2008 January

Trackbacks - Apa & untuk apa?

Pagi tadi, sebelum aku ke’kelas, aku terima YM! ringkas dari Zaiman Noris, rakan sekolej matrikulasi yang kini telah bergelar web programmer bertanyakan perihal trackbacks di’dalam Wordpress. Soalan’nya berbunyi begini

Apekah itu trackback dn bgimanekah care mengunakannye dgn bijak? - zemaNoris

Okeh. Aku sendiri keliru dengan fungsi sebenar trackbacks di’dalam Wordpress. Sesungguhnya aku bukan seorang rockstar Wordpress seperti Adii. Tetapi, ini’lah rangka kerja trackbacks yang aku faham setelah sekian lama bergelumang dengan Wordpress.

Kata’kan, ada dua orang penulis blog, George & Terrence. Hari ini, George menulis satu entri berkaitan Pamela Anderson yang sangat menarik. Esok’nya, Terrence terjumpa entri tersebut & kerana minat mendalam terhadap Pamela Anderson, Terrence turut menulis entri berkaitan selebriti tersebut. Dalam entri Terrence, beliau meletakkan satu link ke entri George. Bila Terrence publish entri beliau, Wordpress yang George gunakan akan mengesan link tersebut & jika ia’nya sahih, entri George akan menyatakan entri tersebut telah di’link dari entri Terrence di’bahagian komentar atau mana-mana bahagian yang telah di’tetapkan George. Ok?

Untuk maklumat lanjut berkenaan fungsi, kegunaan dan mengoptimasikan trackbacks, aku sarankan Zaiman Noris atau sesiapa yang berminat untuk melawat pautan-pautan yang aku Google secara sukarela kerana kebosanan

Bonus


Ini sebagai bonus untuk mereka yang datang hari ini, tetapi tidak berminat dengan sesuatu yang teknikal. Apple melancarkan satu kempen pengiklanan yang mana memfokuskan kepada aplikasi yang ada di’dalam Mac. Iklan di’atas, menggambarkan aplikasi Time Machine, sebuah perisian untuk back up data di’dalam Mac yang tidak membosankan seperti aplikasi back up yang lain. Dalam iklan ini, PC sekali lagi di’perbodohkan. Strategi pemasaran yang bagus untuk menanam trend pengguna PC adalah loser. Tak. Aku bukan loser. [via tuaw.com]

Aku kembali dengan penjelasan, yeah!


Hi! Nama saya Mohd Ismail, dan saya telah kembali bersama blog saya yang hilang untuk 48 jam. Kepada yang rindu’kan aku dan blog ini, dan sering menyebut nama aku sehingga aku hampir tercekik malam tadi ketika makan, sekarang aku sudah kembali seperti biasa. Aku sendiri rindu blog aku, 48 jam sebelum ini masuk dengan laman parked domain yang tidak kool. Berapa dah empunya parked domain tu dapat entah. Keyword bukan calang-calang dia taruk. Damn!

Mohd Ismail, apa sudah jadi?

Senang cerita, aku terlupa yang domain+hosting aku habis bulan ni. Langsung aku lupa. Dan, untuk menambahkan lagi rencah lupa aku, e-mail yang aku gunakan masa mendaftar hosting ni dulu, sudah tidak aku gunakan sekarang. Maka’nya, reminder tentang hosting aku tidak aku terima. Petang Jumaat lalu, ketika aku sedang enak menikmati burger tinggi kolestrol McDonalds, bos hosting company tersebut hubungi aku mengatakan hosting aku sudah tamat tempoh. Itu kejadian pertama aku hampir tercekik kerana hosting telah tamat. Yang kedua malam tadi, ketika menikmati Ruski, sudah’lah pedas, tersedak pula.

Pulang sahaja dari menonton Alien vs Predator 2, aku terus transfer sejumlah wang untuk memperbaharui domain+hosting aku. Beberapa jam selepas itu, aku menerima pengesahan yang semuanya telah di’perbaharui & perlu menunggu beberapa jam untuk resolve DNS. Beberapa jam itu membawa hampir ke 48 jam. Dan, sekarang aku kembali.


