Wednesday, February 28th, 2007
at 12:27am
Aku duduk di hadapan skrin layar yang besar adanya di gerai char kuew tiaw itu.Mata aku tegar memandang jauh ke dalam skrin yang sedang menayangkan aksi manusia berbalah sesama sendiri.Manusia bukan?Jika tidak berbalah,masakan Iraq bermandi darah.Aku juga.Sering berbalah.Dengan diri sendiri.Dan dia juga.
“kamu,orang kata hisap rokok boleh hilangkan tension…”
“habis tu?”
“kita ingat nak mula hisap rokok’lah,boleh hilangkan tension…kot.”
“mengada-ngada,duit tu dah banyak sangat nak beli rokok?”
“heee…”
Langsung char kuew tiaw sampai.Kami hilang dalam nikmat kehangatan makan malam kami hari itu.Rakan-rakan di meja sebelah sana ada yang sudah berkepul-kepul menghembus asap rokok.Orang asing di belakang ini juga.Oh,tawarkan pada aku sebatang.Aku mahu rasa.Bagaimana rasanya kehilangan tension.Dan,hidup seketika di dunia tanpa masalah.
Pasti seronok bukan?
Tuesday, February 27th, 2007
at 5:57pm

Monday, February 26th, 2007
at 2:25pm
Oh.Aku tidak sedar saat bilakah aku keciciran atau ketidakbetulletakkan kad atm aku yang satu itu.Satu-satunya kad bank yang aku ada buat penyambung hayat aku dengan duit yang ada di dalam mesin sana yang sememangnya bukan mudah untuk kau tarik keluar tanpa sekeping kad ajaib itu.
Aku sedar kad atm itu sudah tiada di dalam dompet lusuh aku,malam tadi.Ketika aku teraba-raba mahu mengeluarkan sejumlah wang buat makan malam.Aku sudah lapar & ketika itulah kad atm itu tidak menunjukkan diri.Aku sudah hilang keruan.Aku pulang semula ke bilik.Ya.Mencari-cari di dalam laci.Mencari-cari di bawah meja.Mencari-cari di bawah katil.Tiada.Aku lapar kau tahu?Aku duduk di kerusi dengan hati hiba.Aku lapar dan aku tak punya sesen pun duit untuk makan.Aku tahankan untuk esok hari.
Aku ke bank,mahu mengadu pada pegawai di sana.Kad saya keciciran atau ketidakbetulletakkan,saya sendiri tidak tahu.Pegawai itu mengadap pc dan menaip butir-butir yang aku tidak faham.Kerana aku sudah lapar.Mesin pencetak di sebelah sana mencetak sesuatu sebelum pegawai itu berjalan ke arah aku dengan beberapa keping kertas putih.Aku tak faham.Pegawai itu terangkan satu per satu.Duit aku sudah dikeluarkan semuanya.Semuanya.Berjumlah RM950.00 dan hanya meninggalkan RM3.84.Cukup bukan untuk sepinggan nasi?Tapi tak cukup untuk sekeping kad baru.
Aku langsung telefon ke rumah.Aku perlukan duit segera.Mak aku juga terkejut.Apa terjadi & bagaimana terjadi bertalu-talu ditanya.Aku diam kaku di hujung talian.Aku tak tahu.Sungguh.
Sedikit duit dimasukkan,cukup untuk aku buat kad atm baru yang memakan RM10(setem duti)+RM8(harga kad).Dan.selebihnya buat aku makan malam & tengahari ini.Esok aku sudah tiada duit.Aku tak tahu siapa yang tergamak hati perutnya mengambil kad atm aku dan duitnya sekali.Kau tak takut neraka ya?
Fuck!
Sunday, February 25th, 2007
at 5:43pm
Terima kasih la kepada Cik Famia kerana menyebarkan virus aneh ni ke sini & memberi sedikit hiburan semasa untuk diri aku menulis di petang Ahad yang lembap dek kerana hujan.Secara amnya,Cik Famia mahu aku menyenaraikan 6 perkara aneh yang ada pada diri aku.Sejujurnya aku tak punya banyak perkara aneh seperti takutkan kucing atau kegemaran memakai sweater di tengah hari rembang,tapi ini adalah barisan perkara teraneh yang mampu terjadi sepanjang aku hidup.
