2008 February
Friday, February 29th, 2008
at 12:42am

Tag ini aku terima dari seorang gadis bernama Aisyah Rozi (sila buat kacau di’blog beliau). Aku sebenarnya masih terhutang tag dengan beberapa orang, tetapi seperti Aisyah, aku teruja untuk menulis tag ini kerana ia sesuatu yang tidak bersifat sangat peribadi. Berikut, adalah 5 laman web kegemaran Mohd Ismail sehingga saat entri ini di’tulis. Ya, selera internet aku sering berubah-ubah, sejajar dengan kemajuan & perkembangan teknologi internet dunia. (Eceh!)
1. Digg - www.Digg.com
Tidak syak lagi, ini adalah laman web pilihan aku sepanjang zaman. Satu tempat di’mana berita-berita terkini akan tersebar lebih pantas dari media cetak. Aku ke’sini banyak untuk mencari idea menulis blog selain menambah ilmu pengetahuan am. Bukan hendak berlaku poyo, tetapi aku rasa pengetahuan am aku berkenaan dunia sudah meningkat lebih jauh berbanding zaman sebelum aku mengenali makhluk internet ini. Terima kasih Tim-Berners Lee!
2. Google Reader - www.google.com/reader
Ini satu-satunya tempat aku kumpulkan berpuluh-puluh laman web/blog yang aku minat untuk baca dan menimba ilmu berkenaan dunia internet. Aku boleh kata’kan yang Google Reader ini sama fungsi’nya dengan perpustakaan untuk aku. Jika aku mahu tahu tentang apa-apa, Google Reader ada simpan semua ‘buku’ yang aku boleh baca. Lebih seronok, Google Reader akan highlight ilmu-ilmu baru untuk aku baca. Kool!
3. ProBlogger - www.ProBlogger.net
Sama ada beliau tahu atau tidak, Darren Rowse adalah sifu aku dalam dunia menulis blog. Aku mula meminati penulisan blog secara serius kerana melihat kesungguhan beliau menulis blog secara serius dan untuk menyara kehidupan. Sehingga hari ini, setiap entri yang di’tulis oleh Darren Rowse akan aku digest sebaik mungkin. (ProBlogger kini sedang dalam mode Guest Blogger, Darren Rowse ke SXSW 2008)
4. DoshDosh - www.DoshDosh.com
Yeap! Ini sebuah blog mengajar tentang bagaimana menjana wang melalui internet. Tetapi, DoshDosh bukan satu blog picisan yang berlakon pandai untuk mengajar orang lain menjana wang melalui internet. Setiap entri yang di’tulis oleh Maki, bukan kosong & selalu’nya akan di’sertakan dengan bukti-bukti atau hujah-hujah yang bernas. Satu strategi unik Maki dalam menulis entri, beliau letakkan satu gambar kecil anime comel sebagai hadiah percuma untuk pembaca. Idea kecil tapi besar impak’nya.
5. HarakahDaily - www.HarakahDaily.net
Ini adalah satu-satu’nya laman web yang aku masuk untuk menyeimbangkan perspektif aku berkenaan isu-isu Malaysia. Selalu orang mengatakan aku hanya di’sogok oleh Utusan Malaysia & TV3 dan kerana itu’lah aku kelihatan seperti pro-kerajaan. Aku membaca Harakah Daily lebih kerap berbanding Utusan Malaysia kerana mereka jarang melaporkan kejadian-kejadian biasa yang berlaku setiap hari (e.g kemalangan ngeri, artis kahwin, anak bunian, konsert besar). Harakah Daily akan lebih menarik di’baca jika timbul satu-satu isu yang menjadi pertikaman lidah. Editor’nya pada hemat aku lebih pandai menyusun kata berbanding editor Utusan Malaysia atau media arus perdana lain.
Pertama kali, aku sebarkan tag kerana aku ingin tahu, laman web apa menjadi kegemaran mereka ini. Kumprinx | Khai Scukz | Wizurai | Wameza | Zaki Yamani. Nah, sekali 5 orang aku tag. Sila jawab.
Wednesday, February 27th, 2008
at 1:31pm

