2008 April
Tuesday, April 15th, 2008
at 9:25pm
Aku baru sahaja selesai sessi Viva untuk Projek Tahun Akhir yang menandakan secara tidak rasmi aku sudah tamat kontrak belajar bersama Universiti Sains Malaysia (yay!). Lega hati hanya Tuhan yang tahu.
Kepada para Pegawai Sumber Manusia yang membaca blog ini, boleh’lah e-mailkan alamat syarikat masing-masing untuk aku hantarkan resume. Jangan biarkan aku menanam anggur terlalu lama. Bahaya untuk masa depan belia negara dan poket aku, khasnya.
Sebagai mengisi masa yang ada, aku cipta lagi satu siri entri yang akan muncul saban minggu sebagai entri wajib menghiasi Mohd Ismail dot Net. Selepas siri Seleksi Hujung Minggu mengambil slot pada hari Sabtu atau Ahad, Oh Sainstastik! akan mengisi slot pada hari biasa. Oh Sainstastik! secara asas’nya menyediakan berita berkaitan dunia sains & teknologi seantero Bumi yang terkini & menarik untuk di’kongsi.
Aku akan sampaikan dalam satu cara paling mudah supaya ada seorang dua Mat Rempit di’luar sana yang boleh jatuh hati dengan sains. Ini dia, Oh Sainstastik! #01.
Russia (mungkin) menghantar monyet ke Marikh sebagai ujian
Nampaknya, bukan manusia akan menjadi makhluk pertama yang akan menjejakkan kaki ke Marikh. Pemilihan monyet sebagai makhluk Bumi pertama yang akan ke’sana adalah kerana saintis mahu menguji sekuat mana radiasi yang wujud di’permukaan Marikh. Monyet di’katakan mempunyai sensitiviti yang sama dengan manusia terhadap dos radiasi yang kecil atau besar. Projek untuk membawa monyet ke Marikh ini akan berjalan sama dengan projek Mars-500 yang akan membawa manusia ke’sana — yang akan bermula awal 2009. Tetapi, perjalanan ke Marikh tidak akan mungkin bermula sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang. via Russia tests monkeys for Mars trip - BBC News
Pil untuk menghilangkan dengkur - Saintis
Isteri-isteri yang menghadapi masalah suami seorang pendengkur tegar, kini saintis sedang mengkaji sejenis pil yang mampu menyelesaikan masalah dengkur yang tidak keruan. Pil ini di’dakwa mampu mengawal aktiviti pengaliran udara ketika pernafasan & pembukaan otot yang di’hubungkan dengan otak. manusia. Ujian makmal sedang di’jalankan dan keputusan awal menunjukkan mereka yang mengambil pil ini dalam dos yang tinggi menunjukkan pengurangan sebanyak 50%. Harap’nya pil ini tidak akan ada apa-apa kesan sampingan. Dan, jika pil ini menjadi kenyataan, akan menjadi antara pil terpenting dalam hidup seorang lelaki. Oh ya, perempuan pun berdengkur juga ye tak? via Scientists test anti-snoring pill - Telegraph
Sekarang, kita boleh klon kambing — sekali lagi
Satu teknik pengklonan baru telah di’temui oleh para saintis yang obses dengan Kejuruteraan Genetik ini. Teknik terbaru ini yang jauh lebih efektif berbanding teknik pengklonan Dolly di’katakan sangat mudah untuk di’lakukan dan mempunyai peratusan keberjayaan yang lebih tinggi. Teknik ini secara asas’nya adalah pengubahsuaian genetik pada peringkat awal dengan sel yang telah di’ubahsuai dari sel asal bahan yang hendak di’klon. Mengambil kata-kata Robert Lanza, Ketua Pegawai Saintifik yang menjalankan ujikaji ini, jika kita mempunyai sedikit sel kulit Albert Einstein, sesiapa sahaja mampu mempunyai anak dengan 10% atau 70% sifat Albert Einstein dengan teknik pengklonan baru ini. Satu ketakutan atau kelebihan buat manusia?