AVP2, seronok? Macam tahi je filem. Aku sudah usulkan untuk menonton Kala Malam Bulan Mengambang, tetapi rakan-rakan’ku tetap mahu menonton AVP2 untuk menjaga status tidak menonton filem Melayu di’panggung, Hambik kau! Jalan cerita yang entah apa-apa di’tambah dengan scene heroin mati dengan tragis. Scene di’kolam renang, heroin memakai bra & panties berlainan warna, wtf! Director filem AVP2 tak sekolah mungkin. Kesimpulan’nya, jangan tonton AVP2 melainkan kau sudah tiada pilihan lain dan kau sukakan watak alien & predator yang hodoh belaka. Air liur pun meleleh habis.

Terima kasih kepada semua yang memberitahu menerusi e-mail, YM! & SMS. Ada juga yang call aku.  Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan dan mulai sekarang, semua boleh terus menikmati lazat’nya sebuah blog bukan stereotipikal. Oh ye, luahkan kata-kata rindu’mu di’ruangan komentar ya? Ha ha.

Tudung Siti Nurhaliza

Bila keluar cerita Siti Nurhaliza memakai tudung dari mulut kawan-kawan, aku mula membayang’kan manis’nya seorang Siti Nurhaliza dengan tudung terlitup penuh.

Lepas aku lihat gambar’nya di Harian Metro tempohari, tudung yang di’kenakan oleh Siti Nurhaliza aku anggap fesyen semata-mata. Bukan’nya kesan dari ibadah haji yang beliau lakukan baru-baru ini.

Lebih parah lagi, beliau mengeluarkan kenyataan yang berbunyi;

Insya-Allah buat masa sekarang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran. Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai - Siti Nurhaliza, Harian Metro

Buat masa sekarang? Siapa mahu bikin jangkaan awal, berapa lama’kah masa yang akan di’ambil oleh Siti Nurhaliza untuk merasa bosan dengan koleksi tudung Datuk Bernard Chandran & sekaligus menamatkan edisi memakai tudung syarat-balik-haji? Continue reading »

EOE Online - Bukan sekadar kedai kamera online

Semalam, ketika aku dan beberapa rakan keluar minum lewat malam, aku terbaca sedutan ucapan terakhir Bill Gates di CES (Consumer Electronic Show) 2008 yang mengatakan bahawa dalam masa 10 tahun akan datang, internet akan menjadi satu medium terpenting dalam perhubungan & kegiatan seharian manusia.

Hari ini, kita boleh membeli barangan di’internet walaupun barangan itu berada jauh beribu batu. EOE Online, sebuah laman web yang menawarkan pembelian kamera digital secara online antara contoh terbaik penggunaan internet sebagai ganti medium lama yang memerlukan kita berjalan ke kedai kamera & membelek kamera satu per satu. Kamera sekarang mampu di’beli walaupun kau sedang berbaju tidur di’dalam bilik sendiri.

Di EOE Online, pembelian kamera menjadi lebih mudah dengan bantuan review dari DP Review, sebuah badan review kamera yang di’iktiraf sebagai professional & boleh di’percayai. Jika review masih tidak membantu dalam keputusan, EOE Online turut menawarkan Carta Kamera yang membariskan kamera-kamera digital pilihan pembeli. Mereka juga meletakkan Carta Top 10 kamera sebagai bantuan tambahan kepada bakal pembeli mereka.

Banding’kan pilihan


Jika kau sudah ada beberapa pilihan kamera, apa kata kau bandingkan pula fungsi-fungsi, kelebihan & kelemahan mereka. EOE Online menawarkan carta perbandingan sehingga 5 biji kamera pilihan sendiri. Ini akan memudahkan kau melihat perbandingan dengan lebih mudah dan tersusun. Seronok bukan?

Percetakan online, RM0.50!

