2007 May

5 tips untuk menulis blog secara serius

5 tips untuk menulis blog secara serius

Seperti yang aku tulis beberapa hari lepas, menulis blog bukan satu perkara mudah. Satu masa dahulu, ya, menulis blog merupakan sesuatu perkara yang senang. Tetapi masa bergerak lebih pantas dari seekor itik & menulis blog mengalami evolusi yang bukan sedikit.

Penulis blog di Malaysia secara am’nya terbahagi kepada 2 kategori;

  1. Mereka yang menulis blog untuk menceritakan perihal kehidupan harian mereka.
  2. Mereka yang menulis blog untuk berkongsi ilmu & bertukar pendapat dalam pelbagai perkara & bidang.

Kategori 1 kebiasaan’nya tidak serius dalam menulis blog. Mereka akan menulis blog sekiranya ada kelapangan & ada cerita yang hendak di’sampaikan. Entri mereka selalunya bercampur baur dengan emosi & perwatakan yang kadangkala memeningkan pembaca dari luar lingkungan hidup mereka.

Di’sini, Mohd Ismail dot Com ingin berkongsi 5 tips bagaimana seorang penulis blog mampu menjadi penulis yang serius & mempunyai pembaca yang setia.

  1. Dapatkan nama domain & hosting sendiri. Ini perkara nombor satu yang mesti di’lakukan seseorang yang ingin menulis blog secara serius. Penjenamaan diri & kawalan penuh ke’atas blog adalah amat perlu untuk menjamin hasil yang boleh di’banggakan.
  2. Jangan gunakan trengkas/shortform. Ini biasa terjadi. Penulis menggunakan shortform yang aneh-aneh tetapi menurut mereka itu yang menjadi kebiasaan. Ini penting untuk trafik dari enjin carian & juga keupayaan blog itu menjadi mesra pengguna. Katakan hari ini kau menulis satu entri bertajuk,’Cara Mudah Mncari Duit Dgn Intnet’. Dan, orang ramai memasukkan keyword ‘buat duit di internet’, peratusan untuk entri tersebut untuk muncul di enjin carian akan rendah & secara tidak langsung mengurangkan trafik yang berpotensi.
  3. Keep It Simple. Peraturan yang sering dipandang remeh oleh penulis blog. Lebih-lebih lagi penulis blog di’dalam kategori 1 di’atas. Mereka jika boleh mahu meletakkan segalanya dalam satu muka blog mereka. Slideshow, bling-bling, gambar beranimasi & paling menakutkan, perasaan buta tentang apa itu kontras. Pilih theme yang ringkas & mudah untuk di’navigasi. Jika theme anda berlatarbelakangkan hitam, pilih font berwarna cerah, tetapi bukan kuning. Jika theme anda berlatarbelakangkan putih, pilih font berwarna gelap. Mudah ‘kan?
  4. Menulis seperti bercerita. Ada penulis yang aku jumpa menulis tanpa perasaan di’dalam setiap perkataan’nya. Seluruh isi kandungan itu seolah-olah mati. Tulis’lah sesuatu cerita itu jika anda benar-benar mahu menulis & berada di’dalam mood yang baik. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah di’fahami & susunan ayat yang menarik minat pembaca untuk membaca sehingga ke penghabisan. Ambil masa untuk membaca tulisan mereka yang telah lama di’dalam blog. Belajar & belajar.
  5. Lawat ke blog rakan-rakan. Ini di’namakan membina hubungan. Anda tidak akan ke’mana-mana jika menulis blog & hanya berharap untuk orang datang. Memberi komentar di’blog orang lain seolah-olah memberi hadiah kepada tuan rumah ketika berkunjung. Dan, paling penting ia membina hubungan yang berterusan untuk kebaikan blog sendiri.

Ok. Sekarang pulang ke blog masing-masing & mulakan satu revolusi menulis blog dalam Bahasa Melayu yang lebih baik.

96 Jam dari sekarang : Cara Termudah Jana Duit Melalui Blog dengan Technorati & Google (tanpa perlu membeli e-book)

Lelaki dari Pluto, wanita dari galaksi lain

Lelaki bercinta berdasarkan pengalaman hidup manakala wanita bercinta berdasarkan novel yang mereka baca.

Membaca petikan di atas dalam majalah Maskulin edisi terbaru membuatkan aku terfikir tentang apa yang berlegar di’sekeliling aku. Wanita memang satu kaum yang Tuhan anugerahkan dengan 1001 imaginasi tentang cinta. Tidak hairan kenapa ramai penulis novel di Malaysia yang berjaya membariskan mereka yang berjantina wanita kecuali Ahadiat Akasyah.

Pada aku, wanita bukan sahaja bercinta berpandukan novel bacaan mereka, tetapi sekarang mereka punya pilihan yang lebih realistik, drama & filem romantik Korea. Aku punya seorang teman yang sangat sangat meminati produk dari Korea. Jika berbual tentang hidup dengannya, pasti ada terselit buah angan-angan tentang beberapa babak yang di’lihat dalam drama ataupun filem.

Nah. Ini persoalan pokok. Jika kalian seorang lelaki mahupun wanita, kalian setuju atau tidak dengan pernyataan di’atas & kenapa?

