2007 July
Monday, July 30th, 2007
at 12:30pm

Salam hari Isnin semua! Selepas aku kongsikan apa yang aku baca melalui RSS Feed beberapa hari yang lepas, hari ini aku kongsikan apa sebenarnya yang aku lakukan di’hadapan komputer super-laju aku ini bilamana aku tidak melayari internet, tidak menulis blog, tidak melawat blog orang lain, tidak membaca RSS Feed dan tidak bermain kerusi beroda di ofis HappyPeople Media.
Ini kerja aku yang sebenar, di’dunia nyata. Aku seorang pelajar kejuruteraan kimia di sebuah universiti milik kerajaan Malaysia, maka ini’lah yang akan hadapi untuk setahun lagi. Harap’nya. Di’atas ini, screenshot ketika aku sedang menyiapkan fasa terakhir tugasan pertama untuk kursus rekabentuk. Kompleks? Tunggu aku serta’kan projek akhir tahun aku nanti. Aku tidak akan ada beza’nya dengan komputer selepas ini, berbahasa bahasa yang hanya komputer yang akan faham.

Berkenaan tajuk entri kali ini, malam tadi aku terjumpa laman ini, Media on Demand. Aku tak tahu la samada aku tidak sedar akan kewujudan laman ini atau Media on Demand hanya berlegar di’sekitar orang-orang media sahaja. Tetapi yang pasti, penemuan aku terhadap Media on Demand membuka mata aku tentang bagaimana pengiklanan di’Malaysia di’jalankan. Hampir semua media arus perdana seperti Utusan Malaysia, KOSMO!, TV3, 8TV, Era FM, HOT FM, Mix FM dan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran kau sekarang, ada di’dalam Media on Demand.
Tetapi, untuk melihat peluang pengiklanan dengan media-media besar ini, kau perlu mendaftar & aku telah mendaftar sebagai wakil dari HappyPeople Media. Pagi ini aku menerima e-mail pengesahan bahawa pendaftaran aku di’terima & tanpa segan silu aku meninjau masuk ke’sana melihat senario pengiklanan Malaysia. Kau tahu, untuk mengiklan di KL Sentral untuk satu video 30 saat di’salah satu skrin di pintu masuk Level 2, kau perlu membayar lebih RM25,000 untuk jangkamasa sebulan. Woot!
Ini adalah satu pendedahan yang bagus untuk mereka yang berminat dengan media Malaysia lebih-lebih lagi yang mengarah kepada pengiklanan-pengiklanan besar. Aku mahu lihat video HappyPeople Media di’KL Sentral satu hari nanti. Cita-cita biar tinggi, dapat tak dapat itu belakang kira. Ayuh!
Notapendek: Aku tidak dapat access ke blog SZAB, kerana kampus aku block, e-mail’kan aku apa yang Alang tulis’kan tentang aku kerana aku ingin tahu. Anyway, terima kasih Alang, kau seperti tahu yang aku manusia gila’kan populariti. Nanti bila-bila kalau TV jemput kau, ajak aku sekali ye?Ha ha. Thanks untuk Wizurai kerna memaklumkan kepada aku.
Sunday, July 29th, 2007
at 1:37pm

Aku pernah membaca dalam satu majalah keluaran tempatan satu masa dahulu yang mana mengetengahkan isu berkaitan lelaki Melayu. Majalah itu menjalankan kajiselidik di’beberapa lokasi & melibatkan beberapa ratus individu yang kebanyakan’nya, adalah wanita / gadis / perempuan / mak orang / gadis sunti. Satu kesimpulan yang keluar dari kajiselidik tersebut adalah, lelaki Melayu adalah selekeh & tak boleh di’harap dalam soal memahami wanita.
Tidak lama selepas itu, syarikat yang sama mengeluarkan majalah itu mengeluarkan sebuah majalah yang khusus untuk lelaki-lelaki moden, Maskulin. Majalah ini cukup bagus & aku sendiri membaca’nya kerna pengisian yang lebih cenderung kepada persekitaran lelaki di’Malaysia. Tetapi, aku pasti & yakin, ego yang menebal dalam diri setiap lelaki menghalang mereka untuk keluar daru kedai buku membimbit senaskah Maskulin. Walaupun ada artikel yang menarik perhatian untuk di’baca, mereka lebih prefer untuk membaca sepintas lalu tanpa membeli. Tidak seperti gadis-gadis di’luar sana, majalah Remaja adalah kitab bulanan mereka. Kenapa kita, lelaki Melayu tidak begitu? Bukan’kah kita perlu kelihatan kool & tidak di’pandang selekeh oleh wanita walaupun kita seorang kaki rempit mahupun seorang penulis blog?
Sebagai alternatif, internet menyediakan ruang untuk lelaki-lelaki ego ini mendapat sedikit tips berguna untuk kelihatan lebih hype & memahami wanita secara saintifik. Logik’nya, terma ‘memahami wanita‘ tiada bezanya dengan terma ‘bagaimana alam semesta terbentuk‘ kerna kedua-dua’nya adalah subjek yang sangat menarik & dalam masa yang sama, misterius! Continue reading »
Saturday, July 28th, 2007
at 9:18am

