2008 January

Samsung SyncMaster 931BW 19″ Widescreen


Kelmarin lalu, aku bersama Eka ke Sunway Carnival Mall untuk meriki iPod Touch yang aku idam-idamkan. Sampai’nya kami di’sana, harga iPod Touch yang aku tahu sudah jauh berbeza kerana Apple dengan bangga’nya memperkenalkan 5 aplikasi terbaru & mereka yang baru mahu membeli iPod Touch terpaksa membayar lebih. Stok lama yang di’jual pada harga lebih murah ketika itu sudah habis di’jual.

Akibat’nya, aku berjaya membawa pulang LCD 19inci skrin lebar Samsung SyncMaster model 931BW tanpa perasaan menyesal. Gadget terbaru ini secara teknikal’nya di’biayai oleh pendapatan aku secara online. Kira’nya ini adalah pelaburan untuk produktiviti yang lebih gemilang & terbilang. Konon’lah.


Aku terpikat dengan LCD ini adalah kerana design‘nya yang sangat style & moden. Butang on/off itu, yang di’latari oleh LED biru sangat menarik perhatian aku. Jika butang itu berada di’tengah-tengah, maka LCD ini akan kelihatan sama dengan barisan televisyen plasma di’kedai tersebut. Aku suka’kan style, aku ‘kan lelaki moden.


Aku belumpun seminggu merasai pengalaman menonton di’skrin lebar tetapi aku sudah rasakan yang LCD baru ini sangat mengujakan. Warna’nya sangat vibrant. Cahaya yang di’pancarkan tidak sesekali menyakitkan mata. Dengan refresh rate 2ms, terpantas dalam kelas’nya, menonton video atau filem menggunakan LCD ini sangat memuaskan hati. Di’sokong dengan sistem bunyi dari pembesar suara Altec Lansing, aku rasakan tempat aku sekarang sudah hampir menyamai status panggung wayang.


Kepada sesiapa yang merancang untuk menukar LCD atau monitor jenis akuarium yang sudah lapuk, aku sarankan untuk mengejar LCD jenis skrinlebar dari mana-mana jenama yang terkemuka seperti Samsung, DELL ataupun LG. Bukan aku seorang penggila jenama, tetapi kualiti itu yang kita mahukan ye tak? Lagipun, apa salah’nya melabur sedikit untuk kepuasan menonton filem kegemaran sambil mengunyah nasik lemak panas. GSC mana boleh bawak masuk nasik lemak ye tak?

Terjah! Langkawi 2008

svgallery=terjah
Di’atas, aku bina satu galeri mudah menggunakan Simpleviewer untuk Wordpress bagi memudahkan mood kalian untuk melihat foto tanpa scroll mouse ke’bawah berulang-ulang kali. Kiri & kanan yang sangat mengujakan hati.

Kalau kau cari foto helang besar ataupun signboard Makam Mahsuri, kau takkan ketemu di’sini. Rombongan Terjah! Langkawi 2008 tidak sesekali mengamalkan sikap stereotaip pelancong luar ke Langkawi yang rata-rata akan ke tempat-tempat biasa. Dua tempat besar yang kami pergi hanya’lah Pantai Cenang & Oriental Village di’mana terletaknya kereta kabel selain pekan Kuah yang menjadi destinasi syurga abadi kaum Hawa.

Perbelanjaan

Seperti yang aku katakan sebelum ini, perbelanjaan kami di’sana tidak termasuk aktiviti makan & membeli-belah hanyalah sekitar RM150. Di’sini aku senaraikan harga yang kami kutip dari setiap seorang peserta dalam Terjah! Langkawi 2008. Rombongan adalah seramai 21 orang yang mana kesemuanya adalah pelajar Jurusan Kejuruteraan USM.

  • Kereta sewa (Toyota Avanza & Nissan Vanette) + petrol - RM22
  • Pengangkutan USM-Kuala Kedah + petrol - RM15
  • Feri Kuala Kedah-Jeti Kuah - RM46
  • Penginapan 3 hari 2 malam - RM29
  • Kereta kabel - RM15
  • Island Hopping - RM20
  • Jumlah besar = RM147.00 seorang

Murah ‘kan jika pergi beramai-ramai? Keseronokan juga berganda. Dan, oh ya, kami masing membayar RM7 untuk sessi BBQ yang membuatkan perut kekenyangan maksima. Berbiji-biji lagi bebola pelbagai perisa yang tidak terhabis. BBQ ini juga kami aturkan sendiri. Lebih menarik lagi, perancangan untuk BBQ hanya bermula beberapa jam sebelum malam menjelma. Ini’lah erti terjah sebenar.

