Terkejut aku apabila membaca laporan terkini dari MalaysiaKini yang bertajuk “Gadis Pintar Matematik Jadi Pelacur“. Mula’nya aku sangka ini kisah rakyat biasa di akhbar picisan tetapi kisah ini memang betul-betul akan merentap hati seluruh rakyat Malaysia bila keluar di’dada akhbar esok.
Sufiah Yusof,23 yang suatu ketika dulu pernah menjadi bahan bual rakyat Malaysia kerana berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun kini menjalani hidup sebagai seorang pelacur.
Sufiah yang pernah berkahwin pada usia 20 tahun terus di’rundung malang apabila perkahwinan yang di’bina tidak kekal & semenjak itu kehidupan Sufiah semakin tiada hala tuju. Wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan Sufiah telah berjaya merakam gambar aksi lucah Sufiah dengan bayaran RM829 sejam.
Dalam pada itu, bapanya Farooq,50 di’dapati bersalah mencabul 2 orang remaja perempuan & di’penjara 18 bulan atas kesalahan tersebut. Anak ayah sama-sama sudah kehilangan pedoman. Aku sendiri bukan’lah pengikut kisah kejayan Sufiah walaupun beliau sebaya usianya dengan aku, tetapi kisah ini bukan sesuatu yang boleh di’pandang enteng.
Sufiah mendakwa bapa’nya adalah punca segala permasalahan yang timbul. Sufiah mendakwa bapa’nya mendera beliau secara emosi & fizikal untuk membuatkan Sufiah layak ke Oxford. Tragis bila di’kenangkan cita-cita & tindakan ayah Sufiah yang tidak selari dengan norma manusia. Setiap manusia ada had keupayaan dalam diri mereka, lebih lagi Sufiah adalah seorang gadis yang di’kurniakan kepintaran luar biasa.
Aku sangat berharap Sufiah mampu berfikir secara rasional dan kembali menyusun hidup’nya. Sufiah masih muda & masih belum terlambat untuk memulakan sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Kerajaan Malaysia yang banyak membantu Sufiah untuk ke Oxford, kali ini perlu membantu membawa pulang Sufiah ke Malaysia. Sufiah perlu pulang.
CandidSyndrome adalah satu kumpulan fotografer yang aku kagumi sejak dulu lagi dari segi marketing yang mereka jalankan. Hasil fotografi mereka aneh, tetapi mendapat tempat di’kalangan masyarakat yang dahagakan sesuatu yang baru, CandidSyndrome muncul tepat pada masa’nya. Apa sahaja yang mereka tawarkan, mesti boleh jual.
Pelbagai produk CandidSyndrome sebelum ini memang sesuatu yang original & lain dari yang lain. Aku suka marketing cara mereka. Simple but remarkable — Seth Godin style. Tetapi, BigDay ada sesuatu yang membuatkan aku rasa kurang senang.
BigDay — sebuah perkhidmatan laman web DIY yang mudah dengan harga RM250 setahun (subdomain) dan RM300 setahun (own domain). Apa yang tidak kena di’sini adalah, mereka menggunakan 100% sumber terbuka untuk BigDay. Mereka menggunakan Wordpress MU sebagai tulang belakang & theme juga adalah theme percuma yang boleh di’dapati di’mana-mana.
Lebih mengharukan, tiada kredit di’nyatakan untuk Wordpress dan tukang design Wordpress yang ada dalam BigDay. Walaupun Wordpress di’keluarkan di’bawah lesen GPL — yang membenarkan pengedaran secara percuma atau berbayar, kredit untuk Wordpress harus ada kerana mereka menetapkan kebebasan pelanggan untuk tahu asal platform mereka sepertimana BigDay tahu.
Kata’kan mereka caj RM250 untuk data space & hosting, NetKL menawarkan RM100 setahun untuk ruang 1500MB & domain percuma. Kau bukan sahaja dapat Wordpress, kau akan dapat hampir apa sahaja CMS open source yang biasa di’dapati melalui Fantastico. Caj perkhidmatan untuk sesuatu yang segala’nya telah tersedia tidak mungkin semahal itu jika di’kongsi sama rata oleh semua pelanggan.
Idea mereka bagus. Unik. Tetapi, aku tidak galakkan untuk menggunakan Wordpress MU sebagai platform. Bukan tidak boleh, cuma aku tidak galakkan. Aku rasa mereka perlu contohi WeddingAnnouncer.com yang memberikan perkhidmatan serupa dengan percuma & menggunakan CMS custom.
