2007 June
Wednesday, June 20th, 2007
at 9:34am

Malaysia melahir’kan seorang lagi professional blogger apabila HongKiat secara rasmi’nya berhenti kerja sebagai Head of Creative(Kepala Kreafif?Na’ah) di sebuah syarikat selepas tiga tahun bergelumang dengan alam orang dewasa selama tiga tahun. HongKiat aku lihat sebagai seorang blogger yang berdedikasi dengan menjalankan aktiviti blogging secara agresif termasuk membuat kempen di’beberapa blog terpilih.
Dan, problogger yang seorang ini juga lahir dari mereka yang menulis dalam Bahasa Inggeris.
Menjadi penulis blog yang bertaraf professional juga bukan perkara mudah. Jalan’nya masih sama seperti kau mahu menjadi jurutera yang err.. sememangnya suatu kerja yang professional. Kau perlu belajar & belajar & belajar. Aku tidak ada idea berapa banyak masa yang di’peruntukkan oleh HongKiat untuk belajar menjadi penulis blog sehingga ke tahap sekarang.
Aku sendiri membaca lebih 100 RSS setiap hari & aku tak akan tinggal walaupun satu supaya aku sentiasa di’update dengan maklumat terkini. Aktif di’forum yang berkaitan, tidak takut melakukan kesalahan & banyak bertanya kepada yang telah establish antara langkah ulangan yang kau perlu lalui setiap hari.
Aku, ada impian mahu hidup dengan menulis blog, tapi itu mungkin bukan satu target yang realistik, lebih-lebih lagi apabila 22.9% dari 13.5 juta pengguna internet di’Malaysia aktif di Friendster(TheStar, 12 Jun 2007). Bulletin & testimonial lebih seronok di’baca…mungkin.
Update: Selepas rakyat Malaysia memonopoli penggunaan Fotopages, kini 22.4% trafik ke Friendster adalah datang’nya dari Malaysia (NST 11 Jun 2007 via Amzari). Terima kasih Flisterz.
Mahu jadi penulis blog professional? Di’sini ada sedikit panduan berguna dari ProBlogger.
Untuk HongKiat, selamat maju jaya!
Tuesday, June 19th, 2007
at 11:40am

Aku sendiri sudah lupa ini pertukaran kali ke’berapa untuk themes Mohd Ismail dot Com. Satu penyakit yang melanda aku dari dulu lagi, aku seorang yang senang bosan dengan sesuatu. Take note, sesuatu. Bukan seseorang.
Tapi, sekarang ni aku rasa aku sudah kurangkan sikit tabiat gila menukar themes dengan kerap. Jika dahulu, kepada sesiapa yang follow blog ni dari dulu, dia tahu’la betapa kerapnya aku menukar themes sampai susah orang mahu recognize bagaimana rupa wajah’nya Mohd Ismail dot Com. Sibuk dengan beberapa perkara membuatkan aku lebih menumpukan untuk menulis entri-entri yang lebih umphh dan bisa bikin aku popular. Ha ha.
Hari ini, aku senarai’kan 5 themes Wordpress yang kau boleh dapat secara percuma (free!) di luar sana yang menjadi pilihan aku sepanjang wujudnya Mohd Ismail dot Com. Themes yang di’senaraikan memiliki kriteria
- Sedap di’pandang di’mata aku.
- Mempunyai kadar mesra pengguna yang tinggi
- Di’install lebih dari sebulan di Mohd Ismail dot Com (kecuali satu)
- Fresh!
- Sekali lagi, percuma.
Continue reading »
Monday, June 18th, 2007
at 12:09pm

Seperti aku kata’kan semalam, aku berpeluang berbual dengan seorang penuntut Malaysia di’luar negara berkaitan persepsi tentang dunia homoseksual. Aku ketemu gadis ini di’Friendster ketika aku sangat kebosanan. Aku tertarik untuk melihat profilus beliau kerna.. err.. dia comel. Send smile. Selepas itu aku dapat id YM! dan cerita pun bermula.
Hari Sabtu lalu, Fiza, pelajar tahun 2 jurusan undang-undang, berpeluang mengikuti satu festival perarakan yang di’sertai oleh ratusan manusia yang tergolong dalam kalangan pengamal homoseksual. Gay, lesbian & transgender berkumpul di’satu tempat untuk memperjuangkan kebebasan memilih pasangan dari satu jantina yang sama.
Fiza e-mailkan aku beberapa keping foto yang di’rakamkan di kawasan berlangsung’nya Pride Festival ini.
Continue reading »
Sunday, June 17th, 2007
at 12:57pm

