Semua orang hari ini mahu ada sebuah blog supaya kelihatan kool & bisa buat duit dengan mudah. Shit! Aku rasa esok lusa akan ada makhluk asing setupWordpress atau Blogspot sorang satu. Human invasion tidak akan bermula di’kota New York atau New Delhi, ia bermula di Digg atau Technorati atau Blogtitude 2.0.
Semalam, aku ke kenduri kahwin abang Eka, Refnaldy. Hujan renyai-renyai mengiringi kedatangan kami. Aku makan hidangan yang di’sediakan tanpa mengenal rasa malu kerana perut sudah kelaparan sejak pagi. Hujan & cuaca sejuk menjadi pemangkin selera aku tengahari itu. Dua ketul ayam bersama sesenduk rendang tok cukup membuatkan perut aku berlagu kekenyangan. Terima kasih tuan rumah. Foto banyak aku ambil, tetapi tidak lepas standard untuk tontonan awam. Wedding lain kali mungkin. Mempelai memakai persalinan adat Minang yang pertama kali aku lihat di’depan mata. Kool!
Perhimpunan haram memang trend semasa ye di’Malaysia? Semalam peguam-peguam berarak secara haram sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Walaupun Majlis Peguam mengumumkan pembatalan, masih ada peguam yang ingkar dengan arahan. Mereka itu peguam bukan? Kasihan. Boleh’lah selepas ini semua peguam menyalahkan pihak polis & kerajaan kerana menangkap mereka yang ingkar arahan. Mereka ‘kan peguam yang bijak-bijak belaka.
Aku berminat untuk sertai perhimpunan minggu hadapan jika ada. Mungkin, perhimpunan secara aman menuntut keadilan atas insiden tangkapan Muhamad Sabu. Mungkin juga perhimpunan aman menuntut harga PSP (PlayStation Portable) di’turunkan supaya semua rakyat Malaysia mampu memiliki’nya dengan mudah & adil.
Anda mahukan sesuatu? Penyelesaian’nya adalah dengan berhimpun. Tahniah rakyat Malaysia!
Aku suka prabayar terbaru di’Malaysia ini, Happy! Bertepatan dengan jenama yang membawa maksud kegembiraan tidak terhingga, jenama yang berada di’bawah Happy ini menawarkan pakej yang membuatkan syarikat telekomunikasi lain terduduk.
Siapa mahu berikan masa berbual tanpa batas dengan hanya RM0.99? Maxis Supersavers kelihatan sangat leceh & ketinggalan dengan kemunculan Happy dari DiGi. Dan sekarang rasa’nya sudah sampai masa untuk berubah.
Aku ke Zoo Taiping & 15 minit selepas aku scan tiket (berharga RM5) di’pintu masuk, hujan renyai-renyai mula turun. Damn! Lebih menyakitkan hati bila semua haiwan favourite aku seperti Singa Afrika & Buaya Tembaga terletak agak jauh dari capaian lensa pakej. Yang hampir pun Babi Hutan & Beruang Matahari, mahu tengok Babi Hutan? Aku perlukan lensa yang boleh mencapai fokus lebih jauh secepat mungkin.
Itu je kot entree’ kali ini kerana hidup aku tidak begitu warna warni sejak kebelakangan ini. Ada sedikit macam drama swasta. Kau tahu kan betapa lucu’nya drama swasta malam minggu?
I Fell in Love with a DJ - Chenelle feat. Baby Cham
Mohd Ismail kembali menerjah selebriti-selebriti tempatan dan kini di HOT FM Nite Jam yang berlangsung di Butterworth, Pulau Pinang. Ini kali kedua aku secara rasmi turun padang menyertai rakyat jelata untuk berjumpa dengan selebriti, selepas Karnival JomHeboh TV3, yang selama ini hanya nampak di’dalam majalah hiburan & kaca TV. Dan, aku ketemu Fara Fauzana sekali lagi, sayang sekali Maya Karin tidak kelihatan. Dia merajuk dengan aku mungkin.
Ketika ini, Azura baru sahaja selesai membasuh tangan dengan sebotol air mineral sponsor. Malu tidak mengenal lensa kamera, aku jeritkan nama Azura & sekeping foto tercipta.
Hot! Gadis dari seberang ini’lah sebenarnya yang melonjakkan semangat kami untuk terus berada di’situ selepas tiba dalam keadaan yang agak kecewa kerana kurang kemeriahan terasa. Selepas Acab hampir pengsan selepas Acha Septriasa mengucapkan ‘Hello!’ kepada beliau, kami semakin galak mengejar selebriti. Acha Septriasa tu beb!