2007 December
Wednesday, December 19th, 2007
at 9:03am
Beberapa belas minit sahaja dari masa entri ini tersiar, aku akan berada di’atas jalanraya memandu pulang ke rumah bertemu keluarga tercinta. Doakan aku, kereta aku, juga perjalanan aku elok-elok sahaja. Esok raya, aku risaukan kehadiran bas-bas ekspress yang menyalahgunakan istilah ekspress. Aku perlu lebih berhati-hati di’Plaza Tol Jelapang. Di’langgar dengan bas ekspress di’bontot bukan sesuatu yang indah untuk Aidiladha.
In case aku tidak berjumpa koneksi internet sehingga esok, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua dari Mohd Ismail dot Com. Kepada yang tidak pulang ke’kampung kerana banjir ataupun kehabisan tiket, rajin-rajinlah ke masjid berhampiran, mungkin ada seekor dua korban yang memerlukan tangan bantuan.
Monday, December 17th, 2007
at 5:55pm

Ini adalah last resort aku dalam usaha menentang spam yang bermaharajalela tanpa kawalan sesiapa. Sebelum ini aku banyak bergantung harap kepada Spam Karma sehinggalah plugin anti-spam ini ada masalah dengan database ntahapantah. Selepas itu, aku berharap kepada Akismet yang datang secara default dengan Wordpress yang kemudian’nya semakin hari semakin tidak boleh di’harap. Spam yang berulang kali datang pun tidak mampu di’tapis.
Kini, aku gunakan perisian sokongan baru yang di’beri nama Defensio. Tidak’lah baru mana, tetapi hari ini baru aku berkesempatan untuk mencuba Defensio. Aku harap dengan Defensio, spam-spam tak akan ada lagi di’sini. Terasa semak kepala dengan spam yang suka menjual ubat kuat lelaki. Jika dengan Defensio pun spam masih menggila, aku rasa aku perlukan gajikan seseorang untuk kawal spam secara manual. Jadah!
Sunday, December 16th, 2007
at 4:55pm

Ini entri untuk mereka yang suka buat duit melalui blog atau internet secara am’nya. Google Adwords Keyword Tool ini selalu aku gunakan untuk melihat trend terkini sesuatu katakunci & seterusnya memberikan aku niche baru untuk cuba di’tulis. Lebih menarik, Google Adwords Keyword Tool akan memberikan nilai Cost per Click (CPC) secara purata untuk sesuatu katakunci tersebut. Walaupun tidak semestinya tepat dengan apa yang kita perolehi, menggunakan aplikasi ini dalam jangkamasa yang panjang boleh memberikan kelebihan untuk kita membuat prediksi tentang katakunci target kita.
Aku suka versi terkini aplikasi katakunci Google Adwords ini. Lebih-lebih lagi bila mereka membenarkan aku melihat trend sesuatu keyword itu mengikut bahasa & lokasi. Katakan kau mahu melihat trend katakunci ‘Acha Septriasa’, kau boleh memilih bahasa Indonesia & negara Indonesia untuk melihat bagaimana katakunci ‘Acha Septriasa’ bermain-main di’sekitar sana. Malang’nya, bahasa Malaysia masih belum menjengah ke’dalam Googleplex. Bila lagi weh?
Friday, December 14th, 2007
at 4:57pm

Percaya atau tidak, anda harus memiliki tahap pemikiran yang genius (bijak tahap dewa) untuk membaca Wikipedia, ProBlogger, Utusan Malaysia, Harakah Daily, Google News & Mohd Ismail (dot) Com. Tetapi, anda hanya perlu menamatkan pengajian sekolah tinggi muda (Junior High School) untuk membaca CNN Online, John Chow & blog rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiba-tiba aku mahu menukar tagline blog ini ke ‘Bukan Stereotipikal. Untuk genius sahaja.’
Ha ha! Uji tahap pemikiran yang di’perlukan untuk membaca blog anda (jika ada).
Friday, December 14th, 2007
at 12:46am

Ayah Beck a.k.a Fendy Zaidan telah pulang ke rahmatullah awal pagi ini. Sama-sama kita sedekah’kan Al-Fatihah kepada arwah & semoga roh’nya tenang di’sana. Untuk Beck, aku harap kau tabah & tenang hadapi dugaan ini. Salam takziah dari Mohd Ismail (dot) Com ke’atas keluarga Beck. Al-Fatihah.Â
Tadi petang, ketika menunggu mee goreng ayam aku siap di’kedai mamak, aku sempat grab Kosmo! edisi semalam untuk membunuh kebosanan. Berita kemalangan di’plaza tol Jelapang menjadi topik utama. Tujuh orang meninggal dunia. Selagi tol itu tidak di’alihkan & sikap pemandu bas tidak berubah, sejarah akan berulang. Dan, berulang.
Mata aku tertancap pada headline bertajuk ‘Ramai anak punca terus miskin‘ yang di’tulis berdasarkan kajian sebuah badan dunia. Menurut badan dunia tersebut, di’Malaysia trend ramai-anak-terus-miskin ini di’sumbangkan oleh satu trend lain yang menjadi amalan dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat di’sini lebih cenderung untuk memiliki ramai anak jika mereka bermaustautin di negeri yang kurang maju berbanding memiliki purata tidak lebih dua (2) orang anak jika bermaustautin di negeri yang maju. Aneh tetapi itu’lah sebenarnya yang terjadi.
Sebenarnya, ini bukan masalah negeri di’mana mereka menetap, tetapi tahap cerdik & pemikiran mereka yang menentukan bilangan anak mereka. Lihat ye, di’Malaysia ada satu golongan yang menganggap anak-anak adalah semata-mata rahmat & rezeki Allah dan sanggup untuk menerima seberapa banyak anak untuk di’pelihara. Dan, ada satu golongan lagi yang menganggap anak-anak adalah rezeki, rahmat & masa depan yang perlu di’rencana dengan baik. Jika semua orang mampu berfikir seperti golongan kedua, mempunyai anak ramai di’dalam dunia yang serba serbi memerlukan duit, bukan satu pilihan hidup yang selalunya betul. Kedudukan kewangan & bilangan anak mempunyai satu formula berkadar langsung yang kompleks.
Gunakan kondom.