Cara Termudah Jana Duit Melalui Blog dengan Technorati & Google
- 46
- Add a Comment
Ini adalah kali pertama aku menulis tentang cara membuat duit di’internet. Bukan kerana aku akan merubah blog ini kepada blog perniagaan internet, tetapi tips yang ini aku rasa adalah perlu untuk sesiapa yang kebuntuan bagaimana jalan’nya untuk menulis blog & cara yang berkesan untuk menjana duit dari blog mereka.
Aku akan beritahu hari ini. Ingat, maklumat ini tidak mungkin sesekali kau akan perolehi dari mana-mana e-book di’luar sana. Jika ada yang menawarkan pada harga tertentu, kata’kan pada mereka, Mohd Ismail dot Com boleh beri secara percuma. Dan, jangan lupa ucapkan terima kasih.
Apa yang kau perlukan?
- Pandai menulis dalam Bahasa Inggeris? Jika ya, dapat 5 mata, jika tidak, kosong.
- Ada domain sendiri? Jika ya, tambah 5 mata, jika tidak, tambah 3 mata.
- Ada akaun Google Adsense? Jika ya, tambah 5 mata, jika tidak, kosong.
- Ada keinginan untuk menulis dengan kerap & tidak mudah putus asa? Jika ya, tambah 15 mata, jika tidak, tolak kesemua mata yang kau ada sekarang menjadi kosong.
Sekarang, jika mata yang kau perolehi tidak bernilai kosong, kau boleh terus’kan pembacaan ke baris seterus’nya. Jika tidak, tanda pangkah di’atas sana lebih molek untuk di’klik. Terima kasih kerana berminat.
Langkah demi langkah
Menulis bukan perkara mudah, kau perlu mencari sumber & inspirasi untuk menulis. Jika kau mengharapkan idea sendiri, tulisan kau akan menjadi sesuatu yang sangat peribadi. Bercampur emosi. Jangan lakukan sedemikian kalau kau punya niat mahu menjana duit dari internet.
Berikut aku senaraikan langkah demi langkah yang boleh kau lakukan untuk mendapat’kan sebuah blog yang mempunyai isi kandungan yang menarik, terkini & paling penting, bisa menjana duit poket!
Mencari niche atau topik. Terdapat 2 sumber yang boleh di’percayai jika kau mahu mengetahui apa & siapa yang menjadi bualan hangat seluruh dunia. Tecnorati Popular & Google Trends. Kedua-dua perkhidmatan percuma ini menawarkan katakunci (keyword) yang menjadi buruan manusia seluruh dunia. Di’sini, kau dengan mudah akan memperoleh beberapa idea untuk menulis tentang apa yang orang cari, bukan apa yang kau fikir orang akan cari. Ada beza di’situ.

Lebih 100 katakunci sehari, setiap masa. Apa lagi yang kau mahu?

Untuk tujuan pembelajaran, mari ambil katakunci ‘youtube’ sebagai subjek.
Mencari sumber isi kandungan. YouTube merupakan sensasi anak-anak muda masa kini. Dari video klip artis kesayangan sehinggalah ke video lucah Mat Rempit, semuanya boleh di’perolehi di YouTube. Jangan nafi’kan yang YouTube adalah satu budaya baru dalam dunia internet. Anak-anak muda kita, di Malaysia pasti’nya lebih mengenali YouTube berbanding Mohd Ismail dot Com. Damn!
Lumrah manusia, barang percuma, walaupun sekecil mana, pasti akan mendapat tempat di’hati manusia sejak Adam di’syurga sehinggalah akhir dunia. Tetapi, bagaimana mahu mendapat’kan barang percuma berkaitan YouTube sedang’kan YouTube itu sendiri sudah sediaada percuma. Nah, ini cabaran’nya. Laman web seperti Download.com banyak menawarkan perisian percuma untuk di’muatturun. Kita perlu gunakan perkataan percuma seoptima mungkin.
Pergi ke Download.com, masuk’kan kata kunci ‘youtube’ dan BANG! Kau akan perolehi 1,310 perisian percuma untuk di’tawarkan kepada pengunjung blog kau. Jika kau memberikan link untuk download satu setiap hari, kau perlukan hampir 3 tahun untuk menghabiskan kesemuanya. Mungkin juga lebih lama & tidak akan habis kerna senarai ini akan di’update setiap hari. Woot!

Bagaimana dengan artikel & berita terkini berkaitan YouTube? Usah gusar, Google memang sayang’kan kita & kerana itu juga’lah aku sayang’kan Google lebih dari anak kucing adik aku sendiri. Kita ada Google Alerts. Secara ringkas, Google Alerts adalah seperti wartawan yang kita upah untuk membawakan berita-berita terkini mengikut katakunci yang kita berikan. Kata’kan kau ingin menjejak berita terkini *ex-girlfriend aku, Maya Karin, masuk’kan katakunci Maya Karin di Google Alerts & bila sahaja ada berita berkenaan Maya Karin, kau akan menjadi orang pertama yang tahu. Seronok bukan?

Begitu juga dengan study case kita, masuk’kan katakunci ‘youtube’ di’sana, pilih Type: Comprehensive, How Often: as-it-happens dan e-mail kau. Tunggu sahaja berita dari Google, dan kau tidak akan menang tangan untuk menulis. Berikut adalah salah satu contoh yang aku lakukan buat masa sekarang. E-mail berita-berita terkini akan datang ke inbox setiap masa. Kau tidak akan kekeringan idea.

Membina trafik & mempromosi blog. Jika aku mahu menulis tentang langkah ini, ia akan menjadi panjang lebar. Memandangkan blog yang kau bina adalah berbahasa Inggeris, maka ini adalah kompilasi artikel yang kau perlu baca, belajar & praktikkan untuk blog kau.
- How to Attract Links and Increase Web Traffic – The Ultimate Guide
- The Art of Link Development
- 5 Ways to Increase Your Traffic
- How to Drive Traffic to Your Blog - The Advice of of a 12 Year Old
- News Site that Send The Most Traffic
Masukkan iklan Google Adsense. Ingat! Ini perlu menjadi langkah terakhir dalam proses membina blog yang mempunyai potensi untuk menjana duit. Isi kandungan & sumber maklumat perlu di’pentingkan terlebih dahulu, baru kau boleh masuk’kan Google Adsense. Dapat’kan trafik yang mantap terlebih dahulu, kata’kan 500 hits setiap hari, itu sudah mencukupi sebenar’nya.
Di’lain masa, insyaAllah, aku akan terangkan lebih lanjut berkenaan bagaimana meletakkan Google Adsense seoptima mungkin yang bisa menjana duit untuk kau berfoya-foya di Ebay.
Jika kalian suka entri ini, apa kata kalian belanja aku secawan kopi? Ha ha.
*ex-girlfriend - rekaan semata-mata untuk menyedapkan cerita. Sekian.