Kau, mahu klonkan siapa? via Now we have the technology that can make a cloned child - The Independent

Saksikan pelepasan Karbon Dioksida secara live di Breathing Earth dan lihat berapa banyak Karbon Dioksida di’lepaskan oleh seluruh dunia. Pemanasan global adalah sesuatu yang benar-benar terjadi. Habis sahaja kau membaca entri Oh Sainstastik! ini, seorang rakyat Malaysia meninggal dunia & 4 bayi baru di’lahirkan.
Monday, April 14th, 2008
at 2:33am
Ketika kau sedang membaca entri ini, hari sudah pun bernama hari Isnin minggu ketiga bulan April. Masa berlalu begitu pantas, kan? Jadi, bagaimana hujung minggu kau yang sudah, seronok melayan televisyen 28′ atau melayan terik matahari & awan berjalan di’luar rumah? Apa pun yang kau lakukan di’hujung minggu sudah, hari Isnin adalah hari paling penting dalam seminggu untuk kau mulakan apa juga tanggungjawab dalan kehidupan seharian.
Samada kau seorang pemotong rumput, seorang tukang sapu, seorang tukang masak, seorang pelajar, seorang pekerja di KLCC, seorang kerani sementara, seorang jurutera kimia, seorang ahli bomba, atau seorang majistret, aku persembahkan 5 tips untuk memulakan hari Isnin yang kita miliki saban minggu dengan lebih bermakna.
Bangun awal, ucapkan selamat pagi
Aku akui aku bukan manusia pagi (morning person) yang senantiasa bangun menikmati matahari pagi. Dan, keadaan ini sebenarnya satu cabaran buat aku untuk bangun pagi — buat mereka yang sejenis dengan aku juga (gimme five yeah!).
Sebagai menepati matlamat untuk bangun lebih awal di’hari Isnin, aku biasa’nya akan tidur lebih awal dari biasa & berusaha untuk membuka telinga kepada alarm telefon bimbit aku. 90% usaha aku akan berjaya. Peratusan berjaya akan lebih tinggi jika seseorang menjanjikan sarapan yang sedap jika aku bangun awal.
Kelebihan - Kau akan mampu melakukan kerja dengan siap lebih awal dan punya banyak masa untuk perkara-perkara menyeronokkan yang lain. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan produkviti sepanjang minggu. Mahu tahu bagaimana untuk bangun awal tanpa alarm telefon bimbit atau jam?
Hubungi orang yang tersayang
Ambil 5 minit masa yang kau ada setelah kau bangun awal pagi, hubungi orang yang paling penting dalam hidup kau. 5 minit sahaja. Orang itu boleh jadi mak, ayah, adik terdekat, kawan sepejabat, kekasih gelap, kekasih hati atau kucing kesayangan. Tanyakan khabar dan kisah hujung minggu mereka. Biarkan mereka bercerita secara ringkas buat hiburan ringan untuk kau di’pagi hari.
Sebelum mengakhiri perbualan, katakan yang kau sudah mahu pergi kerja (kolej, kuliah etc.), atau memulakan sesuatu yang penting untuk seminggu itu dan minta mereka doakan yang segalanya akan menyeronokkan. Percakapan 5 minit itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna buat kau sebagai semangat sehingga Jumaat tiba — mungkin lebih lagi.
Kelebihan - Kuasa sokongan dari orang tersayang adalah lebih kuat dari penangan secawan Kapal Api. Cuba’lah. Silap hari bulan, kau bukan sahaja akan sampai ke bulan (sila tonton iklan tv Kapal Api), malah ke’hujung barisan planet (tu dia metafora).
Kemaskan ruang kerja
Setiap dari kita semestinya mempunyai kawasan kerja sendiri yang kita akan duduk untuk jangkamasa yang panjang. Untuk menjamin keselesaan membuat kerja di’pagi Isnin yang selalunya menjanjikan timbunan tugasan yang bukan alang, aku sarankan kau & diri aku sendiri untuk mengemas kawasan kerja yang ada.
Buang apa yang tidak patut. Susun semua barangan keperluan yang kita gunakan dengan teratur — supaya apabila di’cari, semuanya ada. Bersihkan persekitaran dari segala macam habuk. Jika kau terlebih rajin, beli’lah wangian mengikut kesukaan dan gantikan wangian yang ada. Berikan sesuatu yang baru buat minggu tersebut.
