2008 March

Kita harus ada Apple Movie & Netflix versi Malaysia

Kelmarin, sedang aku duduk mengunyah kudapan di hadapan televisyen, salah satu stesyen televisyen percuma Malaysia menayangkan sebuah filem lama yang bertajuk ‘Baginda’. Adik aku bertanya, Baginda bukan’kah filem sudah lama & kamu sendiri berteka-teki tentang apa filem ini sebenar’nya. Oleh kerana kami tidak pernah menonton filem bertajuk ‘Baginda‘ ini, maka petang itu kami habiskan masa berlibur di’hadapan televisyen tanpa ragu. Filem’nya agak menarik walaupun aku rasa filem ini ada mencedok skrip filem remaja terbitan Disneyland.

Naik sahaja ke’bilik selepas itu, aku terfikir, kenapa Malaysia tidak mempunyai Netflix atau Apple Movie/TV sendiri? Aku cuba mencari jika ada laman web yang menawarkan perkhidmatan sewa filem atau DVD seumpama mereka di’luar sana. Tiada. Adakah kerana rakyat Malaysia bukan sebuah masyarakat yang suka menonton filem? Aku rasa tidak — panggung wayang semakin bercambah & kadar pengeluaran filem tempatan juga semakin laju.

Jika aku ada peruntukan yang besar untuk mengumpul semua tajuk filem yang pernah di’keluarkan di’Malaysia, pasti sudah aku mulakan satu perkhidmatan sewa filem seperti Apple TV/Movie atau sekurang-kurang’nya sewa DVD sepertimana Netflix. Jika ada yang menyatakan sewa DVD di’Malaysia adalah satu kerugian, membiarkan filem Malaysia di’cetak rompak & terbiar tanpa di’tonton adalah lebih merugikan. Filem-filem klasik terlalu banyak yang boleh di’tonton & aku tidak fikir rakyat Malaysia terlalu kedekut untuk menikmati filem-filem buatan Malaysia yang tidak pernah mereka tonton.

Seseorang perlu mula’kan pengumpulan filem terbitan Malaysia supaya generasi akan datang (seperti kes aku tadi) mengetahui sejarah perkembangan filem di’Malaysia — atau sekurang-kurang’nya mengurangkan kebergantungan ke’atas produk cetak rompak. Sila kredit kepada aku jika kau yang membaca entri ini akan keluarkan kertas kerja.

Panduan Naiktaraf Wordpress - 3 Pautan Wajib Tahu

Aku tidak akan menulis tutorial bagaimana untuk upgrade sistem Wordpress yang sedang kau gunakan ke sistem yang terbaru. Tutorial untuk itu terlalu banyak di’internet. Aku agak terkilan bila orang kita terlalu malas sehingga ada pihak yang rip-off tutorial yang sedia ada untuk penuh’kan poket sendiri. Proses naik taraf sistem Wordpress tidak’lah terlalu sukar jika kau betul-betul mengikut arahan yang di’berikan. Proses paling penting adalah back up. Jika kau bercadang untuk upgrade Wordpress, aku nasihatkan untuk back up data yang ada (wp-content) beberapa salinan di’tempat yang berlainan — Desktop, Local Disk (G:), Pendrive etc.

Di’sini senarai 3 pautan yang aku saran’kan dan sangat berguna untuk kau baca & praktikkan. 3 pautan ini meliputi proses upgrade secara manual atau pun secara automatik melalui Fantastico.

  1. 3 Langkah Naik Taraf Wordpress - ringkas
  2. 13 Langkah Naik Taraf Wordpress - terperinci
  3. Naik Taraf Wordpress dengan Fantastico

Update! (8.00 malam) Pautan dari pembaca. Kool!

  1. 12 Langkah Naik Taraf (Rahsia Blogger) - pautan oleh AsBlogger
  2. Plugin mudah untuk upgrade Wordpress - pautan oleh Tech Blog

Itu sahaja. Ingat! Buat back up sebanyak mungkin & ikut arahan yang di’berikan satu per satu. Jangan tinggal walau satu melainkan kau seorang pakar. Dan, jangan juga kau menjadi malas untuk membaca arahan yang ada, kau boleh print untuk rujukan masa hadapan — percuma.

Jika ada persoalan berkaitan proses upgrade Wordpress, kau boleh hubungi aku untuk bertanya — tidak’lah pakar, tetapi pengalaman itu ada’lah sikit-sikit. Sekali lagi, percuma.

