2007 June

Terima kasih semua semua!

thank_you.jpg

Sekali lagi kawan-kawan kita sampai ke penghujung bulan. Dan seperti kebiasaan’nya, akhir bulan sebegini aku akan bikin satu entri khas rangkuman sepanjang bulan. Kita mulakan dengan Komentator Teraktif Jun 2007. Oh yeah!

Menjadi 10 orang penulis komentar teraktif di Mohd Ismail dot Com adalah sesuatu yang sangat berbaloi. Mengikut statistik dari MyBlogLog, secara purata link ke blog Yattie sahaja di’klik lebih 40 kali setiap hari di’page-page yang berlainan. Lebih banyak dari orang yang klik iklan Advertlets. Jika setiap klik yang terjana pada link Yattie membawa 10sen, kedudukan link teratas bernilai lebih RM100 sebulan. Woot! Siapa mahu beli spot untuk link tersebut?

Next month, Julai 2007, sesiapa yang berada di’atas sekali,bukan sahaja menerima spot untuk link bernilai lebih RM100, tetapi akan ada hadiah misteri yang terus datang’nya dari United Kingdom bernilai lebih RM100, terima kasih buat penaja yang comel (Happy Birthday!). Total up, kau akan dapat habuan RM200+. Tidak susah, tulis komentar sahaja & berikan aku sedikit populariti yang aku dahaga’kan. Mahu?

Mula’kan dengan esok, aku ada entri khas untuk Seleksi Hujung Minggu.

Bulan depan juga menyaksikan akan ada penaja buat julung-julung kali’nya menaja dekorasi Mohd Ismail dot Com. Sekali lagi Mohd Ismail dot Com akan berubah wajah, tetapi kali ini design’nya custom. One and only one.

Oh ya, hari ini ahli komuniti Mohd Ismail dot Com di MyBlogLog telah mencecah 80 orang. Kepada sesiapa yang belum menjadi ahli, sila’lah ke’sana dan mendaftar secara percuma. Cukup 100 orang, kita buat party!

Dan, buat kamu, kamu, kamu, kamu yang dibelakang sana, kamu yang di’balik pintu, kamu yang datang mencari video lauk, kamu yang datang mencari Fara Fauzana, kamu yang tersesat jalan, kamu yang mencari gambar bogel, kamu yang mencari cara cari duit mudah, kamu yang membaca dalam senyap, kamu yang berada di luar negara, kamu yang membaca dari pelantar minyak, kamu yang membaca ketika boss tiada, kamu yang mengutuk aku, kamu yang cuba hack blog ini & kamu yang sememang’nya fantastik.

Terima dengan kasih dari Mohd Ismail dot Com!

Informasi atau peribadi?

diggnation.JPG

Good morning everybody & welcome to Happynation! I’m Mohd Ismail & this is my buddy, Flisterz. “Hi there!”. Teguk teh tarik & Milo panas. Ha ha. Ini semua Flisterz punya pasal meracun aku untuk menonton Diggnation, kamu semua perlu menonton jika mahukan alternatif untuk televisyen yang entah ke’mana hilang’nya unsur humoristik & juga untuk mengetahui betapa cool menjadi seorang geek!

Pagi ini, aku dapat e-mail dari seseorang yang mahu identiti’nya di’rahsiakan, sesuatu yang rugi sebenarnya bila kau menyorokkan identiti di Mohd Ismail dot Com, kau akan dapat populariti dengan segera, tidak perlu Akademi Fantasia atau apa-apa. Antara lain isi kandungan e-mail yang agak panjang lebar bertanyakan aku samada dia perlu menulis sebuah blog berinformasi atau peribadi?

Informasi atau peribadi?
Aku sendiri tidak tahu bagaimana soalan begini boleh timbul di’tengah-tengah 85 juta penulis blog seluruh dunia. Jawapan aku untuk pertanyaan begini, terpulang pada minat dan kebolehan kau. Lihat ye, jika kau memilih untuk menulis dalam kategori peribadi & tentunya penuh dengan kisah kehidupan, kau mesti mesti pasti’kan yang kisah hidup kau cukup advanturas & menarik untuk di’ceritakan buat tatapan pembaca. Teknik & cara penulisan dalam blog kau juga amat penting supaya pembaca tidak berhenti membaca di’baris ke-3 entri di’blog kau.

Guna’kan teknik penceritaan yang pelbagai dan tidak membosankan pembaca. Jika hari ini kau menulis dari pandangan orang ketiga, apa kata esok kau tulis dengan teknik bercerita kepada orang ketiga. Monolog, boleh jadi sesuatu yang membosankan kepada pembaca jika terlalu monolog. Err… kau boleh bermonolog, tetapi jangan lupa’kan hati & perasaan orang yang akan membaca entri itu, adakah mereka benar-benar mahu membaca apa yang hati kau fikir’kan terhadap diri kau sendiri?