Kelebihan - Kawasan kerja yang mudah di’akses & tidak berserabut secara langsung akan membuatkan kita bersemangat untuk bekerja & meningkatkan produktiviti. Dan, kau juga akan ada ruang untuk membuat sepah untuk sepanjang minggu, kan?
Dengarkan sesuatu yang baru
Bila kali terakhir kau mendengar sesuatu yang lain dari selera muzik kau? Carikan sesuatu yang baru untuk halwa telinga sepanjang kau melakukan kerja. Jika kau mempunyai senarai muzik di’dalam komputer yang sering di’ulang putar, apa kata jenguk’lah ke laman-laman web yang menawarkan muzik dari selera seluruh dunia.
Jika sebelum ini kau berminat dengan Ramlah Ram atau Sheila Majid, apa kata kau rancakkan sedikit tempo muzik yang ada dengan mendengarkan Kanye West & John Legend, atau apa-apa genre muzik yang bisa membuatkan hati kau teruja. Jangan pula kau cari New Boyz.
Kelebihan - Keterujaan kau untuk mendengar muzik baru akan terbawa-bawa ke’dalam kerja. Ketika itu, hanya ada muzik baru & kerja yang kau harus siapkan.
Senyum kepada dunia
Buat semua orang gembira dengan senyuman di’pagi Isnin. Tidak kisah’lah jika hari itu kau di’cop sebagai seorang yang menang loteri di’hujung minggu, yang penting kau perlu beritahu dunia, lebih-lebih lagi rakan-rakan di’sekeliling kau yang kau amat bersemangat untuk memulakan Isnin dengan lebih bermakna.
Senyuman di’pagi Isnin juga akan membuatkan kerja kau dengan orang di’sekeliling menjadi lebih mudah kerana mereka tahu kau berada di’dalam mood yang baik & bersedia melakukan kerja dengan lebih sempurna. Kool bukan?
Ok, sekarang sudah Isnin, jika terlambat untuk aplikasi apa yang aku tulis di’sini — esok juga boleh. Seperti biasa, tiada apa yang terlalu lambat untuk di’mulakan.
Sunday, April 13th, 2008
at 6:15am
Hai! Nama saya Mohd Ismail, dan anda sedang membaca Seleksi Hujung Minggu #12. Seleksi Hujung Minggu menampilkan pilihan berita terkini yang terjadi di’sekitar dunia internet & dunia nyata yang menarik perhatian aku untuk di’kongsi bersama anda semua.
Kepada yang baru di’sini, selamat datang aku ucapkan. Anda sekarang sedang berada di’dalam sebuah blog yang perlu anda bookmark dan datang semula lain kali (atau setiap hari). Jika tidak, besar kemungkinan anda akan mengalami mimpi aneh 3 malam berturut-turut*. Mari kita mulakan Seleksi Hujung Minggu #12!
Video di Flickr, ya atau tidak?
Ya atau tidak, video di’Flickr sudah menjadi kenyataan. Bagi aku, video di’Flickr tidak akan menjadikan Flickr seperti YouTube atau Metacafe kerana beberapa kekangan bijak. Satu, durasi video yang boleh di’upload hanya 90 saat. Itu lebih baik dari durasi asal semasa peringkat beta, 60 saat. Kedua, hanya mereka yang mempunyai akaun Pro sahaja di’benarkan untuk upload video. Dua kekangan ini akan menjadikan video di’Flickr sebagai satu slideshow foto secara pantas & kreatif. Aku tidak rasa kau akan terjumpa 3GP Melayu yang aneh-aneh di’sana nanti. Go Flickr!
Saksikan Juara Lagu era rock kapak!
Walaupun bukan semua lagu yang bertanding sepanjang 1986-1990 bukan terdiri dari lagu rock kapak, tidak di’nafikan sepanjang tahun tersebut adalah era gemilang rock kapak yang menjadi identiti muzik Malaysia sehingga hari ini. Video-video yang di’upload ke YouTube ini akan mengembalikan nostalgia kepada mak ayah kita tetapi meruntun kelakar di’jiwa aku kerana fesyen bunga-bungaan besar & gaya rambut Awie yang sangat jambu. Aku juga baru tahu yang Man Bai begitu jambu ketika muda — dia ada rambut! Saksikan di blog KNizam atau Firdee atau terus ke laman YouTube sendiri. Enjoy!
