2007 September

Di Akhir September

seleksi-hujung-minggu-copy.jpg

September akan berakhir beberapa jam dari sekarang yang membawa makna, Hari Raya Aidilfitri semakin menjengah di’muka pintu. Yay! Aku tidak sabar untuk menjamah ketupat palas bersama rendang ayam hasil tangan mak aku. Mak aku adalah tukang masak paling hebat di’alam semesta. Kerana itu’lah aku tidak pernah menyesal menjamah beribu-ribu kalori dan gram lemak dari masakan mak aku, biar’kan lemak bertebaran di’sekitar perut, melihat senyuman seorang ibu di’pagi raya adalah tidak ternilai.

Temuduga Intel Kulim

hdr-txt-logo.gif Kelmarin, aku terima satu panggilan hangit dari wakil Intel Kulim memberitahu yang aku & beberapa orang rakan lagi di’tawarkan sessi temuduga khas pada 3 Oktober ini. Ya, hari Rabu ini. Secara praktikal’nya, ini adalah temuduga rasmi yang pertama kalinya aku hadiri untuk satu pekerjaan. KERJA+INTEL=Aku akan tinggalkan blog ini bersawang riang. Ha ha. Intel adalah satu nama yang sangat-sangat besar dalam dunia teknologi. Sebuah syarikat multinasional pengeluar chipset terbesar di’dunia, peluang di’temuduga untuk menjadi sebahagian dari mereka adalah sesuatu yang tidak boleh di’sia-siakan. Apa Jurutera Kimia boleh buat di’Intel? Jangan tanya’kan aku, kerana itu’lah yang akan aku tanyakan kepada penemuduga. Untuk penemuduga, aku harap beliau tidak bertanya apa processor yang sedang aku gunakan sekarang, jika dia tahu, aku ragu peluang untuk bekerja bersama Intel akan menipis.

Komentator Teraktif September 2007

Berakhir’nya September 2007 juga membawa maksud ada 10 orang yang perlu aku sebutkan nama’nya di’sini sebagai Komentator Teraktif September 2007. Suka di’beritahu, senarai di’bawah bukan’lah pilihan aku sendiri kerana untuk tersenarai, ia bergantung atas daya usaha sendiri walaupun kau salah seorang kroni aku sendiri. Lawat’lah mereka di’blog, sampaikan salam, berikan mereka sekeping dua hits & populariti. Lama sudah aku tak sebut perkataan ‘populariti’.

Terima kasih untuk 10 orang di’atas & semua yang meninggalkan komentar walaupun satu (1). Aku hargai sangat masa dan effort yang kalian curahkan untuk datang ke’sini & memberikan maklumbalas yang bernas-bernas belaka. Esok, bermula Oktober 2007. Aku tidak tahu apa menanti aku di Oktober 2007, tetapi setahun yang lalu, di’bulan Oktober, sejarah paling hitam tercatat untuk aku. Dan, aku pasti, mati pun tak akan aku lupa. Jika Homer Simpsons membaca ini, pasti dia menjawab,”sejarah paling hitam… setakat ini”.

Doa’kan aku untuk temuduga bersama Intel Kulim. Aku mahu dengan sangat. Mahu dengan sangat.

Muzik Malaysia vs. Indonesia, siapa pilihan kita?

869106_27729929.jpg

Pagi tadi, selepas kuliah satu (1) jam untuk hari ini, aku berjalan ke makmal komputer untuk menyambung sedikit kerja-kerja yang tertangguh dek kekangan perisian yang hanya boleh di’gunakan di’makmal pusat pengajian. Universiti milik penuh kerajaan ini sangat daif dari segi kemudahan perisian kejuruteraan buat kami, tetapi mampu membina pintu masuk universiti yang dasyat. Lesen untuk menggunakan perisian MATLAB dengan fungsi Model Predictive Control hanya ada dua (2) untuk kegunaan seluruh universiti atau dengan lebih tepat untuk lebih 5,000 orang. Dan, pagi ini, makmal komputer pula penuh dengan pelajar Tahun 2, aku rasa’lah berdasarkan beberapa wajah yang familiar. Damn!

Aku berjalan keluar, dan memandang ke’bawah. Tertangguh lagi kerja aku. Dateline makin dekat. Makin menambahkan beban kepala, tangan aku secara tidak sengaja tertempek atas setompok tahi burung yang masih basah. Mencarut lagi aku. Tandas jauh, tangan aku dengan pantas menyambar suratkhabar yang entah datang dari mana untuk menyelesaikan palitan tahi ini. Sedikit berserakan kerana aku sedikit kabut.

Ketika aku mengutip kembali sisa-sisa kertas suratkhabar tersebut, aku terpandang satu headline yang mana frontman Search, Amy memberikan komplen terhadap ke’fanatik’an orang Malaysia dengan muzik dari luar, terutamanya Indonesia. Terima kasih tahi burung, kau berikan aku topik untuk aku tulis. Rasmi’nya, tahi burung bisa menjadi punca idea kita menulis entri, cuba’lah kejar burung-burung di’atas sana. Ha ha. Continue reading »

Fluorescent untuk Chelsea

2689-chelsea1.jpg
*untuk penerangan gambar di’atas, sila baca entri ini sehingga habis

Aku turun dari kereta. Jam 2.32 pagi, di’hadapan Restoran Nasi Kandar Naseer untuk bersahur. Awal bukan? Kerana esok aku ada makmal unit kawalan proses jam 9.00 pagi, tetapi aku masih tidak boleh tidur kerana aku sedang mencari maklumat tentang perkara aneh ini, walaupun seperti biasa, aku orang yang terakhir sekali mengetahui hal-hal berkaitan dunia bola sepak.

