2007 March

Review:Crank,filem adaptasi GTA


Kau bagitahu aku mana kau sorok’kan CD Ina Naim aku,atau aku besarkan lagi lubang hidung kau!


Jangan bimbang sayang,CD tu tak’kan ke mana-mana.
Tapi abang,CD tu ada autograf Ina Naim.
SHIT!!!
Continue reading »

Benar’lah,cemburu itu membuta’kan

Seorang pekerja pasar raya di Jalan Pegawai di sini, mungkin kehilangan sebelah matanya akibat dituris dengan sebilah kerambit dipercayai gara-gara cemburu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang kelmarin, Nor Syazwan Abdul Rahman, 19, dari Taman Padi Emas di sini, menerima lebih 10 jahitan termasuk pada mata putih sebelah kanannya selepas diserang seorang pemuda.

Kejadian itu berlaku di sebuah gerai makan yang terletak tidak jauh dari pasar raya tempat dia bekerja.

Menurut mangsa, lelaki berusia 20-an yang dikenalinya itu menyerangnya kerana dipercayai faktor cemburu.

Jelas beliau, ini kerana bekas teman wanita suspek adalah rakan sekerjanya dan mungkin berlaku salah faham antara mereka.

Tambahnya, dia sedang minum di gerai berkenaan bersama beberapa pekerja lain apabila pemuda itu datang ke premis tersebut.

“Dia kemudian panggil saya untuk berbincang mengenai hubungan saya bersama bekas kekasih suspek.

“Saya tak syak apa-apa lalu terus menghampiri suspek yang minta kami berdua ke belakang kedai untuk selesaikan salah faham namun tiba-tiba dia keluarkan kerambit lalu menyerang saya,� katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sumber : UtusanMalaysia Online

Made Like Me™

Made Like Me is the home of illustrator Daryl Campbell. Born and raised in the north of Ireland, Daryl took up drawing at a very young age. His main goal is to produce unique images which capture the viewers attention with their vibrant colours and original style.

Aku juga bukan’nya tahu,kau?

Entri yang satu ini terlintas di tengahari Jum’at yang mulia dan terus aku langsungkan ke skrin kalian.Ha ha.Sila ambil perhatian,ketika entri ini ditulis,aku masih berada di kondisi minda separa sedar.Orang gila atau kurang waras atau separa sedar,selalu’nya terlepas dari hukuman kan?

Jam 11,bilik kuliah terlalu sejuk menyebabkan cecair-cecair yang bergulir di dalam otak lebih cenderung menjana pemikiran sinis & spastik adanya.Dr.Zainal di hadapan,berusaha memberi motivasi kepada kami,aku khasnya walaupun tidak sekalipun beliau menyebut nama aku.

Dengan formula ini terpapar di layar putih hadapan sana,mata aku tertumpu,telinga aku mendengar & otak aku mula menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan konsep pengajaran & pembelajaran.

Aku pasti,bunyinya begini,”bla..bla..bla..show one over 10s…so,..bla..bla..bla..”

Tapi,kau tahu kan?Minda separa sedar bekerja bagaimana?

Aku mendengar begini,”bla..bla..bla..show one guy make it over 10 ASS…so,..bla..bla..bla..”

Jangan datang ke bilik kuliah jika malam tadi kau melelapkan mata jam 4 pagi.

Tiada apa’lah,senyum saja

Sistem tol gantri?
Oh,Samy Vellu sudah nyanyuk mungkin.Dulu kau pernah dengar ‘kan?Samy Vellu kata mahu menyeragamkan seluruh pondok tol negara dengan sistem kebanggaan Samy Vellu berharga RM199,SmartTag.Dan.aku dengar-dengar kini,Samy Vellu mahu ubah ke sistem gantri,ermm..seperti kau pandu-laju,kau tak perlu berhenti untuk membayar,palang automatis atas sana akan mengimbas kad kau,dan baki’nya akan ditolak.Kad?Ya,perlu juga dibeli.Bijak ‘kan menteri-menteri kita?

Tiada apa’lah
Entri di bawah itu,yang ditutup ruang komentar,tiada apa-apa maksud.Sekadar pengalaman,melihat manusia-manusia dayus mencari jodoh.Ya.Itu definisi mencari jodoh bagi mereka.Aku boleh kata apa lagi.Mereka bahagia.Walaupun seminggu sekali perlu pulang ke rumah mak ayah,menjenguk orang tua kata’nya.Ah,idiokrasi.
Continue reading »