Oh. Aku sudah pandai masukkan audio ke’dalam entri. Berkali-kali aku cuba menulis syntax yang di’beri untuk menjelmakan pemain audio ini di’dalam entri, berkali-kali juga’lah aku gagal. Seronok sebenarnya mengalami kegagalan kecil sebegitu, dan bila aku berjaya, nikmatnya aku kongsikan bersama setin Milo ais. Hari ini tidak perlu puasa ‘kan?
Itu lagu baru Anuar Zain, terbaru, belum pun keluar albumnya di’pasaran. Tetapi aku sudah miliki semua track di’dalam album tersebut. Antara fenomena yang di’bicarakan oleh CNN beberapa hari lepas, adakah label rakaman untuk artis akan berakhir?. Aku sendiri tak tahu apa judul album baru Anuar Zain ini, tetapi yang pasti lagu-lagu dalam album kali ini masih seperti dulu, berkualiti dan sedap di’dengar.
Rata-rata penggemar muzik tanah air akan mengatakan yang suara Anuar Zain sedap di’dengar tetapi tidak menggemari cara penyampaian lagu yang di’bawakan Anuar ketika persembahan live di’pentas. Baru-baru ini, ketika Anugerah ERA 2007 berlangsung, Anuar Zain membawakan lagu Lelaki Ini dengan gaya yang sederhana dan tiada tona vokal yang meleret atau lari dari nada asal. Anuar Zain mendengar apa yang di’mahukan peminat.
Tetapi, bagi aku, aku lebih sukakan Anuar yang mencabar vokal sendiri ketika persembahan live. Aku rasa, Jaclyn Victor adalah salah seorang penyanyi yang gemar mencabar vokal sendiri di’atas pentas. Persembahan pentas adalah satu-satunya tempat di’mana seseorang penyanyi itu mempamerkan sejauh mana vokal mereka mampu membawakan lagu dengan nada yang tinggi & berat. Tiada salah’nya bagi aku untuk mendengar lantunan suara penyanyi yang lain dari kita dengar di’album. Itu nama’nya tahap eksklusif sesuatu persembahan. Sekali dan tidak akan berulang lagi. Jika mahu penyanyi itu menyanyi mengikut tona dan nada asal seperti di’dalam album, apa bezanya mendengar album di’pemain CD dengan menonton konsert, kan?
Hari ini adalah hari raya yang pertama yang di’sambut di’kebanyakan negara. Dan, aku tidak ketinggalan untuk turut serta sebagai salah seorang umat Islam yang merasa bertuah kerana berpeluang sekali lagi untuk menyambut hari kemenangan ini. Aidilfitri seterus’nya, aku sendiri tidak tahu, mati atau hidup’kah aku. Berjalan ke beberapa buah rumah hari ini menimbulkan persoalan baru dalam kepala aku tentang trend anak-anak muda hari ini menyambut Aidilfitri. Dan, salah satu trend paling aneh adalah berhari raya harus bersama telefon bimbit versi terkini!
Ini dasyat! Aku berani katakan yang setiap rumah yang aku pergi, pasti ada seorang anak muda yang memiliki telefon bimbit keluaran Nokia dalan barisan N-Series. Gila. Trend memiliki telefon bimbit baru sebagai syarat untuk menyempurnakan Aidilfitri lebih dasyat dari trend mengejar pakaian jenama mewah. Sebuah rumah yang aku pergi, anak gadis’nya berusia 15 tahun memiliki Nokia N80. Ingin aku ingatkan, Sungai Besar bukan sebuah bandar metropolitan yang penduduknya mempunyai pendapatan tinggi. Sungai Besar masih sebuah kampung berstatus maju yang rata-rata penduduknya masih bertani & bekerja dengan kerajaan. Jikapun ibubapa gadis ini kaya belaka, membelanjakan wang lebih untuk sebuah telefon bimbit buat anak berusia 15 tahun adalah pembaziran. Jangan salahkan anak gadis ini jika satu hari beliau tidak tahu erti susah & perit mencari wang. Jangan manjakan anak-anak dengan wang ringgit.
Kurang 24 jam dari sekarang, ribuan batang buluh lemang akan terbelah menandakan Hari Raya Aidilfitri kembali lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Hari Raya tahun ini bermakna & tidak bermakna buat aku. Bermakna kerana seluruh keluarga aku berpindah ke’rumah baru yang bermakna, baru! Tidak bermakna kerana kepala aku sedang sarat memikirkan laporan satu projek tahun akhir yang tertunda, kursus minggu hadapan di Pulau Pinang, sessi viva untuk plant design, dan peperiksaan akhir untuk semester ini.
Apapun, selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Ini hari kemenangan kita. Kemenangan kita memenangi nafsu yang semakin besar hari demi hari. Sekurang-kurangnya menahan nafsu makan dan minum di’siang hari. Jika kau mengerti, Aidilfitri lebih dari itu dan janji Tuhan itu lebih manis dari helaian baju baru & kasut Nike berharga RM200+!
Biar apapun negativiti yang di’lemparkan oleh sesetengah pihak terhadap Program Angkasawan Malaysia, menjadi salah seorangg dari 27 juta rakyat Malaysia yang hidup & menyaksikan sendiri pelepasan angkasawan negara yang pertama adalah sesuatu yang bersejarah buat diri aku. Masa Yuri Gagarin naik angkasa lepas dulu (1961), aku tak rasa jumlah manusia yang tengok cecah puluh-puluh juta. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia dan berhenti’lah hidup di’atas negativiti. Tiada faedahnya.
Oh. Harmonisasi warna menjadi mudah buat aku sekarang. Aku bukan pereka laman web jauh sekali hantu grafik, tetapi perisian ColorSchemer sangat-sangat berguna untuk aku bereksperimentasi dengan warna. ColorSchemer secara asas’nya akan memberikan kombinasi warna yang tepat dan tidak bercelaru seperti sesetengah profilus MySpace. Kau juga boleh memuatturun skema warna dari laman web mereka dengan format .cs yang pada mula’nya aku sangka fail untuk di’buka dengan Adobe Photoshop CS.
Jika kau mempunyai sekeping foto atau screenshot sesebuah website/blog, kau dengan mudah boleh mengetahui skema warna yang mereka guna’kan dengan tool PhotoSchemer. Oh aku suka! Jika kalian banyak duit dan mahu menyokong hasil penat lelah mereka yang menghasilkan perisian ini, kalian boleh muatturun dengan harga USD49.99 atau hampir RM165. Jika tidak, kad kredit segera untuk perisian ini ada di’Google. Aku tidak galakkan pirasi, tetapi ya’lah, kau tahu kan?
Dan, oh ya, satu lagi laman yang menawarkan skema warna kegemaran aku adalah COLOURlovers.