2007 April

Kau hantu komputer?Kau perlu lihat ini

Budaya Seorang Geek

[via Pictures of Geek Culture]

Mat Rempit & perspektif songsang

Kau baca’kan sedutan artikel tulisan Hishamuddin Rais berkenaan gejala Mat Rempit, petikan artikel di’bawah memetik punca-punca terjadi’nya gejala Mat Rempit menurut persepsi beliau ;

Di ruang ini saya berharap kepada pembaca sebelum mengambil keputuasn untuk ‘mengutuk’ Mat Rempit, sila luangkan masa untuk datang bersantai ke Dataran Merdeka di waktu malam. Sila tanyakan kepada si Mat Rempit yang berkumpul di sana - dari kawasan mana mereka tinggal. Jangan terperanjat kerana mereka ini tinggal dalam kawasan-kawasan padat seperti di Kerinchi, Pantai Dalam, Gombak dan sebagainya. Sila tanyakan ada berapa buah bilik dalam rumah mereka. Jangan terperanjat jika mereka menerangkan flet mereka hanya memiliki dua bilik. Dan jangan terperanjat apabila mereka menerangkan bahawa ahli keluarga mereka ada 5 atau 6 orang.

Sila tanya apakah ada pandang bola, padang permainan, kelab sukan atau kawasan riadah dalam kawasan perumahan mereka. Jika mereka mengatakan dulu ada padang bola tetapi telah diambil alih oleh pemaju – jika ini jawapan mereka maka saya berharap para pembaca akan memahami bahawa merempit dengan motosikal itu adalah salah satu aktiviti riadah untuk Mat Rempit yang kebanyakannya memburuh sebagai mata pencarian.

Salah kerajaan’kah bila kau duduk di rumah yang sempit? Hishamudin Rais, kau jawab ini, adakah membeli motosikal itu semudah membeli rokok di kedai mamak? Duit yang di’gunakan untuk membeli motosikal itu boleh dijadikan modal untuk mencari rumah sewa yang jauh lebih besar. Jangan berikan alasan tidak mampu. Kau mampu overhaul enjin motorsikal beratus-ratus sebulan + ansuran bulanan, jangan kau kata kau tak punya wang untuk mencari rumah yang lebih baik berbanding flat 2 bilik. Ini semua bergantung pada hati.

Adakah padang bola & taman permainan satu-satu’nya jalan penyelesaian untuk mengelakkan remaja dari terjebak dengan gejala Mat Rempit? Jangan bergurau di’sini. Kampung halaman aku mempunyai stadium mini yang sangat lengkap. Setiap zon di kampung aku punya Gerakan Belia sendiri & kemudahan padang bola yang baik. Tapi, untuk pengetahuan kau, Mat Rempit di kampung aku masih berleluasa. Masih berleluasa. Sekarang kau mahu salahkan siapa?

Baca pula petikan ini ;

Untuk saya Mat Rempit ini adalah satu expresi anak muda yang wajib dirayakan. Mereka ini cukup kreatif dalam hal mengubah suai motosikal mereka. Untuk saya mereka adalah jurutera motosikal yang tidak terdidik secara formal. Mereka memiliki keberanian yang luar biasa ketika menunggang motosikal. Cara mereka mencelok ke kiri dan ke kanan telah menjadi satu seni.

Oh ya? Apa yang boleh kita raya’kan wahai Hishamuddin Rais? Patut’lah kau menjadi pemimpin pelajar yang di’sanjungi ketika zaman kau dahulu, rupa’nya kau suka meraya’kan rakan-rakan kau yang begini. Mungkin, kita boleh meraya’kan kematian Mat Rempit di jalan raya & nobat’kan mereka sebagai wira bangsa. Kan?

Kau, kalau beminat mahu menyertai Mat Rempit, apakata kau jenguk-jenguk ke Komuniti Rempit Malaysia, ada gambar lucah kata’nya, menarik bukan menjadi seorang Mat Rempit?

