2007 May
Thursday, May 31st, 2007
at 9:31pm

Sebulan sekali, aku akan menulis entri khusus buat semua yang terlibat dalam memeriah’kan Mohd Ismail dot Com sepanjang 30 hari. Kali ini giliran Mei 2007.
Pertama sekali, terima kasih kepada semua, semua, semua pembaca yang baru atau yang telah lama kenal Mohd Ismail dot Com. Setiap saat kehadiran kalian di’sini buat aku terus hidup untuk menulis.
Seperti di’janjikan, salah seorang dari Komentator Teraktif Mei 2007 dengan jumlah komentar terbanyak akan menerima habuan dari bjx.store & Karikatur4U.com. Berikut adalah senarai 10 orang komentator teraktif untuk sepanjang bulan Mei 2007 setakat jam 9.34 malam;
- Kasyah(74)
- AzwanHadzree(67)
- Fahmishah(48)
- Shutterspeaks(31)
- Azhar Ahmad(27)
- Flisterz(24)
- Nazirah(22)
- Chot(21)
- Wizurai(19)
- Kamarul(17)
Terima kasih juga kepada semua pembaca yang memberi komentar walaupun satu, aku sangat sangat menghargai’nya lebih dari aku menghargai 1,000 spam. Kepada silent reader, aku tahu kau ada di’sana, datang ke sini senyap-senyap sahaja. Ha ha. Terima kasih juga.
Kepada penaja utama Mohd Ismail dot Com untuk bulan Mei 2007, Shambie Adzhan dari bjx.store & juga Karikatur4U.com, terima kasih kerana sudi menaja hadiah Komentator Teraktif Mei 2007. Aku ingin bekerjasama lagi dengan kalian di’masa hadapan jika di’izinkan.
Kepada penaja iklan, ResepiKu.com selaku pengiklan sulung yang berurusan terus di Mohd Ismail dot Com.Penaja melalui Advertlets, Exabytes, Amob, MYeG & MindValley. Penaja dari Nuffnang, Kurnia Insurance. Kalian semua memberikan sesuatu yang bernilai buat aku sepanjang Mei ini, terima kasih yang teramat sangat.
Bulan hadapan, aku belum menjanjikan apa-apa untuk Komentator Teraktif, tetapi yang pasti, akan ada satu pertandingan mini yang akan berlangsung seminggu atau dua yang akan menawarkan wang tunai terus ke akaun bank kalian. Stay tuned.
Dan sekali lagi, terima kasih yang teramat sangat. Aku berharap bulan hadapan akan lebih lebih baik dari bulan ini.
*ada sesiapa yang tertinggal?oh ya, di’atas itu Wan Khairol Norhaizan.Dia tidak memiliki sebarang telefon bimbit. Sekian.
Wednesday, May 30th, 2007
at 4:35pm

