2007 February

Maskot yang sebelah sana dikhabarkan sangat cun

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dzulkifli Abdul Razak akan merasmikan Temasya Olahraga Tahunan USM pada hari Sabtu, 24 Februari 2007, jam 8.45 pagi di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.

T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas akan menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah pada hari Ahad, 25 Februari 2007, jam 5.30 petang juga di Stadium Olehraga USM, Pulau Pinang.

Temasya Olahraga Tahunan menjadi medan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang olahraga dari kalangan pelajar. Seramai hampir 2,000 pelajar dari pelbagai bidang pengajian di ketiga-tiga kampus USM akan mengambil bahagian dalam lebih 50 acara yang dipertandingkan.

Ah,persetankan bakat-bakat baru yang mahu dicungkil.Mata aku berpinar melihat mereka ke hulu ke hilir dengan kamera dslr(digital sinlge-lens reflex).Aku mahu satu!

Ciptaan gelap yang harus kalian lihat



Walaupun aku lebih into kepada ciptaan yang lebih putih, barisan ciptaan-ciptaan gelap yang ini bisa buat aku jatuh cinta.Oh…

Gulai ayam & burger

‘‘Walaupun iklan makanan segera menyumbang perolehan bernilai RM100 juta setahun, kita lebih mementingkan tahap kesihatan 26 juta rakyat Malaysia.

“Kalau tiada usaha bersungguh-sungguh atau berkesan ia akan menjadi umpama wabak penyakit, walaupun tidak berjangkit tetapi boleh merebak disebabkan cara pemakanan,’’ tegasnya ketika dihubungi di luar negara hari ini.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 200 jenis makanan segera seperti mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat yang menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk Malaysia.

Bahan-bahan tersebut yang mempunyai kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia tinggi boleh menyebabkan kegemukan dan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini. - sumber Utusan Malaysia Online

Ok.Aku bukan terlalu membantah usaha murni banyak pihak untuk menjaga kesihatan 26 juta rakyat Malaysia.Tapi,mereka juga perlu lihat jauh ke dalam lagi tentang apa yang dimakan oleh rakyat Malaysia sehingga statistik kesihatan menyerabutkan kepala.

Take a look.Antara gulai ayam yang selalu dimasak di rumah & sebiji burger yang boleh di dapati dengan segera di luar sana,yang mana satu korang rasa menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius?Harus di ingat,gulai ayam itu di makan bersama sepinggan nasi.Sepinggan nasi!

Laman ini sebagai panduan,lihat di mana duduknya nasi & ayam berbanding sebiji burger,pizza,hot dog & sebagainya.

Dan sekarang,mana satu yang akan kau pilih?

Prison Break 17

Aku tak dikurniakan bakat untuk menulis preview untuk apa-apa sahaja.Kalau bakat itu ada,pasti aku sudah jadi pengulas filem haprak Malaysia paling keras kritikannya.Hari ini,aku terpanggil untuk menulis sedikit komen berkaitan episod terbaru Prison Break,episod 17.Aku suka episod kali ini,sebab dia kurangkan denyutan kencang jantung aku ketika mengikuti dari awal hingga tamat sekurang-kurangnya 50% berbanding episod-episod lepas.Banyak scene berentak perlahan tapi penuh makna dalam episod kali ini.

Kan seronok jika bercerita menggunakan kaedah grafikal.


Sucre jumpa Maricruz kat airport pada timing yang sangat tepat.Secara kebetulan,Sucre sempat blah sebelum pak guard tu nampak poster wanted dia.Oh sweet!You’re crazy…
Continue reading »

Dan lagi…

dan…entry ini tak seharusnya berada di sini..
aku campakkan jauh ke sana