2007 November
Wednesday, November 14th, 2007
at 6:10pm

Seperti aku kata, aku ingin menulis, tetapi aku penat. Aku rasa aku perlukan Flickr, sebuah akaun pro Flickr seperti orang-orang lain. Aku rasa. Ataupun, aku perlu setup blog khas untuk foto-foto sampah’ku. mohdismail.com/foto atau mohdismail.com/photo? Dan oh ya, mood aku juga tidak begitu baik hari ini. Sesuatu berlaku, dan aku tiada upaya untuk berbuat apa-apa. Tahi’lah. Tetapi, hidup tetap penuh warna dan warni. Terima kasih Tuhan.

Continue reading »
Sunday, November 11th, 2007
at 6:15pm

Foto oleh Apam Balik via Kumprinx
Mula’nya, aku tak berminat langsung untuk menulis tentang perhimpunan haram BERSIH yang di’jalankan semalam atas sebab tidak mahu mencemar status kool Mohd Ismail dot Com dengan kisah-kisah picisan. Perhimpunan ini sesungguhnya kisah picisan. Tiada apa yang boleh di’gahkan dengan perhimpunan seumpama ini. Aku tidak nampak sebarang hasil yang pasti dari perhimpunan seperti ini selain pihak polis, FRU, kementerian-kementerian, badan kerajaan & awam perlu keluar dengan laporan bertingkat-tingkat berkenaan perhimpunan ini. Post mortem itu, post mortem ini. Satu hasil yang tidak habis-habis menyusahkan pihak lain.
Kembali kepada asal wahai saudara-saudara kuning’ku sekalian. Satu peraturan asas perlu kau ingat sampai kau ke liang lahad, jika kau mahu suara kau di’hormati, di’dengari, pertama sekali, hormat & dengar’lah dahulu kata orang lain. Tidak susah ‘kan? Penganjur perhimpunan BERSIH ini jelas jelas membantah perintah dan arahan pihak berkuasa (atau Perdana Menteri lebih tepat) untuk tidak mengadakan perhimpunan sebegitu. Jadi, masih boleh’kah kau harapkan kerajaan mahu mendengar suara kau?
Delegasi 10 orang yang masuk ke Istana Negara semalam tidak mengadap secara terus DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mereka hanya menyampaikan memorandum kepada Setiausaha baginda. Mengikut dengar-dengar aku sebelum hari semalam, mereka mendakwa baginda sudah memperkenan untuk menerima delegasi itu untuk menghadap. Jika benar, kenapa hanya Setiausaha Rasmi beliau yang muncul? Perdana Menteri halang baginda dari berjumpa delegasi tersebut? Tidak masuk akal. Langsung.
Hari ini, bermula malam tadi, banyak blog-blog yang mendukung idealisme ‘Demonstrasi itu Demokrasi’ berbangga dengan laporan media asing seperti CNN, Reuters, al-Jazeera berkenaan perhimpunan ini yang jelas-jelas bertujuan untuk menjatuhkan maruah negara. Kau itu rakyat Malaysia, mengaku berjuang untuk rakyat Malaysia, keamanan & kesejahteraan Malaysia, tetapi mendukung penuh kisah yang memalukan Malaysia & rakyat’nya di’seluruh dunia. Orang seperti kau patut di’bogelkan di’hadapan kamera media asing & di’jentik alat kesuburan’nya.
Seperti kata Beck, perhimpunan seperti ini sememangnya memperjuangkan agenda individu & sesetangah pihak sahaja. Kau jangan lupa, salah satu parti yang terlibat dalam perhimpunan ini, di’tubuhkan hanya semata-mata untuk memperjuangkan pembebasan seorang individu. Jika asas penubuhan pun sudah tidak berlandaskan nasib rakyat & negara, kau mahu harapkan orang-orang seperti ini memerintah negara? Kau hanya bahan untuk semburan gas pemedih mata yang akan menjadi modal besar pilihanraya akan datang. Tahi’lah.
Aku bukan pro-kerajaan. Aku juga selalu tidak bersependapat dengan keputusan aneh mereka. Kerajaan yang ada sekarang jauh dari kesempurnaan dan memang tiada kerajaan yang sempurna di’atas muka bumi ini. Tetapi, apa yang ada sekarang’lah yang membuatkan kau masih boleh bernafas, menikmati rangupnya sekeping roti canai & hangatnya teh tarik di’iringi kicau burung riang di’atas sana setiap pagi. Bersyukur itu kadangkala lebih perlu. Lihat mata isteri, mata anak, mata ibu ayah masing-masing. Itu yang kau perlu perjuangkan & pertahankan, bukan idealisme yang tidak membawa kau ke’mana-mana.
Okay, sekarang pro-BERSIH boleh tembak aku. Dan, jangan lupa gunakan nama samaran dengan alamat e-mail palsu. Itu’kan identiti seorang pejuang. Sentiasa menjadi anonymous yang takut’kan telur’nya di’patuk burung. Peace!
Saturday, November 10th, 2007
at 11:46pm

