Saturday, October 6th, 2007
at 10:37pm

Tadi, pergi ke ShaSha Corner, sebuah restoran makanan Melayu yang mempunyai pelayan-pelayan comel kegemaran teman sebilik aku untuk berbuka puasa. Pertama & terakhir kali’nya untuk Ramadhan 2007. Ramadhan 2008 pasti kami tidak bersama lagi. Wohh! Semua akan menjadi orang dewasa beberapa bulan lagi. Continue reading »
Friday, October 5th, 2007
at 11:58am

Penggila Adobe Photoshop & minat memanipulasi gambar seperti aku? Dennis Plucinik mengkompilasikan 60 Tutorial Lanjutan untuk Adobe Photoshop yang tersebar di’segenap ceruk internet. Aku tidak terlalu into kepada teknik Photoshop yang terlalu grafik,aku hanya minat untuk memanipulasi gambar supaya lebih cantik & molek. Simpan, tulis URL entri kompilasi itu di’mana-mana, kau tak akan tahu bila kau perlukan untuk menyerikan entri dengan foto menarik.
Bercakap berkaitan design, aku suka untuk hi-litekan satu entri dari Daily Blog Tips yang menyeranaikan 43 Kesilapan Merekabentuk Laman Web yang Perlu Di’Elakkan. Dan, aku mahu memetik beberapa point yang selalu aku jumpa di’laman-lama blog di’Malaysia. Continue reading »
Tuesday, October 2nd, 2007
at 5:33pm

“This feature has been disabled due to security reasons, please contact the administrator if you want a backup your blog”
Ini sangat menyusahkan aku. Aku cuba tiga (3) kali untuk membuat backup sebagai persediaan untuk upgrade Wordpress aku dari versi 2.1.3 ke versi 2.3. Jika benar fungsi membuat backup telah di’tidak aktifkan oleh pihak pengurusan server, apa sebabnya? Ini namanya membunuh pelanggan. Mohd Ismail dot Com tidak boleh ketinggalan ketika (hampir) semua orang sudah menggunakan Wordpress versi 2.3.
Aku sudah hantarkan tiket mengenai masalah aku ini & aku harap ada jawapan yang pasti dari mereka dan yang paling penting, weblog ini boleh berjalan seperti biasa. Tanda-tanda kehancuran sudah menjengah bermula dengan SpamKarma 2 yang tiba-tiba tidak berfungsi dengan baik. Di’ikuti oleh masa loading weblog ini yang semakin hari semakin lambat. Di’tambah pula dengan masa aku yang tidak pernah cukup, weblog ini sudah kekurangan kasih sayang. Wahai pihak pengurusan, sila buat sesuatu untuk selamatkan weblog aku, boleh?
Continue reading »
Monday, October 1st, 2007
at 12:52am
Upin & Ipin, animasi khas sempena Ramadhan ciptaan anak-anak Malaysia yang kreatif dari Les’ Copaque Production. Aku terima dua episod awal Upin & Ipin dari Eka yang menyarankan untuk aku memuatturun dari komputer seorang rakan. Mula’nya, dalam hati aku berkata ini adalah satu lagi produk animasi tempatan yang akan hanyut seperti animasi-animasi lain’nya. Tetapi, menonton pilot episode Upin & Ipin, persepsi aku berubah sama sekali. Kerja di’hadapan mata aku hentikan seketika kerana terpesona dengan jalan cerita dan telatah Upin & Ipin.
Tahniah kepada Les’ Copaque Production & TV9 yang membawa Upin & Ipin kepada tontonan umum. Animasi bersiri ini sangat bagus di’tonton oleh kanak-kanak yang mahu mula belajar berpuasa. Tidak mengajar dalam bentuk yang formal, Upin & Ipin berjaya memberikan gambaran sebenar suasana berpuasa di’bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak, begitulah aku ketika bermula puasa. Alah, korang pun mesti sama ar. Tahan lapar,tahan keinginan yang memuncak-muncak. Kecil-kecil macam Upin & Ipin ni nafsu lain takde. Makan & minum, itu sahaja. Sudah besar ini sahaja nafsu dah bercabang-cabang.
Suapa siara di’belakang Upin? Suara siapa di’belakang Ipin? Pertama kali menonton animasi ini, aku tidak menduga yang seorang kanak-kanak perempuan menjadi suara latar dua orang watak kanak-kanak lelaki. Ini dia adik Fathiah yang aku pinjam gambar’nya dari blog rasmi Les’ Copaque Production. Adik Fathiah pada aku pandai memainkan ton suara yang bersesuaian buat watak Upin & Ipin. Aku paling suka bila Ipin keluar trademark yang menjadi ikutan rakan-rakan aku sekarang, “Owh…betul3!”.
Dan, watak Kak Ros juga memikat jiwa raga. Ha ha. Pencipta animasi ini memang pandai memancing golongan pemuda seperti aku. Tonton Upin & Ipin di TV9 setiap Jumaat, Sabtu & Ahad jam 7.30 malam.
via & imej Nazri Flavert | Blog Rasmi | Les’ Copaque Production