2007 September
Thursday, September 20th, 2007
at 6:25pm
Jujur cakap, aku bukan seorang peminat Yahoo! dalam apa segi segala pun. Aku tidak menggunakan Yahoo! Mail dengan ekstrim sehingga menjadikan ia sebagai klien e-mail utama. Semenjak dari dulu sehingga ke hari ini, aplikasi keluaran Yahoo! yang paling kerap aku gunakan hanya’lah Yahoo! Messenger. Lain tarak. Nil! Tetapi, hari ini, Yahoo! Mail Beta mengubah cara aku menggunakan internet atau lebih spesifik, menggunakan Yahoo!
Beberapa hari lepas, aku terbaca-baca tentang komentar orang ramai di’dunia internet ini berkenaan keluaran baru Yahoo! Mail Beta. Ramai yang memuji-muji akan kecanggihan aplikasi terkini Yahoo! ini dan tidak kurang juga yang mebandingkanaplikasi baru ini dengan aplikasi dari Google. Di’sini, aku awal-awal menyatakan pendirian aku sebagai pengguna yang telah menggunakan aplikasi dari kedua-dua’nya, Google & Yahoo!, aku suka untuk menyatakan Yahoo! sekarang jauh ke’hadapan berbanding Google. Dan, jika Yahoo! adalah seorang gadis, pasti akan ku sunting menjadi suri hidup. Ha ha.

Continue reading »
Wednesday, September 19th, 2007
at 2:36pm

Maxis, DiGi & juga Celcom, lihat sekarang Malaysia sudah ada pembekal rangkaian telekomunikasi terbaru yang akan menggugat pembekal yang sedia ada. uMobile adalah sebuah syarikat telekomunikasi yang mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk di’lancarkan kepada masyarakat awam. Hari ini, uMobile menerima liputan ringkas dari Mohd Ismail dot Com.
Ini bukan satu review, kerna perkhidmatan dari uMobile belumpun sampai di’mana-mana tangan rakyat biasa termasuk’lah aku. Tetapi, ini cuma entri pemberitahuan kepada semua yang kita akan punya alternatif untuk menikmati 3G & menonton televisyen walaupun sedang berada di’dalam komuter mahupun di’atas beca. uMobile akan menggunakan teknologi DVB-H (Digital Video Broadcasting - Handheld) dengan kerjasama dari Nokia-Siemens Networks.
Tiada maklumat lanjut berkenaan apa-apa pakej atau tawaran dari uMobile setakat ini, tetapi aku berharap, apa yang mampu di’tawarkan oleh uMobile akan jauh lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. Bukan’kah itu tujuan kita hidup di’atas bumi merdeka ini, untuk mencari yang lebih baik. Go uMobile!
Oh ya, uMobile akan menggunakan awalan 018. Cuba teka siapa’kah orang pertama yang akan memiliki nombor 018-XXX8888?
Wednesday, September 19th, 2007
at 12:43pm

Aku perlu’kan terapi jiwa. Ya, aku perlukan terapi jiwa. Hidup aku sekarang di’penuhi dengan kerja-kerja yang tidak tahu erti penat & letih. Belum yang satu itu siap, satu lagi sampai sebagai penambah sengsara. Whoaah! Sekarang menulis di’blog adalah terapi aku. Aku sesak & lemas, aku ke’sini menulis apa aku rasa. Aku perlukan masa untuk lari sekejap, sekejap, sekejap dari rutin hidup yang memperokperandakan waktu tidur aku. Kau tahu Prison Break Musim ke-3 sudah keluar? Sudah kau download? Seronok woo. Tonton la dengan penuh debaran buat mereka yang mengikuti Musim 1 & 2. Kepada yang tidak mengikuti drama untuk lelaki ini, kau harus bermula dengan Musim 1 Episod 1. Ia lebih seronok dari bermain MATLAB, Simulink, Aspen Plus & bermasturbasi.

Malam semalam, Dr.Syamsul Rizal dengan berbesar hati menjamu pelajar-pelajar yang berada di’bawah penyeliaan beliau untuk berbuka puasa. Sedap & sungguh menyelerakan sehingga menjilat sudu & garfu. Gambar di’atas adalah gambar seekor ikan siakap yang telah mati & di’masak dengan masakan yang di’beri nama ‘Masak 3 Rasa’. Tekstur ikan siakap ni memang menjadi feveret aku. Walau macamana pun cara masakan yang di’kenakan, ikan siakap mempunyai sistem automasi aku rasa yang bisa mengekalkan rasa manis isi’nya. Jika kalian membaca entri ini sebelum berbuka puasa, jangan ke’dapur dengan segera untuk mencari ikan siakap. Mohd Ismail dot Com TIDAK menggalakkan pembaca’nya membuka peti ais & penutup periuk sebelum waktu’nya. Aku juga tidak bertanggungjawab jika perut kalian berbunyi. Ha ha.
Merepek sungguh entri kali ini, haram tiada input berguna. Sekian. Jom tidur kerana waktu untuk berpuasa masih ada 6 jam. Selamat berbuka kawan-kawan.
Tuesday, September 18th, 2007
at 3:56am
**lihat gambar di’sini
Urut dada tu dulu bro. 10 memang angka yang sangat besar untuk nilai kelajuan koneksi internet di’Malaysia. Apa yang di’tawarkan oleh Time dotCom cukup besar rahmat’nya buat pencinta dunia internet yang saban hari berdoa semoga ada perkhidmatan lain yang lebih laju berbanding perkhidmatan internet dari err.. kau tahu la kan?
Netlynx, perkhidmatan internet jalur lebar terkini di’Malaysia dari Time dotCom yang menawarkan pelbagai pakej dari koneksi internet *2Mbps sehinggalah kepada koneksi internet *10Mbps. Aku seperti tertinggal sesuatu apabila membaca tawaran Netlynx ini. Ya! Tiada angka yang di’ikuti dengan ekstension Kbps. Terima kasih Tuhan. Netlynx menghilangkan *legasi Kbps dari mukabumi Malaysia yang mana masih di’gunakan oleh err.. kau tahu la kan?
**lihat gambar di’sini
Berita awal yang di’sampaikan oleh salah seorang ahli forum Lowyat, setakat ini perkhidmatan Netlynx hanya wujud di’Damansara Perdana. Tapi, siapa peduli bukan? Sekurang-kurang’nya aku tahu yang secara perlahan-lahan, monopoli akan di’pecahkan & kita semua akan tersenyum girang menikmari internet yang super-laju. Jadi kawan-kawan, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur menjadi destinasi?
Mendengar alunan Like I Love You dendangan Justin Timberlake jam 4.08 pagi sangat mengasyikkan.
*merujuk kepada kadar muat’turun
Monday, September 17th, 2007
at 2:22am

