2007 October
Wednesday, October 31st, 2007
at 4:48pm

Jadi, apa yang ke’atas kawan? (So,what’s up friend?). Jangan la kalian amalkan tranlasi secara terus begitu, English bahasanya tidak’lah seindah mana jika di’ungkapkan dalam Bahasa Melayu. 2,3 hari tiada update di Mohd Ismail dot Com bukan kerna aku kehilangan sentuha magis untuk menulis atau pun ketiadaan idea, tetapi aku tiada masa. Esok adalah paper pertama untuk sessi peperiksaan semester ini. Perpustakaan yang sejuk bagai peti ais itu menjadi rumah kedua aku. Dan, sepanjang sessi mengulangkaji, aku rasa kadar kandungan gula dalam badan aku meningkat dengan mendadak dek kerana aku tidak boleh keputusan bekalan gula-gula. Itu sahaja’lah pengubat mengantuk aku ketika di’perpustakaan. Jika tidak, tulisan di’dalam buku hadapan mata akan menari-nari mengajak tidur. Gila punya teks!
Advertlets, iklan semakin mewah
Aku tak tahu samada ini aku sahaja atau orang lain juga dapat rasa. Statistik pendapatan aku di Advertlets meningkat dengan mendadak semenjak 2 minggu kebelakangan ini yang memberikan aku duit yang lebih laju kadar kemasukan’nya berbanding sebulan yang lepas walaupun tidak banyak iklan baru di’perkenalkan. Cuba kalian check statistik duit masing-masing, dan jika ada kenaikan seperti yang aku rasa, mari kita ramai-ramai lambung Josh Lim. Ha ha!
Mohd Ismail dot Com PR4 > PR3
Google faham Bahasa Melayu’kah? Ada pejabat operasi Google’kah di’Malaysia ataupun di Parit Sulong sehingga laman blog picisan ini juga di’penaltikan kerana menjual pautan teks. Kelakar la kau Google sehingga aku ingin peluk-peluk kau dalam mimpi. Dan, kenapa kita di’Malaysia tidak ada sistem PR(Pagerank) kita sendiri untuk blog/laman web berbahasa Melayu? Siapa-siapa yang rajin tolong buatkan, biar meriah lagi suasana blog Malaysia dengan benda-benda berfaedah dan bukan sekadar tempat rujukan jika ada gambar bogel yang terbocor.
Dan sebagai penutup entree (sekarang aku akan eja entri sebagai entree, lebih kool aku rasa), sebagai seorang yang tidak banyak ilmu, aku mahukan pandangan ikhlas dan bernas dari sesiapa yang tahu, antara Canon 350D, Sony Alpha A100, Nikon D50 (second hand) dan Nikon D40X, yang mana satukah lebih molek untuk di’beli buat jangkamasa panjang? Dan, aku seorang yang suka mengambil gambar potret.
Thursday, October 25th, 2007
at 6:00pm

Malam tadi, sekitar Maghrib nak nak ke Isya’,”Mael, ko biasa dengar Maria Digbi?”, “Ha? Jadah apa Maria.. apa?”. Ashraff memulakan sessi perkenalan aku bersama pujaan hati terbaru beliau selepas Rosnah Mat Aris.”Sedap wo Mael dia nyanyi akustik lagu Umbrella.. meh meh dengar.. umbrella..ela..ela..eh..eh..”, Ashraff mengajuk style Rihanna menari dengan payung hitam.Ha ha! Dan, bermula’lah episod aku mengenali siapa Marié Digby (Marié di’sebut Mar-ee-ay).
Carson Daly dari The Last Call with Carson Daly menyatakan yang dunia sekarang tidak lagi memerlukan sebarang realiti TV yang mencari bakat baru kerana dunia sekarang mempunyai internet. Marié Digby, seorang gadis kacukan Jepun dan Irish-American adalah salah satu contoh terbaik yang menunjukkan bakat ada ada di’mana-mana. Kool bukan? Ambil sebuah gitar kapok, berbekalkan sebuah bakat, pakej rupa yang cantik & suara yang seksi dab boom!, kau adalah sensasi baru dunia. Itu’lah yang terjadi pada Marié Digby, superstar yang lahir dari YouTube.
Aku cerita banyak pun tiada kegunaan, dengarkan kelunakan suara & bakat emas Marié Digby di YouTube, MySpace dan laman web rasmi yang di’bina oleh peminat beliau. Umbrella.. ela.. ela.. eh.. eh!
Wednesday, October 24th, 2007
at 11:46pm