Walaupun aku hidup sebagai seorang yang dahaga’kan informasi terkini dunia teknologi & internet atau pendek’nya geek, aku juga ada beberapa blog yang berkisarkan kisah peribadi yang menjadi kegemaran aku. Dan, blog-blog ini boleh menjadi sumber rujukan untuk melihat bagaimana teknik menulis entri mereka membuatkan aku datang ke’sana, setiap hari!

Famia - Kau ke’sana dan lihat struktur bahasa yang gadis ini guna’kan, jika Dewan Bahasa & Pustaka tahu, Famia akan berada dalam masalah besar. Ha ha.

AkuBudakBiadap - Penulis’nya, jr. aku sendiri kurang pasti kenapa aku suka’kan gaya penulisan beliau. Lurus & penuh kejujuran walaupun kadang-kadang pahit.

Chika - Ha ha. Gadis seorang ini menulis semenjak aku belum kenal apa itu blog. Menjadi seorang yang shopaholic semenjak dua menjak ini dan gaya penceritaan yang bisa membuatkan aku ketawa sendiri. Korek arkib tulisan beliau, kamu akan tahu apa yang aku maksud’kan.

Kumprinx (Versi Blogspot) - Aku hi-lite versi Blogspot kerna di’sanalah terletak’nya karya-karya agung penulis blog (veteran?ha ha) yang menjadi favourite aku ini. Aku akan hi-lite lebih lagi 4 Julai ini dalam Happynation Special: Tribute to Kumprinx.

SiNagaNaga - Penuh sarkastik. Ha ha. Siapa tidak akan jatuh cinta kali pertama dengan entri-entri sarkastik tulisan Encik Naga?

Sayapdewa - Tulisan mamat ni mengajar aku banyak benda dari aspek sebenar sebuah kehidupan. Tidak lagi update seperti dulu, tapi aku masih menunggu entri terbaru setiap hari. Aku tunggu!

Dan, aku hafal URL mereka semua di’atas, walaupun di’hujung dunia aku berada, aku akan mampu menaip satu satu url mereka untuk mencari entri baru, dan mereka tiada dalam Google Reader aku. Mereka berhak mendapat lawatan khas tanpa RSS.

Jika mahu menulis berkaitan informasi? Pergi sahaja ke Weblogs, Inc. atau b5media dan lompat’lah dari satu blog ke satu blog milik mereka, kau tidak akan kekeringan idea untuk menulis apa-apa berkaitan informasi.

Sekarang soalan aku untuk kamu, mana lebih senang, blog informasi atau peribadi?

Penang got almost 20Mb/s internet connection

Semalam melalui Google Reader, aku baca satu entri dari Paul Stamatiou berkenaan masalah sambungan internet US yang mempunyai kelajuan yang lebih rendah berbanding negara maju lain. Melalui artikel di USA Today bertarikh 25 Jun 2007, fakta menyatakan yang Jepun mempunyai purata kadar kelajuan download(muatturun atau muat’turun?) sebanyak 61Mb/s, kau boleh download keseluruhan satu album Ayumi Hamazaki kurang dari satu saat!, Korea Selatan dengan 45Mb/s, Perancis dengan 17Mb/s & Kanada dengan 7Mb/s. Sedang’kan US hanya memiliki kadar kelajuan 1.97Mb/s.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin akan suasana internet di’sini, aku teruja mahu tahu berapakah nilai purata kadar kelajuan download di Malaysia. Aku mula’kan acara Googling (mengGoogle?). Tiada maklumat rasmi dari mana-mana pun. Baik. Aku ke SpeedTest.net untuk melihat sendiri keadaan internet di’Malaysia. Berikut adalah beberapa ujian yang aku laku’kan di SpeedTest.net.

malaysia-pakistan.PNG

Ke Pakistan, keputusan download 82 Kb/s, upload 45 Kb/s.

malaysia-uk.PNG

Ke United Kingdom (Hi there!), keputusan download 42 Kb/s, upload 70 Kb/s.

malaysia-japan.PNG

Ke Jepun, keputusan download 1649 Kb/s(1.65 Mb/s), upload 400 Kb/s.

Melalui ketiga-tiga test ini, aku sendiri tidak mampu membuat apa-apa kesimpulan melainkan Malaysia masih berada di era dial-up kerna masih berada dalam lingkungan kadar kilo, bukan’nya mega. Penemuan selepas ini yang mengasyik’kan.

malaysia-stat.PNG

Bila aku terlihat’kan statistik berkenaan ISP(Internet Service Provider) terbaik di’Malaysia, yang berada di atas bukan’nya TMnet atau apa-apa sekutu Telekom Malaysia. Optical Communication Engineering Sdn Bhd dengan kadar download 19+ Mb/s. Woot! Aku kembali ke Google, type in ‘Optical Communication Engineering Sdn Bhd’ and PenangFon?

