2007 November

Hari terakhir Aidilfitri 2007/08


Depth of Field(DOF). Gila suka aku manipulasi menatang alah ni.

Hari ini adalah hari pertama aku bersama barang permainan baru yang sudah lama aku idam-idamkan. Sejak aku kenal fotografi lagi, tangan ni dah gatal merenyam nak memegang sebijik SLR. Masa tu, aku ta’kesah pun kalo dapat SLR filem, janji SLR! Hari ini, aku memegang sebiji DSLR yang membawa maksud tiada filem dan tiada masa menunggu untuk melihat hasil kerja gila aku. Yay!

Petang tadi, kami serombongan adakan lawatan minit-minit terakhir Syawal ke dua buah rumah, Hamim & Hasnah. Kebetulan eh? Hamim & Hasnah seperti gabungan nama yang sangat mentarik. Dan, aku berjaya merakan foto dengan banyak’nya. 435MB aku rasa jumlah keseluruhan kapasiti yang di’makan untuk hari ini sahaja. Aku handpick 5 keping gambar yang aku rasa sesuai untuk di’buat tontonan umum dan di’kritik. Continue reading »