Wanita ratu beli-belah

Ini adalah sesuatu yang tidak dapat di’nafikan sejak wujudnya istilah beli-belah. Aku menjadi kaget dengan keterujaan rakan-rakan perempuan membeli-belah sepanjang di’Langkawi. 5 minit pertama menjejakkan kaki di Jeti Kuah, mereka telah memiliki topi & cermin mata versi pelancong mereka sendiri. Jeti Kuah, sangat berubah sejak kali terakhir aku ke’sana beberapa tahun yang dulu.

Semangat membeli-belah yang ada dalam diri mereka hanya luntur ketika berada di kawasan yang tidak mempunyai kedai. Misal’nya di Pulau Dayang Bunting, di puncak Gunung Machincang, di Pantai Beras Basah & di’dalam van. Jangan bagi mata wanita melihat kedai di’Langkawi, aku rasa orang kedai di’Langkawi ada pakai guna-guna untuk tarik duit. Lagi-lagi kat Idaman Suri, apa gila set 3 frying pan hanya RM12. Kedai biasa menjual t-shirt putih Langkawi dengan harga RM10 untuk 3 helai, mereka menjadi gila memilih tanpa sedar. Aku ketawa kecil di’belakang tiang sambil melihat awek bertudung di’kedai sebelah menyusun barisan tin Carlsberg. Air tin Carlsberg 325mL RM1.90, air mineral 1.5L RM2.00, apa kes?

Kereta kabel & Lompat Pulau Pulau

Tahu berapa tinggi KLCC? 432 meter. Tahu berapa tinggi kami naik dengan kereta kabel di’Langkawi, 705 meter. Berada di’atas sana, tidak semena-mena aku terasa KLCC sangat rendah dan mampu aku pijak-pijak. Untuk naik setinggi itu, kereta kabel yang membawa kami memberikan satu perasaan cuak yang tak pernah aku rasa. Muka memang macho, tapi muka aku dah siap kering darah. Dari kereta kabel pandang ke’bawah, dengan angin bertiup tak menentu, aku terbayangkan semua wajah orang yang aku sayang. Kalau’lah gondola kami ni jatuh…iskk! Aku belum kahwin. Pemandangan di’atas, aku tak mahu cerita, kau pergi sendiri. Aku rasa sangat berbaloi hulurkan RM15 untuk menikmati indah ciptaan Tuhan 705 meter dari aras laut.

Puas bermain di’atas sana, esok’nya kami memulakan hari dengan melompat dari pulau ke pulau. Tidak banyak mana pun pulau yang kami singgah, dua sahaja. Pulau Dayang Bunting & Pantai Beras Basah. Ini pengalaman pertama aku menaiki speed boat dengan cutting racing. Abang yang jaga program ni beritahu aku, harga enjin seketul di’belakang bot berharga RM40,000. Enjin tersebut berkuasa 200HP V6, cukup untuk buat kami mabuk terayun kepala sehingga hari ini. Island hopping adalah sesuatu yang perlu di’cuba. RM20 yang kami bayar adalah harga negotiate salah seorang dari kami yang menjadi kroni tauke di’sana.

Kesimpulan

Aku puas. Aku nampak muka mereka dalam Terjah! Langkawi 2008 ini juga kepuasan. Lebih-lebih lagi kaum Hawa yang membeli-belah sehingga penuh kereta yang kami bawa pulang. Tidak mengapa’lah, bukan selalupun mereka menjadi begitu, ke selalu? Kepada mereka yang belum pernah ke Langkawi, atau sudah bertahun-tahun tidak ke Langkawi, aku cadang’kan untuk datang ke’sini & nikmati barisan pasir, pulau & awek berbikini yang indah-indah belaka.

Kembali dari Langkawi, tanpa rasa


Aku baru pulang dari Pulau Langkawi kurang dari 24 jam yang lepas. Pemergian yang maha tergesa-gesa membuatkan weblog ini senyap tidak berpenghuni selama 3 hari, lebih. Pagi Jumaat lepas, tiba-tiba wang biasiswa JPA masuk tanpa terduga, Najib datang ke’bilik membawa bukti RM50 berkeping-keping meyakinkan aku untuk projek Terjah! Langkawi 2008 menjadi kenyataan pagi itu juga. Sedar tak sedar, aku sudah berada di’Pulau Langkawi.

Damn! Aku sebenarnya mahu menulis satu entri panjang atau bersiri tentang percutian yang buat pertama kalinya aku puas. Tapi, mood itu masih tiada. Bukan kerana percutian tidak menggembirakan, tetapi semacam ada sesuatu yang kurang untuk aku ceritakan. Esok saja mungkin. Mohd Ismail dot Com akan kembali bersiaran seperti biasa. Mari makan coklat. Nyam nyam!