“Hai! Nama saya Chuck, Chuck Bartowski & saya seorang mekanik komputer merangkap Ejen Rahsia kerajaan. Boleh saya bantu?” Kool! Masa yang aku ada selepas menamatkan kertas terakhir untuk peperiksaan terakhir dalam hidup aku, aku manfaatkan dengan menonton Chuck, siri televisyen terbaru dalam hidup aku. Take note, aku tidak kata terbaru di televisyen. Hidup aku agak terbelakang sekarang ini. I love my students life!
Jadi, Chuck adalah satu siri televisyen yang mengisahkan bagaimana seorang mekanik komputer di Buy More yang secara tidak sengaja telah membuka satu fail enkripsi kiriman email rakan lamanya, Bryce Larkin yang mana fail tersebut mengandungi 1001 maklumat rahsia kerajaan. Keupayaan Chuck untuk mengingati kod enkripsi di sebalik fail itu telah menyebabkan Chuck menjadi sebuah ‘komputer bergerak’ selepas Mac milik Chuck pecah berderai di’tangan ejen ‘hot‘, Sarah Walker. Bermula’lah hidup Chuck sebagai salah seorang ejen rahsia kerajaan yang haram tak tahu apa-apa dan terpaksa melaksanakan banyak misi yang tidak pernah terfikir oleh seorang yang di’buang universiti & bekerja sebagai mekanik komputer. Episod 7, Chuck Versus The Alma Mater ada sikit-sikit menerangkan situasi sebenar kenapa Chuck di’buang dari universiti & kenapa Chuck harus terlibat dengan semua ini.
Kenapa aku suka’kan Chuck? Satu, kerana siri televisyen ini tidak terlalu serius dan tidak terlalu bodoh lawak’nya. Molek di’dengar & di’tonton. Aku sekarang semakin kurang berkenan dengan siri televisyen yang menyakitkan jiwa, menonton televisyen seharusnya menyeronokkan, bukan? Dua, kerana Chuck banyak memaparkan hubungan kekeluargaan yang kuat walaupun kadang-kadang kita akan rasa kita tak akan mampu handle dalam realiti. Tiga, kerana Yvonne Strahovski adalah seorang ejen yang hot & sexy!
Seperti biasa, Google & cari’lah episod-episod Chuck di’mana-mana dan tonton. Aku syorkan Chuck buat mereka yang mencari bahan hiburan ringan tetapi ada kisah yang boleh di’ambil pengajaran. “Chuck, stay in the car!“.”Ok. My four favourite words…”
Coming up next…

Siang tadi, aku dan Eka berkesempatan ke Central Square, Sungai Petani untuk mencari sebarang dua persalinan baru & secara tidak sengaja di’temukan dengan fenomena aneh yang menyelebungi anak remaja Melayu kita. Mohd Ismail dot Com tidak berniat untuk menjadi Mastika online, tetapi ada perkara yang perlu aku kupaskan. Tunggu!
Wednesday, November 7th, 2007
at 8:21pm

Petang tadi, aku terima bungkusan berisi sehelai t-shirt berwarna hitam bertuliskan ‘Free Palestine’. Terima kasih kepada Gunx dari PalestinKini yang mengirimkan t-shirt ini secara percuma untuk Mohd Ismail dot Com. Ini aku anggap sebagai barangan promosi (promotion item) yang tidak perlu aku pulangkan kembali. Sedap je badan aku pakai t-shirt ni. Continue reading »
Tuesday, November 6th, 2007
at 1:46am

Bila Bob mengumumkan hasrat untuk menjual Blog Oh! Blog (BOB) milik’nya yang ketika ini adalah blog ke-44 terpopular di’dunia menurut Technorati, aku terkejut tetapi aku hormat keputusan Bob. Penjualan BOB banyak di’pengaruhi oleh situasi kerja offline yang di’jalankan Bob.
Malam ini, USD10,000 di’pertaruhkan oleh seorang pembeli untuk BOB. Jika pembelian ini berjalan lancar, ini akan menjadi sejarah Malaysia di’mana satu-satunya blog hasil tangan anak Melayu yang di’jual pada harga puluhan ribu ringgit. Walaupun satu sen duit itu tidak akan masuk ke kantung aku, tetapi aku tumpang bangga dengan penjualan BOB. Jauh di’sudut hati aku sebenarnya kata, jika BOB di’teruskan ke usia matang wajib, katakan satu (1) tahun, aku yakin nilai BOB akan berlipat kali ganda. Tetapi, orang tua kan selalu kata, orang tamak itu selalu rugi. Mungkin langkah Bob kali ini akan membuahkan rezeki yang lebih di’masa hadapan.
Tahniah untuk Bob & kita tunggu apa yang akan Bob lakukan dengan wang sebanyak itu. Roti canai sekeping Bob!