Rompakan RM3.5 juta di KLIA, tahniah!
3 minit, RM3.5 juta dengan rompakan nekad dan tiada berita sebarang penangkapan sehingga hari ini? Hanya fotofit sahaja yang mampu polis Malaysia lakukan. Sesuatu yang menakjubkan bagi aku. Perompak KLIA ini bukan perompak picisan. Mereka adalah penjenayah bijak seperti dalam Italian Job. Walaupun terbabas sedikit dengan aksi tembak menembak, mereka berjaya melumpuhkan usaha pihak polis menjejak mereka dengan CCTV di’KLIA tiba-tiba tidak berfungsi. Kebetulan? Nope, ada orang dalam, jika tidak pun, salah satu dari rancangan nekad mereka. Dan, aku rasa kes ini akan jadi sama seperi kes kehilangan beberapa kontena mikrocip tidak lama dahulu, apa cerita sampai hari ini tak jumpa?
Pautan ringkas
Rindukan bunyi-bunyian modem kita semasa era dial-up? Aku yakin masih ada orang kita menggunakan dial-up lebih-lebih lagi ketika di’kampung atau dalam kecemasan.
Engadget berwajah baru. Lebih mudah untuk di’navigasi & mempunyai ruang isi kandungan yang lebih luas. Satu bahagian hilang, galeri foto untuk gadget terbaru — aku harap mereka akan letak semula.
Harga minyak di’Malaysia mungkin turun? Mereka kata, penukaran jenis petrol yang sedia ada akan menguntungkan rakyat. Mereka kata.
* gurau je ni oi!
Friday, April 11th, 2008
at 12:56am
Selepas entri berkaitan Monsun Biz tempohari, aku gembira apabila ada antara pembaca yang sampai ke’situ terus menghantar e-mail bertanyakan kepastian tentang penipuan dalam Monsun Biz. Jawapan aku senang, ya dan jangan ambil risiko untuk melabur walau seringgit. Hari ini aku ingin tampilkan kebenaran di’sebalik perniagaan internet.
Pertama sekali, ingin aku ingatkan yang aku bukan seorang pakar perniagaan internet. Aku tidak memiliki apa-apa perniagaan yang menggunakan internet sebagai medium. Jauh dalam hati aku, aku masih percaya kepada perniagaan secara konvensional. Tetapi, aku sarankan untuk kau teruskan pembacaan kerana aku adalah antara manusia yang menjadikan internet sebagai makanan ruji selain nasi & ayam. Maka, jika tidak banyak pun, sedikit ilmu boleh aku kongsikan tentang apa sebenarnya di’sebalik sebuah perniagaan internet.
Tiada skim cepat kaya, cepat untung, cepat mewah atau cepat pulangan
Jangan percaya jika ada yang menawarkan satu skim perniagaan yang mengatakan kau akan mendapat keuntungan serta-merta. Konsep sebegitu sebenarnya tidak wujud. Satu-satunya orang yang mendapat untung serta merta adalah orang yang menawarkan konsep begitu kepada orang lain dengan harga tertentu. Kau boleh mulakan perniagaan internet sekarang, tetapi duit atau keuntungan tidak akan datang ‘SEKARANG’. Ingat!
RM XXXX sebulan selepas Y bulan adalah karut semata
Selalu kita dengar, perniagaan internet yang menawarkan pulangan RM5,000 sebulan selepas berniaga selama 3 bulan atau kurang. Jangan mengarut. Kebanyakan perniagaan akan mengalami kerugian pada peringkat awal mereka beroperasi. Malah, ada yang gulung tikar kerana tidak mampu bertahan. Walaupun ada kes menunjukkan sesebuah perniagaan mampu mencatat keuntungan dalam masa yang singkat, tetapi kes tersebut merujuk kepada sebuah syarikat yang mempunyai pelan perniagaan yang kukuh, bukan’nya sistem perniagaan yang di’tawarkan kepada ribuan individu lain.
