2008 February
Tuesday, February 12th, 2008
at 12:52pm

Dua tiga hari lepas, Malaysia di’kejutkan dengan kebocoran satu video yang menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah di Terengganu. Video yang berdurasi 52 saat itu menunjukkan aksi tidak sopan (tidak siuman) 3 orang pelajar yang bergaduh di’kawasan belakang sekolah. Lebih tidak sopan (tidak siuman) kejadian ini apabila ia terjadi kerana berebutkan seorang lelaki yang entah ya entah tidak mahu bercintakan seorang pelakon aksi sepak terajang amatur. Khabar’nya sekarang, Judin, lelaki yang di’rebutkan itu sedang mengecap kejayaan berkerja sebagai pembantu gerai nasi lemak di Kuala Lumpur. Tonton aksi mereka di YouTube. …*bodoh*! [via Kosmo!, Khai]
Monday, February 11th, 2008
at 7:32pm

Okay. Jangan besar’kan mata kau begitu apabila Mohd Ismail dot Net membuat entri khas untuk Hari Kekasih. Ini bukan bermaksud merayakan hari yang sangat-sangat di’tegah oleh Islam ini, tetapi secara kebetulan, aku mempunyai bahan penulisan yang ada kaitan dengan hubungan lelaki-wanita. Jadi, aku persembahkan, entri khas sempena Hari Kekasih 2008, ‘Bagaimana Lelaki Mahu di’Kritik?’
Beberapa hari lepas, masa aku sedang enak bergaulan dengan bantal di’depan televisyen, telefon bimbit aku berbunyi & satu SMS ringkas dari seorang kenalan lama, seorang perempuan masuk. Di’tanya aku sedang buat apa jam 12 tengah malam, aku katakan aku sedang bermain bowling & bermula sessi berbalas SMS yang merentet ke isu beliau dengan boyfriend‘nya. Aku memang agak dah. Tina (bukan nama sebenar), mempunyai masalah kerana beliau terlepas cakap. Tina kurang senang sebenarnya dengan cara boyfriend‘nya memandu kereta. Satu hari, dek kerana sikap gelojoh boyfriend’nya ini ketika memandu kereta, Tina bersuara,”awak ni, bawak kereta macam orang takde sabar…” & mereka tidak bercakap sehingga malam Tina SMS aku. Okay, Tina bercakap, tetapi boyfriend‘nya bereaksi seolah-olah menyimpan sesuatu.
“Tina, boyfriend kau terasa hati”.Tina menyangkah. Dia kenal sangat boyfriend sendiri. Dia tidak akan sensitif tidak tentu pasal. Lelaki, sebanyak mana pun hormon kelelakian mereka, selagi mereka bergelar lelaki, ego itu akan ada. Jika mereka sensitif, mereka akan seboleh-boleh’nya menyimpan rasa supaya mereka kelihatan tidak sensitif. Mana kool lelaki sensitif ye tak? Dalam kes Tina, Tina telah terlepas cakap dengan mengkritik sikap buruk boyfriend‘nya secara direct.
Bagaimana mahu mengkritik secara tidak direct begitu? Instead menggunakan ayat “awak ni, bawak kereta macam orang takde sabar…”, ada baik’nya Tina mengambil masa yang sesuai untuk mengungkapkan ayat ini, “awak, tahu tak apa yang akan buat saya makin sayang kat awak?”, dan lelaki akan memberi respon untuk apa sahaja yang akan membuatkan perempuan semakin sayang kepada mereka. Sambil tersenyum, katakan pada mereka yang kau tidak sukakan cara dia memandu & berikan satu dua cadangan kau untuk bagaimana dia dia boleh mengubah sikap buruk itu.
Lelaki memang tidak boleh di’kritik. Ego yang di’anugerahkan Tuhan memang akan mencanak naik. Tetapi, jika mengkritik secara halus & menggunakan kuasa perempuan yang kau ada sepenuhnya, kritikan akan menjadi satu semangat buat lelaki. Mari kita ambil satu contoh lagi buat teladan, bau badan lelaki.
Ada lelaki, 0.001% mungkin yang masih tidak mahu menggunakan deodorant atau pewangi badan dek kerana merasakan bau badan sudah cukup macho. Baru lepas mandi takpe’lah bang, kalau dah lepas sejam dua berjalan, peluh tu siapa boleh tahan? Jika teman lelaki kau mempunyai masalah ini, jangan sesekali kau lontarkan ayat mengkritik secara direct seperti Tina lakukan. Itu nama’nya mencari susah. Beli’kan dia set mandian yang ada dalam’nya deodorant atau pewangi badan selain sabun mandi & span mandian. Kata’kan pada dia, jika dia menggunakan semua yang ada di’dalam set itu, pasti’nya sifat kelelakian yang ada pada dia akan lebih menyerlah & jangan lupa, katakan juga itu akan membuatkan kau semakin sayang kepada dia. Di’jamin 100% berkesan oleh Makmal Cinta Mohd Ismail dot Net!
Jika teman lelaki kau tidak berubah selepas menggunakan teknik di’atas, kau dalam bahaya. Dia tidak mahu berusaha sesuatu untuk mengekalkan rasa sayang & cinta kau kepada dia. Apa tanda’nya? Siap’kan tisu & DVD filem romantis sebanyak mungkin untuk menghadapi sebarang kebarangkalian tidak terduga. Okay Tina?
Saturday, February 9th, 2008
at 12:50am

