2007 September

Review: Live Free or Die Hard (2007)

die_hard.JPG

“Tengok, tengok! Selamba sial dia kunyah Big Mac siang-siang buta.. err.. ko puasa tak hari ni?”

Okay aku tahu. Filem penuh aksi ni dah lama keluar kat panggung, ketika aku masih menjalani praktikal di Pasir Gudang. Di’sana, aku memilih untuk menonton Transformer & tidak punya cukup masa untuk menonton filem terbaru Bruce Willis ini. Jam 1 pagi tadi, aku terima copy edisi terbaru untuk filem ini dari seorang rakan. Sebelum ini aku ada menerima copyuntuk filem ini, tetapi kualiti gambar & bunyi memang patut di’tongsampahkan. Aku tidak tonton filem dengan kualiti gambar & bunyi yang rendah melainkan seseorang bayar aku untuk itu. Copy edisi terbaru ini gambar’nya jelas, bunyi’nya memang melekat di’telinga menerusi headphone RM18 aku. Cheap? Beli’kan aku sepasang Sennheiser HD280 Pro, aku idamkan itu.

Plot cerita ini agak tipikal pada pandangan aku. Penjahat mula beroperasi, hero tua mencari hero muda, jalan-jalan berkenalan dengan hero sampingan, lawan-lawan dengan penjahat sampingan, anak hero tua kena culik, sampai masa jumpa penjahat utama, penjahat kalah & hero muda jatuh cinta pada anak hero tua. Tipikal. Yang buat filem ini best adalah dialog’nya yang bersahaja. Karakter Bruce Willis & Justin Long yang aku kenal melalui filem-filem lain tidak jauh berbeza dengan karakter di’dalam filem ini. Cuma, Justin Long kali ini sudah pandai bermain dengan pistol & kena tembak satu kali di’lutut. Ha ha.

die_hard2.JPG

Aku suka’kan adegan kejar mengejar dalam filem ini dan semua kenderaan yang di’gunakan. Sebut’kan apa sahaja kenderaan yang terlintas di’fikiran selain beca & tuk tuk yang tidak di’gunakan dalam filem ini. Kereta polis, kereta awam, BMW Siri 5, van, trailer, trailer pendek, helikopter sehingga jet pejuang F-35, semua di’gunakan sebaik mungkin untuk mewujudkan efek kemusnahan paling berkesan di’dalam filem. Sekarang, kita imbas sikit filem-filem Malaysia, angkat tangan semua, dan bilang berapa banyak kereta di’musnahkan sepanjang sejarah perfileman Malaysia. Err.. 7?

Jadi, kepada yang belum tonton, torrent, beli DVD, pinjam, curi atau ambil tanpa izin apa-apa copy untuk filem ini, tonton & kata’kan pada aku, Bruce Willis adalah hero tua yang sarkastik tapi macho!

Rating: 4.5/5 (kurang 0.5 sebab aku tak dapat tengok kat panggung, boleh?)

Kini, kita ada air segera dari sebiji botol

nwater112.jpgSelepas pulang dari meredah hujan di’tengah pasar Ramadhan di’sini tadi, aku seperti biasa membuka laman-laman kegemaran aku untuk melihat perkembangan dunia terkini. Jam 6.33 petang baru aku berpeluang menjenguk keadaan semasa dunia luar kerana kuliah aku hari ini berlangsung dari jam 8 pagi sehingga ke 4 petang. Fuh! Dugaan yang cukup besar untuk hari pertama berpuasa. *(Bunyi seperti aku baru pertama kali berpuasa).

Aku kagum sebenarnya dengan penemuan terbaru yang di’bawakan dari United Kingdom. Teknologi terkini di’mana sebiji botol mampu menapis sekotor-kotor air untuk menjadi air minuman. Sebiji botol!

Di universiti milik penuh kerajaan Malaysia tempat aku belajar, seorang professor di’sini berjaya membina sebuah pilot plant dengan teknologi membran yang mampu menapis air buangan sisa dari kilang-kilang sehingga selamat di’minum. Dan, pilot plant ini berjaya memasuki satu slot di’dalam Buletin Utama, TV3 beberapa bulan yang lalu. Pilot plant ini saiznya tidak kurang dari saiz sebuah rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Aku tidak pasti berapa kapasiti yang mampu di’jana oleh pilot plant ini, tetapi teknologi terbaru dari UK ini mampu menapis 4,000 hingga 6,000 liter air tanpa perlu kau menukar penapis’nya. Woot!

