2007 July
Tuesday, July 24th, 2007
at 7:31pm

Komentator Teraktif, versi mingguan
Aku fikir, kita perlu bermain dengan lebih aktif senarai yang ada pada ‘Box of Fame’ di’atas sana. Lebih 2 minggu aku lihat senarai itu tidak berubah menyebabkan komentar di’blog gila populariti ini tidak datang dari orang-orang baru. Sekarang, senarai itu akan reset setiap 7 hari & semua orang ada peluang sama rata untuk berada di’dalam ‘Box of Fame’ setiap minggu. Mari, meriahkan lagi blog ini dan dapatkan tempat di’atas sana. Heh. Mereka yang tidak mahu’kan populariti juga akan menerima tempias ‘Box of Fame’. Kan?
Advertlets, nak review dalam Bahasa Melayu boleh?
Hari ini, Advertlets & StarCeleb.tv menawarkan peluang bernilai RM2,000 untuk para blogger untuk menulis review berkenaan roadshow StarCeleb.tv. RM100 untuk 10 blogger yang boleh datang ke tempat acara berlangsung & menulis review di’sertakan dengan beberapa kepingan gambar. RM20 untuk 50 blogger yang menulis tentang jadual roadshow yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, kalian boleh rujuk ke blog rasmi Advertlets. Satu sahaja yang aku tunggu, peluang menulis review dalam Bahasa Melayu. Aku akan tunggu. Dan, bila ia keluar, aku mahu rembat habis-habisan. Heh. Chinese boleh meh, Malay also boleh la meh.
Ogos, bulan penuh warna-warni
Ogos adalah bulan penuh kegembiraan buat aku. Selain aku sedang membuat persiapan terakhir untuk kemunculan perdana di’Mohd Ismail dot Com, mereka di HappyPeople Media juga sedang bertungkus lumus memastikan apa yang akan kami hidangkan kepada rakyat Malaysia Ogos ini mencapai kualiti yang sepatut’nya. Beberapa pengumuman yang akan merubah perspektif kalian berkenaan senario dunia internet Malaysia akan berlaku Ogos ini. Kita, kau & aku, akan ubah semua’nya.
Qai, salah seorang anggota HappyPeople Media kini sedang berada di India untuk lawatan yang bukan di’atur oleh kami, tetapi kami berharap lawatan beliau ke Hyderabad akan membawa pulang sedikit suntikan buat kami di’sini. Balik bawak Kajol sorang Qai!
Ada lagi orang gila-perosak-bangsa seperti ini ya? Kepada tuan empunya laman web, kau orang gila! Sila saman aku jika kau rasa terhina.
Monday, July 23rd, 2007
at 1:14pm

Filem ini aku tonton malam tadi. Aku pulang dari diskusi yang tidak menjadi bersama teman sekumpulan untuk tugasan rekabentuk. Diskudi harus’nya bermula jam 2100, telefon bimbit aku berbunyi jam 2107 dari ketua kumpulan yang menyatakan pembatalan sessi diskusi malam ini, kerna hujan.”Makcik, kuew teow goreng pattaya satu!”
Aku makan keuw teow goreng pattaya itu di’bilik seorang diri sambil menonton filem Deja Vu. Aku budget mahu tonton sekejap cuma kerana laporan makmal aku masih belum siap sepenuh’nya dan aku masih belum ada mood mahu berlibur. Tetapi, filem ini terlalu bagus untuk di’buat sebagai drama bersiri tidak rasmi. Aku tidak mampu berganjak walau sesaat dari tempat duduk aku melihat aksi Denzel Washington, sepertimana kebiasaan’nya beliau laku’kan dalam filem-filem terdahulu.
Denzel sememangnya pelakon yang menjadi pujaan aku semenjak aku menonton Man on Fire yang mana beliau berganding dengan Dakota Fanning. Gadis cilik ini akan menjadi hot sikit masa lagi. Dalam Deja Vu, Denzel membawa watak sebagai seorang agen ATF bernama Doug Carlin yang menyiasat kes letupan sebuah feri yang kemudian’nya membawa beliau kepada satu kes pembunuhan seorang gadis bernama Claire Kuchever lakonan Paula Patton. Sebagai rencah biasa dalam filem Hollywood, Doug jatuh cinta dengan Claire semasa penyiasatan kes ini berjalan.

