2007 July

100 RSS Feeds I am currently reading

google_reader.JPG

Ya. Tiada salah pembacaan tajuk entri kali ini. Nama saya Mohd Ismail & saya seorang yang menjadikan RSS Feed sebagai makanan ruji menggantikan nasi berkarbohidrat tinggi. Kerja part-time saya adalah belajar ilmu kejuruteraan kimia, part-time lagi satu adalah bermain kerusi beroda di HappyPeople Media, tetapi hobi saya adalah membaca RSS Feed & mengambil foto syok sendiri. Seronok bukan?

Hari ini, aku ingin kongsikan bersama kalian semua apa yang aku baca setiap hari di Google Reader. Setiap hari aku mempunyai tugas membaca ratusan entri dari 100 blog yang aku langgan RSS mereka. Dan, kebanyakan blog yang aku langgan menulis tentang tips untuk menulis blog, SEO, marketing, gadget, self development & sedikit web design. Untuk kegunaan awam, aku telah buang’kan beberapa kerat RSS Feed yang tidak elok untuk pandangan mata & tidak kool untuk di’kongsikan.

Jika kau sudah ada akaun di Google Reader, kau tentu tahu bagaimana mahu import RSS Feed dari akaun orang lain. Di’sini aku sediakan fail OPML (right click > save file as…) dari Google Reader aku, dan kau boleh upload’kan di Settings > Import/Export. Jika kau belum ada apa-apa pembaca RSS untuk bermula, aku saran’kan kau guna Google Reader. Mudah & senang. Lebih senang lagi bila aku sediakan 100 RSS Feed untuk kau bermula.

Sekarang, aku perlu membaca manual makmal unit operasi untuk Eksperimen 5, Plug Flow Reactor.

Fast Update #06

Tengku Abdullah lepas semua jawatan dalam FAM. Aku berharap bukan beliau seorang sahaja. Aku mahu rombakan besar-besaran. Dia seorang keluar tidak akan membawa apa-apa.

Sejak dulu lagi, memang aku percaya yang manusia hanya boleh kurus dengan aktiviti fizikal & displin diet yang ketat. Aku sendiri laku’kan. Pil kurus adalah mengarut.

Mashable menulis satu review berkenaan Streamy yang di’katakan pembunuh aplikasi web ciptaan Kevin Rose, Digg. Pada aku, Streamy membunuh semua aplikasi web yang popular seperti Google Reader, Friendster, Facebook & mungkin, Streamy adalah satu-satu’nya aplikasi web yang kau perlu’kan untuk semua aktiviti yang ada sekarang. Mungkin.

Harian Metro berwajah baru, ada iras-iras The Star versi online. Kebetulan atau di’reka oleh satu pereka yang sama?

Minat aku pada fotografi tidak pernah pudar, walaupun menggunakan kamera cap ayam, mengambil foto lebih utama dari menjamah butiran nasi berkarbohidrat tinggi. Matt Stuart juga, mungkin begitu.

Di Digg, seorang user di’sana merayu pengguna internet supaya tidak meletakkan spoiler untuk filem Harry Porter yang akan datang, Deathly Hallows. Bunyi’nya seperti kelakar. Di’Malaysia, orang bising menentang cetak rompak, di’sana, kerana cinta’kan filem & seni’nya, spoiler pun mereka tidak mahu lihat. Kita bila lagi?

Komentar dari Zamm membuatkan aku mengambil keputusan dengan acara kemunculan perdana Mohd Ismail di Mohd Ismail dot Com pada Ogos ini selaras dengan sambutan keputeraan aku yang ke-22. Kawan-kawan, sila berpakat secara rahsia untuk hadiahkan aku sebiji Apple Macbook. Aku suka’kan kejutan begitu. Sungguh!

Bagaimana jika satu hari kalian datang ke’sini & aku disable ruangan komentar… buat selamanya?

Esok, Diggnation #106 keluar! Too much Digg huh?

Riang ria sukaneka

interaksi3.jpg
Continue reading »

Memanipulasi Digg Malaysia

beck_digg2.JPG

Beckzaidan, founder untuk Persetankan.com hari ini melakukan sesuatu yang boleh aku kata’kan sebagai langkah memanipulasi Digg Malaysia untuk populariti. Walaupun Beck mendakwa beliau bukan selebriti blog, apa yang beliau laku’kan adalah satu langkah untuk menjadi popular. Beck, kau akan bertukar menjadi selebriti blog selepas entri ini habis aku tulis’kan.