Lewat hari ini, CEO Microsoft, Steve Ballmer akan merungkai satu produk misteri yang di’panggil Microsoft Surface di Persidangan D: All Things Digital.
Komputer generasi baru, tanpa keyboard, tanpa tetikus, tanpa wayar. Hanya kau & sekeping monitor pintar yang akan merobohkan batas tradisi & teknologi. Skrin sesentuh bukan satu perkara baru dalam dunia komputer, tetapi Microsoft Surface melangkau lebih jauh dari itu.
Di’saat Apple menunggu detik kegemilangan iPhone di’lancarkan, Microsoft tidak mampu menunggu untuk mengalih perhatian dunia kepada Microsoft Surface.
Ikuti liputan tengah malam oleh laman-laman teknologi hari ini;
Kawan-kawan, selamat datang ke dunia baru.
Wednesday, May 30th, 2007
at 8:44am
Sejak awal penglibatan aku dalam dunia menulis blog, rakan-rakan blog ramai yang datang & pergi. Tidak kurang juga yang menggunakan status hiatus untuk berhenti menulis buat sementara. Selalu juga aku terjumpa dengan entri blog yang berbunyi seperti ini
Maaf kerana lama tidak update kerana kucing saya patah kaki & saya tidak punya idea untuk menulis entri.
Satu perkara yang perlu di’ketahui oleh mana-mana penulis blog, sekali kau meletakkan ayat sebegitu, kau akan cenderung untuk meletakkan’nya lagi di masa hadapan. Di’tempat praktikal yang aku jalani sekarang, supervisor aku mengatakan, dalam apa-apa hal, jika sesuatu yang sementara itu kerap terjadi, ia akan menjadi sesuatu yang tetap.
Temporary is permanent.
Jika kau serius menulis blog, kau tidak akan kekeringan idea. Walaupun hidup kau hanya berkisar tentang kau makan, tidur & bermain dengan kucing. Pasti ada sesuatu yang buat kau terfikir untuk menulis. Di’sini, ada beberapa cadangan jika kau dengan tiba-tiba menghadapi mental block yang teramat sangat.
- Buat entri yang penuh dengan link-link menarik. Ini akan menjadi mudah jika kau menggunakan RSS untuk membaca banyak blog dalam sehari. Aku, membaca lebih 100 RSS Feed setiap hari & kebanyakan idea aku untuk menulis datang dari sana. Walaupun aku sibuk dengan praktikal.
- Minta pembaca bertanya. Kata’kan kau mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu misal’nya penggunaan CSS, minta pembaca untuk bertanya soalan dalam ruangan komentar. Nescaya, esok kau akan ada sesuatu untuk di’tulis.
- Buat entri video dari YouTube. Ini cara paling simple untuk menulis entri. Masuk YouTube & cari’lah satu video yang betul-betul menarik perhatian & relevan pada waktu itu untuk di’paparkan kepada pengunjung. Ambil kod HTML, copy & paste & BANG! Entri kau siap kurang dari 3 minit.
- Menulis tentang isu semasa. Ambil headlines akhbar-akhbar hari ini yang menarik & tulis’kan pandangan peribadi tentang apa yang di’perkatakan. Tidak kisah’lah berita tentang Maya Karin putus cinta atau PKNS Selangor tidak berpuashati dengan pengadil, selagi berita itu relevan dengan isi kandungan blog kau, terus’kan. Jangan sesekali copy & paste bulat-bulat isi kandungan berita tersebut. Itu tidak beretika.
- Hargai pembaca dengan meletak’kan link. Jika hari ini kau tidak punya idea untuk menulis, apa kata kau singgah ke blog-blog rakan yang lain yang membaca blog kau & cari entri mereka yang relevan. Senarai’kan link dari pembaca akan menimbulkan satu rasa cinta baru dalam hubungan sesama penulis blog. Woot!
Pokok’nya disini, tiada sebab untuk kau malas untuk menulis jika kekurangan idea. 5 idea di’atas akan meningkatkan kredibiliti kau sebagai penulis blog yang serius & memberi nilai kepada pembaca walaupun dengan entri yang pendek & ringkas. Ayuh menulis sehingga tua!
Tuesday, May 29th, 2007
at 1:54pm
Warner Bros telah melancar’kan satu kempen yang sangat unik untuk filem terbaru Batman: The Dark Night. Cuba kau pergi ke laman rasmi The Dark Night & kau akan lihat imej seperti di’bawah.

Jika kau klik di’imej tersebut, kau akan di’bawa pergi ke website I Believe In Harvey Dent , apa yang kau akan ketemu adalah satu page hitam tertulis ‘Page Not Found’.

Cuba kau Right-Click & Select All, kau akan lihat satu alunan Ha ha Ha ha seperti tiada berpenghujung.

Copy & paste kesemua’nya, dan masukkan ke Microsoft Word, buang semua Ha ha Ha ha itu dan kau akan lihat satu mesej khas dari kempen ini.
See You In December? Kreatif bukan?
Tuesday, May 29th, 2007
at 9:19am
Pakej standard Wordpress datang dengan satu arahan di’mana spider untuk enjin carian tidak akan mengikuti mana-mana link yang di’masukkan dalam ruang komentar pembaca. Ini sesuatu yang merugikan untuk weblog yang mempunyai bilangan komentator yang aktif seperti di’sini.
Seminggu yang lepas, aku fikir, aku install plugin DoFollow ini untuk disable fungsi automatis rel="nofollow".
Maka, sesiapa yang menulis komentar di’sini, enjian carian akan mengikut link yang di’tinggalkan & ini sesuatu yang bernilai buat semua komentator di’sini.
Jika pun kau bukan komentator teraktif di’sini, sekurang-kurang’nya ada cinta untuk mengoptimasikan ranking kau di’dalam Google, Yahoo! dan enjin-enjin carian lain.
Letak’kan di’weblog kalian & berikan sedikit cinta buat komentator entri kalian.
Jangan tidak tahu, John Chow mengenakan bayaran untuk sesiapa yang mahukan link di’ruangan komentar di’ikuti oleh enjin carian. John Chow memang mata duitan.
Download : DoFollow by Kimmo SuominenÂ