terima jika ada orang melayan hari Ahad seperti hari-hari lain.Masih bekerja seperti akan mati esok.Masih menelaah nota-nota seperti akan ada peperiksaan esok.Hey..carilah masa untuk diri sendiri.

Dan hari ini,aku tonton Along Came Polly lakonan Ben Stiller & Jeniffer Aniston.Filem ringan dengan hanya sebaris skrip yang memberi inspirasi kepada aku.Tidak kepada kau?Peduli apa.Hari ini hari Ahad.

“Why don’t you let go?Move on with your life.
It’s not about what happen in the past or what you think might happen in the future.
It’s about the ride.There’s no point going through all this crap if you’re not gonna enjoy the ride.
And you know what?When you least expect it,something great might come along,something better than you even planned for.” - Reuben’s Dad,Along Came Polly(2004)

Oh yeah!

Popularity: 5% [?]

Mentaliti Bukan Mainan

By Mohd Ismail on January 13, 2007

Satu cabaran telah dimulakan di sebuah forum terkemuka negara.Kandungan cabarannya, mana-mana ahli forum yang mampu menduduki tempat tertinggi dalam enjin carian utama dengan katakunci ‘Melayu Boleh’ akan memenangi wang tunai RM100.

Aku tulis entry ini bukan dengan niat untuk turut serta dalam cabaran yang pada aku agak aneh.Tambah lagi dengan katakunci sebegitu.Mula-mula cabaran ini diwar-warkan,aku agak teruja sebab seo antara bidang yang aku boleh katakan aku kuasai dengan baik.Macam-macam cara aku boleh gunakan untuk mendapat tempat terbaik di enjin carian.Itu bukan masalah.

[More]

Popularity: 6% [?]

Fantasi Penuh Sejarah

By Mohd Ismail on January 13, 2007

Popularity: 6% [?]

Baru-baru ini,bertempat di MacWorld 2007, Steve Jobs, orang kuat Apple,Inc telah memperkenalkan barisan produk revolusi terbaru hasil karya kreatif kepala-kepala jurutera di sana.Terbaru,dan paling mendapat perhatian masyarakat geek seluruh dunia ialah iPhone.Tepat dengan taglinenya,”Apple reinvents the phone“,iPhone tampil dalam keadaan umat manusia ketandusan idea baru untuk sebuah telefon bimbit.Segalanya terbaru.Membuatkan aku yang hampir buta telefon bimbit ini teruja mahu memiliki sebiji iPhone melebihi keinginan mahukan DSLR.Adui…

Dengan kapasiti 8GB,tidak hairanlah iPhone adalah klon kepada iPod sepertimana Walkman diimplankan kedalam barisan produk Sony Ericsson.Tetapi,percubaan Sony secara teknikalnya telah dipintas dengan kehadiran iPhone.Boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian hadapan iPhone dipenuhi dengan skrin sesentuh 3.5 inci bersama resolusi 160ppi,yang tertinggi setakat ini.Dengan ketebalan 11.6mm, iPhone mampu memuatkan kamera 2Megapiksel,sesuatu yang wajib rasa aku untuk sesebuah telefon bimbit sekarang ini.iPhone juga memuatkan pemain video yang dibantu oleh sistem operasi OS X.Pertama kali untuk sebuah telefon bimbit berupaya menyokong OS X.Untuk koneksi yang lebih jitu,iPhone menyokong capaian data EDGE & WiFi.Dan,julung-julung kalinya juga,sebuah telefon bimbit boleh memaparkan muka penuh sebuah laman web dengan format HTML.Safari bertindak sebagai aplikasi pelayar internet.

[More]

Popularity: 6% [?]

Dr.Fazley Dari Sudut Lain

By Mohd Ismail on January 11, 2007

Dr.Fazley.Salah seorang anak muda Malaysia yang berjaya dan seharusnya menjadi role model untuk semua lapisan masyarakat.Aku taknak cerita tentang dirinya yang sememangnya sudah berjaya dalam apa jua lapangan yang dia ceburi.Nyanyian,perniagaan,motivator antara bidang yang membuatkan Dr.Fazley model contoh.

Malam ni aku sibuk meninjau-ninjau wsmy.org dan terjumpa website rasmi Dr.Fazley,www.fazley.com.Aku tertarik dengan layoutnya yang cukup ringkas tapi menarik.Memuatkan juga foto-foto kreatif persis idea Dr.Fazley ketika di London untuk menjalani shot secara bersahaja.

Aku rasa,inilah satu-satu artis Malaysia yang memandang fotografi sebagai sesuatu yang cantik untuk di abadikan sebagai kulit album yang rata-rata artis Malaysia lain senang menjalankan fotografi di dalam studio.Kononnya untuk menjaga privasi & tidak mahu mengganggu kerja.

Go to Fazley.com

Popularity: 15% [?]