Belum lewat lagi rasa’nya untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua’nya terutama kepada mereka yang merayakan sambutan ini. Ini termasuk mereka yang memohon cuti lebih awal berbanding mereka yang sepatutnya bercuti. Kita Malaysia ‘kan? Putih ke, merah ke, hitam ke, semua kita adalah sama (ayat seseorang yang aku sudah lupa siapa). Unik. Rakyat Malaysia meraikan semua’nya.
Sebagai membunuh kesunyian entri kerana aku juga bercuti seperti orang yang sepatut’nya, aku tampilkan Seleksi Hujung Minggu #08, edisi majmuk & rojak.
Paris Hilton di’sanjung Universiti Harvard
Siapa kata kehidupan penuh berfoya-foya & di’taburi kewangan tidak di’pandang tinggi oleh institusi akademik sebagai role model. Paris Hilton, ya kau pasti kenal, menerima anugerah ‘Women of The Year’ yang di’berikan oleh majalah Lampoon, terbitan pelajar Universiti Harvard sendiri. Lebih mengharukan, ratusan pelajar berpendidikan tinggi di universiti ternama dunia itu sanggup menunggu lebih satu jam untuk melihat sendiri kelibat Paris Hilton. Fuh!
Mahu kulit muka licin? Makan tempeh!
Awal minggu ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengeluarkan satu kenyataan yang aku rasa sangat anggun kelakarnya. Ramai (pembangkang jika menurut media perdana) mendakwa beliau menyuntik Botox untuk mencantikkan kulit wajah beliau. Untuk menangkis fitnah itu, beliau menegaskan satu-satunya petua beliau mampu kelihatan setampan itu adalah dengan memakan tempeh. Kandungan protein & serat yang tinggi menjadi tunjang utama kepada kecantikan wajah beliau hari ini. Tahi’lah. Aku juga makan tempeh, lebih banyak dari beliau mungkin, tak pulak muka aku licin cantik menawan. Tempeh apa Datuk Seri makan? Saya minta sikit boleh?
Yahoo! Live Streaming Video Services