Semalam, aku menyertai rombongan kaki komputer ke PC Depot, sebuah gudang barangan keperluan komputer yang menjadi tumpuan golongan seperti ini setiap hari. Tujuan’nya hanya satu, aku ingin membeli tiga barang yang akan merubah cara aku bekerja di’hadapan komputer. Aku mahu sesuatu yang lebih pantas & mempercepatkan kerja aku, walaupun aku tahu faktor sebenar yang melambatkan kerja-kerja aku adalah, diri aku sendiri yang malas ekstrim.

Kami, lelaki adalah golongan yang paling tersusun dalam soal pembelian barang. Tiga barang ini sudah aku bincangkan bersama Najib semenjak aku menjalani praktikal di’Pasir Gudang itu hari. Semalam adalah hari yang paling baik untuk mrealisasikan keinginan aku kerna cek Advertlets telah clear & harga barangan di PC Depot mencapai harga yang memuaskan, lebih-lebih lagi yang satu ini. AMD Athlon 64 X2 4000+ Dual Core Processor hanya untuk RM245. Najib kata murah. Beberapa hari lepas, aku bikin survey ringkas kepada 2 kedai sekitar Parit Buntar untuk mengesahkan kenyataan Najib. Kedai 1, RM258, Kedai 2, RM 265 & Lelong.com.my, RM 279. Jom kita ke PC Depot!

“Encik, ada ambil gambar ye tadi? Saya minta encik tolong delete boleh?” Heh. Tiada gambar di PC Depot & kalian tidak berpeluang untuk melihat bagaimana gila’nya kaki-kaki komputer ini melihat gadget terkini. Jika tidak kerna kami kaum lelaki yang tersusun, maka’nya kami akan banyak membazir wang tanpa hala tuju di’sana. Itu di’atas 2 dari 3 barang yang paling asas untuk buat komputer aku berjalan.
Kenapa aku beli processor AMD?
Nah. Aku bukan makhluk yang faham segala masalah teknikal berkaitan komputer & tahu dengan sangat membezakan processor ini dengan processor itu. Ah! Persetankan! Yang penting sekarang, harga’nya murah & aku bisa melakukan kerja dengan lebih pantas. Chipset, energy efficiency, heat, realibility, 64-bit, overclock, Aduh Saliha apa benda tu semua?

Tapi, tak bermakna aku tidak mahu ambil tahu langsung tentang aspek teknikal processor ni. Aku juga perlu tahu apa beza’nya processor dari AMD & Intel. Internet adalah gedung maklumat tanpa sempadan, aku ke Google dan aku taipkan ‘dual core amd vs. intel’. Nah. Aku ada ratusan review berkenaan perbezaan antara AMD & Intel. Walaupun processor yang aku beli ini tiada dalam kebanyakan review AMD vs. Intel, tetapi aku mendapat bayangan bagaimana prestasi processor ini untuk aku gunakan dalam jangkamasa yang panjang.
Review dari CNET memberikan gambaran jelas yang processor dari AMD adalah lebih dalam segala-galanya. Dari tujuh kriteria yang di’tetapkan untuk perbandingan seperti penyuntingan foto, video, multitasking & gaming, AMD tanpa segan silu menyapu bersih semua kelebihan berbanding Intel.
Bukan di CNET sahaja, AMD juga unggul di’mata penulis review di ZDNet & ExtremeTech. Kau tahu, AMD pernah mencabar Intel untuk menentukan processor siapa lebih unggul & Intel telah menolak’nya. AMD selaku pembuat processor yang sarkastik telah menyeranaikan 10 sebab kenapa Intel menolak cabaran tersebut.Ha ha.
AMD Athlon 64 X2 4000+….RM 245
Abit NF-MS2 NVidia GF6100+405….RM185
Kingston 1GB DDR2 RAM….RM160
Tol pergi-balik Nibong Tebal-Prai….RM5.60
Melihat komputer bergerak lebih pantas….tidak ternilai!
*siot je ending
Thursday, July 26th, 2007
at 4:22pm

