2008 May
Monday, May 19th, 2008
at 9:03pm

Ini adalah entri kedua aku untuk bacaan graduan baru Malaysia yang secara teori’nya telah tamat pengajian di’universiti dan mula merancang jalan hidup sendiri. Ketika ini’lah, satu peralihan fasa kehidupan yang paling penting dalam hidup seorang manusia. Dari seorang yang hidup dengan wang orang lain kepada hidup dengan berbekalkan wang yang di’cari sendiri dengan bekerja.
Di’sini, aku ingin berkongsi tentang apa yang telah aku rancangkan berkaitan kewangan aku setelah aku habis pengajian di universiti milik penuh kerajaan ini. Aku harap, apa yang aku rancangkan boleh menjadi panduan untuk mereka yang teruja untuk membelanjakan wang gaji saban bulan tanpa ada apa-apa perancangan untuk masa tua. Aku tidak mahu buat kesilapan berkaitan kewangan di’masa muda.
- Aku tidak mahu berhutang. Ogos ini aku akan mencecah 23 tahun dan satu-satunya hutang yang aku miliki sekarang adalah pinjaman kereta Proton Satria aku yang aku jangka akan habis dalam 4 tahun lagi. Aku tidak mahu berhutang lagi selepas itu. Ustaz di’sekolah teknik aku dahulu mampu membeli Toyota Unser & membina rumah sendiri dengan bayaran tunai. Aku mahu jadi seperti dia. Harap’nya.
Continue reading »
Monday, May 19th, 2008
at 2:07pm

Tengahari ini, Malaysia di’kejutkan dengan berita mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO sebagai satu langkah protes dengan kelemahan pucuk pimpinan. Tun Dr Mahathir menyatakan yang beliau akan terus berada di’luar UMNO selagi pucuk pimpinan di’pegang oleh Perdana Menteri sekarang.
Ini aku rasa satu langkah provokasi terakhir dari Dr M untuk mendesak Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Dr M juga menyarankan semua ahli UMNO yang mahukan perubahan dalam UMNO segera keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.
Macam-macam sebenarnya yang bermain di’fikiran aku apabila aku mengetahui yang Dr M meninggalkan UMNO. Salah satu’nya adalah Dr M mahu Najib secepat mungkin menjadi Perdana Menteri kerana Najib di’yakini mampu menjaga kepentingan beliau dalam pentadbiran negara. Jika langkah beliau ini mampu membuatkan Abdullah Badawi meletakkan jawatan dalam masa terdekat, impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri September ini mungkin akan tinggal kata-kata.
Sumber - The Star | Utusan Malaysia | Harakah Daily | Foto kredit - Wazari
Monday, May 19th, 2008
at 6:09am

Gatal sudah jari aku mahu menulis di’sini. Sebelum subuh tadi aku cuit sedikit theme Revolution ini supaya ia tidak kelihatan magazine sangat. Dan, sekarang aku mahu menulis sesuatu tentang rakyat Malaysia yang tamak mengalahkan kucing kelaparan.
Malaysia beberapa hari ini gempar dengan berita seorang lelaki berusia berusia 57 tahun bernama Mohamad Nor Awang mahu berkahwin lagi. Lelaki ini yang sudah mempunyai 3 orang isteri bekerja sebagai seorang pemandu lori, mempunyai bengkel kereta sendiri, perniagaan penjualan getah beku & ladang kepala sawit seluah 0.8 hektar ini mahu berkahwin lagi.
Kesemua pekerjaan beliau kecuali pemandu lori berpendapatan RM1,500 sebulan di’nyatakan kepada media & mahkamah hanya selepas mahkamah menafikan hak lelaki ini untuk berkahwin lagi. Aku boleh kata ini satu taktik baik punya oleh lelaki ini semata-mata untuk berkahwin lagi. Mungkin dia berfikir, dengan pendapatan RM3,500 sebulan, mahkamah akan membenarkan beliau berkahwin lagi.
RM3,500 masih tidak cukup bang untuk beristeri empat. Kejap, satu pun aku rasa tidak cukup dalam keadaan dunia sekarang yang berhadapan kenaikan harga barang bagai gila.
Bagi aku, untuk beristeri lebih dari satu, seorang lelaki itu sepatutnya berkemampuan untuk menyara keluarga’nya tanpa si isteri-isteri keluar bekerja untuk ‘membantu’ suami. Jika si isteri masih keluar bekerja, aku kira lelaki itu hanya mampu dari segi ‘yang lain’. Kalau betul mampu.
Si perempuan yang ke’empat ini pun satu perangai juga, sudah tahu lelaki itu sudah beristeri tiga, dia jugak yang kau mahukan separuh mati. Ramai lagi di’luar sana yang masih boleh di’harap. Baca ‘Di’sebalik Cinta Seorang Suami Orang‘ yang aku tulis tidak lama dahulu. Fikir-fikirkan masa hadapan diri sendiri & mahkamah syariah, mereka banyak kes lain yang hendak di’selesaikan.
Cait poodah!
Wednesday, May 14th, 2008
at 6:30pm

