2008 March
Friday, March 28th, 2008
at 3:48am
Wang. Selagi nama’nya wang/duit/syiling/pitih, bagi aku ia lebih dari bernilai. Walau sesen di’dalam poket aku, tidak sekali aku perlekehkan kerana jika kerana sesen itu wang kau tidak cukup RM1juta, kau bukan jutawan. Tetapi, punca segala masalah ini kadangkala terlalu kecil nilai’nya jika di’bawa merantau ke’seluruh dunia. Lebih-lebih lagi jika kau bawa wang negara sendiri ke negara ekonomi besar dunia, Amerika Syarikat.
Portfolio.com menyenaraikan 6 jenis wang kertas yang boleh di’katakan sebagai tidak bernilai jika mahu di’tukarkan ke nilai US Dollar. Mari kita lihat nilai wang-wang kertas ini di’dalam Ringgit Malaysia.

Zimbabwe. 10,000,000 Dollars = USD 4 = RM 12.8641

Vietnam. 500,000 dong = USD 31.37 = RM 100.857

Indonesia. 100,000 Rupiah = USD 11.05 = RM 35.5184

Iran. 50,000 Riyal = USD 5.35 = RM 17.1968

São Tomé. 50,000 Dobra = USD 3.47 = RM 11.1538

Guinea. 10,000 Franc = USD 2.33 = RM 7.4887
Dari senarai di’atas, aku suka’kan Zimbabwe kerana mereka menggunakan istilah Dollar untuk matawang mereka — sama seperti Amerika Syarikat & Singapura. Maka, jika aku bekerja di’sana & di’tawarkan gaji RM2,000 sebulan, aku boleh ceritakan kepada sanak saudara yang aku menerima 1,554,714,282 Dollars Zimbabwe sebulan. Kool!
via Portfolio.com * XE.com
Thursday, March 27th, 2008
at 2:05pm
Unik. Satu-satu’nya perkataan yang boleh menggambarkan senibina terbaru yang akan di’bangunkan di’Putrajaya — buah hati pemerintah kita. Bangunan yang akan menjadi kawasan penempatan penduduk ini akan di’bina di Presint 4, Putrajaya. Bangunan yang unik ini di’katakan akan mengoptimumkan penggunaan sumber hijau & akan mengurangkan pembebasan Carbon Dioxide (CO2) sebanyak 50% berbanding kawasan kediaman biasa. Sesuatu yang baru dalam agenda pembangunan bangunan di’Malaysia aku kira.
Senibina ini akan di’bina atas kerjasama Hijjas Kasturi & Nicoletti Studio dari Itali. Gambar yang aku ambil tanpa izin dari Inhabitat — kenapa bukan orang Malaysia yang dapat dulu gambar ni eh?



Gambar terakhir, teringat aku akan pembangunan agresif yang ada di’Dubai. Dan, struktur bangunan ini sangat molek jika terletak berhampiran Burj Dubai. Walau apapun tujuan pembinaan bangunan unik terbaru ini, aku harap ia akan membeli pulangan yang berbaloi buat rakyat & masyarakat sekitar.
Thursday, March 27th, 2008
at 3:36am
Tadi, aku berlibur tonton Buletin Utama. Kebetulan ketika aku buka peti ais untuk mengambil sebiji dua kudapan, pembaca berita ada menyebut kenyataan “Penulis Blog di’saman RM 7juta“. Aku tertarik untuk mendengar siapa penulis blog yang di’saman sehingga RM 7juta itu? Raja Petra! Pembaca menyebut Raja Petra di’saman oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin & UUM sendiri kerana mengeluarkan artikel berbaur fitnah pada tahun 2006. Turut di’saman adalah pihak Suara Keadilan yang turut menyiarkan artikel fitnah tersebut.
Persetankan artikel itu. Yang aku mahu tegaskan di’sini, Raja Petra bukan seorang penulis blog. Dia adalah pemerhati politik yang menyuarakan pendapat di’laman web beliau. Ops kejap, Malaysia Today juga bukan sebuah blog — tahun 2006, ya, sekarang tidak. Tahi’lah kau media arus perdana. Perkataan penulis blog berulang-ulang kali di’sebut dengan intonasi penuh negatif. Sangat tahi’lah kau penulis skrip Buletin Utama.
Bukan itu sahaja, dalam sidang akhbar, Dr.Nordin dengan bangga’nya menyatakan yang ini adalah kemenangan besar ke’atas penulis blog. Beliau berasa bangga kerana mampu menegakkan kebenaran dengan menyaman penulis blog. Berhenti guna’kan istilah penulis blog boleh? Kau menang ke’atas Raja Petra, Malaysia Today, Suara Keadilan — yang tiada kena mengena dengan blog, dan kau tidak habis-habis ulangsebut kemenangan ke’atas penulis blog.
Baca berita lanjut di’Utusan Malaysia — juga menulis Raja Petra adalah penulis blog. Tahi!
Sekali lagi, Raja Petra bukan penulis blog & Malaysia Today bukan sebuah blog. Noktah.
Wednesday, March 26th, 2008
at 6:20pm
Dengan pertukaran theme Mohd Ismail dot Net buat kesekian kali’nya, apa kata kita nikmati senarai 20 Wordpress Theme yang layak di’angkat sebagai rekabentuk (design) kelas pertama. Senarai yang di’keluarkan oleh Smashing Magazine ini turut menyenaraikan theme buatan Malaysia — buatan tangan seorang gadis bernama Fath dari PelangiPetang.com. Kool!
Sebagai seorang blog yang biasa bermain-main dengan Wordpress Theme, ini senarai pilihan aku dari 20 yang Smashing Magazine berikan;
Berikan blog anda sentuhan kelas pertama. Ayuh!
Wednesday, March 26th, 2008
at 3:06am
Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu Favicon, ia adalah satu ikon ringkas yang terletak selalu’nya berada di’kiri URL ketika anda melayari mana-mana website atau blog. Ia kecil tetapi memberikan impak yang besar kepada personaliti sesuatu website atau blog. Jika URL itu datang tanpa Favicon, ia akan kelihatan bosan dan seakan-akan tiada identiti. Tetapi, tidak semua orang rajin untuk mencipta Favicon sendiri — walaupun terdapat banyak Favicon Generator di’luar sana.
Untuk memudahkan usaha mencantikkan pelayaran di’internet, MaxBlogPress mengeluarkan satu plugin yang memudahkan anda untuk menukar Favicon mengikut suka hati anda. Jika hari ini mood anda adalah penuh rasa cinta, letakkan simbol ‘love‘ sebagai Favicon, atau anda dalam mood bermain game, letakkan Favicon berbentuk konsol permainan.
Aku gunakan simbol $ sebagai Favicon aku buat masa ini kerana aku suka’kan duit. Eh, siapa tidak suka’kan duit? Tetapi, tidak bermakna blog ini mengajar anda membuat duit di’internet. Aku bukan pakar.
[via JohnChow]