Di’sebabkan gambar eksklusif yang aku katakan mengalami masalah teknikal tidak dapat di’elakkan, maka kalian harus menunggu sehingga Ahad depan selewat-lewatnya. Cis!
Aku hari ini keseorangan di’rumah, sejak petang semalam sebenar’nya. Housemate semua boleh balik kampung dengan tenang’nya walaupun cuti tidak sampai 48 jam. Supervisor semalam bertanya, “Mail, ko tak balik kampung?”. “Tak, jauh”. Perjalanan dari Pasir Gudang ke Sungai Besar adalah amat tidak berbaloi dengan cuti tidak sampai 48 jam. Aku mahu habiskan dengan tidur yang tenang. Bosan? Na’ah.
Sebagai ganti kepada entri yang tidak menjadi, aku tampil’kan Seleksi Hujung Minggu II
- Exabytes Acquires Bincang.Net - Company di’Malaysia nampaknya sudah memulakan trend membeli website yang berpotensi. Siapa mahu beli Mohd Ismail dot Com, aku terima RM1.2 juta. Murah tu. Ha ha.
- Kunjungan John Chow ke Computex 2007 di Taipei memberikan beliau barang percuma bernilai $1,500. Beliau mahu buat satu contest yang menawarkan monitor LCD skrin lebar 24″. Siot je. Malaysia bila mau buat? PC Fair pun asyik dapat flyers je.
- Untuk lelaki sahaja, mahu cuti mata? Aku mahu tengok mereka di PC Fair!
- Semalam Fath tanya tentang widget MyBlogLog, terlanjur aku check sekali ahli komuniti Mohd Ismail dot Com, ada 63 orang! Aku sendiri tak sedar. Ha ha. Terima kasih semua.
Malam tadi, aku berpeluang menemuramah dengan seorang lagi pelajar Malaysia di perantauan yang aku temui melalui Friendster, akan aku tampil’kan dalam Homoseksual : Dari sudut lain. Friendster boleh jadi sumber berita yang kau tak sangka-sangka, walaupun spam merata-rata.
Saturday, June 16th, 2007
at 10:38am
2 hari iklan aku berada di WangCyber.com membuahkan beberapa keping e-mail ke inbox rasmi aku bertanya’kan satu soalan yang secara general’nya, “apa plugin yang ko guna ye?”. Aku reply, “plug in baby!” seraya ketawa berdekah-dekah. Ayat terakhir tu aku gurau je. Maka, entri ini aku campak’kan ke’dalam kategori Tanya Mail!
Dalam folder plugin aku, ada 58 jenis plugin yang berbeza tetapi bukan semua’nya berguna. Selalu’nya hampeh & kemalasan aku mendorong mereka terus berada di’situ. Di’sini aku mahu senarai’kan beberapa plugin yang cukup penting buat aku & berharap mampu menjawab pertanyaan yang datang dari e-mail.
Show Top Commentators - Aku sayang’kan pembaca di’sini. Aku gunakan plugin ini untuk letak’kan link-link ke blog pembaca Mohd Ismail dot Com yang aktif memberi komentar. Walaupun PR blog ini tidak’lah setinggi mana, tetapi aku yakin, trafik ke blog mereka pasti bertambah dengan kehadiran orang-orang baru. Kan Fawari ‘kan?
Brian’s Threaded Comments - Ini plugin untuk format ruangan komentar di’dalam entri. Plugin ini memudahkan pembaca menyerang balas komentar lain. Mudah untuk aku juga memberi maklumbalas kepada setiap kritikan & kutukan. Ha ha.
DoFollow - Ini juga untuk kepentingan pembaca di’sini. Plugin DoFollow akan membenarkan enjin carian mengikuti link-link yang di’tinggalkan di’bahagian komentar sekaligus memberikan populariti kepada blog pembaca di’sini. Kita semua suka’kan populariti bukan? *angguk!
Get Recent Comments - Ini letak’nya di’sidebar hujung sana. Plugin ini menunjukkan komentar-komentar baru yang di’kirimkan oleh pembaca sekaligus memudahkan pembaca lain melihat suasana meriah di’sini. Aku berani jamin, jika blog yang tidak meletak’kan plugin ini, kebarangkalian komentar hilang arah & pertanyaan tidak berjawab sangat besar (lost in conversation).
WWW Redirect - Kerjanya mudah, plugin ini akan redirect mohdismail.com ke www.mohdismail.com. Ini penting sebenar’nya untuk mengelakkan kekeliruan enjin carian & menyatukan trafik yang biasa’nya terpecah antara ada www dan tiada www.
Similar Posts - Di’penghujung setiap entri, akan ada satu bahagian yang menunjukkan beberapa entri yang berkaitan dengan entri semasa. Maka, pembaca punya lebih sebab untuk tidak meninggalkan Mohd Ismail dot Com
Google Sitemaps - Ini aku gunakan sejak awal dunia lagi. Setiap kali aku update dengan entri baru, maka aku akan pasti’kan yang aku akan hantar sitemap paling latest buat Google. Kerna aku mahu entri aku di’indeks dengan lebih cepat & pantas bak juara!
AjaxContact - Ini aku guna’kan di’page Hubungi yang mana memudahkan pembaca di’sini menghubungi aku untuk bertanyakan khabar atau sekadar berkata Hi!
Itu’lah 8 dari 58 plugin yang betul-betul berguna buat aku. Yang betul-betul aku tak guna, aku akan remove tidak lama lagi, itu’pun kalau seru kerajinan itu ada. Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Jangan menulis ketika memandu, bahaya!
Esok: Gambar eksklusif yang di’nanti-nantikan. Tunggu! Delayed, cis!