Mungkin. Mungkin’lah. Itu cuma cadangan nama dari aku untuk kursus penulisan blog di’UiTM yang mereka war-warkan 2,3 hari ini. Naib Canselor UiTM Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah Isnin lalu berkata kepada media,
Baru-bari ini memang ada blogging studies dalam kurikulum kita dan kita akan perkukuhkannya lagi (dengan perkenalkan kursus mengenai penulisan blog). Saya rasa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersedia untuk menjalankan kursus ini dan saya menyokong sepenuhnya cadangan ini kerana sudah sampai masanya kita membantu melahirkan blogger yang profesional dan beretika.
Selepas 500,000 blog wujud di’Malaysia, kini UiTM mahu mewujudkan satu kursus khas untuk mereka yang berminat untuk menjadi penulis blog ‘professional & beretika’. Apa sebenarnya definisi ‘professional & beretika’ menurut mereka-mereka ini?
Perhatian media massa, ahli politik, para ilmuan & masyarakat sendiri tertumpu kepada blog & penulis’nya hanya’lah selepas Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-12 lalu. Blog di’lihat sebagai medium penyampaian maklumat kepada rakyat yang memberi impak yang buruk kepada parti Barisan Nasional.
Dahulu, aku memang berimpikan yang penulisan blog ini akan memiliki kursus tersendiri di’mana-mana pusat pengajian yang di’iktiraf. Skop penulisan blog bukan setakat menulis pandangan peribadi & kisah kucing di’dapur. Syarikat-syarikat boleh menulis blog tentang perkembangan produk & perkhidmatan mereka tanpa memerlukan kos pengiklanan yang tinggi. Penulis blog juga boleh bertindak sebagai copywriter kerana mereka sebenarnya lebih tahu bahasa perhubungan yang berkesan dengan pengguna.Dan, ketika ini, penulis blog adalah satu kerjaya yang di’iktiraf.
Tetapi, apabila kursus ini timbul kerana mereka sedar akan kesan blog terhadap kestabilan politik sesuatu parti itu & mereka mahu meletakkan standard (yang bukan-bukan sebenarnya) ke’atas penulis blog, aku rasa kursus ini sangat’lah tidak perlu.
Jika kursus penulisan blog ini benar-benar menjadi realiti, nasib penulisan blog akan sama seperti wartawan yang di’basuh otaknya supaya melaporkan sesuatu dengan telunjuk pihak tertentu.
Dan, sesiapa yang menulis blog tanpa kelayakan kursus dari UiTM ini akan mula di’pandang tidak professional & ketika itu, golongan *konon’nya* professional ini telah berjaya mematahkan lagi satu medium kebebasan bersuara yang di’mulakan oleh mereka-mereka yang ‘tidak professional’.
Tuesday, May 13th, 2008
at 4:17am