Selamat upgrade Wordpress!

Dapatkan domain .my anda — 25 Mac 2008

Cis! Aku hampir ke kamar beradu sebelum aku check e-mail untuk hari ini buat kali terakhir & gatal tangan check entri terbaru di Hong Kiat. Domain yang berakhir dengan .my akan available untuk di’beli oleh orang awam bermula 9.00 pagi 28 Mac ini. Untuk individu seperti aku, harga mungkin bukan RM99 dan itu tak menghalang aku untuk cuba riki katakunci yang boleh aku beli. Selepas aku check di laman MYNIC, di’depan aku sekarang ada 24 katakunci yang boleh di’beli untuk domain .my ini. Aku akan pilih satu.

Google.my telah di’beli oleh bukan Google. Dalam senarai aku, ada 4 jenama besar yang belum orang beli dan aku tahu akan ada orang beli tepat jam 9.00 pagi itu — kalau tidak pun, ada yang akan rasuah orang dalam (shit!). Dalam masa lebih kurang 24 jam, macam-macam boleh berlaku. Aku harap katakunci pilihan aku boleh aku beli & bisa membuatkan aku kaya raya & popular. Ek eleh.

Oh ya, Selebrific telah berwajah baru. Tema yang aku idam-idamkan selama ini. Pergi ke’sana dan tengok gambar bogel Dewi Sandra (atau Sandra Dewi?).

p/s - Domain xxx.my adalah tidak sah di’gunakan. Jangan berharap.

Penapis air Dean Kamen — canggih & berguna

Aku suka untuk membaca & dengar tentang teknologi yang mampu mengubah kehidupan manusia dari susah kepada senang. Bukan dari senang bertambah senang — terlalu kapitalis bunyi’nya. Dekan Kamen (Dean Kamen) dari DEKA Technology telah mencipta satu penapis air yang mampu menapis apa sahaja jenis air untuk menjadi air bersih yang selamat untuk di’minum — walaupun 50 gelen air kencing. Turut mengujakan adalah teknologi yang di’gunakan dalam mesin itu sendiri bukan terdiri dari teknologi membrane atau ada sesuatu yang menjadi bahan tapisan untuk menapis bahan kotoran dalam air. Dan, mesin penapis air ini juga bebas dari bahan kimia.

Sekarang kau dengar’kan misi’nya — 1.1 billion manusia seluruh dunia hari ini akan akhiri hari mereka tanpa meminum air yang bersih, DEKA Technology berhasrat untuk mengeluarkan mesin ini dalam jumlah yang banyak dan tempatkan di’seluruh dunia di’mana 1.1 billion manusia yang tidak mampu menikmati air bersih. Dengan langkah itu, 50% penyakit yang ada di’atas muka bumi ini dapat di’hapuskan.Ini kool! [via Gizmodo]

Apa alasan anda untuk tidak menulis blog?

Boleh’lah di’katakan malam ini aku terlebih rajin untuk surf internet & membuang masa tidak tentu hala. Pertama sekali, Labanon (17) — anak muda di’belakang FlareBiz, tersenarai di’tangga ke-18 sebagai salah seorang Top 30 orang penulis blog bawah 21 tahun oleh Retire at 21. Kool! Dari situ, aku terlantun ke blog tulisan Thomas Sinfield (17). Tertarik aku dengan satu entri yang menjawab semua alasan orang yang ada minat untuk menulis blog, tetapi punya 1001 alasan - 6 sahaja dalam entri beliau.

Alasan #3 - I Don’t Have Any Expertise. Itu aku. Bila aku tanya balik pada diri aku, aku menulis untuk berkongsi sesuatu yang berguna, TETAPI, apa kepakaran aku? Aku bukan pakar dalam merekabentuk web, aku bukan pakar pemasaran online, aku bukan pakar pembangunan web, aku bukan pakar psikologi, aku bukan pakar pengurusan kewangan, aku bukan pakar sakit tuan, dan, aku juga jauh (baca: tidak mungkin) untuk menjadi pakar dalam bidang pengajian aku — Kejuruteraan Kimia. Damn it!

Sekarang, secara rasmi’nya, kau sedang membaca sebuah blog tulisan seorang yang tidak pakar dalam apa-apa bidang sekalipun — jangan ambil sebarang nasihat dari beliau. Kau sudah di’berikan peringatan.