Ada satu perbincangan di Forum Lowyat berkaitan berapakah pendapatan atau gaji seorang lelaki yang sepatutnya di’situasi dunia sekarang. Perbincangan ini di’mulakan oleh seorang perempuan yang meletakkan harapan terhadap kekasih hati’nya untuk memperoleh RM10,000 sebulan sebelum berumur 30 tahun sebagai syarat untuk sebuah kehidupan yang selesa di’masa hadapan.
Sebelum aku baca komen-komen seterusnya dari pembaca di’sana, aku terkesima sekejap kerana seorang lelaki, belum berkahwin sudah di’tetapkan oleh kekasihnya (baca: kekasihnya) untuk memperoleh RM10,000 sebulan. Harapan yang tinggi & bagus tetapi pada aku ia’nya sesuatu yang tidak realistik & sampah.
Jika aku dapat kekasih begini, aku rasa lebih baik aku tinggalkan dari memenuhi keperluan yang tidak masuk akal. RM10,000 sebulan adalah terlalu tinggi untuk seorang yang makan gaji & baru beberapa tahun bekerja. Gaji seorang jurutera baru secara purata adalah RM2,500 dan katakan mula bekerja ketika berumur 24 tahun. Jika setahun kenaikan gaji sebanyak 10% sekali pun, ketika berumur 30 tahun, gaji sebulan kau adalah RM4,429. (Betulkan aku jika aku silap). Jumlah ini sudah cukup banyak jika kau bijak mengatur perbelanjaan untuk sekeluarga.
Apa perlu BMW 3 Series jika kau boleh selesa dalam sebuah Proton Waja atau Perdana? Kenapa perlu makan mewah di’luar setiap hari jika masak di’rumah adalah lebih murah & menyihatkan? Kenapa mahu duduk di’bandar mewah jika kau boleh duduk di’kawasan yang lebih rendah kos sara hidup’nya. Bukan aku menidakkan cita-cita mereka yang mahu kaya, hidup mewah & di’pandang tinggi oleh society, tetapi hidup biar realistik.
Sebenarnya, seorang perempuan perlu melihat dari segi berapa banyak seorang lelaki boleh simpan dalam sebulan berbanding berapa mereka perolehi dalam sebulan. Jikapun lelaki itu memperoleh RM10,000 sebulan, tetapi habis di’belanjakan untuk perbelanjaan yang bukan-bukan (contohnya gadget baru yang tidak perlu, modifikasi kereta yang bukan-bukan, makan mewah setiap hari & rokok yang melampau), ia tetap tidak membawa apa-apa kebaikan ‘kan? Plus, jika seorang lelaki itu kaki kad kredit, selamat datang ke’dunia bercakap tentang duit tidak cukup setiap hari.
Itu belum lagi perbelanjaan seorang lelaki ke’atas kekasihnya. Seperti kes yang di’bincangkan di’sana, pada hemat aku kekasih hati lelaki ini adalah seorang yang high-maintenance mengalahkan kereta Satria aku. Dia ada tulis tentang perbelanjaan rawatan kuku di’salon yang masuk dalam senarai perbelanjaan utama. WTF?!
Meletakkan harapan sebegitu tinggi ke’atas lelaki hanya akan membuatkan seorang lelaki itu merasa tertekan lebih-lebih lagi jika dia sayangkan kekasihnya lebih dari segala. Dan, aku rasa, jika kau sayangkan boyfriend kau, aku tidak nampak duit sebagai perkara PALING penting dalam sesuatu perhubungan. Yang paling penting adalah bagaimana kau berdua menguruskan kewangan dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah berkahwin.
Kau, lelaki, ada kekasih hati kau tetapkan matlamat kewangan kau sebelum berumur 30 tahun?
Kau, perempuan, ada harapan yang tinggi begitu terhadap lelaki?
Membaca entri Aisyah Rozi tentang gangguan seksual yang di’alaminya di’sekolah mengingatkan aku tentang seorang guru di’sekolah teknik aku dulu. Guru ini lelaki, semestinya, dan ketika aku belajar di’sana, beliau sudah berkahwin & mempunyai anak kecil seorang. Guru ini duduk di’perumahan yang di’sediakan sekali dengan asrama lelaki.
