2007 December

Hari terakhir 2007

Hari ini, hari terakhir untuk tahun 2007. Seperti biasa, akhir-akhir tahun begini, hampir semua orang akan terfikir tentang senarai itu dan ini yang terjadi sepanjang 2007. Tidak ketinggalan juga azam yang mencanak-canak untuk tahun 2008. Fenomena biasa di’akhir tahun. Aku?

Mohd Ismail dot Com juga berusia setahun dengan berakhir’nya 2007. Sepanjang 2007, blog ini telah banyak mengalami suka duka yang membuatkan aku tersenyum sendiri jika aku kenangkan sendiri. Melalui Mohd Ismail dot Com juga, aku ketemu ramai bakat berpotensi dalam dunia internet Malaysia sehingga tertubuhnya HappyPeople Media. Melalui Mohd Ismail dot Com juga, Rumpun 2007 berjaya di’laksanakan dengan bantuan media pengiklanan rasmi, Advertlets.

Azam aku, aku simpan sendiri untuk aku. Memandangkan tahun hadapan adalah tahun di’mana aku akan bergraduasi, azam aku banyak meliputi usaha untuk mendapat kerja & memulakan hidup dengan kaki sendiri. Walaupun ada segelintir orang yang berada di’kedudukan aku rasa runsing untuk berhadapan dunia sebenar, aku tidak sabar mahu berhadapan dengan apa yang di’namakan kehidupan sebenar, di’Malaysia. Aku mahu merasa peritnya mengisi minyak kereta dengan situasi harga minyak dunia, membeli makanan bukan pada harga kantin sekolah & berurusan dengan sebenar-benar urusan dunia. Bring it on!

Terima kasih untuk semua pembaca Mohd Ismail dot Com sepanjang tahun 2007. Selamat tahun baru & semoga tercapai segala azam untuk 2008! Jumpa lagi di’tahun hadapan.

Di’sebelah kanan anda, ada senarai komentator teraktif sepanjang tahun 2007, satu apresiasi kepada pembaca Mohd Ismail dot Com yang menyokong kewujudan blog ini. Lawat’lah mereka dan katakan pada mereka, Mohd Ismail sayang mereka. Ha ha! 

Akhir’nya Google Adsense versi Malaysia, Nufflets

Bila Nuffnang & Advertlets keluar somewhere dalam tahun 2007 ini, aku nampak yang masa depan penulisan bebas di’internet akan terbela dari segi kewangan. Penulis-penulis blog boleh mula membina sedikit timbunan wang dari dua media pengiklanan terawal yang berpangkalan di’Malaysia ini. Tidak lama kemudian, muncul GrabMyAds yang di’canangkan sebagai pembaharuan dalam sistem pengiklanan internet Malaysia. GrabMyAds tidak menarik minat aku langsung kerana pada aku, tiada makna’nya jika konsep beri ruang iklan terlebih dahulu baru ada pengiklan yang berminat. Konsep pengiklanan secara network yang di’lakukan oleh Nuffnang & Advertlets adalah lebih baik (sekurang-kurangnya).

Ketiga-tiga agensi pengiklanan ini menggunakan imej sebagai medium dengan berbagai format. Dan, fenomena ini menyebabkan banyak blog di’Malaysia mula menjadi papan kenyataan tidak rasmi dengan bersepahnya format iklan. Itu hak masing-masing bukan? Ada teori mengatakan, lebih banyak format iklan dalam blog, lebih banyak duit yang di’terima. Pada aku, lebih banyak format iklan dalam blog, lebih senang orang akan cop penulis blog sebagai menulis-untuk-duit.

Kini, muncul satu lagi media pengiklanan untuk penulis blog Asia & Malaysia khusus’nya, Nufflets. Pertama sekali, sudah tiada nama lain’kah yang boleh di’pilih sebagai identiti syarikat? Term ‘Nufflets’ sangat menampakkan yang kemunculan Nufflets seolah-olah parody kepada Nuffnang & Advertlets. Itu masalah kecil mungkin, bagi mereka. Apa yang Nufflets bawak adalah satu kelainan untuk media pengiklanan di’Malaysia. Dengan menggunakan format iklan teks sebagai medium, Nufflets tidak syak lagi adalah versi Asia (atau Malaysia) untuk Google Adsense. Dan, satu tepukan aku buat Nufflets. Ini yang sebenarnya aku nanti-nantikan.

Google Adsense adalah satu medium yang menggunakan content untuk mengenalpasti iklan yang mana sesuai untuk di’paparkan kepada pembaca dan sistem ini’lah juga yang akan di’gunakan oleh Nufflets. Aku harap, aku akan nampak lebih banyak iklan teks berbahasa Melayu dalam Nufflets supaya tulisan aku sepanjang tahun 2007 boleh mengandungi iklan teks yang relevan. Aku juga bercadang untuk mengiklan menggunakan Nufflets jika ada peluang. Penulisan blog untuk tahun 2008 pasti lebih meriah. Yeah!

Kawan-kawan yang bijak bestari dalam bidang menulis plugin untuk Wordpress, sila keluar dengan plugin untuk letak Nufflets dalam entri secara automatik. Kau akan terima backlinks yang menggila, percayalah!

Fakta menarik - Daftar sekarang dengan Nufflets & terima USD15 serta-merta!

