2007 March
Saturday, March 31st, 2007
at 12:31pm
Walau-weh!Menara pencakar langit terbaru ini yang masih dalam proses merekabentuk benar-benar mencabar hukum alam. Kau lihat saja pada rekabentuk fizikal menara di gambar sebelah, yang mana disokong oleh luas permukaan tapak yang terang-terang lebih kecil dari keluasan sebenar tapak menara tersebut.Begini, cuba kau bangun dari kerusi kau sekarang, dan berdiri sebelah kaki sambil mata kau terus membaca entri ini,berapa lama kau mampu bertahan?
Dulu, ketika aku di sekolah rendah, cikgu ada memberikan satu soalan di mana aku perlu menentukan bentuk manakah yang paling stabil untuk dibina di atas tanah rata.Dua bentuk paling berbeza cirinya adalah bentuk sebuah piramid & bentuk seakan-akan menara di sebelah ini. Aku menjawab piramid, itu lebih sepuluh tahun dahulu. Piramid sudah membuktikan yang ia mampu tahan beribu-ribu tahun
Nah,arkitek-arkitek yang merekabentuk menara ini juga mahu membuktikan hukum alam mampu dilawan & membenarkan bangunan sebegini ber’diri’ sekurang-kurangnya untuk 100 tahun lagi, jika termampu, mereka mahu mengubah soalan yang pernah cikgu aku berikan lebih dari sepuluh tahun dahulu.Ini petikan dari WorldArchitectureNews.com ;
Singapore Scotts Tower - a 36-storey residential high-rise. The 153 meter tall tower will be located at the intersection of Scotts Road and Cairnhill Road, in close proximity to Orchard Road, Singapore’s famous shopping and lifestyle street. With 20,000m² of built floor area, the building will provide 68 high-end apartment units with panoramic views…
Ada berani?
Saturday, March 31st, 2007
at 1:01am

Untuk pertama kali’nya di bumi bertuah Malaysia,seorang penulis blog berbahasa Melayu memberi hadiah percuma buat pembaca’nya. Oh,hati mana tidak suka akan barang percuma?
Saharil.com menawarkan bukan satu tapi 2 keping iPod Shuffle untuk direbut.Syarat’nya mudah sahaja.Sama ada kau komentar+penghantar e-kad terbanyak ataupun kau layang’kan pengunjung terbanyak ke sana.Mudah.
Bermula esok(1 April 2007) sehingga’lah ke 9 November 2007,itu’lah masa yang diberikan untuk menentukan pemenang bertuah iPod Shuffle ni.Cukup lama untuk kau merancang strategi & mengumpul mata sebanyak mungkin.
Kapasiti iPod Shuffle adalah 1GB bersamaan 240 buah lagu secara kasar, kau boleh muat’kan hampir semua album Datuk Siti Nurhaliza.Klik Saharil.com untuk mendapat’kan maklumat lanjut & memulakan misi mengumpul album Datuk Siti Nurhaliza dalam sebiji pemain MP3.
Friday, March 30th, 2007
at 3:28pm
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
As-Sirri As Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”
Wednesday, March 28th, 2007
at 4:48pm
Ketika aku belajar sendiri,aku lebih selesa mendengar radio dari telefon bimbit aku.Walaupun kualiti bunyi’nya advance sedikit dari radio zaman pendudukan Jepun,aku lebih selesa daripada mendengar bising couple di sebelah sana.Usik mengusik seperti perpustakaan ini rumah tumpangan.
“Letak’kan impian yang realistik,ukur pada kemampuan diri sendiri,impian atau matlamat yang terlalu tinggi boleh mendatangkan kekecewaan jika ia tidak dapat dicapai…” - Farah Fauzana
Baik’lah,saya mahu letakkan impian serendah mungkin.Biar kegembiraan datang tanpa henti bila semuanya tercapai.Saya dah penat.
Tuesday, March 27th, 2007
at 5:01pm
Berapa tinggi keinginan anda untuk melihat kejujuran orang lain melalui Yahoo! Messenger?Maksud aku,jika mereka berada dalam mode offline,apakah anda benar-benar yakin yang orang itu offline atau berada dalam invisible mode?
Petang ini aku terjumpa salah satu solusi paling menarik sekali,klik kanan di sini,dan bukakan di tab yang baru.Anda akan dibawa ke laman Yahoo Status Checker,laman yang menyediakan kemudahan untuk melihat status YM! orang yang disyaki.
Caranya mudah sahaja,masuk’kan id/nick orang yang disyaki dalam ruang yang disediakan,dan tekan’lah butang submit.Seketika kemudian,kau akan tahu samada orang yang disyaki benar-benar offline ataupun menyuruk tidak mahu membayar hutang nasi lemak.Laman ini akan paparkan dua keadaan,sama ada ‘Offline’ ataupun ‘Online’.
Bagaimana mahu tahu orang disyaki berada dalam ‘Invisible Mode’?
Ini adalah jawapan mereka ;
What does it show if the user is in invisible mode?
It will show them Offline.
Ia boleh dilihat tidak jauh dibawah laman itu.
Bagaimana jika orang disyaki benar-benar offline?