Guru ini — aku gelarkan sebagai Encik H, mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang menjadi subjek ’susah’ buat pelajar perempuan kerana terlalu teknikal & menggunakan daya imaginasi yang tinggi.
Dan, sebagai seorang guru yang ber’dedikasi’, Encik H ini sangat rajin membantu pelajar PEREMPUAN dalam masalah berkaitan teknik melukis yang betul. Encik H sangat rajin bertanya tentang masalah yang pelajar perempuan hadapi berbanding kami pelajar lelak & Encik H sangat gemar kalau ada pelajar perempuan memanggilnya untuk memberi tunjuk ajar.
Beliau akan tersenyum-senyum & berdiri di’belakang pelajar perempuan tersebut — dengan rapat & membuat aksi seolah-olah meneliti lukisan tersebut. Haramjadah. Kalau berdiri depan meja lagi senang nampak. Lebih seronok lagi, Encik H akan sedaya upaya untuk memimpin tangan pelajar perempuan yang meminta bantuan untuk melukis lukisan teknikal yang sukar.
Beberapa pelajar yang terkena pada awal’nya menafikan bila kami pelajar lelaki yang busy body ini bertanya. Dia kata, biasalah cikgu nak ajar anak murid, bukan salah pun sentuh-sentuh tangan. Tidak lama selepas itu, perkara tersebut makin kerap berulang & pelajar perempuan tersebut sendiri datang kepada kami mengadu yang Encik H ni menggatal. Bukan menggatal la sayang oi, itu kau dah kena gangguan seksual.
Ini ayat entah ke’berapa aku taip sebagai percubaan untuk menulis pendahuluan yang terbaik. Cuti dan aktiviti harian yang kurang bertemu matahari siang membuatkan aku tidak normal dalam sesetengah hal. Aku semakin bijak menggunakan internet untuk memuat turun filem yang tidak sempat aku tonton di’pawagam, seperti Juno.
Juno filem best woo! Filem yang layak aku simpan di’dalam hard disk kecil aku ini. Ellen Page punya lenggok suara yang tidak stereotipikal dan aku suka setiap kali beliau buka mulut dan mengeluarkan ayat-ayat sinis untuk orang sekeliling. Beliau seperti Rachel Bilson dalam pembikinan walaupun Ellen Page tidak sehot mana. Kembali kepada filem, aku beri 4 bintang kerana jalan cerita yang mudah di’fahami & kisah cinta yang tidak klasik. Aku tulis entri ini sambil layan soundtrack Juno, Anyone Else But You.
Seleksi Hujung Minggu #13!
Tersekat dalam lif selama 41 jam. Kool!
Bukan kool dari segi ‘kool’ kerana tersekat dalam lif selama 41 jam, tetapi kool kerana lelaki ini tidak gila meroyan dan menunggu dengan penuh sabar selama 41 jam - agaknyalah. Aku dulu pernah tersekat dalam lif di sebuah kompleks beli-belah selama lebih kurang 30-40 saat. Lampu lif tiba-tiba mati & aku dapat rasa yang lif tidak bergerak — ketika itu aku seorang diri kerana keluarga aku sudah menunggu di’bawah. Aku panik tetapi ya’lah, 30-40 saat, apalah sangat. Sempat juga aku memaki lif tersebut kerana tersekat dalam lif seorang diri adalah tidak kool. Kalau campak Diana Danielle sekali, ok’lah juga.
Hiris span (ya, span basuh pinggan), jual sebagai cendol. Yummy!
Perkara ini terjadi di Kemaman dan terbit di Kosmo! hari ini. Seorang lelaki membeli 8 cawan cendol dengan harga RM1 secawan untuk di’kongsi dengan rakan sekerja lain, dan ketika enak menjamu ‘cendol’ mereka, salah seorang mereka menyemburkan cendol tersebut kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aneh juga sebenarnya, sebab cendol kita makan perlu kunyah dulu kan? Takkan’lah peniaga cendol tersebut tak terfikir yang span basuh pinggan ni sangat sangat berbeza sifat fizikal’nya dengan cendol sebenar. Lagipun, span basuh pinggan bukan’nya sedap. Mahu untung, tapi tidak bijak.