Undi bakat Malaysia di Lunarpages

Ini satu fenomena yang membuatkan aku kagum dengan bakat & kebolehan yang ada pada rakyat Malaysia. Bukan sahaja berbakat memanjat gunung, terjun bebas di segala kutub & membuat rekod yang aneh-aneh, kini bakat yang sebenar-benar bakat telah di’iktiraf oleh orang luar tanpa bantuan kerajaan. 3 orang, 2 lelaki & seorang gadis, telah membuktikan bakat mereka setanding dengan bakat orang luar apabila tema Wordpress ciptaan mereka telah berjaya memasuki pusingan akhir pertandingan merekabentuk tema Wordpress anjuran Lunarpages.


X4 oleh XeroXaven


One Winged Angel oleh Fath PelangiPetang


Damai oleh Eches

Halakan skrin monitor kalian ke laman rasmi pertandingan ini di Lunarpages & berikan undian anda untuk salah seorang dari 3 calon yang berasal dari Malaysia di’atas. Kalau ada pun theme lain yang lebih cantik di’mata kalian, anggap saja itu godaan dunia semata-mata. Undi mereka, mana tahu, selepas menang USD1000 & hosting percuma selama 5 tahun, mereka bisa mengeluarkan tema Wordpress yang lebih mengujakan hati sebagai hadiah buat kita. Malaysia boleh!

Perokok, suka atau tidak?

Ketika aku sedang berjalan di Forum Cari untuk mencari bahan penulisan untuk Selebrific, aku terjuma dengan satu thread yang membincangkan isu berkaitan kecenderungan wanita terhadap perokok. Soalan’nya ringkas, wanita, suka atau tidak dengan perokok?

Kalau kau stumble seorang wanita di’jalanan, dan kau tanyakan soalan itu, kebarangkalian untuk menjawab ‘tidak suka’ adalah 0.9. Mungkin, dia akan menjawab ‘tidak suka’ tetapi di’iringi dengan jawapan ‘kalau jodoh, apa boleh buat?’. Senang cakap, semua orang mempunyai ekspresi yang kurang senang dengan perokok. Tapi, jauh di’dalam hati, merokok ni satu benda yang kecil sahaja dalam perhubungan. Apa ‘lah sangat merokok jika di’bandingkan dengan perbuatan merosakkan yang lain ye tak?

Mohd Ismail dot Com hari ini, akan membawakan fakta-fakta ringkas yang akan menyokong hujah hubungan negatif perokok dalam perhubungan secara jangka panjang. Bukan fakta-fakta kosong kutipan cakap orang, aku hamparkan kajian saintifik yang di’jalankan di’seluruh dunia.

Pada tahun 1986, Vogt HJ, Heller WD & Borelli S telah melakukan kajian terhadap efek negatif tabiat merokok ke’atas kualiti sperma yang di’hasilkan. Kajian terhadap 333 orang yang terdiri dari 150 perokok, 37 bekas perokok & 52 bukan perokok ini menunjukkan yang membuktikan merokok mampu mengurangkan kualiti sperma. Petikan ringkasan kajian mereka,

There was a small but insignificant decrease in sperm density from never-smokers to ex-smokers and to smokers. Eight smokers (6%) had sperm counts less than 1 X 10(6)/ml, whereas none of the ex-smokers or never-smokers fell into this category.

Satu kajian lain yang serupa juga mengatakan perokok mempunyai kadar peratusan yang agak tinggi dalam penghasilan sperma tidak normal.

Satu kajian lain yang di’jalan secara kerjasama antara National University of Singapore & West China Medical University menunjukkan yang perokok mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menyebabkan kerosakan DNA dalam sperma.

Cukup dengan perkara yang terlalu jauh dalam perhubungan. Kita lihat pula apa kesan merokok ke’atas diri individu perokok itu sendiri. Yang kita sedia maklum, perokok boleh mengalami pelbagai penyakit sampingan dengan aktiviti merokok secara tidak terkawal. Berikut adalah artikel-artikel yang boleh di’rujuk secara sahih berkenaan kesan merokok ke’atas individu,

Aku menulis entri ini bukan untuk menunjukkan yang perokok atau perbuatan merokok itu adalah sesuatu yang jahat. Tetapi, jika kau benar-benar sayangkan diri sendiri & keluarga, mula’lah perlahan-lahan untuk berhenti. Tiada ruginya kau berhenti merokok. Jika kau wanita, dan mempunyai teman lelaki atau suami seorang perokok, nasihatkan mereka untuk berhenti. Gunakan kuasa seorang wanita untuk memujuk mereka berhenti. Yakin’kan perokok yang merokok tidak kool.

Kau, sukakan perokok atau tidak?