Hi! My name is Mohd Ismail and you’re watching MaelTV! Ini adalah sesuatu yang kool! Untuk satu kadar percuma, kau boleh mempunyai channel tv sendiri di Yahoo! dan akan di’tonton oleh seluruh dunia. Sekarang, kau hanya perlukan talian internet yang laju & webcam yang mempunyai resolusi yang mantap. Dengan Yahoo! Live Streaming Video Services, kau boleh berbual dengan kenalan dari seluruh dunia secara live. Juga, mungkin kau boleh menjadi stand-in comedian dan mempunyai peminat dari seluruh dunia. Kool! [via Digg]
Time travel adalah satu kemungkinan
Bukan aku kata, saintis Russia yang mengatakan begitu. Sepanjang aku hidup, selain kisah fantasi Back to the Future, Heroes & terbaru Jumper yang mencanangkan kehebatan & kelebihan untuk merentas masa, ini adalah kali pertama aku mendengar perkhabaran tentang time travel dalam nada yang serius. Dan, lebih menarik, ia keluar dari mereka yang mengkaji secara saintifik dan bukan’nya fantasi seorang karyawan. Kita tunggu. Jika benar masa boleh di’putar, banyak benda mahu aku ubah. Tapi, Tuhan sudah janji ‘kan? Kan?
Wednesday, February 6th, 2008
at 3:01am
Satu entri lewat malam sebelum aku tidur, aku tak mampu tahan diri untuk menulis entri ini kerana apa yang di’inovasikan oleh Google ini terlalu kool. Sehingga aku sendiri tidak sedar aku sedang bekerja secara percuma untuk mereka. Google memperkenalkan satu teknologi baru yang secara asas’nya di’panggil Google Image Labeler (Penglabel Imej Google). Dan, aku teruja. Sungguh. Lebih teruja dari melihat gambar bogel Cecilia Cheung kiriman seorang rakan.
Sebenarnya inovasi terbaru Google ini adalah sebuah permainan mini untuk pengguna internet yang kebosanan mungkin. Ia memerlukan 2 orang pemain pada masa yang sama untuk memberikan label kepada imej yang akan di’tunjukkan secara rawak. Jika label yang di’beri oleh kedua-dua pemain adalah sama, maka mata akan di’beri mengikut ketepatan label untuk imej tersebut. Sekali label sama, kau akan di’bawa ke imej seterus’nya, yang juga di’pilih secara rawak. Apa ganjaran’nya? Tiada. Hanya keseronokan yang akan kau dapat & beberapa kata maki hamun sekiranya kau ketandusan idea untuk menaip label.
Google bijak! Cara ini akan memudahkan Google melabel imej yang mereka crawl di’seluruh dunia. Dengan memberikan keseronokan sebagai upah, kita sebenarnya sedang bekerja dengan Google tanpa sedar. Bijak macam kancil! Jom bekerja untuk Google!
Tuesday, February 5th, 2008
at 9:54am

Malam tadi, aku berpeluang menonton Anak Halal di’skrin monitor lantaran kebosanan. Sejujur’nya, Anak Halal adalah option terakhir filem yang aku mahu tonton kerana ia sebuah filem Melayu & beberapa orang rakan mengatakan filem ini poyo jalan cerita’nya. Sudah tonton Anak Halal? Selepas menghabiskan 2 jam menonton filem arahan Osman Ali ini, banyak aksi & babak dalam Anak Halal menimbulkan rasa ‘wow!’ dalam hati aku. Tinggalkan sejenak tanggapan negatif orang tentang adegan peluk cium dalam filem ini, jika aku sentuh, banyak yang akan di’persoalkan.
Anak Halal bagi aku adalah filem kedua yang berani memberi perubahan selepas filem Cinta. Gerak kerja kamera dalam Anak Halal juga sangat cantik. Penggunaan sudut pandangan yang pelbagai berjaya memainkan emosi penonton bersama jalan cerita filem ini. Walaupun filem ini sebenarnya tidak sempurna dari segi susunan cerita & pemilihan muzik latar, konsep filem sebegini berjaya menutup semua itu dari pandangan aku. Lakonan Farid Kamil, Maya Karin & watak-watak jahat patut di’beri pujian. Aku makin membenci pelakon bernama Zul Huzaimy Marzuki yang berlakon sebagai Tajul dalam filem ini. Jahat’nya bukan alang-alang.
Aku seronok apabila Anak Halal di’akhiri dengan sebegitu rupa. Penerbit filem ini aku rasa seorang yang realistik & tidak pernah terfikir akan membuat Anak Halal 2 yang pastinya akan menjadi filem tahi. Anak Halal muncul sebagai filem Melayu paling banyak menumpahkan darah setakat ini. Adegan Raja Farah menikam dada seorang jahat sangat mengerikan untuk sebuah filem Melayu. Selepas ini, aku harap’kan Osman Ali dan krew yang sama, boleh muncul dengan filem remaja nakal versi sekolah ataupun kolej. Aku mahu tengok guru yang memilih kasih dalam mendidik anak bangsa makan selipar. Atau sekurang-kurang’nya terbakar kereta. Ha ha.
Fakta Menarik - Anak Halal kini mengungguli Carta Top 10 filem kegemaran di Sinema Malaysia meninggalkan filem Puteri Gunung Ledang & Cinta di’belakang. Kool!