Bawa papan kekunci anda ke’mana-mana sahaja - Keyboard Pants
Seluar ini, seperti yang di’tunjukkan dalam gambar di’atas sangat sesuai buat mereka yang memakai laptop/notebook dan tidak sukakan papan kekunci sedia ada yang kecil. Seluar ini bukan sahaja mempunyai keyboard (’papan kekunci’ membuatkan entri ini seperti artikel dalam Majalah PC), tetapi juga mempunyai mouse & speaker terbina dalam (built-in). Jika layout keyboard pada seluar itu sama dengan keyboard yang biasa kau gunakan, menulis entri yang panjang adalah seperti bermasturbasi dengan cara paling aneh. Hish! via OhGizmo!
Hari ini aku tonton Melodi di TV3 dan survey yang mereka buat menunjukkan Fasha Sandha adalah artis wanita paling kontroversi saat ini & artis lelaki jatuh kepada Azwan Ali. Aku ajukan soalan yang sama kepad adik aku dia jawab, Adibah Noor & Jaafar Onn lagi kontroversi.
Ya, hari ini aku menulis sedikit tentang politik Malaysia yang begitu seronok untuk di’tonton sepak terajang’nya. Kau sepak aku, sekarang aku bebas, dan aku akan mula perlahan-lahan untuk sepak kau semula. Seperti budak-budak layak’nya.
23 April 2008 yang lalu, penasihat Parti Keadilan Rakyat ini mendakwa yang Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selewat-lewatnya 16 September 2008, iaitu pada tarikh terbentuk’nya Malaysia pada tahun 1963. Tarikh yang signifikan di’pilih oleh Anwar Ibrahim untuk membentuk Malaysia baru.
Esok’nya, isteri pemimpin ini, Dr Wan Azizah berkata beliau bersedia untuk menjadi perdana menteri jika peralihan kuasa pemerintahan Malaysia beralih tangan ke Pakatan Rakyat. Beliau yang berkata bahawa kerajaan Malaysia sekarang boleh bertukar bila-bila masa bagaimanapun tidak tahu berkaitan urusan suami’nya tentang penarikan ahli perlimen di’Sabah & Sarawak. Menarik bukan?
Hari ini, orang kedua Malaysia, melahirkan kebimbangan tentang dakwaan Anwar Ibrahim berkaitan sekurang-kurang’nya 30 ahli parlimen Barisan Nasional akan meninggalkan parti tersebut untuk menyertai Pakatan Rakyat. BN akan buat sesuatu, tetapi itu bukan untuk pengetahuan rakyat, kata Najib. Yay!
BN perlu akui, rakyat lain juga, bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini sangat kuat selepas kemenangan mereka di’negeri-negeri yang maju & kaya. Rakyat yang sebelum ini kisah tidak kisah dengan politik Malaysia juga sudah mula merisik blog-blog politik untuk mengetahui perkembangan alternatif politik Malaysia.
Fenomena ini aku rasa yang sebenarnya membuatkan ada (jika ada) ahli parlimen BN yang mahu melompat parti dan seterusnya berada di’dalam zon selamat. Selain itu, 30 ahli parlimen yang membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan ini pasti’nya akan di’julang sebagai hero di’kalangan rakyat yang sememangnya mahu reformasi kerajaan secara total.
Anwar Ibrahim — mahu atau tidak, pasti ada agenda tersendiri apabila beliau menjadi Perdana Menteri kelak. Walaupun dahulu beliau berkata beliau memaafkan Dr Mahathir atas apa yang beliau lakukan, cadangan untuk menubuhkan badan penyiasatan khas untuk menyiasat bekas Perdana Menteri itu aku lihat lebih kepada memulangkan paku buah keras.