Statistik ringkas & format baru ruangan komentar

Format baru ruangan komentar

Lama dah aku terfikir untuk cari plugin yang memboleh’kan aku balas komentar kalian dengan lebih mudah & lebih personal. Dan, beberapa hari lepas aku ketemu dengan plugin ciptaan Brian melaui JohnChow.com. Aku terus jatuh cinta. Hari ini, aku luang’kan masa untuk mengolah ruangan komen supaya lebih mesra pengguna. Semalam aku baru sahaja upgrade Wordpress yang aku guna’kan ke versi 2.1.3, ketar juga tangan sebab pertama kali lakukan upgrade. Tapi, upgrade Wordpress lebih mudah dari aku sangka. Aku sekarang punya banyak masa untuk di’buang lantaran baru tamat peperiksaan & menunggu untuk ke Pasir Gudang, Johor 30 April ini. Format baru ini memboleh’kan aku balas komentar pada setiap komentar itu sendiri & kalian juga boleh balas semula komentar rakan-rakan lain dalam loop yang sama. Apa kata kau cuba balas komentar aku di’bawah ini.

Statistik 15 April - 21 April 2007

Statistik 15-22 April

Di’atas aku tunjukkan statistik ringkas Mohd Ismail dot Com untuk jangkamasa seminggu bermula 15 April sehingga 21 April 2007. Ini mungkin sesuatu yang perlu di’pertimbangkan kepada sesiapa yang berminat untuk mengiklan produk/website di Mohd Ismail dot Com. Lebih 10,000 hits & 5,000 pelawat unik dalam seminggu. Pengiklanan di’sini akan lebih dari bernilai untuk wang kalian. Hubungi aku untuk maklumat lanjut.

Penyelesaian untuk masalah trafik… mungkin

464111511_80d31700ff_o.jpg

Kadar kemalangan di negara kita amat membimbang’kan sehingga setiap kali tiba’nya musim perayaan, menteri-menteri akan merayu-rayu pada setiap seorang rakyat Malaysia supaya memandu dengan cermat untuk mengelak’kan kecelakaan sepanjang perjalanan. Berkesan? Tidak! Statistik terus meningkat tanpa mempeduli’kan saranan pemimpin kita. Buat’lah apa sahaja. Professor di pusat pengajian aku pernah membanding’kan Jepun & Malaysia berkaitan kadar kemalangan ini. Di Jepun, menurut kata beliau, jika terjadi satu(1) kemalangan yang membabit’kan kehilangan nyawa, berita itu akan menjadi tajuk muka depan. Di Malaysia? Kita boleh wujud’nya satu mukasurat berita tentang kemalangan jalan raya, setiap hari. Mungkin.. ini mungkin sahaja.. salah satu cara terbaik untuk buat pemandu kita mematuhi peraturan paling mudah untuk di’ikuti, had laju.

* Video berikut adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. Kau sudah aku ingat’kan.
Continue reading »

Friendster & MySpace : Dari sudut lain

Aku tidak tahu mengapa, tapi aku tak senang hati melihat trend remaja-remaja Malaysia menghabis’kan masa di’hadapan monitor komputer untuk bersosial. Bersosial? Yep, remaja kita sekarang bersosial di’hadapan monitor komputer. Tanpa perlu berganjak sedikit pun, kau boleh berjumpa ramai kenalan jauh atau dekat. Terima kasih kepada teknologi maklumat yang tak berhenti membangun. Friendster & MySpace telah mengungguli carta laman web sosial paling popular di Malaysia. Ini yang membimbang’kan.

Tinjauan aku ke 4 buah CyberCafe di sekitar Nibong Tebal & Parit Buntar serta pengalaman menjejak CyberCafe di’tempat sendiri memberi aku maklumat bahawa 100% remaja perempuan yang datang ke CyberCafe adalah untuk melayari MySpace ataupun Friendster. Kau cuba pergi, tinjau sedikit apa remaja kita laku’kan? Itu yang perempuan, yang lelaki’nya, selain berjuang bermati-matian bermain online game, mereka akan melepas’kan lelah di Friendster ataupun MySpace. Kau tahu, mereka lebih arif mencari gambar-gambar lucah di MySpace berbanding menaip URL dengan betul di address bar.

Lebih membimbang’kan bila terjadi’nya aktiviti sampingan seperti di’laporkan Harian Metro hari ini, kau perhatikan betul-betul gambar di’bawah

For teenagers n myspacer?