Dalam entri terbaru’nya bertarikh 11 Julai 2007, Beck meminta sesiapa yang membaca blog beliau untuk ke Digg Malaysia untuk Digg semua entri yang beliau hantar’kan. Hasil’nya, beliau sekarang adalah Top 5 pengguna di’Digg Malaysia dengan hampir semua entri yang beliau hantar’kan berjaya ke frontpage. Walaupun Beck mendakwa itu tidak lebih dari sekadar eksperimentasi untuk melihat bagaimana kawan-kawan boleh membantu dengan pembangunan sesuatu jenama atau franchise, Beck dengan tidak sengaja meletak’kan diri’nya di’kalangan geek-geek Malaya yang akan bertanya sesama sendiri, siapa Beckzaidan?

beck_digg.JPG

Satu sudut positif aku lihat, tindakan Beck sebenarnya berjaya menolak semua entri yang karut-marut dengan menggantikan entri-entri provokasi beliau. Dua, tiga hari sebelum ini, aku lihat frontpage Digg Malaysia di’penuhi dengan entri berbaur lucah & mencemar nama Malaysia. Tahniah buat Beckzaidan!

Untuk kalian semua yang membaca, sila Digg entri ini di Digg Malaysia dan buat entri ini berada di’frontpage sana. Ha ha.

Kumprinx bikin serang balas
I love this! Hari ini Kumprinx menulis satu entri tentang impak kenaikan harga rokok kepada rakyat Malaysia. Walaupun tidak menyatakan secara langsung yang entri tersebut adalah serangan balas buat entri aku bertajuk Merokok Tidak Kool! yang menerima komentar terbanyak dalam sejarah Mohd Ismail dot Com, tetapi perenggan di’bawah menerangkan situasi merokok dari perspektif err.. mereka yang merokok sekaligus aku anggap entri tersebut sebagai serangan balas. Ha ha.

Jesteru adik-adik semua, startlah menghisap rokok. Mana yang dah berhenti isap rokok tu boleh la mula balik. Dengan harga rokok yang mahal, tabiat merokok adalah satu perbuatan yang sangat elit dan bergaya. Anda akan dipantang tinggi oleh masyarakat kerana mampu membeli rokok.

Dan, semua’nya bermula semula…

process_dynamic.jpg

Mohd Ismail dot Com akan menjadi personal semula! Ha ha. Lantak’kan. Ramai sedia maklum yang sekarang aku sudah berada di’kampus meneruskan lagi setahun pengajian di’sini. Jika aku berada di’kampus, kebanyakkan masa aku akan aku habis’kan di’bilik kuliah & juga kafe untuk makan. Aku tidak punya banyak masa untuk membaca ratusan entri-entri dalam Google Reader. Aku tidak banyak masa untuk mencari sumber ilham untuk menulis sebagai seorang geek. Maka, Mohd Ismail dot Com akan menjalani mode sebuah blog personal yang mana membawa maksud kalian akan membaca repekan aku sepanjang menjadi seorang pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Sains Malaysia. Oh yeah!

Hari ini, hari ke-4 aku berada di’kampus, aku menerima tugasan pertama untuk kursus Rekabentuk Proses & Analisis (Process Design & Analysis). Tajuk’nya, Plant Design for the Production of Methionine. Pertama’nya bila kumpulan kami dapat tugasan ni, methio..what? Megatron? Setelah aku Google dengan sedikit mendalam,

Methionine is an α-amino acid with the chemical formula HO2CCH(NH2)CH2CH2SCH3. This essential is classified as nonpolar. Together with cysteine, methionine is one of two sulfur-containing proteinogenic amino acids. Its derivative S-adenosyl methionine (SAM) serves as a methyl donor. Methionine plays a role in the biosynthesis of cysteine, carnitine, and taurine (by the transsulfuration pathway), lecithin production, the synthesis of phosphatidylcholine, and other phospholipids. Improper conversion of methionine can lead to atherosclerosis.

Sudah. Aku sendiri pening. Tarikh untuk penyerahan Fasa Pertama tugasan ini adalah 2 Ogos 2007. Kau bilang dengan jari tinggal berapa hari aku ada? Aku akan sibuk. Super-sibuk!

Aku juga pening dengan gadis bertudung biru tempohari, sememang’nya memahami wanita adalah subjek paling susah untuk kau lulus.