Dr Mahathir menyambut cadangan itu dengan hati yang terbuka & mengalu-alukan rancangan Anwar Ibrahim tersebut. Pada hemat aku, seorang pemimpin yang memimpin Malaysia selama 5 penggal & menang pilihanraya dengan majoriti besar tidak sebodoh itu untuk meninggalkan jejak atas apa yang beliau lakukan semasa dalam pemerintahan. Penyelewengan (jika ada) yang di’lakukan pastinya melalui proksi beliau yang sama sekali kesalahan itu tidak akan jatuh ke’atas nama Mahathir Mohammad.
Dr Mahathir juga menegaskan jika Anwar Ibrahim mahu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat beliau, Dr Mahathir mahukan orang luar sebagai penyiasat & panel — bukan orang tempatan. Nampak’nya Dr Mahathir sudah nampak permainan yang akan beliau hadapi jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Permainan dalaman politik Malaysia yang seronok untuk di’lihat. Manifesto pilihanraya tidak ada siapa yang sentuh ‘kan?
Sekarang (ketika artikel ini di’tulis) adalah satu tempoh di’mana universiti tempatan sedang mengeluarkan produk-produk kebanggaan mereka yang kita gelarkan sebagai graduan baru. Aku salah seorang dari ribuan graduan baru yang rata-rata berasa lega kerana sudah tamat dengan ikatan sistem pendidikan negara. Aku juga.
Sekarang juga tiba masa’nya untuk graduan-graduan baru ini memulakan hidup baru mereka. Persoalan yang sedang bermain dalam fikiran aku sekarang adalah, adakah sangat perlu graduan baru mencari kerja atau mereka perlu memulakan sesuatu yang betul-betul baru mengikut acuan mereka sendiri.
Menulis entri yang membicarakan soal kehidupan ketika berusia 23 tahun & baru sahaja tamat pengajian bukan sesuatu yang mudah buat aku. Pengalaman aku hanya’lah 23 tahun hidup di’atas muka bumi ini dan peratusan untuk seseorang memanggil aku ‘dungu’ adalah sangat tinggi kerana ramai pembaca di’sini lebih tua dari aku malah ada yang sudah mempunyai anak. Tetapi, aku mahu memberi pandangan peribadi tentang apa yang sebenarnya seorang graduan baru buat setelah mereka keluar dari universiti.
1. Hidup kita telah di’rancang sekian lama
Sedar atau tidak, kehidupan seorang manusia di’Malaysia secara amnya telah dirancang sejak kecil sehinggalah mereka keluar sebagai graduan. Kita di’suruh untuk masuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi atau STPM, kemudian sebagai destinasi terakhir, universiti. Sekurang-kurang’nya, 23 tahun hidup kita di’atur oleh sistem masyarakat yang mahukan seseorang itu mempunyai kelayakan yang baik. Tiada apa yang salah dengan sistem ini kerana aku sendiri lalui semua’nya dan masih hidup & bernafas hebat.
Dan, apabila tiba masa kita melangkah keluar, kita sebenarnya harus mengatur hidup sendiri & tidak lagi bergantung kepada tuntutan sosial yang mahukan kita bergaji besar & berjawatan tinggi. Pemikiran yang di’tanam ke’dalam masyarakat hari ini sangat dasyat. Jika kau tidak mempunyai pekerjaan yang bergaji tinggi, kau tergolong dalam kalangan mereka yang tidak berjaya. Kita kena ubah.
2. Pendapatan tetap bukan satu jalan selamat
Jika di’beri pilihan samada bekerja dengan pendapatan tetap yang boleh hilang dengan hanya satu memo pemberhentian kerja atau memiliki beberapa cabang pendapatan yang jika salah satu’nya hilang kau masih ada yang lain, mana yang kau pilih? Aku, hari ini memilih jalan kedua kerana itu adalah lebih selamat.
Ramai berkata kepada graduan baru, dapatkan kerja & kewangan kau akan terjamin. Kebanyakan mereka yang bekerja hari ini tidak sedar yang mereka sebenarnya memperjudikan hidup mereka ke’atas mereka yang lebih berkuasa untuk menentukan samada kau akan terus bekerja atau tidak.