Mari aku terjemahkan sedikit apa yang Mat Salleh kata’kan tentang raja buah yang menjadi kegilaan majoriti rakyat Malaysia yang mempunyai keupayaan luar biasa pada deria bau.
Menurut WIRED Magazine dalam artikel yang bertajuk ‘The Most Curious Canned Goods Found Online’, durian adalah rencah atau bahan yang biasa di’gunakan oleh masyarakat Asia dari sup sehingga’lah ke ais krim.Aku pun kurang faham kenapa durian menjadi salah satu bahan makanan yang tersenarai, tetapi menurut WIRED, keunikan durian adalah pada bau’nya.
…the custard-like texture of the fruit’s edible interior is noted for its creamy, almond-sweet flesh, the scent is anything but. Its nauseating bouquet includes hints of rotten fish, fermented onions, overripe cheese and unwashed socks.
Untuk mereka yang tidak tahu, unwashed socks membawa maksud stokin tidak berbasuh, independen kepada berapa lama stokin itu tidak berbasuh. Dan, oleh kerana bau (minor) stokin tidak basuh ini’lah, durian tersenarai antara bahan terlarang, selain bom tangan & Osama Laden, di’atas kapal terbang, bas & sistem pengangkutan lain di’sana. Mat Salleh memang pandai berjenaka hal berkaitan keunikan Asia.
Siapa suka makan stokin tak basuh, angkat tangan!
Tuesday, October 23rd, 2007
at 2:16pm

19 Oktober 2007 - Cerita panjang di’pendekkan, rombongan kami, pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dari Kampus Kejuruteraan USM telah mengalami kemalangan paling horror yang melibatkan satu (1) nyawa manusia. Kesemua 40 orang di’atas bas yang kami naiki selamat walaupun ada yang mengalami luka ringan & trauma. Kami ketika itu dalam perjalanan ke Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk satu bengkel motivasi telah bertembung dengan sebuah MyVi comel berwarna putih melepak yang kemudian’nya bermandi darah merah. Continue reading »
Friday, October 19th, 2007
at 2:54am

Tahun ini ada sedikit kelainan dalam sambutan Aidilfitri aku. Selain tahun pertama menyambut Aidilfitri sebagai seorang penulis blog yang err.. serius, tahun ini juga aku dengan berbesar hati membuat kunjungan hormat ke rumah rakan-rakan yang telah lama aku tidak ketemu. Tidak rindu, tetapi lebih kepada bertanya khabar.
Bila kau beraya bersama-sama orang yang tahu kau adalah penulis blog yang err.. serius, ini memudahkan kerja kau untuk memperkenalkan diri sebagai penulis blog kepada orang lain. Dalam kes aku, dua (2) orang rakan lama yang turut serta dalam rombongan Aidilfitri tersebut merupakan pembaca Mohd Ismail dot Com. Tak tahu la di’mana tahap kesetiaan mereka, tetapi mereka mempunyai pengetahuan yang agak banyak bila bercakap tentang apa yang aku tulis’kan.
Nah! Sekali mereka buka mulut tentang blog aku, tidak ramai yang memberi reaksi positif. Tak mengapa. Kali kedua, kali ketiga, dan seterusnya, sudah ada yang bertanya URL blog aku. Kool! Sekarang aku tahu, sekurang-kurangnya akan ada 4 atau 5 orang pembaca baru Mohd Ismail dot Com selepas habisnya Aidilfitri. Tidak ramai, tetapi ia satu angka yang signifikan bila pembaca itu terdiri dari sahabat handai. Bukan semua sahabat nak membaca apa yang kita repek’kan. Ye tak?
Terima kasih kepada Naim & Khairul yang menjadi promoter & pembaca tegar (?) untuk Mohd Ismail dot Com.
Esok, aku akan ke Pulau Pinang. Berkursus untuk 3 hari. Bersamaan 72 jam yang akan terbuang dengan ceramah & aktiviti yang tidak relevan dengan situasi aku sekarang. Aku masih banyak kerja. Exam tinggal beberapa hari. 72 jam adalah jumlah masa yang agak banyak untuk di’buang dengan berlibur & mendengar ceramah penuh hipnosis. Aku akan tidur, aku pasti.