2008 May

Revisit: Monsun Biz adalah Scam

Selepas hampir 2 bulan entri bertajuk Monsun Biz adalah Scam - Sila Jangan Tertipu, entri tersebut menerima banyak aduan negatif berkaitan Monsun Biz yang mengukuhkan lagi persepsi aku terhadap operasi lahanat Monsun Biz ini.

Sebelum itu, kepada mereka yang terjumpa akan entri ini atau entri sebelum’nya, aku ingin terangkan sikit apa itu scam dari segi pengalaman aku sebagai pemakan bandwidth internet yang sangat tegar. Jika internet ini ada garam’nya, aku rasa aku makan garam lebih dari orang-orang di’Monsun Biz sana.

Scam atau penipuan dalam bahasa ibunda kita merupakan satu aktiviti penipuan yang melibatkan keuntungan (kewangan kebiasaan’nya) untuk pengirim’nya. Penipuan ini selalunya melibatkan teknik membina keyakinan ke’atas mangsa sehingga mangsa tidak sedar yang aktiviti tersebut adalah satu penipuan. Contoh yang sering terjadi adalah melibatkan hal-hal yang menjanjikan pulangan kewangan yang cepat. Pengamal scam ini akan berbuat apa sahaja untuk menampakkan yang aktivti’nya adalah real & sah. Continue reading »

Tips penjimatan petrol (secara realistik)

Petrol akan naik lagi. Itu satu kepastian yang akan terjadi bila-bila masa dari sekarang. Kerajaan sudah memberikan hint-hint seperti pengkajian semula pemberian subsidi. Media-media sudah mula menyiarkan artikel tentang kenaikan harga petrol dunia yang tidak boleh di’bendung lagi. Hari ini, setong minyak petrol berada pada harga USD$135+. Kita tidak akan berada lama dalam harga yang kita nikmati sekarang. Suka atau tidak, harga bahan bakar utama dunia ini akan meningkat.

Untuk mengatasi kenaikan harga minyak petrol yang sudah seperti makanan ruji masyarakat Malaysia, perlbagai pihak mula memberikan cadangan untuk berjimat dengan penggunaan petrol. Antara cadangan yang agak merepek dari sudut pandangan aku;

  • Jangan Guna Penghawa Dingin - Malaysia adalah panas. Genting Highland pun sekarang sudah makin panas. Tips ini berguna kalau kau duduk di’Switzerland (mungkin).
  • Berkongsi kenderaan - Jika rumah sebelah-sebelah, kerja satu pejabat, masing-masing bujang boleh ‘lah brader. Dulu, pernah hot trend kongsi kereta, tapi tidak kekal lama kerana faktor itu’lah.
  • Naik basikal - Ada ‘lah satu Menteri tu beri cadangan. Memetik kata Ustaz Akhil Hayy, “kalau naik basikal, itu zaman Jepun… ini zaman millenium..”.

Semua cadangan di’atas sebenarnya meragut keselesaan kita apabila menggunakan kereta. Di’sini aku cadangkan beberapa tips aku tahu yang boleh menjimatkan petrol dan dalam masa yang sama tidak menghilangkan keselesaan kita menaiki kenderaan kesayangan. Continue reading »

Sepi - Filem Magis Kabir Bhatia kembali (+trailer)

Tadi selepas menonton liputan sukan di’Buletin Utama, trailer pertama Sepi muncul di’TV3. Trailer ini pandai mencuri perhatian aku kerana trailer seperlahan & seromantis ini di’mulakan dengan nama Afdlin Shauki. Kabir Bhatia juga antara faktor utama aku berminat dengan trailer filem ini. Tetapi, sebab utama aku rasa aku akan ke panggung menonton adalah kerana Afdlin Shauki. Bila kali terakhir kau melihat Afdlin Shauki dalam filem romantis yang serius begini? Kejap. Tidak pernah ‘kan? Filem Soal Hati (bersama Erra Fazira) juga berdiri atas nama komedi romantik.

Sepi (menurut sinopsis dari laman web rasmi) adalah sebuah kisah berkisar’kan tiga individu lelaki yang hidup di’bandar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian. Continue reading »

Tips untuk lelaki memahami wanita

Artikel ini terbit selepas aku memeriksa statistik keyword yang menjana trafik ke Mohd Ismail dot Net. Dari ratusan katakunci (70% berbaur lucah) yang ada, aku tertarik dengan satu katakunci yang di’cari oleh seorang makhluk Allah ini, ‘tips lelaki memahami wanita’. Walaupun hanya satu carian yang ada, ini sudah cukup membawa maksud yang ada lelaki di’luar sana sedang berusaha untuk memahami makhluk Tuhan paling komplikated — wanita.