Update (8.54 p.m) - Aku sudah kembali menjadi ahli biasa (bukan eksklusif) & submission aku untuk entri ini di innit, telah di’padam. Ha ha. Oh lagi satu, iklan Nuffnang di’sini pun sudah tiada, walaupun global ads.
Selepas 3 hari menggunakan Rotatee sebagai penyilihganti iklan yang ada di’blog aku, aku di’isytiharkan sebagai salah seorang ahli eksklusif Glitterati *winks* Nuffnang. Aku sangat seronok tetapi tidak teruja. Lihat di’atas, RM31.05 itu adalah earning aku sepanjang aku bersama Nuffnang, jauh kecil berkali lipat ganda berbanding apa yang aku dapat di Advertlets. Jika kerana kenyataan ini, status Glitterati aku akan di’lucutkan, sila’kan. Tapi, aku mahu Nuffnang bank-in RM31.05 itu ke’dalam bank aku serta-merta kerana aku adalah ahli Glitterati. Ha ha. Oh ya, kenapa company pengiklanan di’Malaysia, termasuklah Advertlets & GoKita, tidak menggunakan payment method secara bank-in yang pasti’nya lebih cepat. ‘Kan?

Tersebut pula tentang GoKita, rentan hati aku apabila melihat statistik yang mereka keluarkan untuk aku. 27 hari dengan 132,880 page impressions, RM0.17! Bukan’lah aku mahu membandingkan GoKita dengan Google Adsense, tetapi dengan jumlah page impression sebegitu banyak, aku boleh menjana 134,198% lebih pendapatan dalam sehari berbanding apa aku dapat sepanjang bersama GoKita. Ini gila.
Kawan-kawan sekalian, bagaimana prestasi GoKita ataupun Nuffnang ataupun Advertlets setakat ini? Memuaskan hati atau memerlukan sedikit sentuhan magis supaya poket kita & mereka akan lebih tebal?
Sunday, February 24th, 2008
at 10:41pm
Jika anda membaca entri ini pada hari Isnin, selamat memulakan minggu anda dengan senyuman. Jika anda sedang bekerja, sila lakukan kerja dengan penuh berhemah. Hari Isnin adalah hari paling mengasyikkan dalam banyak-banyak hari, ‘kan? Jadi, penuhi ia dengan perkara yang lebih produktif.
Rotatee, sebuah perkhidmatan online yang menawarkan platform mudah untuk pemilik website/blog/forum untuk rotate iklan yang ada di’sesuatu spot. Oh ya, perenggan awal tadi memang tiada kena mengena langsung dengan entri kali ini. Jika ada yang perasan, untuk 24 jam yang lepas, ruangan iklan di’kolum paling kanan di Mohd Ismail dot Net bersilih ganti antara Advertlets & Nuffnang. Itu hanya’lah eksperimentasi dari aku untuk melihat keberkesanan Rotatee.

Rotatee sangat bagus untuk di’gunakan bersama Advertlets & Nuffnang yang secara kebetulan mempunyai saiz banner yang sama. Aku cuba untuk berekspirementasi dengan banner 468 x 60, tetapi Nuffnang tiada banner dalam saiz tersebut. Dengan menggunakan Rotatee juga, ia boleh mengurangkan sindrom buta iklan di’kalangan pengunjung setia. Jika iklan yang sama di’sesuatu tempat untuk jangkamasa yang lama, peratusan untuk pengunjung tidak perasan akan iklan yang ada adalah tinggi. Penyelesaian’nya, gilirkan iklan yang ada menggunakan Rotatee.
Dan, aku sebenarnya tidak sabar untuk menulis baris yang satu ini. Oleh kerana Rotatee masih dalam peringkat percubaaan, maka sesiapa yang mahu menikmati Rotatee perlukan kod jemputan khas dari pihak Rotatee. Shrihari.S dari Rotatee dengan berbesar hati memberikan kod jemputan khas untuk 200 pendaftar awal dari Mohd Ismail dot Net. Masukkan kod jemputan ‘maelkool‘ dan kau sudah boleh merasa sedikit jus Rotatee. Tunggu apa lagi?
Selamat hari Isnin kawan-kawan!
Saturday, February 23rd, 2008
at 10:28pm