Formula mudah, kerja = wang
Tiada satu pun perniagaan dalam dunia ini, termasuklah perniagaan internet yang tidak memerlukan kudrat kita untuk bekerja. Jika pun kau peruntukkan 2,3 jam menguruskan perniagaan internet, ia masih memerlukan ruang untuk belajar, membuat kesilapan, belajar & belajar. Tidak juga bermakna dengan bekerja 2,3 jam sehari mampu menjana kemewahan — kebanyakan jutawan bekerja keras di’awal perniagaan mereka. Ini termasuk hanya tidur 4-5 jam setiap hari. Ada berani?
Dan, jangan pernah percaya dengan janji manis skim perniagaan yang menawarkan kemewahan hidup dengan goyang kaki. Satu-satu’nya kemewahan yang kau perolehi jika bergoyang kaki adalah lemak di’badan.
Perniagaan internet adalah sama dengan perniagaan konvensional.
Bermaksud, apa yang kau lihat berlaku dalam perniagaan secara konvensional di’dunia nyata, itulah yang berlaku di’dalam perniagaan internet. Secara asas’nya, jika mahu memulakan perniagaan internet, kau perlu ada produk atau servis untuk di’jual. Dan, kedua kau perlu bijak & strategi yang baik untuk pasarkan apa yang kau tawarkan. Tiada apa yang berbeza dengan berniaga nasi lemak di’pasar malam. Produk kau adalah nasi lemak, dan strategi jualan kau adalah masuk ke pasar malam yang mempunyai ramai pengunjung. Bijak di’sini mungkin merujuk kepada kreativiti kau menarik pelanggan. Sama ‘kan?
Produk untuk di’jual di’internet boleh terdiri dari apa sahaja yang kau terfikirkan. Dari sekecil-kecil pencungkil gigi yang unik sehinggalah servis urusniaga hartanah. Internet hanya satu medium pemasaran untuk produk atau servis yang kau tawarkan. Tiada yang magik di’dunia internet walaupun secara peribadi aku anggap internet adalah ciptaan manusia yang hebat.
Nasihat aku sebagai seorang Mohd Ismail, jangan terlibat dengan apa-apa skim perniagaan internet yang terlalu senang untuk mendapat keuntungan tanpa sebarang kerja. Semua perkara perlukan usaha. Buang air besar pun perlu meneran, inikan pula mahu mencari sesuap rezeki, ye tak?
Thursday, April 10th, 2008
at 3:14pm
Hari ini kita layan kartun mahu? Kartun lidi karya ringkas seorang gadis berbangsa Cina dari Singapore yang menggelarkan diri’nya sebagai StickGal. StickGal melukis watak StickGal yang di’dakwa bukan merujuk kepada keadaan dirinya sebenar dalam dunia nyata. Dan, kebanyakan idea yang beliau dapat untuk melukis StickGal di’perolehinya dari 7-11. Oleh kerana 7-11 sering kehabisan stok, StickGal amat amat jarang update lukisan kartun StickGal di blog rasmi beliau.
Sebagai hiburan di hari Khamis yang mendung tak sudah di’sini, aku persembahkan pilihan terbaik karya StickGal yang sangat sangat dekat dengan kehidupan manusia sehari-hari — atau tidak, dekat dengan kehidupan StickGal.
#1 StickGal vs. Perokok

#2 Hubungan Cinta Tipikal 1

#3 Hubungan Cinta Tipikal 2

#4 Mimpi Ngeri Seorang Gadis

#5 Mimpi Paling Ngeri Seorang Gadis

#6 Siri StickGal vs. Orang-orang Berperangai Aneh

#7 Hujan!

Kartun StickGal yang terakhir ini memang tepat untuk hari Khamis aku. Tadi, tengahari awan memang cantik di’atas sana. Sekarang, hujan penuh riang gembira turun dan aku tidak boleh kemana-mana. Bagus! Jika kau mahukan lebih banyak lagi kartun StickGal, pergilah ke laman blog rasmi beliau.
Aku rasa aku mahu tidur.