2007 April
Friday, April 27th, 2007
at 11:55pm
Woot! Mohd Ismail dot Com menerima pengiklan pertama iaitu Exabytes melalui Advertlets.com di’sidebar sebelah kanan sana. Aku tak tahu bagaimana pengiraan earning untuk iklan tersebut samada melalui impression ataupun click, tetapi untuk tempoh 24 jam ini, prestasi yang di’tunjukkan agak memberangsang’kan. Aku berharap pihak Advertlets.com dapat menunjuk’kan bagaimana earning untuk pengiklanan di’sesebuah blog di’kira.
Boleh ‘kan Josh Lim?
Thursday, April 26th, 2007
at 9:58pm
Dulu, aku selalu buat Fast Update sebegini sekurang-kurang’nya sebulan sekali mengimbas perjalanan hidup aku dengan garis masa yang pantas. Hari ini aku sedar yang aku tak buat satu pun entri berformat Fast Update semenjak ber’pindah ke server baru. Dan, ini adalah yang pertama. Woosh!
Berjalan ke hujung benua
Hujung minggu ini, aku akan ke daratan paling hujung dalam benua Asia, Johor. Insya-Allah bermula jam 5 petang dari sini, aku akan singgah di beberapa tempat sepanjang perjalanan ke’sana yang banyak meninggal’kan memori 3 tahun dulu. Dulu, aku menyusuri jalan dengan berjalan kaki & menaiki bas usang. Kini, aku bersama harta kesayangan aku, Sally. Owh! Orang Johor, Mohd Ismail akan menjejakkan kaki ke’sana, tinggalkan no telefon di’sini supaya senang aku cari arah tujuan andai’nya sesat di jalanan. 3 tahun lebih, jalan-jalan Johor sana pasti berubah. Pasti. Dia juga mungkin.
Komentator Aktif Mei’07
Sebagai entri pemampan seandai’nya aku tak bisa menulis sebarang entri 24 jam sebelum masuk’nya Mei, aku ingin memberitahu kepada semua pembaca bahawa pada bulan hadapan, sesiapa yang bisa menjadi Komentator Teraktif Mei’07 akan menerima hadiah misteri tajaan bjx.store. Terima kasih kepada Cik Shambie Adzhan selaku erm… pengarah urusan bjx.store… atas kesudian menaja hadiah misteri kepada pembaca Mohd Ismail dot Com. Untuk mendapat’kan idea tentang rupawajah hadiah misteri yang bakal di’miliki Komentator Teraktif Mei’07, lawat’lah bjx.store, mana’lah tahu ada yang berkenan di hati nurani.
Siapa mahu’kan Dafi AF5 di’sini?
Kali terakhir aku check, kesemua’nya 16 pelawat terakhir blog ini melalui MyBlogLog adalah berjantina lelaki. Dan, dari 331 undian yang di’hantar ke Advertlets.com, 225 undian adalah dari kalangan lelaki yang memenuhi 66% pengunjung weblog ini secara kasar. Ada dua kemungkinan cuma, samada tiada gadis-gadis mendaftar bersama MyBlogLog atau weblog aku sudah tidak lagi menjadi pujaan gadis-gadis. Jika sebab kedua adalah benar, maka aku dalam situasi sangat bahaya. Kemungkinan aku perlu mempertimbang’kan Dafi AF5 untuk menjadi penulis jemputan di’sini. Mungkin aku kata.
Tapi, apa salah’nya weblog ini dipenuhi dengan lelaki ‘kan?
Tuesday, April 24th, 2007
at 2:09pm

Berminat melihat wajah kau di’taip menggunakan Notepad? Cuba’lah ASCII-O-Matic. Sumpah aku tak tahu menatang ape ASCII ni. Janji apa yang di’hasilkan menerbitkan rasa wow! di dalam sanubari.
Tuesday, April 24th, 2007
at 12:30am