Aku baru sahaja selesai menonton video yang kini telah mencetus huru-hara — jika tidak pun gelombang ketidakpuashatian semua penganut agama Islam. Bagi aku, video ini tiada apa-apa yang boleh memesongkan akidah seseorang Muslim jika menonton’nya. Ia cuma video.
Ketika menonton berita di’televisyen, aku sangkakan video terbitan Geert Wilders, ketua Party for Freedom (PVV) di Parlimen Belanda ini adalah sebuah video yang di’reka-reka fakta di’dalamnya. Aku sangkakan video ini akan berkisar satu jalan cerita tentang Islam yang sengaja di’ada-adakan. Tetapi tidak, video ini adalah cut & paste dari banyak video yang sedia ada di YouTube, LiveLeak, CNN & semua media yang di’pelopori barat.
Video ini bukan satu kejutan buat aku & aku tidak rasa umat Islam patut melatah dengan kehadiran video ini kerana apa yang ada di’dalamnya telah lama tersebar — cuma tidak di’kumpulkan & di’putarbelitkan sepertimana Wilders buat dalam Fitna. Cuma, Wilders kali ini lebih berani mempermainkan ayat suci al-Quran dengan memutarkan maksud di’dalam ayat tersebut. Aku bukan seorang yang hafal al-Quran, tetapi aku tahu, ayat suci yang di’gunakan dalam Fitna telah di’putarbelit maksud’nya dengan mengambil sini sikit, sana sikit — terus jadi ayat yang menyatakan Islam menyokong keganasan. F*ck you Wilders!
Satu lagi, gay adalah sesuatu yang tidak boleh di’terima oleh mana-mana pihak — agama, budaya mahupun masyarakat. Hanya golongan gay sahaja yang menerima golongan gay. Jika anda gay, dan inginkan perlindungan politik yang kuat, pilih’lah Geert Wilders, wakil golongan gay sedunia.
Petikan akhbar dalam video Fitna — jadah gay!
p/s — Lawat Cakaplah sekarang & anda mungkin berpeluang melihat foto pertama LiewCF dengan awek cun!
Malam ini, 8 hingga 9 malam, tutup semua perkakasan elektrik di’rumah anda untuk menyokong Earth Hour — satu kempen kesedaran pemeliharaan Bumi oleh WWF. Kempen ini telah di’mulakan tahun lalu di Bandaraya Sydney pada tahun 2007 yang mana mendapat sokongan dari 2,100 syarikat & menyaksikan 2.2 juta orang memadam lampu pada yang membawa kepada penjimatan tenaga sebanyak 10.2% dari kegunaan pada kadar biasa. Satu pencapaian yang lebih dari boleh di’banggakan.
Apa yang mereka lakukan telah memberi inspirasi untuk Earth Hour di’teruskan tahun ini ke’seluruh dunia. Seluruh dunia bermaksud ia termasuk bilik kecil di’mana kau sedang menatap entri ini. Malam ini, mati’kan semua’nya untuk hanya satu jam. Satu jam yang akan membawa perubahan — jika tidak banyak, ia masih sesuatu. Continue reading »
Ada orang kata, muzik Indonesia terlalu mainstream dan meloyakan untuk di’angkat sebagai muzik yang bermutu. Ada orang kata, muzik Indonesia adalah satu pantulan cermin kehebatan muzik Malaysia era 80′an. Aku kata, bila ada orang Belanda yang menyanyikan lagu Indonesia dengan fasih & lebih Melayu berbanding Ajai (atau mana-mana penyanyi Malaysia yang suka mem’bahasa Inggeris’kan sebutan Melayu), muzik Indonesia & indah susunan kata’nya bukan sesuatu yang biasa.
Aku terjumpa video klip Ada Band feat. Dave Koz menyanyikan lagu Manusia Bodoh sebelum terjumpa video cover version untuk lagu Yang Terbaik Untuk’mu (nyanyian asal Ada Band) yang di’bawa begitu baik oleh Peter Fennema atau nama komersial’nya, NL Peter.
Dalam video klip pertama ini, slang masih terasa dalam beberapa bait lagu yang beliau sampaikan. Aku terus menonton video seterusnya dari NL Peter, cover versionSendiri Lagi (nyanyian asal Chrisye). Kali ini sebutan dan nyanyian NL Peter lebih baik & jika aku mendengar audio’nya sahaja, aku tak akan sangka ini di’nyanyikan oleh seorang pemuzik dari Belanda. Petikan gitar & alunan suara yang lebih baik dari bekas pelajar-pelajar Akademi Fantasia.
Aku tidak tahu apa pandangan kalian, tapi ini sesuatu yang kool buat aku. Lawat NL Peter di’laman web rasmi beliau, di’YouTube & juga di’Friendster.