Jika kau menonton filem ini buat pertama kali, setiap saat yang berlalu hanya akan membawa satu soalan yang berlainan. Filem ini dari segi tipikal’nya bercerita tentang sekumpulan saintis di sebuah universiti yang secara tidak sengaja telah menjumpai kaedah untuk melihat masa lampau dengan kaedah pembengkokan ruang masa dan membina jambatan antara masa sekarang & masa lampau yang membolehkan mereka melihat situasi sebenar pada 4 hari & 6 jam yang lalu.
Di’akhir filem ini, segalanya pertanyaan kau akan terjawab tanpa dakwa dakwi lagi. Skrip di’olah sangat sempurna. Pengarahan yang cukup menarik. Gerak kamera yang aku rasa cukup rajin membawa penonton ke ruang yang perlu kita lihat. Di’tambah dengan lakonan hebat Denzel Washington, Paula Patton & semua pelakon yang ada, filem ini adalah masuk dalam kategori wajib tonton. Filem ini akan buat kau berfikir. Aku ulang lebih 3 kali semata-mata mahu mendengar penjelasan Dr.Denny berkaitan ‘mesin masa’ mereka.

Dan, jika aku boleh gunakan ‘mesin masa’ mereka untuk putar kembali masa, aku akan siapkan dahulu laporan makmal aku supaya aku menonton tanpa rasa bersalah & tidak perlu tidur jam 3 pagi.
“Everything you have, you lose, right? Mother, father - gone. Good looks, Pryzwarra? - gone. Loved ones gone in a second. That’s what this job teaches you, isn’t it? No matter what, no matter how hard you grab onto something - you still lose it, right?” Doug Carlin, Deja Vu, 2006.
Saturday, July 21st, 2007
at 11:28pm

Hari ini seperti hari bebas dari internet buat diri aku. Seawal pagi aku sudah melarikan diri dari bilik untuk menjadi manusia normal yang mampu melihat lebih dari sekadar skrin rata menyakitkan mata ini. Aku, bersama Eka, buat pertama kalinya sampai ke Queensbay Mall, Pulau Pinang. Seperti biasa, pertama kali akan timbul bersama-sama tersalah jalan & terlajak simpang. Tidak mengapa. Itu kan pengalaman.
Tipikal juga jika berjalan di kompleks membeli belah seperti ini. Tidak sampai sejam di’sana, aku sudah kebosanan. Queensbay cukup besar, tetapi tidak cukup menghiburkan aku. Wayang juga hampir tiada filem yang menarik. Eka jelak dengan poster filem Cinta Yang Satu. Poster tersebut memaparkan hero’nya memeluk heroin’nya dari belakang tanpa berbaju. Lama aku & Eka tenung poster tu, sebelum Eka bersuara,”Siapa ni?”.
Jam 1.30, Beck tiba dengan penuh bergaya. Yep! Aku jumpa Beck. Jangan jealous ye kawan-kawan. Seperti jumpa artis gua cakap lu. Setiba’nya Beck membawa kami ke foodcourt yang err.. gila crowd macam ada konsert Mawi. Nasib ada seat kosong sebelum kami makan sambil sembang-sembang hal yang perlu. Seperti biasa, aku lebih banyak senyap & Beck, seorang tukang cakap yang bagus. Di’situ sahaja, Beck ilhamkan aku beberapa idea yang boleh aku ketengahkan nanti. Kau akan tahu bezanya antara bercakap sama orang tanpa ilmu dengan bercakap sama orang yang penuh ilmu. Perjumpaan kami sebenarnya untuk membincangkan hal berkaitan Persetankan & HappyPeople Media. Jika segala’nya berjalan lancar & mencapai matlamat yang di’ilhamkan, aku akan war-warkan.
Dalam kereta,”Tadi tu, sembang apa dengan Beck, kenapa kita tak faham apa-apa?”
Thursday, July 19th, 2007
at 7:45pm

