2008 February
Friday, February 22nd, 2008
at 1:03am

Apple Store hari ini mengumumkan iPod Shuffle yang comel & berkapasiti 1GB ini kini di’jual hanya pada harga USD$49. Dan, jika di’tukarkan terus ke mata wang Ringgit Malaysia (USD$1=RM3.22), hanya RM157.83*. Murah sudah aku rasa untuk sesiapa yang mahu merasai sedikit serpihan kecanggihan teknologi Apple. Harga di Forum Lowyat masih mencecah RM320 sebiji.
Jika stok baru ini tiba di’Malaysia, mungkin aku akan dapatkan satu, atau dua. Lama ‘kan Mohd Ismail dot Net tidak anjurkan apa-apa pertandingan?
*Harga tidak termasuk cukai-cekik-darah kerajaan Malaysia.
Thursday, February 21st, 2008
at 2:46am

Ya! Mari menulis sesuatu yang tidak berkaitan dengan Kejuruteraan Kimia atau apa sahaja. Dua tiga hari ini, aku seperti seorang penglipurlara dunia moden, mengarang berbaris-baris teori & justifikasi yang aku sendiri kurang faham. Hari ini, aku akan bawa kau & kau ke Jepun. Negara matahari terbit, orang kata. Walhal, Sungai Siput, Perak juga matahari terbit.
Satu artikel yang aku temui di Digg, memberi aku input untuk aku menulis lewat malam ini, walaupun tidak panjang. Artikel tulisan Norimitsu Onishi, menyentuh budaya positif rakyat Jepun yang telah terdidik dari kecil untuk tidak senang-senang mengambil hak orang lain jika terjumpa. Budaya yang tersemai ini memudahkan sesiapa sahaja yang selalu tercicir barang. Tokyo Metropolitan Lost & Found Center di’tubuhkan untuk memberi platform bagi sesiapa sahaja yang terjumpa untuk memulangkan ke pihak berkuasa & yang kehilangan untuk mencari kembali barangan mereka. Di dalam kota metropolitan Tokyo yang tinggal 33 juta manusia, nilai memulangkan sesuatu yang bukan hak masih kekal menjadi nilai murni yang patut di’kagumi seluruh dunia. Malaysia khas’nya!
Teringat aku setahun dulu, lebih kurang, mak aku tertinggal handphone di’sebuah warung nasi lemak di’Sabak Bernam. Selepas makan, kami semua beredar ke kedai baju berdekatan. Setengah jam kemudian, lebih kurang, mak aku tersedar handphone tiada di’poket/handbag/tangan. Aku & mak aku kembali ke warung tadi kerana sangat yakin di’situlah tertinggal’nya handphone tersebut kerana mak aku menggunakan handphone tu kali terakhir untuk call adik aku yang ketika itu berada di’rumah. Seperti di’jangka, handphone tersebut sudah tiada. Lebih kelakar, pemilik warung nasi lemak itu mengatakan kami berdua tidak pernah datang ke’situ. Itu Malaysia. Aku tahu banyak lagi kes barang-tercicir-memang-pahit-nak-jumpa-balik di’luar sana. Ini semua bergantung kepada budaya & didikan kita.
Di Jepun, pada tahun 2002 sahaja, sebanyak $23 juta wang tunai di’jumpai oleh orang dan di’serahkan kepada pihak berkuasa. 72% dari jumlah itu kembali kepada yang hak. Bayangkan jika ini terjadi di’Malaysia.
Aku berharap sangat, kejujuran tidak menjadi satu bahan yang hanya di’pamer di’Muzium Negara. Harap’nya.
Monday, February 18th, 2008
at 6:19pm

Ini bukan sebuah entri berbayar. Semua penerangan dan pengalaman yang aku akan tulis tidak di’pengaruhi oleh mana-mana pihak dan aku sendiri mengeluarkan duit untuk produk yang hebat ini. Ayuh, nikmati D’Carbo - Pencuci Enjin Kereta Handalan.
Pertengahan Januari lalu, aku masukkan sejumlah wang untuk mendapatkan produk yang di’dakwa mampu membersihkan bahagian dalaman enjin dengan mudah dan pantas ini. Ops sekejap, aku ketemu dengan thread ini di’forum Lowyat beberapa bulan lepas secara tidak sengaja. Tertarik dengan testimonial yang di’berikan oleh kebanyakan pelanggan, aku kata, apa salah’nya mencuba ye tak?
Kisah panjang di’pendekkan, petang tadi aku terima bungkusan berisi dua botol D’Carbo yang di’kirim oleh saudara Yong Fei. Setelah hari sudah redup, aku dan teman sebilik yang kemudian’nya menjadi mekanik sementara, mengambil tempat di’belakang blok kediaman kami untuk mencuba buat pertama kali’nya D’Carbo, pencuci enjin kereta handalan!