Jadi’nya, hari ini aku bersama 3 orang teman wanita* aku (wow!) pergi berlibur ke Sunway Carnival, Butterworth. Aktiviti lebih 6 jam ini adalah tidak di’rancang oleh mana-mana pihak, awal pagi aku di’mulakan dengan teguran mengajak aku ke’sana. Aku yang ketandusan aktiviti berlibur sejak akhir-akhir ini mengikutkan sahaja. Hujung minggu bukan?
Kami tonton Jumper, filem berkisar tentang seorang mamat, David Rice (Hayden Christensen) yang mempunyai abiliti untuk teleport dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh kerana beliau adalah seorang yang gagal dalam algebra ketika di’sekolah, maka beliau menyalahgunakan abiliti tersebut untuk merompak bank, tanpa kekerasan. Sepandai-pandai tupai melompat bak orang tua kata, David Rice dapat di’jejaki oleh pihak yang menjalankan operasi membasmi ‘pelompat bersiri’ ini, Paladin. Kisah seperti biasa bermula, kau kejar aku, aku lari & aku kejar kau balik. Dan, ending‘nya adalah ketua penangkap pelompat bersiri ini telah di’teleport ke sebuah tempat tidak berpenghuni. Great Canyon mungkin. Padan muka.
Berapa bintang? Oleh kerana mood aku baik & memang aku dahagakan liburan ringan, aku bagi 3/5 bintang. Ops kejap! 4/5 bintang kerana filem ini menampilkan Rachel Bilson. Aku suka cara dia bercakap, sweet sepanjang masa. Beliau pernah muncul dalam salah satu episod Chuck. Tapi, dalam Jumper, watak beliau lebih advanturas & seksi.
Nota Pendek - Tadi, aku usya pameran hartanah/perumahan. Pelbagai jenis hartanah/rumah yang mereka jual. Aku teruja untuk bekerja kuat untuk membeli sebuah rumah. Dengan rumah, aku maksudkan sebuah rumah yang selesa & besar. Aku ada membaca satu artikel yang bagus berkenaan pengurusan kewangan untuk graduan lepasan universiti yang baru mula bekerja. Dan, jika menurut artikel tersebut, rumah bukan’lah aset yang baik, ia akan menyebabkan hidup akan lebih miskin. Jadi’nya, aku mungkin akan membeli rumah jika & hanya jika akaun bank aku di’penuhi sekurang-kurang’nya RM100,000. Aku akan ulas artikel tersebut di’lain hari & bagaimana mahu mengumpul RM100,000 dalam 5 tahun. Seperti mustahil bunyi’nya kan? Shit! Panjang pulak Nota Pendek ni.
*tidak seperti yang di’sangka. sungguh.
Friday, February 22nd, 2008
at 3:39pm

Tesco Malaysia jual ayam sembelih secara tidak sah. Ini boleh aku berikan status WTF! Moment secara total. Mana tidak, Tesco adalah satu hypermarket yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jual ayam yang tidak sah cara penyembelihan hanya akan membangkitkan kemarahan & sensitiviti masyarakat Islam Malaysia. Alternatif? Lebihkan makan ikan, serius ikan lagi sedap & berkhasiat, atau beli ayam organik atau bela ayam sendiri.
PAS hanya letak 65 calon parlimen untuk Pilihanraya Umum ke-12. Aku tidak pandai mencatur politik. Tetapi, aku mempunyai sebiji kalkulator saintifik yang aku guna sudah lebih 4 tahun. Kata’kan, PAS memenangi semua kerusi parlimen yang di’tandingi, PAS hanya memperoleh tidak sampai separuh dari jumlah majoriti 2/3 kerusi parlimen yang mereka perlukan untuk membentuk kerajaan. Pakatan barisan alternatif? Tahun ini kita tiada manifesto Barisan Alternatif bukan? PAS, DAP & Keadilan semua’nya keluar dengan manifesto sendiri. Apa cerita minyak petrol murah seperti di’katakan, lebur la impian aku nak pakai Fairlady. Cis!
Harga minyak naik lagi, dan lagi, dan lagi. Fairlady aku sudah tidak kelihatan. Tahi’lah kau Amerika!
5 kesan maut akibat pemanasan global. Ok. Fairlady aku gugur’kan dari senarai kehendak aku. Sekarang aku masukkan green car kedalam senarai keperluan, atau aku perlu naik basikal?