Kau lihat’lah berapa banyak e-mail bernama spam aku jumpa dalam tempoh kurang sebulan. Dalam kes sebegini, terdapat 2 faktor sahaja yang boleh membuat’kan hati aku riang gembira menerima kedatangan spam samada spam tersebut adalah seorang gadis ayu atau pun spam itu adalah kepingan wang ringgit berwarna kelabu.
Aku tak tahu sampai bila harus aku benci spam. Di’sini sahaja terdapat 899 komentar spam. Kalau’lah setiap satu’nya punya figura seperti Nia Ramadhani. Oh…
Esok, aku akan memandu pulang ke kampung. Seperti biasa, sesiapa yang terselisih dengan Satria berwarna merah di’pandu oleh jejaka persis Pierre Andre di sepanjang lebuhraya utara-selatan, sila’lah hon atau lambaikan tangan. Aku juga dijadualkan berhenti rehat di Hentian Rehat Sg.Perak arah selatan untuk sessi makan tengahari & beramah mesra dengan gadis-gadis penjual nasi campur. Jumpa lagi di Sungai Besar atau Pasir Gudang.
Monday, April 23rd, 2007
at 7:16pm
Pertama kali aku tatap wajah kesemua pelajar Akademi Fantasia (AF5), aku sudah jangka Dafi akan menjadi juara walauapasekalipun yang terjadi sepanjang AF5 berlangsung. Bukan kerana aku seorang yang memandang rupa & kecantikan, tetapi sejarah pengundian Akademi Fantasia yang lalu membuktikan mentaliti peminat hiburan tanah air sudah boleh di’jangka. Kita tak mungkin menjadi seperti Amerika Syarikat yang tegar mengangkat Ruben Studdard sebagai Idola Amerika pada tahun 2003 & Fantasia Barrino sebagai Idola Amerika pada tahun 2004 kerana terpesona dengan bakat yang ada pada mereka. Secara jujur’nya, kedua-dua’nya tidak punya pakej yang lengkap untuk bergelar selebriti pujaan ramai. Figura mereka jauh tersasar dari figura seorang Brad Pitt atau Angelina Jolie, tetapi apa yang orang sana pandang pada mereka?
Bakat. Segala’nya pada bakat. Mereka di’sana punya sikap yang boleh di’puji jika melibatkan hal-hal penghargaan seni hiburan tetapi tidak melibat’kan keganasan & peperangan. Kenapa tidak kita di Malaysia, mahupun Asia sendiri? Tahap fanatik terhadap kecantikan di rantau ini boleh di’buktikan dengan kadar penjualan produk kosmetik yang tertinggi di’dunia. Silap kita di’sini. Di’sogokkan dengan iklan & mentaliti yang mengatakan putih itu baik & cantik itu juga baik, masyarakat kita berlumba-lumba untuk menjadi cantik pada luaran’nya.
Aku baru sahaja menonton nyanyian seorang penyanyi mirip Ruben Studdard di AF5, Aizat. Mendendang’kan lagu Perpisahan, nyanyian asal dari Anuar Zain. Teringat aku pada Bob AF2 semasa mendendang’kan lagu Jangan Bersedih Lagi, juga dari Anuar Zain. Semasa Bob habis mendendang’kan lagu tersebut, Anuar Zain berkata, bakat Bob terlalu hebat & tidak sabar menunggu album penuh Bob nanti. Perkara yang hampir sama terjadi kepada Aizat malam minggu lalu, kesemua pengkritik memuji persembahan Aizat. lagu-lagu Anuar Zain bukan mudah untuk di’bawa, kau cuba’lah. Meremang bulu roma, menitis air mata, sebak di’sada, semua yang hadir malam itu mampu merasakan perkara yang sama. Apa yang terjadi seterus’nya pada Bob? Dia tidak menjadi juara walaupun hampir kesemua persembahan’nya memukau penonton. Penonton hanya terpesona seketika sebelum terus menaip nama Zahid di skrin telefon bimbit.
Perkara yang sama juga akan terjadi pada Aizat, percaya’lah. Jika peminat-peminat hiburan ini hanya mampu kagum dengan bakat Aizat tanpa berbuat apa-apa untuk mengangkat beliau menjadi juara, rakyat Malaysia sebenar’nya kehilangan Sudirman buat kali ketiga. Yep. Bob jika di’beri peluang, nyanyian dia akan lebih terserlah kerana Bob menyanyi dengan hati. Begitu juga Aizat. mereka tidak perlu berpura-pura bermain mata (yep..Dafi menyanyi dengan mata!) dengan kamera & tersenyum manis meraih simpati undi. Mereka menyanyi dengan hati. Dengan hati.

*gambar dari SensasiSelebriti
Tolong’lah rakyat Malaysia. Tolong’lah. Angkat’lah Aizat dan jangan terus menjadi peminat hiburan yang terkongkong mentaliti’nya.