Pilot plant di’universiti aku di’ilhamkan dari kepayahan pihak industri untuk merawat sisa air buangan yang perlu di’lepaskan ke sungai, tasik & laut dengan kos yang rendah manakala botol ‘ajaib’ dari UK ini tercipta kerana pencipta’nya simpati melihat kepayahan mangsa-mangsa ombak tsunami di Asia Tenggara sekitar tahun 2004 & ribut Katrina di Amerika Syarikat mendapatkan sumber air bersih.

Dan, aku duduk di’sini memikirkan kembali apa boleh aku laku’kan dalam masa 10 tahun lagi sebagai seorang jurutera kimia sebagai sumbangan kepada revolusi kemanusiaan & tidak pada pembangunan industri yang mematikan dunia.

via Telegraph.co.uk

Rumah baru & Ramadhan

new-home.jpg

Mohd Ismail dot Com kelihatan baru, sekali lagi. Setelah hampir 2 bulan menggunakan tema Wordpress tajaan Bob, aku kembali dengan kegilaan aku memodifikasi tema Wordpress yang sedap di’pandang di’mata aku. Kali ini, aku memilih tema Wordpress yang di’keluarkan oleh Marlex Systems yang ringkas dengan 2 kolum. Kelihatan seperti Kubrick, tetapi aku yakin tema ini tidak di’bangunkan dengan asas Kubrick. Memilih header yang mudah untuk di’modifikasi mengikut mood & persekitaran, header edisi September memang bukan stereotipikal. Aku suka’kan 404 page aku, sungguh mesra pengguna. Ha ha. Berkenaan tema Wordpress aku yang sebelum ini, tanya’kan pada Bob jika dia mahu keluarkan sebagai tema Wordpress percuma. Terima kasih Bob!

UPDATE: Tema baru ini haram tak mesra IE, sesiapa yang sudi membantu aku fix’kan layout tema ni dalam IE, aku belanja kek coklat!

Esok bermula Ramadhan yang mulia. Selamat berpuasa, jaga tingkah laku & banyak’kan masa untuk beribadah jika mampu. Tuhan membuka seluas-luasnya pintu syurga buat kita sepanjang bulan mulia ini.

Menulis dari rumah & RM10,000 sebulan, lebih!

money-baby.jpg

Entri ini di’bawakan khas kepada kalian oleh 5Xmom. Semua tulisan di’dalam entri ini adalah sudut pandangan aku sendiri & tidak di’pengaruhi oleh status entri ini yang di’taja. Jika kalian berminat untuk menaja sebarang entri di’sini, hubungi aku secara terus kerana PayPerPost tidak menerima blog berbahasa Melayu. Ha ha!

Menulis blog & seterusnya menerima pendapatan yang lumayan bukan satu kisah dongengan yang di’dagangkan oleh banyak e-book karut yang berada di’pasaran. Ramai di’luar sana yang telah membuktikan bahawa menulis blog & aktif di’internet mampu memberikan pulangan yang lumayan. Yang penting adalah usaha & tidak kenal putus asa. Aku suka mendengar jika ada penulis blog dari Malaysia yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dari hasil menulis blog.

Awal Sabtu baru-baru ini, aku menerima e-mail dari 5Xmom yang menyatakan keinginan untuk menaja satu entri di’sini & hati aku berbicara,”woot! ada orang nak sponsor entri! ini sudah bagus…”. Dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya juga berapa banyak 5Xmom jana dalam sebulan dengan hanya menulis blog. 5Xmom berikan aku satu pautan ke salah satu entri beliau, August Blog Income Report. Dan wohh! Untuk bulan Ogos lepas sahaja, 5Xmom mampu menjana RM14,536.70 hasil dari menulis blog. Jumlah ini datang’nya dari 9 sumber yang berlainan seperti Google Adsense, PayPerpost, Kontera, Text Link Ads, ReviewMe & LinkWorth.

RM14,536.70. Rm14.536.70. RM14,536.70. Itu satu jumlah pendapatan yang lebih tinggi dari sesetengah pengurus syarikat, malah lebih tinggi dari gaji seorang jurutera kimia yang bekerja lebih 6 tahun. Dan, 5Xmom melakukan’nya kurang dari 5 tahun.

Bukan 5Xmom seorang yang menikmati pendapatan lebih Rm10,000 dalam sebulan. Seorang lagi penulis blog dari Malaysia yang di’kenali sebagai Samm juga meraih lebih RM12,000 untuk bulan Ogos sahaja. Mereka berdua menerima pendapatan ini dari keaktifan mereka menulis di’banyak blog milik sendiri. 5Xmom sendiri mempunyai 12 domain yang di’gunakan untuk meraih pendapatan sebanyak itu.

Memetik kata Samm dalam entri beliau,”Do i need a degree to earn this? No, pure crapability jek.“, ada berani kawan-kawan?