Itu Firdaus, sedang memasukkan cecair hijau ke’dalam enjin yang sedang hidup. Cecair hijau tersebut di’masukkan melalui satu tiub di’inlet manifold yang vakum. Apa jadah inlet manifold itu, aku sendiri kurang pasti. Beberapa minit kemudian…

Itu dia. Berkepul-kepul asap keluar tanpa henti untuk beberapa minit. Habis dua botol D’Carbo Firdaus masukkan, kami memberi masa selama 10-15 minit untuk asap putih itu reda. Dan, masa untuk aku test drive enjin aku yang baru sahaja di’cuci secara dalaman.
Destinasi pertama, stesen minyak. Kereta aku sudah kekeringan minyak ketika ini. Sepanjang perjalanan, aku melalui 2 lampu trafik yang membolehkan enjin kereta aku idle. Percaya atau tak, enjin yang selama ini terketar-ketar apabila idle kini senyap tanpa tanda. Aku hampir confuse samada hidup atau tidak enjin kereta aku. Ketika ini, aku belum boleh uji pick-up enjin baru ini.
Selepas tangki minyak aku isi, aku cari jalan lurus yang tidak banyak kenderaan. Selepas traffic light, aku memecut, dan woohoo! Enjin kereta aku lebih terasa pick-up berbanding sebelum ini. Ini bukan omong kosong, aku jemput sesiapa yang pernah memandu kereta aku, untuk pandu hari ini, sangat terasa ringan’nya. Sebagai ganjaran buat kereta aku & diri aku sendiri, aku hantar kereta aku nan sebiji ini untuk mandi.

Kini, kereta aku sudah ringan & bersih seperti baru. Siapa mahu tumpang, hubungi aku, seperti biasa, perempuan sahaja. Ha ha. Berminat dengan D’Carbo, hubungi Yong Fei (016-2383237) atau lawat thread beliau di Lowyat.net.
Friday, February 15th, 2008
at 2:05am

Entri lewat malam sebelum aku tidur. Melewati blog Hong Kiat, entri baru’nya merujuk kepada satu laman khas, wp.chrisjohnston.org yang di’bangunkan khas untuk penggemar Wordpress (seperti aku) menguji keluaran akan datang Wordpress, Wordpress 2.5. Antaramuka Wordpress 2.5 sangat jauh berbeza dengan Wordpress 2.3.3 yang ada sekarang. Menjalani uji pandu Wordpress 2.5 terasa seperti berada di’dalam sebuah CMS yang baru walhal tiada perbezaan ketara dari segi fungsi asas sebuah Wordpress.

Antara perkara awal yang aku perasan tentang Wordpress 2.5 selain rupa paras’nya adalah satu barisan ikon untuk kita letakkan media seperti *audio, video & gambar dengan satu klik. Aku pasti akan upgrade versi Wordpress aku jika keluar’nya Wordpress 2.5 nanti. Ok. Mari tidur. Selamat malam dunia internet!
*mungkin perlu di’customize dengan plugin atau apa-apa
Wednesday, February 13th, 2008
at 2:06pm

Beberapa minit lepas, Harakah & Utusan Malaysia mengeluarkan berita terkini yang menyebut tentang pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini. Berikut adalah petikan transkrip yang di’keluarkan secara rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri tengahari ini,
Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
Sebagai edisi perbincangan terbuka pertama di Mohd Ismail dot Net, aku ingin bertanyakan pendapat pembaca di’sini berdasarkan situasi semasa negara kita, siapakah paling layak untuk mentadbir Malaysia untuk penggal seterus’nya? Nyatakan hujah yang bernas & elakkan hujah negatif terhadap pendapat yang berlainan. Ayuh! Malaysia sekarang di’bawah tangan kita.