2007 August
Thursday, August 30th, 2007
at 5:00pm

Di’sini. Di’dalam sini. Hari ini baru aku ada keinginan untuk menulis sesuatu tentang kemerdekaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Walaupun Matt dari Wordpress tersalah eja, aku consider itu sebagai typing error. Mana mungkin tersalah eja, negara kita popular & merdeka pun sudah 50 tahun. Siapa tidak kenal akan Malaysia?
Banyak media cetak & elektronik juga orang perseorangan telah menulis kembali baris-baris ayat yang aku dengar sejak pertama kali aku tahu negara Malaysia pernah di’jajah beratus-ratus tahun dan hanya merdeka pada 1957. Perenggan dengan isi, negara merdeka tetapi minda kita masih terjajah sudah terlalu kerap aku dengar. Bunyinya seperti 50 tahun kemerdekaan tidak membawa apa-apa yang positif kepada negara kita, masyarakat, diri kau kau kau & aku juga. Ini bukan soal minda yang terjajah atau apa-apa. ini soal attitude. Thailand tidak pernah di’jajah, adakah semua rakyat’nya memiliki budi pekerti yang molek & tinggi seperti malaikat? Ini soal attitude & hati secara individu.
Salah Tunku Abdul Rahman ‘kah yang berulang alik ke kota London demi kemerdekaan Tanah Melayu apabila mat rempit & bohsia berleluasa? Salah Tun Mahathir ‘kah yang bermatian-matian membawa negara ke’aras yang setanding dengan negara berteknologi canggih apabila teknologi di’gunakan untuk merakamkan aksi lucah di’bawah jambatan? Salah Pendita Za’ba ‘kah yang merevolusikan pendidikan anak bangsa Malaysia apabila Namewee tampil dengan Negarakuku?
Jangan menuding jari menyalahkan pihak pentadbir negara & jangan salah’kan budaya barat yang keterlaluan, itu budaya mereka dan kita ada budaya sendiri yang perlu di’ikut. Jangan salahkan siapa-siapa waima diri sendiri. Jika kemerdekaan memberi peluang untuk kau menuding jari ke’atas hidung orang lain, kau sepatut’nya lahir ketika ubi kayu rebus adalah satu kemewahan. Cuba’lah tuding jari pada penjajah.
Selamat’kan hari kemerdekaan kawan-kawan! Kita masih muda. Mereka berusia 50 tahun sekarang gigi’nya masih kuat & bisa mengunyah kacang rebus di’malam kemerdekaan.
Nota: Hari ini, aku tahu bahawa perkataan ‘cun’ yang kita sebut tiap kali melihat gadis err.. cun membawa maksud ‘tepat’ ataupun ‘accurate’. Rakan satu makmal univeriti milik penuh kerajaan ini yang beritahu apabila aku sampaikan data yang kami perolehi tempohari dengan Mesin Kromotografi klasik itu sangat cun! Pertama kalinya aku menggunakan perkataan ‘cun’ dengan cun!
Wednesday, August 29th, 2007
at 11:58am

Bila pertama kali aku menerima link untuk 000WebHost ini, aku kata’kan pada diri sendiri,”yeah, satu lagi hosting percuma bla bla bla…”. Aku tidak keberatan untuk menjenguk apa yang mereka tawar’kan secara percuma di’sana. Aku telah melihat pelbagai jenis hosting percuma yang menawarkan pelbagai fungsi yang kadang-kadang tidak aku pernah temui.
Di 000WebHost, mereka akan memberikan kalian 250MB kapasiti ruang & 100GB bandwidth yang pada aku cukup besar untuk host sebuah blog. Aku daftar dengan pantas & paling mengujakan aku, mereka tidak menggunakan verified email seperti kebanyakan hosting percuma lain untuk mengaktifkan akaun. Mereka akan menghantar SMS ringkas ke telefon bimbit kita dan kita perlu memasukkan code yang di’beri untuk mula menggunakan cPanel yang diberikan.Yep! Mereka bukan sahaja memberikan kapasiti ruang & bandwidth yang besar,tetapi turut menyediakan cPanel versi terkini.