Petang tadi, selepas aku menjalani aktiviti fizikal kegemaran aku, aku balik & check to-do list aku. Aku selak beberapa hari ke’belakang & aku terlihat yang aku telah di’tag oleh Neutronics. Oyeh! Maka’nya hari ini aku akan menulis sedikit sebanyak tentang siapa Mohd Ismail dengan pengecualian gambar rasmi yang hanya akan datang bulan hadapan.
Senarai di’bawah dipenuhi dengan perkara-perkara yang terjadi kebelakangan ini dalan hidup aku. Kerna aku hidup untuk hari ini & hari ini sahaja. Esok & semalam bukan soal yang ekstrim untuk di’fikirkan.
- Aku tak boleh pegang duit. Bukti’nya pagi tadi, aku peroleh sejumlah wang untuk kos sara hidup. Tidak sampai 20 minit angka sebesar itu berada di’dalam akaun aku, aku telah salurkan sejumlah duit untuk pembangunan HappyPeople Media. Tidak mengapa, aku puas membeli sesuatu yang signifikan untuk minat & cita-cita aku.
- Aku berjumpa lebih ramai kawan yang kool secara online berbanding hidup realiti aku selama 21 tahun. Minat yang sama & cita-cita yang sama membuatkan mereka kool di’mata aku. Dan, kebanyakan mereka telah pun berada dalam HappyPeople Media. See, how blogging can change your life?
- Aku tiada masa untuk bersosial persis anak muda stereotipikal. Seperti aku kata’kan dalam Tentang, aku tidak pernah duduk termanggu atau bersembang kosong di’kedai mamak lebih 35 minit. Aku akan berasa tidak selesa kerna 35 minit adalah tempoh yang terlalu lama untuk di’buang. Aku mampu mengubah dunia dalam tempoh sepanjang itu. Mungkin.
- Menonton wayang jika punya keyakinan yang kuat. Filem Transformer baru-baru ini membuktikan. Walaupun tidak mempunyai minat yang kukuh terhadap robot-robot itu, tetapi kerana melihat sendiri sedutan filem yang begitu menyeronokkan, seorang diri pun aku sanggup untuk pergi menonton. Aku di’Penang sekarang, siapa mahu teman aku tonton wayang?
- Tidak banyak bicara di’dunia luar. Perkara ini mungkin sudah di’jangka oleh banyak orang. Seorang yang bising & lantang di’dunia maya selalunya tidak akan selantang mana di’dunia luar. Realiti’nya, aku lebih suka menerima dari memberi. Lebih suka melihat dari menjadi bahan tontonan. Lebih suka mendengar dari berbicara lebat.
- Tidak pernah merencana masa depan sendiri. Aku percaya dengan sangat, masa depan bukan sesuatu yang terhasil dari perancangan yang rapi, apa yang aku laku’kan hari ini, apa yang aku kata’kan hari ini akan menentukan masa depan aku. Tuhan itu Maha Adil, bukan? Cita-cita perlu ada, dan perlu selari dengan apa yang kita laku’kan hari ini, supaya masa depan terencana mengikut cita-cita kita.
Tag adalah satu teknik mendapat populariti dengan mudah. Maka, aku jatuh’kan sumpahan tag ini ke’atas setiap pemilik sepasang mata yang sedang membaca ayat ini. Ha! Jangan lari. Sila buat & letak’kan link aku sebagaimana yang aku laku’kan terhadap Neutronics. Kau tahu ‘kan?
Wednesday, July 18th, 2007
at 11:47am
Malam tadi aku berkesempatan menonton buah tangan terbaru dari Afdlin Shauki, dan aku rasa aku antara manusia terakhir menonton filem Malaysia - Singapura - Thailand - Jepun ini, Sumo-lah.
Maaf’kan aku Afdlin Shauki, tetapi menurut pandangan peribadi aku yang haram tak tahu apa-apa tentang seni perfileman, Sumo-lah terlalu sarat dengan adegan yang mengetengahkan penaja. Celcom & Ogawa terang-terangan di’paparkan hampir di’setiap adegan. Kadang-kadang, aku rasa ada adegan yang tidak signifikan dengan jalan cerita filem. Contoh’nya ketika Kodok pulang dari sekolah, dan bertanyakan tentang tugas promoter, apakejadah’nya di’tampilkan promoter yang super seksi di’kedai sebelah.
Idea Afdlin Shauki tampak asli di’permulaan cerita. Pembukaan cerita yang sememang’nya ‘Afdlin Shauki’, aku suka tu. Tetapi bila semakin dalam, penaja semacam menguasai kreativiti Afdlin Shauki dan krew-krew lain’nya. Mereka punya satu tugas khas untuk memikirkan bagaimana mahu menyelitkan banner sponsor di’celah-celah adegan. Bagaimana mahu tampilkan kerusi urut Ogawa dengan bergaya. Bagaimana mahu menunjukkan yang Celcom 3G sangat canggih & clear walaupun kau berada jauh di’Jepun sana.
Ambil contoh filem Transformer, mereka juga ada penaja, Chevrolet & Visa Mastercard jika tidak silap aku. Lihat bagaimana mereka blendkan elemen penajaan dengan jalan cerita begitu cantik sekali. Chevrolet Camaro di’tampilkan dengan penuh bergaya sebagai Bumblebee dan Visa Mastercard di’gunakan dalam suasana humor yang sangat menarik perhatian penonton. Aku harap penerbit/pengarah/jurukamera/pencacai filem semua dapat belajar & lebih kreatif dalam soal ini.
Dengar cerita, filem Diva lagi dasyat penangan penaja’nya, ye ke?

Ini lagi satu kes aneh, bila aku periksa akaun Advertlets aku pagi ini, aku tengok mereka sudah letak’kan earning dalam bentuk lebih kompleks & panjang. Kau kira tengok, 10 titik perpuluhan di’belakang. Dan, sekarang aku makin berminat mahu tahu bagaimana mereka kira’kan earning kita. La la la. Aku mahu tahu. Siapa boleh jawab?