Update terkiniGoogle Pagerank tidak mengubah mata 4/10 yang di’berikan kepada Mohd Ismail dot Com dengan URL www.mohdismail.com. URL www.mohdismail.net tidak mendapat sebarang update barangkali kerna masih dengan 0/10.
Ini peringatan penting buat semua rakyat Malaysia yang memahami susunan ayat dalam Bahasa Melayu & semesti’nya kau seorang Melayu. Peringatan ini bukan sekadar peringatan, aku mahu mengubah tanggapan orang Melayu tentang internet & wang secara am’nya.
Kebelakangan ini, berita tentang penipuan di internet telah berleluasa di’laporkan oleh media cetak & elektronik. Masih, ada lagi yang tidak mengambil iktibar akan kes yang di’laporkan. Bukan sedikit wang lebur oleh kerana sikap tamak & haloba nafsu manusia. Kes terbaru di’laporkan melibatkan kerugian RM148,000. Demi RM3.3 juta yang belum pasti, wang sebanyak itu lebur sekelip mata.
Itu bodoh nama’nya.
Satu peraturan mudah dalam dunia internet mahupun realiti, tiada kerja, tiada wang!
Kau takkan dapat walaupun RM 0.01 jika kau tidak melakukan sebarang kerja. Dunia sekarang mahupun sesuatu di’ganti dengan sesuatu yang lain. Mana’kan mungkin kau leburkan RM1000 dan sebulan kemudian kau akan terima RM4500 dengan alasan itu adalah hasil pelaburan.
Majlis fatwa negara sendiri telah mengharam’kan sebarang pelaburan di internet. Nah, kalau kau seorang Melayu, kau akan faham dengan sangat apa maksud haram & di’mana letaknya neraka. Kau mahu ke’sana?
Jangan percaya pada skim yang meminta kau masuk’kan sejumlah wang ke akaun tertentu dengan janji manis akan dipulang’kan kembali dengan nilai yang lebih besar. Kalau aku dengar ada lagi kes orang Melayu tertipu begini, aku sumpah orang itu menjadi katak. Woosh!
SyedSyahrul sudah mengeluarkan senarai 70 Weblog Paling Popular di Malaysia bagi tahun 2007 lebih awal dari aku jangka’kan. Pengumuman sebelum ini menyata’kan yang senarai ini akan keluar pada bulan Mei. Tidak mengapa, dan weblog aku tidak tersenarai kali ini, mungkin di’sebabkan kekeliruan URL yang berubah sejak 3 bulan lepas. Jika mengikut Alexa Traffic Rank, URL www.mohdismail.net membawa aku berada di tangga 314,694 sekali gus melayakkan aku untuk duduk di tempat 43 dalam senarai SyedSyahrul. Jika mengikut URL www.mohdismail.com, aku berada di tangga 1,095,230 dan sememangnya tidak akan tersenarai dalam 70 weblog paling popular di Malaysia. Owh tidak mengapa. IkramZidane & beberapa weblog lain juga tidak berada dalam senarai. Kita tunggu update seterus’nya.
Berikut adalah senarai 70 Weblog Paling Popular di Malaysia bagi tahun 2007 yang di’ambil bulat-bulat dari weblog SyedSyahrul. Woosh!