Pergi’lah ke’sana dan daftar dengan 000WebHost untuk hosting percuma. Mereka berjanji yang perkhidmatan mereka akan berjalan sekurang-kurangnya sehingga 2012 & mereka tidak akan kehabisan bandwidth. Server mereka juga boleh aku kategorikan sebagai laju & sungguh seronok di’gunakan. Juga, di’bawah satu akaun, kalian boleh setup berapa banyak akaun secondary yang kalian mahu. Tiada syarat, tiada kekangan. Bebas merdeka seperti di’Tanah Malaya.
Tiada pautan affiliate di’sini, aku sarankan hosting percuma yang ini kerana aku suka. Aku boleh dapat USD5.00 untuk setiap pendaftaran yang aktif melalui pautan affiliate aku, tetapi demi menyakinkan kalian yang hosting percuma ini benar-benar boleh di’percayai & entri ini di’tulis bukan untuk meraih duit mudah, aku tidak meletakkan sebarang pautan affiliate. Jujur ‘kan aku? Ha ha.
The best part is, all legal adult content allowed! Sekarang, dengan hosting percuma, siapa mahu setup MyKakis seterusnya?
Tuesday, August 28th, 2007
at 8:51pm

Jam 6 petang, aku pulang dari makmal universiti milik penuh kerajaan yang masih menggunakan Mesin Kromatografi Manual yang sama semenjak 17 tahun dulu. Jika mesin penting itu mampu di’ganti, mungkin aku boleh pulang lebih cepat & tidak perlu menahan lapar sehingga jam 6 petang. Sarapan pagi, makan tengahari & makan malam aku rangkum’kan. Seronok sebenarnya menjadi seorang pelajar universiti.
Masih, Rumpun 2007
Chot, memberikan pautan satu artikel berasaskan komentar jujur di’blog Azhar Ahmad. Aku baca dua kali. Satu kali untuk baca sekali imbas & selepas aku selesaikan makanan aku, aku baca kali kedua dengan lebih teliti. Banyak point dalam artikel itu benar belaka. Tidak aku sanggah walau sepatah ayat. Aku, HappyPeople Media & Rumpun masih terlalu baru dan teguran jujur begini’lah sebenarnya yang mematangkan kami. Aku copy & paste artikel Azhar Ahmad tersebut sebagai simpanan & rujukan untuk Rumpun seterusnya, insyaAllah. Kepada Azhar Ahmad & seorang lagi wakil dari Johor Bahru, aku sebagai wakil penganjur meminta maaf jika kalian berdua terasa terasing di’Rumpun 2007. Aku sendiri terkilan kerana tidak punya banyak masa untuk bersembang secara personal dengan setiap hadirin. Dan, aku sangat berbesar hati kerana Azhar datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk Rumpun 2007. Aku berkenan untuk menjawab tag dari Azhar Ahmad berkaitan Rumpun 2007.
Continue reading »
Monday, August 27th, 2007
at 1:49pm

Kool ‘kan aku? Ha ha. Sungguh aneh rasanya meletakkan gambar sendiri di’blog err.. sendiri. Itu aku, gambar di’ambil oleh Chot, si pemilik kamera baru. Sedang memperkenalkan PCMalaya, buah tangan pertama dari HappyPeople Media. Ayuh ke PCMalaya dan daftarkan diri sebagai orang terawal untuk menikmati feature PCMalaya, keutamaan untuk mereka yang menghadiri Rumpun 2007. Ha ha. Ya,aku tidak pernah adil!
Aku bercadang mahu menulis sambungan entri semalam dengan lebih dramatik, tetapi aku terlalu sibuk. Entri pertama itu aku tulis ketika semuanya masih segar & aku susun ayat-ayat tersebut ketika berada di’dalam bas. Alhamdulillah, bas tidak meragam & jauh sekali dari terbalik terpusing-pusing, cuma sepasang couple di’belakang banyak mengganggu keselesaan aku. Tipikal betul kalau sudah duduk berdua-duaan. Masuk sahaja hari Ahad, kepala aku kembali berpusing dengan tugasan universiti milik penuh kerajaan yang perlu aku langsaikan terlebih dahulu.
Continue reading »
Sunday, August 26th, 2007
at 7:56am

Suatu petang di’tengah-tengah kesibukan metropolitan Kuala Lumpur, aku berdiri di’hadapan puluhan manusia yang selama ini aku kenal hanya melalui papan kekunci & tetikus. “Assalamualaikum & selamat petang, nama saya Mohd Ismail…” dan di’sambut ringkas oleh Josh Lim,”yeah, Mohd Ismail dari Mohd Ismail dot Com!”. Tepukan dan sinar lensa kamera dari segenap sudut mula bertebaran di Pelita Nasi Kandar, Jalam Ampang tempat berlangsung’nya acara bersejarah, Rumpun 2007.
Beberapa jam sebelum itu… Continue reading »