Lelaki-lelaki sekalian, aku ingin beritahu satu rahsia besar dalam konteks pemahaman seorang wanita. Wanita tidak tahu & tidak faham akan diri mereka sendiri. Kebanyakan dari mereka tidak tahu apa yang mereka mahu sebenarnya. Dan, di’sinilah sebab’nya Tuhan menjadi Adam terlebih dahulu supaya kita boleh wujudkan apa yang mereka mahu & apa yang mereka perlu.

Kesilapan ramai lelaki dalam memahami wanita adalah apabila mereka tidak mengetahui sesuatu perkara tentang wanita tersebut, mereka terus bertanya dengan harapan akan mendapat jawapan yang tepat. Bertanya secara terus kepada tuan badan bukan satu pilihan bijak. Wanita suka menguji lelaki dengan ujian yang remeh-remeh.

FAKTA MENARIK: Kau tak akan pernah dapat jawapan yang tepat. Hari ini kau tanya, dia akan beritahu yang dia mahukan A. Esok atau lusa, dia akan kata dia mahukan B. Mereka fikir yang mereka sedang menguji sejauh mana kita memahami kehendak mereka tetapi yang sebenarnya mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka inginkan. Mereka menyerahkan tugas menentukan pilihan terbaik buat mereka kepada kita dalam satu bentuk psikologi yang agak menekankan perasaan.

Bagaimana kita sebagai lelaki mahu mengatasi perkara ini? Senang. Wanita mahu kita beri’kan apa sahaja yang kita termampu & terfikir. Jika tersilap itu perkara biasa. Memahami seorang wanita tidak ada beza dengan pengalaman menaiki motorsikal buat pertama kali. Siapa yang pertama kali menaiki motorsikal akan terus merempit? Percubaan demi percubaan akan memberitahu kita apa yang sebenarnya seorang wanita mahukan.

Dan ingat, motorsikal ada bermacam jenis, begitu juga wanita. Bezanya, motorsikal datang dengan panduan yang boleh di’baca bila-bila masa & Tuhan jadikan wanita untuk kita faham tanpa sebarang manual. Selamat hari Jumaat & kepada lelaki-lelaki sekalian, semoga berjaya.

1,873 rakyat Malaysia muflis kerana kad kredit

Berita Harian hari ini menulis tentang laporan penggunaan kad kredit rakyat Malaysia yang di’bentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Mr.Pak Lah. Entah kenapa, artikel Berita Harian ini seolah-olah mahu mewujudkan rasa senang hati rakyat Malaysia tentang status penggunaan kad kredit di’Malaysia.

Artikel ini menekankan peratusan Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) yang turun ke 2.3% berbanding 16.8% 10 tahun lalu (1998). Penurunan peratusan ini tidak membawa makna apa-apa jika jumlah penggunaan kad kredit meningkat berkali ganda berbanding 10 tahun dulu. Sekarang ini, kedai peralatan elektrik di’Malaysia pun memiliki rangkaian perkhidmatan kad kredit sendiri.

Kenyataan dalam artikel itu juga menyebut yang 2.3% itu merangkumi hutang tertunggak sebanyak hanya RM500juta yang tidak di’bayar dalam tempoh lebih 3 bulan. RM500juta? Dan, kau masih berbangga dengan penurunan peratusan yang karut itu.

Mari kita lihat angka sebenar di’sebalik semua itu. Kata’kan seorang memiliki hutang sebanyak RM10,000. Kalau aku’lah, setiap malam aku tidak akan tidur lena. Kita ada 50,000 orang yang sedang kusut memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan hutang RM10,000 sambil terngiang-ngiang kadar interest yang meningkat setiap bulan.

Katakan pula 25% dari 50,000 orang ini — 12,500 orang, ini memiliki keluarga setiap seorang. Ini bermakna di’Malaysia ketika ini ada 12,500 buah keluarga yang sedang bergelumang dengan hutang & tidak mampu menaikkan taraf hidup hanya kerana terpesona dengan keindahan janji-janji & faedah karut sebuah kad kredit.

Dan, hutang semasa kad kredit rakyat Malaysia berjumlah RM23.3 billion. Pheww! Aku sangat recommend‘kan artikel ini untuk bacaan semua — How to Get Out of Credit Card Debt & Stay Out.

Untuk 1,873 orang itu (dan sedang meningkat, aku pasti), nasihat-nasihat’kan mereka yang belum terjebak dengan kad kredit. Malam tadi Manchester United menang, tahniah.