Kenapa Krismas lebih meriah dari Aidiladha

Semalam. Kelmarin mungkin. Aku terbaca satu kiriman SMS pembaca tabloid Kosmo! yang mempersoalkan kenapa di’Malaysia sambutan Krismas lebih meriah berbanding sambutan Aidiladha. SMS’nya berbunyi lebih kurang begini

Kenapa Krismas lebih meriah dari sambutan Aidiladha, ada sesiapa boleh perjelaskan?

Aku bukan pakar kaji trend sosial atau mana-mana pakar pemerhati alam, tetapi aku suka untuk menerangkan sedikit kenapa perbezaan kemeriahan ini terjadi supaya setahun dari sekarang, akan ada orang yang taip soalan itu di’Google dan jumpa sedikit penerangan dari aku.

Ini semua di’sebabkan oleh kuasa membeli. Tidak dinafikan, jumlah manusia yang (sepatutnya) menyambut Aidiladha adalah lebih ramai berbanding mereka yang merayakan Krismas di’Malaysia. Akan tetapi, kuasa membeli adalah lebih besar di’tangan mereka yang menyambut Krismas. Aku suka untuk bertanya kepada sesiapa yang musykil tentang fenomena ini, di’manakah kau melihat kemeriahan Krismas itu lebih terasa?

Shopping complex! Ya. Kemeriahan sambutan Krismas lebih terasa di’pusat membeli belah. Krismas di’rayakan dengan pemberian & pertukaran ribuan jenis hadiah yang bernilai kepada pengusaha pusat membeli belah. Di Megamall dan The Gardens, Midvalley yang aku kunjungi semalam, kemeriahan Krismas memang terasa. (Nota: Aku ke’sana bukan kerana sambutan Krismas). Dari sessi berjumpa Santa Claus sehinggalah jualan murah barangan untuk di’jadikan hadiah sempena Krismas, semua’nya kelihatan meriah & mentarik hati.

Sekarang kau bayang’kan jika pusat membeli belah mahu memeriahkan sambutan Aidiladha, di’tengah-tengah keramaian, mereka adakan sessi menyembelih seekor dua lembu dan di’ikuti dengan pengagihan daging korban kepada pengunjung pusat membeli belah tersebut. Adakah kemeriahan begitu yang kau mahukan?

Aidiladha, kemeriahan’nya akan terasa jika kau berkunjung ke masjid atau surau berhampiran & menikmati makna korban yang di’simbolik dengan acara penyembelihan binatang ternak. Solat sunat Aidiladha juga satu acara yang mempertemukan segenap lapis umat Islam yang merayakan Aidiladha. Semua yang hadir akan bergotong-royong pada hari tersebut & di’situlah kemeriahan akan timbul.

Why 666?

In modern popular culture, 666 has become one of the most widely recognized symbols for Satan or the Devil. Earnest references to 666 occur both among apocalypticist Christian groups and in explicitly anti-Christian subcultures such as that surrounding some heavy metal bands; more humorous allusions to the 666 symbolism (e.g., the Lemmings level featuring three 6’s built upon “hellish” lava terrain) are mainstream. An appearance of the number 666 in contemporary Western art or literature is more likely than not an intentional reference to this number of the Beast symbolism. via Wikipedia

But, WHY 666?

Aku’lah Legenda

Aku baru pulang dari menonton I Am Legend yang sedang hangat di’pawagam. Pertama sekali, kepada sesiapa yang belum menonton filem ini, ayuh segera periksa jadual kekosongan hujung minggu kalian & tujulah kemana-mana pawagam atau kedai dvd berhampiran. Buat apa sahaja yang termampu, pastikan kau tonton. Filem ini menerima full recommendation dari Mohd Ismail dot Com.

I Am Legend di’bintangi oleh Will Smith (Robert Neville) yang memang terkenal dengan lakonan yang bersahaja dan berkesan. Filem ini bermula dengan plot yang menunjukkan bandar New York yang telah mati. Semua penduduk di’New York pada tahun 2012 telah mati akibat sejenis virus berbahaya. Tiga tahun sebelum itu, Dr.Kripper mendakwa yang virus yang di’temui beliau adalah virus baik yang telah merawat seramai 10,009 orang pesakit kanser. Dan, virus itu jugalah yang membunuh 90% populasi Bumi pada tahun 2012.


Strip comic by MyExtraLife.com

Satu-satu’nya manusia yang tinggal di’New York ketika itu adalah Robert Neville yang imun terhadap virus berbahaya tersebut & adalah menjadi tugas beliau untuk keluar dengan satu penawar untuk virus tersebut.

90% populasi Bumi mati, penjual DVD mati, isteri hero mati, anak hero mati, anjing kesayangan hero, Sam, juga mati. Aku sudah selalu menonton filem yang hero’nya tidak mati di’akhir cerita supaya penerbit boleh memetik jari untuk sekuel yang biasanya menjadi tahi. Hero dalam I Am Legend, mati! Ha ha.

Adik-adik aku juga berpuashati menonton I Am Legend. Awek sebelah aku yang datang secara solo menonton filem ini juga aku kira puas hati. Aku kurang puas hati dengan awek tersebut kerana scene kejutan dalam filem banyak di’akhiri dengan jeritan aneh yang mengganggu.

“Don,t worry about a thing, cause every little thing gonna be all right.” - Three Little Birds, Bob Marley, I Am Legend Sountrack.