Blog & Perkembangan Sains Dunia

Hari ini aku baca 2 artikel dari 2 orang penulis di ScienceBlogs yang mana menyentuh isu ‘Menulis blog adalah aktiviti negara kelas pertama’. Mereka memandang bukan dari sudut bilangan blog yang di’hasilkan, tetapi berapa banyak blog yang memberi manfaat kepada manusia sejagat datang’nya dari negara membangun. ScienceBlogs merupakan sebuah tempat di’mana penulis-penulisnya menulis isu berkaitan sains & teknologi tulen yang menurut hemat aku tiada di Malaysia.

Jennifer Jacquet yang mengelola kolum Shifting Baselines menyatakan jika blog adalah suatu alat yang termaju untuk menyebarkan maklumat, kenapa ia tidak diterapkan di negara-negara membangun supaya ilmu saing & teknologi dapat di’sampaikan dengan lebih berkesan. Ini bukan kerana tiada hubungan internet, di negara membangun pasti’nya kafe internet wujud di’mana-mana bukan?

Carl Zimmer yang menulis untuk kolum The Loom juga berasa hairan kenapa negara-negara membangun yang kebiasaan’nya meriah dengan pembangunan biologikal seperti Indonesia, Ecuador & Tanzania tidak mempunyai saintis yang boleh menulis blog dan menyampaikan hasil penemuan dengan lebih cepat kepada masyarakat & seluruh dunia amnya.

Pada pandangan aku, di Malaysia khususnya, menulis blog masih di’anggap suatu aktiviti libur yang hanya dilakukan oleh anak-anak muda. Para professor & saintis di Malaysia selalunya hanya menunggu acara-acara rasmi anjuran kerajaan ataupun antarabangsa untuk mengetengahkan penemuan atau ciptaan mereka. Dunia bergerak pantas & trend beginilah sebenarnya yang membuatkan banyak hasil saintis Malaysia tidak dapat di’komersialkan olehpelabur-pelabur berpotensi dari luar.

Saintis & pendidik perlu mula menulis blog. Orang negara-negara kelas pertama menunggu khabar dari sini.

Akan Datang : Cara Termudah Jana Duit Melalui Blog dengan Technorati & Google (tanpa perlu membeli e-book) 

Update: Komentator Aktif Mei’07

Mei tinggal beberapa hari sahaja lagi, tingkat’kan komentar kalian & menang hadiah misteri sumbangan bjx.store & pakej tranformasi kepada kartun dari Karikatur4U. AzwanHadzree & Kasyah sedang memberikan saingan kepada AzharAhmad. Untuk bulan Jun, aku masih belum mendapat sebarang tajaan, tetapi akan ada satu pertandingan mini yang menawarkan wang tunai! Weehoo!

UPDATE : Spelling. Thanks Azwan!

Menulis blog bukan perkara mudah

Kembali ke beberapa tahun ke’belakang. Ketika aku masih berjinak-jinak dengan Blogger & berminat untuk menulis kerana terdorong melihat 2 orang penulis blog yang sangat kreatif, Kumprinx & SayapDewa (blog ni hampir setahun tak berupdate, hari ini dia update, sila baca!). Ketika itu menulis blog adalah sesuatu yang tulus lahir dari hati & menjadi karya agung buat diri aku. Aku menggunakan Blogdrive beberapa bulan sebelum berpindah ke Blogger & seterusnya membeli domain & hosting sendiri awal tahun 2006. Mengikut garismasa, ini adalah blog yang ke-4 kerana Mohd Ismail dot Com yang pertama telah berkubur kerana kesilapan sendiri. Ini boleh terjadi kepada semua orang yang baru menulis blog.

Lihat carta di’bawah. Menurut Technorati, terdapat lebih 71 juta blog di’seluruh dunia ketika ini & akan meningkat setiap hari. Dan, Pronet menyatakan walaupun peningkatan jumlah blog meningkat lebih 30 juta dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi jumlah blog yang masih aktif tidak banyak berubah.

Menulis blog bukan perkara mudah

Semua ini terjadi kerana beberapa faktor yang biasa ;

  1. Penulis blog baru tidak menulis secara konsisten. Mereka akan kehilangan idea setelah beberapa minggu menulis blog & lebih parah mereka tidak tahu bagaimana mahu mencari sumber untuk menulis. Dan. akhirnya blog mereka akan berkubur.
  2. Menulis kerana duit. Ini sesuatu yang perlu di’elakkan bila seseorang mahu mula menulis blog. Lebih-lebih lagi jika menulis dalam Bahasa Melayu. Mohd Ismail dot Com tidak memperoleh apa-apa selama ini sehingga muncul’nya Adverlets & Nuffnang.
  3. Tiada trafik. Trafik atau pengunjung bukan sesuatu yang boleh di’perolehi dalam masa yang singkat. Perlu kesabaran & passion yang bukan calang-calang. Aku pernah rasa bagaimana menulis dengan hanya 2 orang pembaca setiap hari.
  4. Pengurusan masa yang tidak konsisten. Ada penulis yang menulis bila mereka punya kelapangan sahaja tetapi mengharapkan pulangan yang besar buat blog mereka. Bila melawat sesuatu blog lain, lebih-lebih lagi blog baru, kebiasaan’nya aku akan bookmark & datang kembali 2,3 hari seterusnya untuk melihat update terkini. Jika aku dapati blog itu tidak berupdate buat jangkamasa yang panjang, aku akan remove dari senarai bookmark aku & kemungkinan besar tidak akan kembali. Semua orang juga begitu mungkin.

Nah. Sebagai bacaan tambahan di’pagi Isnin, ini ada 101 Tips Bagaimana untuk Menurunkan Trafik ke Blog Anda. Menarik!