Seorang rakan aku yang tiba lebih awal di’restoran tersebut sangat terserlah kehadiran beliau dek kerana memakai safety jacket. Ya! Itu prediksi pertama aku apabila melihat beliau duduk di’meja sana. Gila kentang mamat ni pakai safety jacket pergi bersahur. Bila aku ajukan kepada rakan aku yang bersaing dengan aku, dia bantai tahan perut kata,”Ko jangan cakap jersi Chelsea dia tu safety jacket,terbalik meja karang… ha ha ha”, Jersi Chelsea?! Continue reading »

Fast Update #11

Al-Fatihah buat Nurin Jazlin

Aku mungkin antara orang terakhir yang menulis berkenaan kes jenayah gampang terkini di’Malaysia. Saat polis mengesahkan di’dada akhbar yang mayat kanak-kanak perempuan yang di’jumpai di’dalam beg sukan adalah mayat Nurin Jazlin, darah aku berderau menahan marah. Lebih hangin bila mengetahui Nurin Jazlin meninggal dunia dengan penderaan seksual sebagai faktor utama. Penjenayah yang melakukan perbuatan ini bukan manusia, bukan binatang, bukan juga syaitan. Penjenayah ini adalah salah satu makhluk pioneer yang perlahan-lahan wujud di’Malaysia dengan memiliki sifat-sifat kejam tahap ekstrim. Jika aku jumpa, aku yakin semua rakyat Malaysia juga ketika ini, pasti akan mengimpikan cara penyiksaan paling champion ala Kumprinx supaya penjenayah itu tahu, mati bukan perkara yang menyeronokkan. Salam takziah dari Mohd Ismail dot Com buat keluarga Nurin Jazlin.

Dalam Negeri

CUEPACS & MTUC menggesa pengguna memboikot peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati & menyarankan pengguna supaya tidak ke pasar dua (2) hari seminggu. Jangan buat gila weh, family aku bergantung kepada pendapatan di’pasar Ramadhan untuk beraya seperti tahun-tahun kebiasaan. Tidak datang ke pasar Ramadhan yang di’sertai family aku hanya akan merugikan diri sendiri kerana tidak dapat merasai ayam percik paling sedap di kawasan Sungai Besar, di bulan Ramadhan. Keluar’lah dan bantu sesama kita.

Angkasawan Malaysia akan ditentukan hari ini dari dua (2) orang calon angkasawan yang terpilih sebagai peserta akhir. Dari segi trend pemilihan di’Malaysia sepanjang 22 tahun aku hidup, aku percaya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan terpilih tanpa dakwa dakwi lagi. Dr. Sheikh, kau balik dari angkasa nanti, pasti kau akan menjadi model seluar dalam Crocodile & model minuman Tongkat Ali Power Root, sebab kau handsome!

Luar Negeri

Ingat lagi entri berkenaan Yahoo! Mail Beta yang berjaya menimbulkan rasa ‘wow!’ di’hati aku? Kali ini, giliran Google pula memberikan wajah baru kepada GMail, perkhidmatan e-mail dari Google. Tiada maklumat yang keluar, tetapi nescaya, Google tidak mahu kalah kepada Yahoo!, apa barang kalah ye tak Sergey Brin?

Kepada sesiapa yang mempunyai handset dengan keupayaan menaiktaraf memori kad, pasti hari ini memori yang kau ada sekurang-kurang’nya 1GB. Keluarkan kad memori kau sekarang dan banding’kan dengan kad memori 1GB, 20 tahun nan lalu.

Jose Mourinho, meninggalkan pasukan Chelsea dengan tiba-tiba. Aku bukan pengulas sukan yang baik, tetapi peritiwa ini menyebabkan beberapa rakan aku yang dulu’nya penyanjung tinggi pasukan tersebut menyimpan jersi Chelsea mereka di’bawah almari & ketika di’minta untuk mengulas kekalahan Chelsea ke’atas Manchester United dengan jaringan 2-0, mereka berkata,”Aku tak sokong Chelsea dah, jangan tanya aku!” Ha ha. Bola oh Bola.

Seleksi Hujung Minggu #07 : Seputar Fotografi

photographer.jpg

Wohh! Sedikit lama aku tidak menulis tentang hobi terpendam aku ini, fotografi. Cahaya, objek & permainan jiwa semua’nya akan terangkum di’dalam sekeping foto yang seterusnya akan membawa 1000 makna bak kebanyakkan orang kata. Fotografi adalah seronok, melihat & membaca foto-foto cantik adalah lebih nikmat dari menonton 3GP lucah! Apa kata Wikipedia?

Photography [fÓ™’tÉ‘grÓ™fi:],[foÊŠ’tÉ‘grÓ™fi:] is the process of recording pictures by means of capturing light on a light-sensitive medium, such as a film or electronic sensor. Light patterns reflected or emitted from objects expose a sensitive silver halide based chemical or electronic medium during a timed exposure, usually through a photographic lens in a device known as a camera that also stores the resulting information chemically or electronically.

Hari ini, aku rangkumkan beberapa sumber foto & event berkaitan fotografi yang terjadi di’seluruh Malaysia & dunia. Ayuh, sediakan kamera & kita masuk ke alam magis fotografi. Continue reading »