Aku mahu letakkan gambar Manchester United menjulang piala Liga Perdana Inggeris tapi aku batalkan. Jika aku buat, aku mungkin orang yang ke 1,987,872 meletakkan gambar Manchester United menjulang piala. Aku tidak mahu jadi sebahagian sumber pemasaran percuma mereka untuk meraih penyokong baru untuk musim hadapan & seterusnya meningkatkan revenue Manchester United & seterusnya membolehkan Alex Ferguson membeli pemain baru & seterusnya membuatkan Manchester United menang lagi & kitaran itu akan terus berlaku.
Ya. Manchester United pernah tergelincir dari kitaran ini — tapi sekejap. Tayar basikal juga pernah pancit ‘kan?
Komen Zaki Yamani (seorang penyokong Manchester United) ini menarik minat aku untuk menulis tentang perihal lelaki & bola sepak.
If female don’t like football, I can understand, but if man don’t like football, I don’t understand?!!!
Ini pengalaman aku berkaitan bola sepak. Sejak aku di’sekolah rendah, bola sepak adalah satu acara Pendidikan Jasmani yang paling menjadi pilihan semua murid lelaki. Jika cikgu meminta kami (termasuk aku) bermain permainan lain, kami akan memberontak secara kecil-kecilan — malas & lambat. Ketika ini aku sudah mula mengenali penyokong Manchester United.
Yep, aku kenal penyokong Manchester United terlebih dahulu berbanding Manchester United itu sendiri. Penghujung era sekolah rendah aku adalah penghujung karier Eric Cantona bersama Manchester United. Dia adalah lagenda.
Masuk ke sekolah menengah, aku sudah merasa bosan dengan permainan tipikal lelaki ini & kegilaan rakan-rakan lain mula memuja David Beckham. Aku kurang terlibat dengan permainan bola sepak & rakan-rakan mula mengatakan aku tidak kool. Tidak kool? Mereka mungkin rasa memuja skill David Beckham adalah kool. Minat aku beralih kepada muzik & mencari duit lebih — pelajaran bukan satu minat, ia satu kewajipan.
Dua faktor yang membuatkan aku hilang minat dengan bola sepak sehingga kini adalah (1) Hampir semua lelaki meminati bola sepak — satu trend yang sengaja di’ada-adakan oleh masyarakat dunia (2) Bola sepak tiada perkembangan yang positif di’Malaysia — lihat Malaysia di’mana sekarang?
Berbalik kepada persoalan, wajibkah seorang lelaki meminati bola sepak? Jawapan aku langsung tidak. Meminati bola sepak bagi aku adalah satu trend yang di’suap sejak kita kecil lagi. Ia bukan sesuatu yang di’lahirkan bersana genetik seorang lelaki. Mampu menyelesaikan kiub Rubik dalam masa 15 minit, ada kaitan dengan genetik. Mampu menonton perlawanan tengah malam sekurang-kurang’nya 2 jam, tiada langsung kaitan dengan genetik.
Meminati bola sepak adalah 100% trend. Trend dan budaya adalah sesuatu yang berbeza. Budaya adalah sesuatu yang dekat dengan manusia, trend adalah sesuatu yang di’reka semata-mata untuk membuatkan sesuatu itu dekat dengan manusia. Menyambut Aidilfitri adalah budaya, menyambut tahun baru adalah trend. Itu contoh paling mudah.
Meminati bola sepak akan membuatkan aku mempunyai kegemaran yang sama dengan ratusan juta lelaki lain di’dunia dan itu stereotipikal. Tiap kali aku menonton (secara tidak sengaja) perlawanan bola sepak ketika keluar makan, aku akan teringat yang Eka gemar menonton perlawanan Manchester United kerana Christiano Ronaldo. Dan, aku ada sedikit (sedikit la..) rasa yang menonton bola sepak ini hanya untuk perempuan.
Ha ha. Simbah aku dengan minyak tanah & bakar. *ayat FendyZaidan