1. Aku obses dengan langit - Kau tahu bukan langit itu sangat biru,sebagai seorang yang juga obses terhadap fotografi,langit adalah satu latar belakang yang sangat cantik pada pandangan mata aku.Letakkan apa sahaja di hadapan dan belakangnya adalah langit membiru,gambar itu secara otomatis menjadi sangat cantik pada pandangan mata aku.Langit & lensa kamera bagaikan sepasang kekasih yang dicipta di syurga sana.Oh…
2. Aku tak suka bola & video game - Di akhir zaman ni,lelaki-lelaki di luar sana kebanyakannya sangat berhantu dengan salah satu daripada dua perkara asas tersebut atau lebih lelaki lagi bila gemar akan kedua-duanya.Bola?Apa jadahnya berebut sebiji bola tengah padang ramai-ramai?Bak kata abah aku,”takde duit sangat gamaknya orang dulu-dulu nak beli sebijik bola,sampai sekarang terikut-ikut…”.Video game?Sejak awal dunia lagi aku tak into.Mungkin ketika ini aku tidak menulis blog jika aku minat bermain video/computer game.Sungguh.
3. Aku rabun & aku tak pakai cermin mata - Ya!Aku seorang yang rabun.Rabun jauh atau rabun dekat itu aku kurang pasti.Tapi,jika di dalam bilik kuliah,pandangan aku sememangnya terbatas dek kerabunan mata aku yang semakin serius.Bila aku nak pakai cermin mata?Tak akan.Aku pernah pakai cermin mata selama seminggu di kolej matrikulasi dulu,hasilnya aku dapati memakai cermin mata bukan sesuatu yang kool.Aku tak akan pakai cermin mata untuk kedua kalinya.Biar rabun asal bergaya!
4. Aku suka mengadap monitor lama-lama - Aku mampu bertahan di depan monitor pc aku berjam-jam lamanya walaupun sehingga ke jam 3 pagi.Aku tak pernah bosan dengan pc aku dan seluruh dunia internetnya.Ini juga antara faktor utama menyumbang kepada peningkatan tahap kerabunan mata aku.Haih.Degil aku ni.Dah tahu buat-buat tak tahu.
5. Aku sukakan hujan juga - Seperti kebanyakan orang yang berhati sejuk,aku sukakan hujan.Sangat sukakan hujan kerana itu buah tangan dari langit bukan?Baru je tadi,aku berlari-lari dalam hujan tanpa apa-apa pelindung dan aku tak mahu mandi atau basuh kepala sebab nak ikut Cik Famia punya eksperimen.Aku demam siap ko.
6. Aku tak suka kacang merah - Pernah tengok tapak kaki kucing tak?Korang cuba picit-picit sikit tapak kaki kucing kat rumah korang ( Cik Famia kalau berani cubalah.. ) .Then,amik sebijik kacang merah yang sudah siap direbus,picit pulak kacang merah tu.Apa rasa?
Polisi aku,virus-virus sebegini akan terhenti setakat di sini sahaja.Tiada siapa akan menerima virus ini seterusnya kerana aku tahu,lambat laun korang akan kena juga.Kalau korang rajin,tulislah 6 perkara aneh dalam kehidupan harian korang dan tinggalkan link dalam ruangan komen untuk aku baca.
Sunday, February 25th, 2007
at 1:44am

Whether you like the Mini or not, you can’t deny the coolness of the Mini Desk. Made from original British Minis, the desk is hand-built to your specifications, with your choice of desk top, car color, rims, tires, and license plates. In addition, it features a stereo in the dash with speakers in the parcel shelf, and fully working headlamps, hazards, and spotlights — so you can send light signals across the office whenever you and your secretary are taking a “coffee break.”
Tunggu versi Malaysia mahu?Kancil-desk mungkin?