Katakan kau sudah ada kamera & mempunyai satu folder foto yang kau ingin cetak keluar untuk di’masukkan ke’dalam album, EOE Online menawarkan khidmat percetakan secara online dengan tiga (3) langkah mudah. Jika kau menghantar foto kau sekarang untuk di’cetak dalam saiz 5R atau 4R, ia hanya akan di’caj RM0.50* sekeping berbanding RM1.50 pada kadar kebiasaan’nya. Kau jimat lebih 65% di’situ.

Kad ucapan untuk yang di’ingati

Ini antara sebab kenapa aku katakan EOE Online bukan sekadar kedai kamera online yang biasa. Jikapun kau tidak mahu mencetak foto yang kau ada, kau boleh jadikan foto kegemaran kau sebagai kad ucapan & hantarkan secara online kepada sesiapa yang di’ingati. Kau takkan berjumpa dengan perkhidmatan sebegini di kedai kamera berdekatan. Selain daripada itu, kau boleh juga memuat turun wallpaper & melihat foto milik orang lain di’dalam galeri Photo Funs.

Jika kau sedang mencari tempat untuk membeli kamera,video kamera atau pemain MP3 idaman hati yang menawarkan fleksibiliti dalam perkhidmatan, EOE Online adalah tempatnya. Dengan kaedah pembayaran yang pelbagai, bukan satu alasan untuk kau bermalasan untuk ke’sana. Ayuh!

Entri ini di’bawakan khas untuk kalian oleh EOE Online & Advertlets.com. Jika kau berminat untuk mendapatkan khidmat aku menulis review tentang produk atau perkhidmatan di’Mohd Ismail dot Com, hubungi aku dan kita boleh sembang tengok.

*Promosi sah sehingga 20 Februari 2008

Sudah berpunya atau belum?

Katakan kawan aku ini bernama Kevin. Dia datang kepada aku mengadukan hati’nya yang berbelah bagi & penuh tertanya-tanya. Kevin, ada seorang rakan wanita bernama Sarah. Mereka berada dalam satu institusi yang sama, bekerja bersama-sama dan sering keluar bersama untuk menjalankan tugas sebagai rakan sekerja. Situasi ini membawa satu pertalian yang akrab antara mereka. Sampai satu titik kehidupan Kevin, Kevin sedar yang dia jatuh cinta pada Sarah. Dalam hati Kevin berkira-kira untuk mencari masa sesuai meluahkan apa yang di’rasa, keadaan seolah-olah mahu menceritakan yang Sarah sudah berpunya. Kevin tidak tahu mahu bertanya kepada siapa tentang status Sarah. Mahu bertanya kepada Sarah sendiri, hati sudah berfikir macam-macam.

Ikutkan hati Kevin, mahu sahaja di’luahkan apa di’rasa. Biarkan apa akan terjadi, jika di’terima, dia’lah lelaki paling bertuah. Tetapi, Kevin tidak pernah terfikir bagaimana kalau Sarah benar-benar sudah berpunya. Jika tidak berpunya sekalipun, apa betul Sarah merasakan apa yang dia rasa. Kisah yang cukup, cukup klasik bukan?

Soalan Kevin kepada aku & untuk sessi berfikir santai pembaca Mohd Ismail dot Com, jika benar Sarah mempunyai seorang teman lelaki, apakah perlu dia menjadi seorang competitor? Kevin sudah nampak samar-samar istilah ‘Best Man Win‘ , tetapi itu’lah, berbaloikah berjuang untuk sesuatu yang tak pasti?

Jawapan aku: Gentleman tidak akan buat apa yang terfikir oleh Kevin. Menjadi competitor hanya akan merumitkan keadaan. Ada istilah orang-orang tua, kadangkala, sayang itu bermaksud melepaskan sesuatu pergi dengan senyuman.

Jika kau berada di’tempat Kevin, apa yang akan kau lakukan? Ini satu peluang untuk kau berfikir & berlakon sebagai hero dalam filem Korea tipikal.