Semenjak aku menyewa sendiri rumah di’luar, pendapatan ’sampingan’ aku untuk sebulan yang lalu telah meningkat lebih 50% dari apa yang selalu aku perolehi ketika aku berada di’dalam kampus. Kebanyakan kerja yang aku apply menawarkan gaji permulaan yang lebih rendah berbanding dengan apa yang aku perolehi hari ini.
Aku rasa, aku hanya akan bekerja jika ada syarikat yang menawarkan gaji 2X lebih tinggi dari apa yang aku ada dengan membuat apa yang aku minat hari ini. Dan, sehingga hari ini, aku masih mencuba pelbagai cara untuk memperoleh duit tanpa perlu mengikut telunjuk orang lain. Gagal yang ini, aku cuba yang itu. Seronok dan bebas dari risiko di’lontar fail ke muka & di’maki. Itu tidak seronok.
3. Kebebasan Diri Sendiri
Aku bukan manusia yang sukakan undang-undang yang ketat & membataskan pergerakan aku sebagai manusia. Undang-undang memang mampu membentuk seseorang itu menjadi lebih berdisiplin, tetapi kebanyakan undang-undang di’tempat kerja adalah mengarut. Sudah’lah kita menukar masa & tenaga kita yang ada dengan gaji tidak seberapa, kemudian kebebasan kita di’sekat ketika bekerja.
Manusia seharusnya berasa seronok untuk bekerja, bukan berasa takut dengan undang-undang yang di’cipta untuk menjadikan manusia itu patuh atas arahan orang lain.
Jika tidak bekerja, apa harus kita buat?
Ini satu soalan yang timbul apabila seseorang itu telah terbasuh mindanya dengan tuntutan masyarakat yang seseorang itu harus bekerja. Graduan kita hampir kesemuanya seakan-akan tidak nampak jalan lain untuk menyara diri di’masa hadapan. Ketika kali pertama menjejakkan kaki ke’universiti, tuntutan masyarakat sudah berpesan, belajar rajin-rajin, esok keluar boleh dapat kerja yang bagus.
Pemikiran begini sebenarnya yang membuatkan seorang mahasiswa itu tidak dapat mengenal pasti potensi diri sendiri selain menjadi seorang pelajar yang belajar untuk sebuah jawatan yang bagus. Bila keluar dari universiti, mereka akan semata-mata mengharapkan kerja sebagai satu-satunya sumber pendapatan mereka.
Jika kau tidak bekerja, kau boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sememangnya kau akan berasa sakit di’permulaan untuk bekerja sendiri, tetapi jika sistem itu telah berjaya, kau hanya perlu mengulangi’nya semula & semula untuk melihat hasil yang lebih baik. Sehingga ke satu tahap nanti, kau tidak perlu berbuat apa-apa kerana sistem yang kau bina akan berjalan sendiri & tiada siapa akan menghantar memo pemberhentian kerja untuk kau.
Bagaimana dengan pandangan masyarakat & ibu bapa?
Aku sangat teringin untuk ungkapkan ayat, “Mak abah, ini ijazah yang Along dah dapat sepertimana mak abah nak Along dapatkan dari dahulu.. jadi, sekarang Along akan pilih jalan Along sendiri & mak abah jangan risau..”. Aku sangat teringin. Tetapi, ijazah itu belum ada secara nyata.
Satu sahaja yang aku pegang sekarang, jika aku mahu menongkah arus norma stereotipikal masyarakat kita hari ini, aku harus berani untuk di’kritik & di’kata dibelakang. Persetankan. Jika hari ini, kau memilih jalan untuk tidak bekerja & mencari sistem hidup serta kewangan sendiri, kau pasti akan mempunyai perasaan yang berbelah bagi kerana kau sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi di’masa hadapan.
Tetapi jika kau kuatkan & tekadkan hati, suatu hari kau akan gembira kerana inilah keputusan yang paling baik pernah kau buat seumur hidup kau sebagai seorang manusia. Kebahagian melakukan sesuatu perkara yang kau suka & tidak sabar untuk mengulangi’nya setiap pagi adalah tidak ternilai — lebih-lebih lagi apa yang kau minat itu memberikan kebebasan kewangan.