Friday, August 24th, 2007
at 4:05pm

Oh wajah wajah gembira walaupun hampir semua dari kami tidak tidur semalaman sebagai persediaan Pameran Latihan Industri Kejuruteraan Kimia 2007/08. Aku salah seorang dari mereka yang hanya bisa lelapkan mata 3 jam sebelum bermula’nya pameran & pemberian markah. Dan, masih mampu tersenyum kerana aku seorang yang kool!
Dua (2) hari tanpa update terkini amat aneh bunyi’nya, tetapi inilah hakikat seorang pelajar di’universiti milik penuh kerajaan Malaysia. Tahun ini tahun terakhir aku berada di’sini. Tahun depan, apa yang terjadi hari akan tinggal memori & senyuman berkelompok seperti ini akan di’rindukan.
Continue reading »
Tuesday, August 21st, 2007
at 6:20pm

Aku sangat sakit hati dengan keadaan internet di’kampus aku yang tersangatlah tenat. Semalaman, aku mencari bahan maklumat untuk laporan aku, setiap kali aku ingin load page baru, aku perlu refresh sekurang-kurangnya 5 ke 6 kali sebelum page itu dapat load dengan sempurna, tetapi tetap lambat. Pedih menjadi warga kampus sebuah universiti milik penuh kerajaan Malaysia. Aku bersyukur dalam banyak perkara, makanan yang tahap dewa murah, bilik yang selesa, kebebasan membawa kenderaan & barisan gadis-gadis penyejuk hati. Tetapi koneksi internet, masih begitu.
Kemaskini Rumpun 2007
Sambutan & pendaftaran dari para blogger sangat menggalakkan, sekarang aku sudah bayangkan akan ada 100 orang sekurang-kurangnya di Pelita Nasi Kandar nanti. Terima kasih kepada yang telah mendaftar & aku berharap untuk kalian datang memeriahkan gathering kita kali ini.
Dan, beberapa hari sebelum berlangsungnya Rumpun 2007 aku ingin nyatakan beberapa perkara penting;Ini adalah gathering, bukan’nya seminar atau majlis penuh acara. Ini bermakna, aturcara dalam gathering ini sangat ringkas. Aku tuliskan secara point apa yang akan berlaku di’sana nanti untuk gambaran kasar kepada yang akan hadir;
1645 - Lapor diri & kehadiran para blogger.
1700 - Acara bermula dengan bacaan doa & ucaptama dari err.. aku & wakil dari penaja, Josh Lim. Terima kasih kepada Advertlets.
1715 - Sessi memperkenalkan diri untuk semua blogger. Untuk sessi ini, sila jangan malu-malu. Semua akan kena & jangan menyamar seperti orang biasa. Ini masanya kita mahu berkenalan.
1745 - Sessi makan dan minum. Terima kasih sekali lagi kepada penaja, Advertlets.Untuk sessi ini, sila baca Bismillah sebelum makan.
1815 - Jika Apple ada Steve Jobs untuk memperkenalkan inovasi terbaru Apple Inc., HappyPeople Media akan ada aku untuk memperkenalkan produk pertama kami, PCMalaya. Semua yang hadir pada hari itu akan menjadi orang pertama menyaksikan PCMalaya beraksi. Ini adalah projek sesama blogger yang mempunyai satu tujuan & matlamat. Bawak laptop/notebook masing-masing pada hari itu. InsyaAllah, kita akan bina rangkaian tanpa wayar kita sendiri. Terima kasih kepada Omar.
1830 - Sessi soal jawab bersama CEO Advertlets, Josh Lim. Untuk sessi soal jawab ini, aku minta semua blogger sediakan soalan yang betul-betul berguna untuk di’jawab secara live oleh orang yang mengasaskan Advertlets. Jika ada apa-apa request untuk Advertlets contohnya, kalian mahu iklan teks, nyatakan juga. Ini satu-satunya peluang yang akan ada.
1845 - Aku budget sessi bersama Advertlets akan berlangsung selama 15 minit, kurang atau lebih, selepas itu kita akan adakan upacara penutup & sessi bergambar beramai-ramai. Beck, pengasas Persetankan.com, mencadangkan semua yang hadir untuk membawa bendera Malaysia bersaiz kecil untuk menunjukkan semangat cintakan negara. Jika ada yang mahu membawa bendera saiz besar, kami alu-alukan.
Sebelum Magrib - majlis gathering akan bersurai sebelum berkumandang azan Maghrib & aku berharap, blogger beragama Islam boleh sama-sama bergerak ke masjid berhampiran untuk solat secara berjemaah.
Sebarang cadangan untuk penambahbaikan aturcara ini sangat di’alu-alukan. Dan, perkara paling penting, jadilah seorang yang menepati masa untuk Rumpun 2007. Jangan datang lewat kecuali boss melemparkan fail kerja di’saat akhir. Kepada yang belum mendaftar, halakan monitor kau ke laman rasmi Rumpun 2007, yang perlu aku update selepas aku tekan butang publish di’bawah. Aku sibuk. Dan, doakan koneksi internet pulih kembali.
Monday, August 20th, 2007
at 1:29pm

