2008 January

Advertlets & kempen Celcom khas Bahasa Melayu


Tajuk menceritakan segala. Aku sedang menguyah goreng pisang ketika Josh Lim menghubungi aku memaklumkan berita yang baik untuk Mohd Ismail dot Com & komuniti penulis blog atau website berbahasa Melayu. Buat pertama kali’nya, Advertlets melancarkan kempen pengiklanan yang khusus untuk blog dan website berbahasa Melayu. Dan, lebih mengujakan tentang kempen ini, ia adalah berformat CPM (Cost per Impression) yang membawa maksud lebih bling bling.

Setakat ini, aku cuma nampak kempen ini dalam bentuk 160×200 & ini sesuatu yang bagus untuk mereka yang menggunakan format begini sebagai format utama di’blog atau website, seperti aku. Untuk sesiapa yang mempunyai blog atau website berbahasa Melayu, letakkan format iklan 160×200 dan nikmati kempen pengiklanan khusus Advertlets ini. Dan, dapatkan 3000 SMS Percuma dengan Xpax sekarang!

Aku menunggu kempen khas ini muncul di Selebrific. Tidak sampai seminggu online, Selebrific telah menerima lebih 10,000 hits. No bluff. Kuasa gossip, berita sensasi & SEO yang tepat, memang di’luar jangkaan.

NotaPendek - Biasiswa JPA aku hanya dan hanya akan masuk seawal-awalnya akhir bulan Januari. Dompet aku semakin menipis, dan jika aku tak mampu bertahan, nantikan kemunculan aku dalam Bersamamu TV3.

Mencuba menjadi pereka iklan cetak Pepsi


*klik gambar untuk paparan lebih jelas

Terima kasih kepada Nazira yang menjadi penaja makanan hujung minggu aku & Eka. Sebagai tanda terima kasih, aku jadikan mereka berdua model untuk print advertisement terbaru untuk Pepsi, secara olok-olok. Pepsi anyone?

Parti Mahasiswa Negara, retorik politik Malaysia

Aku hari ini terbaca satu kolum ringkas di akhbar Harian Metro tentang Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang baru sahaja di’tubuhkan sebagai alternatif kepada kerajaan & pembangkang yang sedia ada.

Respon pertama aku, kenapa perlu guna nama ‘mahasiswa’? Adakah pengasas PMN mahu meraih simpati & semangat darah muda mahasiswa negara yang mahukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara? Jika benar itu tujuan’nya, penubuhan PMN tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memanipulasi mahasiswa di Malaysia.

Untuk rekod, PMN di’latari oleh barisan pemimpin dari Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) yang terang-terangan di’sokong penuh oleh Parti Islam se-Malaysia (PAS). PMN mengatakan sistem politik di’Malaysia tidak berubah sejak zaman sebelum merdeka lagi. Dan, aku musykil, bagaimana sebuah parti yang belum pun sebulan di’tubuhkan mampu memberi pengadilan kepada sistem pemerintahan negara sekaligus berharap akan memperoleh undi pada pilihanraya umum akan datang.

Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka - Mior Ispandi, jurucakap PMN.

Mior Ispandi mendakwa lagi dalam hujah’nya tentang senario politik Malaysia,

…pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak…

Perkara remeh & omong kosong? Penubuhan PMN itu aku panggil perkara remeh & omong kosong. Lihat sahaja barisan pemimpin & ahli awal’nya, kesemuanya terdiri dari orang kita, Melayu. Dan, mereka mahu mewakili suara rakyat negara kita yang berbilang bangsa. Bagaimana pula mereka mahu mendukung perlembagaan Malaysia yang meliputi hak semua kaum?

Masih ingat akan Parti Semangat 46? Politik Malaysia, retorik’nya terlalu indah. Baca’kan aku, apa rasionalnya Parti Mahasiswa Negara.

Skribit - Apa yang kau mahu aku tulis?

Seringkali, penulis blog akan mengalami satu fenomena mati kutu atau Mat Saleh panggil, mental block apabila tiba masa untuk menulis entri. Kadang-kadang, idea yang ada menjadi sesuatu yang meragukan untuk di’tulis, adakah pembaca akan terima, adakah pembaca akan suka dengan entri tersebut. Lebih parah lagi, setelah kau menulis entri yang panjang, kau tidak publishkan kerana rasa takut akan penerimaan pembaca.

Skribit, satu aplikasi terbaru untuk dunia blog sedunia. Secara ringkas, Skribit adalah satu medium pengantara penulis blog & pembaca. Pembaca akan memberitahu apa yang mereka ingin tahu melalui blog kau dengan menulis di’Skribit. Apa yang penulis blog perlu lakukan hanyalah letak’kan satu widget ringkas di’mana-mana bahagian blog, dan pembaca boleh mencadangkan topik untuk di’tulis serta merta. Senang bukan?

Kau boleh cuba tulis topik yang kau ingin aku tulis di’kotak comel sebelah kanan. Dan, jika kau berminat dengan mana-mana topik, kau boleh vote menyokong cadangan berkenaan. Undian yang tertinggi, insyaAllah akan aku pilih sebagai topik entri seterusnya. Lebih kurang Pilihan’Mu di’Era lah. Ye tak?

Selepas ini, di’harap tiada lagi penulis blog yang menulis entri kerana terpaksa ataupun berdiam diri untuk jangkamasa yang lama semata-mata kerana tiada idea. Skribit masih dalam peringkat beta, daftarkan diri kau dan tunggu’lah e-mail jemputan dari Paul Stamatiou, salah seorang pencetus idea untuk aplikasi ini. Skribit adalah kool!

Macbook Air - Erti Sebenar Gadget Nipis

Aku bukan fanboy Apple atau apa. Aku tak memiliki barang sebiji pun gadget keluaran Apple. Tetapi, setiap kali Apple mengumumkan produk baru, aku pasti teruja untuk menunggu kerana aku tahu, Apple akan keluar dengan inovasi. Dan, kali ini, Apple Macbook Air, notebook dengan ketebalan ~0.76 inci, paling nipis pernah terhasil di’dunia! LCD yang datang bersama Macbook Air ini bebas arsenik & merkuri yang mana akan mengurangkan penggunaan tenaga secara total & lebih mesra alam, seperti kata mereka.

Notebook terbaru ini tidak semestinya sempurna, datang tanpa sebarang pemain CD atau DVD, ini tentu saja menyusahkan apabila kita perlu menggunakan CD/DVD untuk melakukan sesuatu kerja. Harddisk yang di’gunakan untuk Macbook Air juga berformat Parallel-ATA (80GB PATA at 4200rpm) yang mana secara kasar’nya memberi output yang perlahan berbanding format harddisk pilihan, Solid State Disk (64GB) yang perlu kau tambah USD$1,300 ke’atas harga asal Macbook Air ini.

Untuk kisah yang lebih details & menarik, unjurkan monitor kalian ke Digg/Apple. Cantik bukan Macbook Air, beli’kan aku satu, aku akan sayang kau sehingga ke’akhir hayat. Boleh?