Seleksi Hujung Minggu #06

shm_06.jpg

Whoaaa! Berapa lama ya sudah aku tidak menulis untuk Seleksi Hujung Minggu? Kali terakhir aku menulis untuk kolum ini adalah untuk edisi lelaki Julai lalu. Kali ini, Seleksi Hujung Minggu #06 tidak membawakan tema khusus seperti kebiasaan, tetapi mengumpulkan kisah-kisah yang sampai di’telinga aku dan aku suka untuk kongsi bersama. Amaran, ada kisah yang telah lama di’ketahui, tetapi kini baru aku tergerak mahu menulis, bukan mengikut trend, cuma ingin melontarkan sedikit pandangan. Ayuh!

Barisan iPod baru, klasik, dan kini dengan skrin sesentuh

three_ipods.jpg

Tiga tangan di’atas memegang (dari kiri) iPod Nano, iPod Touch & iPod Classic. Di’antara ketiga-tiga barisan produk utama Apple, Inc kali ini, aku suka’kan iPod Touch. Bagi aku, iPod Touch adalah sebuah iPhone tetapi tanpa fungsi sebuah telefon & SMS. Apa yang ada pada iPod Touch tiada pada sebuah iPhone? Malah, iPod Touch datang dengan sokongan fungsi Wi-Fi, pelayar Safari & juga aplikasi yang menyokong YouTube. Datang dengan kapasiti 8GB & 16GB, iPod Touch kini menjadi pujaan hati’ku. Oh ya! Steve Jobs menyatakan yang iPhone kini telah di’potong harganya lebih 30% dari asal & untuk pembeli awal iPhone, kini Apple tawarkan pula pulangan $100 sebagai pengubat hari lara.

Selain dari tiga produk di’atas, Apple juga memperkenalkan barisan iPod Shuffle dengan warna baru yang lebih matang & umpph! Ada sesiapa lihat video parody yang menggambarkan bagaimana jika Apple menggunakan kondisi iPod Shuffle sebagai sebuah iPhone Shuffle. Seronok, pergi’lah menonton di’YouTube. Terima kasih Flisterz.

Ikuti laporan penuh pengumuman Steve Jobs dalam acara khas Apple di Mac World.

Maxis Hotlink Super Savers

maxis-supersaver.JPG

Ini adalah, ermm.. satu-satu’nya tawaran dari Maxis yang boleh membuatkan CEO Celcom & DiGi terduduk dan pulang rumah dengan kepala serabut. Tahniah! Dengan hanya RM2, kau boleh membuat satu panggilan (Note: Hanya SATU!) ke’mana-mana nombor telefon bimbit Maxis/Hotlink tanpa had masa dari 12 tengah malam hingga ke 12 tengah hari. Secara kiraan kasar, RM2 untuk 12 jam masa berbual. Ini memang gila & syarikat telekomunikasi lain harus cepat tampil dengan tawaran yang lebih nganga supaya CEO Maxis pula boleh terduduk. Dan yang pasti, kami semua suka akan pakej ini. Hala’kan monitor kalian ke laman rasmi Maxis Hotlink & khabarkan berita gembira buat teman istimewa masing-masing.

Kawan A: Oih! Maxis bagi cakap lama-lama kat tepon untuk 2 hinggit!
Aku: Whoaa! Boleh try ni, pukul bape skang?
Kawan A: Pukul 11.34. Arrggh! Rugi sial aku takde girlfriend tme-time macam ni. Mende la Maxis, tunggu la aku ada girlfriend. Aku nak call sapa malam-malam buta ni, nenek aku?!

Ha ha ha!

Tonton TV Malaysia di’skrin komputer

tv3-online.JPG

Media Prima Berhad, pemilik kotak TV setiap rumah di’Malaysia, kini mengorak langkah setapak ke’hadapan untuk menggalakkan orang ramai yang tidak gemar menonton TV secara konvensional supaya menonton TV di’skrin komputer. Oh! Aku tidak pandang enteng usaha murni Media Prima yang mahu’kan kami, manusia geek tegar untuk menonton TV, tetapi langkah Media Prima ini tidak seiring dengan perkembangan dunia internet Malaysia. Internet di’Malaysia masih perlahan koneksi’nya berbanding negara-negara maju lain. Malah, lebih perlahan dari Singapura sendiri & ada sumber mengatakan lebih perlahan dari Indonesia (wtf!). Media Prima harus melihat secara realiti, menonton TV secara online bukan satu pilihan bijak dengan koneksi internet yang di’bawakan khas oleh Streamyx.

Jika ada yang mahu mencuba, apa kata kalian ke laman rasmi TV3, TV9, NTV7 dan saluran gila-gila remaja 8TV. Mana tahu, terpaut hati untuk menjadi penonton PC tegar. Kan?