Lama sudah bukan aku tak bikin entri di’bawah kategori Tanya Mail! Email yang aku terima dari seseorang bernama Lydia, 23 dari kota besar Pulau Pinang, aku sendiri kurang pasti dari bahagian mana Pulau Pinang datang’nya Lydia, tetapi dari no. IP yang aku terima, Lydia berada di’bahagian pulau dan bukan’nya di’tanah besar. Lydia kemukakan soalan begini untuk aku, struktur ayat telah di’ubah untuk memudahkan pemahaman kalian, ayat yang Lydia kemukakan agak berterabur & aneh
Apakah pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan lebih RM1,000 kepada seorang fresh graduate lulusan universiti dalam bidang pengurusan di Pulau Pinang atau kota-kota besar lain & boleh’kah seseorang itu hidup dengan selesa berbekalkan RM1,000 sebulan di’sebuah kota besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru mahupun Pulau Pinang sendiri?
Aku tiada jawapan untuk ini. Soalan begini lebih molek jika di’tinggalkan untuk kalian, pembaca bijak bistari menjawab berdasarkan keadaan ekonomi & situasi semasa negara kita. Lydia, lagi 24 jam aku yakin, kau akan peroleh jawapan dari rakyat Malaysia yang rajin berfikir. Sekarang, ruangan ini bernama Tanya Pembaca Mail! Ha ha. Ayuh kawan-kawan, tolong Lydia dengan persoalan hidup beliau.
Aku ada kelas. Aku sangat sibuk ketika ini sperti layak’nya Perdana Menteri yang kita cintai. Media semalam mengeluarkan tajuk berita ‘Penulis Blog Pengecut’. Damn! Tulis’lah tajuk detail sikit,’Penulis Blog Politik Pengecut’. Itu yang betul.
Sunday, August 19th, 2007
at 2:51am

Bukan tema Wordpress aku crash atau apa-apa. Aku sengaja switch ke tema yang akan pertama’nya kalian jumpa jika mula-mula ketemu Wordpress. Dan, malam ini aku mahu mendapatkan mood & keterujaan itu kembali. Melihat entri pertama di’publish dengan tema Kubrick. Tipikal tetapi menyeronokkan.
Hari ini, aku tak mahu cerita tentang teknologi, Advertlets vs. Nuffnang, Rumpun 2007, HappyPeople Media, Digg, Kevin Rose, Google vs. Yahoo, Wordpress ataupun permohonan aku untuk ke program Nescafe Kickstart musim ke-4. Itu semua aku tinggalkan sebentar untuk menjenguk sebentar apa yang telah hilang dari hidup aku.
Hari ini, aku keluar lagi bersama Eka. Kali ini atas alasan untuk meraikan hari lahir aku yang jatuh 14 Ogos lalu. Aku sebenarnya tidak teruja untuk meraikan hari lahir aku, aku lebih teruja untuk mengulangi apa yang telah hilang hampir setahun yang lalu. Hari ini sangat lain. Semester ini, ini kali kedua aku keluar bersama Eka, dan hari ini terlalu berbeza. Untuk pertama kali’nya dalam beberapa bulan, aku & dia mampu ketawa seperti dahulu.
Continue reading »
Saturday, August 18th, 2007
at 7:16am

Nah. Pengiklanan Malaysia semakin besar dan terang-terangan. Ha ha. Nuffnang datang dengan format iklan terbaru yang mengambil semua ruang kosong yang ada pada sebuah blog. Kau lihat contoh dari blog Lilian di’atas sana. Keseluruhan ruang di’belakang & di’celah-celah kolum adalah milik pengiklan. Sekarang lihat pula iklan yang sama di’blog Daniel Franklin. Sedikit lebih baik iklan besar itu di’implementasi kerana tidak mengganggu ruang fokus blog tersebut. Apapun, iklan itu tetap besar! [via HongKiat]

Continue reading »