Penulis blog baru kebanyakan’nya akan memikirkan dari mana mereka harus bermula untuk mendapatkan trafik. Tak kurang juga yang berpendapat bahawa mereka hanya perlu menulis dan tidak perlu melakukan perkara lain, dan trafik akan datang dengan sendiri’nya.
Aku dah berjumpa beberapa kes begini yang pada aku satu pendapat yang hanya merugikan masa. Di’sini ada beberapa teknik yang aku sarankan untuk mendapatkan trafik untuk blog baru sekaligus mendapat pendedahan di’tengah-tengah kelompok penulis blog yang timbul entah dari mana. Blog di’Malaysia semakin banyak, mesti kalian tidak mahu tenggelam & terus hilang bukan?
- Aktif di’forum - Walaupun aku sendiri kurang into dengan aktiviti berforum ni, tapi aku tak boleh nafikan yang forum adalah satu sumber trafik yang kuat jika kau aktif & rajin berkongsi. Di’Malaysia, forum yang aktif & bisa memberikan trafik penyegar mata adalah WangCyber.com. Kebanyakan mereka di’sana juga adalah penulis blog selain penulis e-book. Jika blog kau cukup menarik, orang-orang di’forum akan melekat di’blog kau dengan tempoh lebih lama.
- Tinggal’kan komen - Lawat ke’blog orang lain & tinggalkan komen yang bernas. Ini penting, jika orang yang membaca komen kau di’blog orang lain & berminat dengan cara penulisan & penyampaian kau, mereka tidak akan kedekut untuk menyumbang sedikit tenaga untuk klik link ke blog kalian. Pasti’kan kau tinggalkan komen dengan berhemah & punya relativiti yang tinggi ke’atas apa yang di’bincangkan.
- Bina hubungan - Ini aku pernah bangkitkan dahulu dalam ruangan Tanya Mail! menjawab soalan berkaitan hubungan dengan blogger & pembaca. Wujudkan hubungan yang erat & tampilkan diri dengan lebih kerap di’blog-blog yang menjadi tumpuan ramai dengan meninggalkan komen. Lama kelamaan orang akan mula berkata,”Wahh… mamat ni ada kat mana-mana seh, siapa dia eh?” Dan, kau akan dapat satu klik dengan cara begini.
- Iklan’kan blog kalian - Ini memerlukan sedikit pelaburan tetapi mempunyai pulangan yang bukan sedikit dari segi trafik. Ketika Mohd Ismail dot Com membuat pengiklanan di’WangCyber bulan lalu, blog ini menerima ramai pembaca baru yang asal’nya datang sana. Tanya’kan pada Fawari, bagaimana efek iklan ‘I Hate Mohd Ismail!” kepada blog beliau. Sila tanya & jika ada sesiapa berminat untuk melakukan perkara serupa, hubungi aku.
- Get list in Box of Fame - Ha ha. Apa yang aku perlukan katakan lagi? Box of Fame menempatkan 10 link ke blog komentator yang paling aktif. Dengan format baru yang di’ubah kepada mingguan, Box of Fame memberi peluang kepada semua untuk berada di’dalam sana dan mendapat sedikit cinta dari pembaca di’sini. Kau, yang membaca sehingga ke’baris ini, lawat-lawat’lah 10 blog di’atas sana, mereka penulis blog & komentar yang hebat-hebat belaka.
Nah, mulakan sekarang & kejarkan populariti yang sememangnya kau perlukan untuk survive dalam dunia menulis blog Malaysia yang semakin membesar ini.
Wednesday, July 25th, 2007
at 12:35pm

“Mail, tak pergi derma darah ke kat luar sana?”, kakak kaunter pejabat tersengih bertanyakan soalan. Sedang aku tersengih melihat surat dari Advertlets sudah berada dalam tangan.”Nurse comel-comel tu”. Ayat yang ini buat aku melangkah keluar lebih cepat dari pejabat untuk melihat nurse comel-comel yang di’maksudkan. Sungguh beb! Aku spot 2,3 orang tengah belek-belek tangan lelaki yang tersenyum nakal di’atas katil. Cilaka. Nak derma darah ke nak derma minyak?
Aku berjalan penuh girang dengan tangan berayun penuh keriangan ke bilik. Sekeping cek bernilai sejumlah wang telah berada dalam tangan. Setiap manusia yang aku temui aku senyum tanda sedekah. Aku sudah dapat cek, apa lah salah’nya aku sedekahkan senyuman buat mereka. Ha ha. Perasaan kali ini lebih bermakna berbanding mendapat sekeping cek Adsense. Rasa pure itu lebih terasa kerana ia datang dari website yang menggunakan nama aku, Mohd Ismail dot Com!
Ermm.. apa aku nak tulis lagi ye? Ha ha. Siot je aku kalau ada duit dalam tangan. Kepala sudah fikir macam-macam. Itu hari aku ada nampak sehelai kemeja sangat mentarik hati di Queensbay. Siap kau!
Terima kasih Advertlets, bulan depan hantar lagi ye? Terima kasih juga kepada kamu kamu kamu & kamu di’belakang sana. Walaupun cuma datang singgah, jika keluar iklan format CPM, kau sudah sumbang’kan beberapa sen ke’dalam tabung aku.