Okeh, sepanjang aku berada di Pulau Pinang, selama 3 tahun mungkin, aku tidak pernah dengar tentang ISP yang bernama PenangFon. Mungkin aku pernah dengar, tetapi kemungkinan besar juga aku abaikan kerana ‘fon’ di’belakang itu seolah-olah menyatakan company ini sealiran dengan company-company penyedia kad prabayar telefon awam yang lain. Aku paling tak into telefon awam ni semenjak aku kenal handphone.

Ini maklumat paling menarik tentang ISP yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk orang Pulau Pinang.

penangfon.JPG

2 Mb/s download & upload untuk RM60 sebulan. Sound nice! Dan, yang lebih mengujakan aku tentang PenangFon adalah, kau tak perlukan sebarang talian telefon untuk menggunakan perkhidmatan mereka sepertimana Streamyx.

Owh, Streamyx, mahu tahu berapa mereka caj untuk talian internet 2 Mb/s download & 384 Kb/s upload?

streamyx_sucks_wtf.JPG

RM 1,188, wtf!

Mak, kita pindah Penang ye tahun depan?

Tag: Gambar mereka ketika kecil

front_head.jpg

Na’ah, aku pasti tiada siapa yang mahu berdoa sebegitu. Aku terima tag ini dari Chot & Ikoko beberapa hari yang lepas & sebenarnya aku masih berhutang tag dengan beberapa orang penulis blog yang lain.

Tag ini secara ringkas mahu penulis blog memaparkan wajah mereka ketika kecil. Tidak kira la umur berapa, sekira’nya boleh di’consider masih kecil & kanak-kanak.

Aku sebenarnya tidak mampu untuk menjawab tag ini oleh kerana aku tidak mempunyai sebarang foto yang menunjukkan aku masih kecil. Foto yang pertama seingat aku, aku sudah sedia besar begini. Aku kurang pasti samada aku lahir sebagai bayi atau remaja, tetapi yang nyata, aku tidak punya sebarang foto ketika kecil. Malam tadi, aku tanya’kan buat kali terakhir kepada mak di’rumah (Hi Mak!), jawapan’nya memang tiada.

Mak kata,”Kita mana ada kamera, sampai’la Along umur berapa ye yang kita naik Cameron Highland tu?”

Aku jawab,”3 tahun 11 bulan…”

Mak aku ketawa,”Ye la tu… 3 tahun 11 bulan dah pandai tunjuk jalan kat Abah.”

Maka, untuk meleraikan sumpahan tag yang di’turunkan ke’atas aku, aku bariskan wajah-wajah selebriti tempatan tanah air & antarabangsa ketika mereka masih kecil & muda remaja. Owh, mereka sangat cute. Lihat, 2 selebriti pertama memiliki fesyen rambut yang serupa. Adik beradik’kah?

Jika ada antara selebriti di’dalam gambar di’bawah membaca entri ini, let me know, saya dah print satu versi khas untuk anda tandatangan sebagai kenang-kenangan atau untuk di’lelong di eBay 20 tahun lagi. Yay!
Continue reading »

Hujan, bling bling & konspirasi

770444_91864273.jpg

11.38 malam tadi, aku sudah mahu pulang, mata aku keletihan menghadap skrin monitor yang berbalam-balam dalam gelap. Aku seluk-seluk poket untuk bayar pada mamat CyberCafe ni.”Abang bawak motor?”,mamat tu tiba-tiba bersuara. Alahai, tahu pula dia aku bawa motor malam ni.”Ha’ah”, jawab aku malas. “Hujan kat luar..”. Aku jenguk ke’luar dengan perasaan penuh gelisah. Mak aih, lebat nak mampus.”Ko kasi on balik PC aku tadi!”. Sudah’nya aku balik jam 12+ juga.

Return of CPM!
Dua, tiga hari ini aku perasan earning untuk Advertlets aku kembali mengalir laju seperti meter air. Dan, aku tahu, Advertlets sekarang sedang menjalankan iklan versi CPM. Aku suka’kan versi iklan begini berbanding iklan versi CPC. Ketika CPC, earning aku seolah-olah membeku. Ha ha. Dan, sebenarnya ramai juga tidak berpuashati bila Advertlets & Nuffnang mengambil keputusan untuk jalan’kan kempen iklan versi CPC ni. Apa’pun, aku kembali rasa bernafas.

HongKiat.com di’ceroboh?
6 hari lepas, Hong Kiat sebagai penulis jemputan di blog LiewCF menulis sebab-sebab kenapa beliau tidak lagi mengguna’kan Advertlets & Nuffnang. Hari ini, Jowey memberitahu aku, blog HongKiat.com telah di’hack dan salah satu ayat yang tertera pada screen hacker tersebut berbunyi, “You think ur too good for blog ad networks?“. Konspirasi? Ha ha.

Update: HongKiat kembali dengan gilang-gemilang, kalau ke’sana, sampai’kan salam aku.