Malaysia, aku rasa tak akan boleh lari dari fenomena kemunculan laman-laman web baru yang berteraskan komuniti, hiburan & santai. Gua.com.my muncul dengan konsep yang menjadi kegemaran ramai, hiburan & komuniti. Yang akan menjadi tunjang buat Gua.com.my, pasti’nya forum yang menjadi medan bual bicara mereka yang aktif di’sana. Aku mendengar tentang Gua.com.my ni ketika aku memandu pulang ke’kampung. Sekembalinya aku ke kampus, aku jenguk sedikit apa kandungan Gua.com.my dan mencari siapa di’belakang laman komuniti hiburan terbaru ini. Ketika entri ini di’tulis, pautan ke ‘About Us’ di’footer Gua.com.my tidak membawa aku ke’mana-mana. Maka. aku membuat andaian sendiri yang Gua.com.my adalah salah satu projek kendalian Media Prima untuk mengimbangi pengaruh mereka di’luar & di’dalam dunia maya. Andaian ini adalah berdasarkan kandungan Gua.com.my yang kebanyakkan’nya di’barisi oleh mereka yang berasal dari TV3, lebih-lebih lagi jika Senario antara bahan utama di’sana. Tidak minat senario? Gua.com.my ada menemuramah Maya Karin & Amber Chia. Woot! Krew Gua.com.my, bagi gua menulis kat sana boleh?
Gadget baru!
Aku sudah ada gadget baru menggantikan Nokia 6230 yang kematian skrin’nya beberapa hari selepas aku menulis entri ‘5 Perkara Tentang Mohd Ismail‘. Gadget terbaru yang aku genggam ini adalah gadget ketiga tercanggih selepas kereta & pc aku. Ya, dua itu juga aku anggap sebagai gadget. Harta tu! Gadget baru ini membolehkan aku muncul online di Yahoo Messenger! ketika aku sedang beratur di’plaza tol Jelapang petang tadi. Gadget baru ini juga mampu memainkan sebarang fail multimedia yang menjadi santapan anak-anak muda sekarang. Semestinya aku juga mahu menjadi muda, hype & kool! Gadget baru ini juga sudah aku lengkap’kan dengan perisian Opera Mini yang mempunyai kelajuan loading tahap Flashman. Dan, aku suka’kan gadget baru aku. Ha ha.
Gelang Tangan Magnetik Ajaib
Selain menerima kehadiran gadget baru dalam hidup aku, kepulangan aku ke kampung halaman juga akan mendedahkan aku kepada situasi semasa yang melanda mat-mat rempit & anak-anak remaja. Paling menjadi ikutan sekarang adalah memakai gelang tangan yang mempunyai magnet di’bahagian bawah. Berikut adalah dakwaan The Malay Mail, bahagian Style berkenaan bagaimana terapi bermagnet ini berfungsi
How do magnetic bracelets work?
The magnetics theory revolves around the premise that magnets improve the circulatory system and blood flow. The increased circulation gives the body more of nutrients it needs in the blood, improving health naturally.
Aku tidak berapa tahu sejauhmana kebenaran yang di’dakwa oleh mereka-mereka yang memakai gelang tangan bermagnet ini, tetapi sesuatu yang ajaib terjadi pada aku. Keadaan’nya, apabila aku memakai gelang tangan bermagnet ini di’tangan kiri, aku tidak merasa apa-apa perubahan secara langsung, tetapi jika aku memakai gelang tangan bermagnet ini di’tangan kanan, aku akan mengalami cirit birit yang tidak keruan. Ini bukan main-main, aku berhenti 3 kali di’sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, dan perberhentian yang ketiga baru aku sedar, gelang tangan bermagnet ini mempunyai kuasa ajaib. Selepas aku tanggal’kan, perjalanan aku kembali selesa seperti biasa. Aku simpulkan di’sini, gelang tangan bermagnet boleh menyembuhkan sembelit dengan cara memakai’nya di’sebelah tangan kanan.
Siapa pernah pakai?